Friday, December 18, 2015

Nikmat kesakitan

Hari ni rasa macam loser sikit. Tak banyak bergerak, tak rasa produktif.

Dalam sehari ni, dua kali ambik ubat.

Untuk yang kali pertama, 8 jam kemudian masih tak beri sebarang kesan.

Malamnya, ambil lagi sekali. Ubat lain, lebih kecil saiznya. Selalu rasa makin kecik ubat makin kuat dos dia. Aku je ke rasa macam ni?


Untuk ubat kedua, Alhamdulillah Allah sembuhkan.


-- Dan menyedarkan.


6 pagi di KMB


Tersedar, awal-awal tadi aku terlupa meletakkan pergantungan pada Allah. Hanya bacaan Bismillah dan selawat seperti biasa kemudian terus telan, terlupa untuk betul-betul berharap pada Allah. Aku terlupa sakit kita ni kalau dia hilang, bukan kerana ubat yang ditelan. Ubat tu hanya antara usaha dan cara bagi menyembuhkan. Kalau makan 10 biji boleh jadi je masih tak sembuh sebab Allah tak izinkan. 


"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku" (Al-Syu'ara:80)


Sebab tu pada awalnya, sebelum ubat masuk ke badan kena faham dan yakin apa yang menyembuhkan kita. Setiap kali nak telan ubat, atleast aku akan bisikkan pada diri. Tapi untuk kali ini, aku terlupa T^T



7 pagi berhampiran KMB


Masing-masing ada sakit masing-masing

Migraine ni dari kecik Allah hadiahkan. Dari kecik jugak dah terbiasa telan ubat-ubat pil ni. Kadang cuba juga elakkan. Takut beri kesan pada buah pinggang. Tapi, memang selagi tak ambik ubat, sakit tu tak hilang (nangis). Waktu kecik dulu hanya ubat sakit kepala biasa, lama-lama makin luar biasa. Daripada yang paling basic, bertukar pula activefast sebiji. Lama-kelamaan 2 biji. Kemudian tiada sebarang kesan, cari lagi ubat lain.

Sebab sakit ni, terlalu banyak yang aku pantangkan pada diri. Masa kecik aku asingkan bantal khas untuk kepala, bantal kaki untuk kaki je. Bantal yang aku guna untuk peluk tak boleh guna dekat kepala. Hahahaha mitos budak kecik yang takut diserang sakit. Pastu ambik marker conteng "Bantal kepala" -- "Bantal kaki". Dengan tulisan yang alahai buruk gila masa tu herher Darjah 1 takkan tulisan nak lawa kan. Siapa terpijak "bantal kepala" aku memang tak selamat lah dia lepas tu. Sampai macam tu sekali. Budak kecik, ntah apa punya perangai.

Macam-macam jugak mitos yang aku reka. Pernah jugak rasa sebab rambut berat sangat. So masa tu rasa nak botakkan je kepala ni sebab nak test betul tak mitos aku tu. Sampai sekarang sebenarnya aku rasa "kan best kalau boleh botak" hahaha k teruk perangai. Ibu pantangkan jugak jangan minum teh. Tapi sampai sekarang aku tak boleh follow pantang tu. Masa minum mana ingat sakit, pastu menangis cari ibu hahahahaha


Seawal pagi di Putrajaya


Ada yang pernah kata pada aku, "engko ni asyik sakit kepala je"

"semua orang kan ada sakit masing-masing" pastu aku gelak -- Dialog nak tutup rasa sedih. Sobs sedih jugaklah sebab migraine ni unmeasureable. Sakit yang bukan boleh ditunjuk sakitnya bagaimana. Tak boleh dilihat lukanya besar mana. Kalau boleh ditunjuk pun, kenapa perlu? Senyum selagi boleh kerana ada orang yang sakitnya lebih maha hebat berbanding kita.

Kalaulah sakit ni boleh dibahagi-bahagikan. Tapi nak bercerita tentang "kalau", gajah pun boleh terbang kan. Kadang bila sakit kepala ni eloklah disenyapkan aje. Kalaulah setiap kali sakit ni nak diberitahu, percayalah orang boleh bosan. Sebab sakit kepala ni bukan jarang-jarang kali menyerang. Seminggu sekali sakit pun Alhamdulillah. Bila orang tanya "ok tak?" malu untuk cakap kita sakit. Sebab taknak dia risau.

Benda macam ni akan buat kita sedar, tiada sebaik teman melainkan Allah. Yang mana pernah bosan dengan adu domba hambaNya. Nikmat kesakitan adalah nikmat yang jarang-jarang kita hargai. Sedangkan ia nikmat yang paling mudah mendekatkan diri dengan ilahi.

Bersyukur kerana sentiasa ada peringatan dari Allah. Bila sakit-sakit begini buat kita terfikir mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia. Mungkin terlalu banyak dosa. Bersyukur kerana Allah hadirkan jalan buat kita kembali kepada Dia.


Bila tengok gambar ni, rindu pulak semorang. Alahai.


Pernah juga rasa malu bila perasan dalam banyak kali sakit ni, berapa kali je sakit kerana sibuk memikirkan soal dakwah. Tiba-tiba teringat murabbi kami yang selalu pening nak uruskan perangai mutarabbinya.

"Tapi akak tak kisah. Supaya nanti akak boleh claim dengan Allah, yang sakit ini adalah kerana menjalankan tugas dakwah dan tarbiyah"

Ohsem gila T^T Sungguh nikmat kesakitan itu nikmat yang indah. Terasa manisnya tika sakit itu kita masih mampu ucapkan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.



6 comments:

Mr. Doctor said...

Saya pon muda2 ada gout.. Tapi semua tu kafarah dosa inshaAllah.. Semoga dipermudahkan segala urusan

Anonymous said...

Moga banyak kalinya sakit yang dihadapi menjadi penghapusan dosa yang berganda daripada Allah. Sayang jan kerana Dia :)

Shahizan Azmi said...

InshaaAllah, semoga urusan MD juga dipermudahkan.

Shahizan Azmi said...

Setiap kali sakit mesti akan terfikir mungkin ada buat dosa beberapa minit lepas and selalunya memang ada pun bila terlalu seronok dengan dunia, banyak sangat gelak etc T^T baik sangat Allah ni tegur kita terus.

Saya sayang awak jugak :') tolong ingatkan kita bila kita terlupa.

Zyra Roxx said...

manusia ni selalu ingat Allah bila susah/sakit. sometimes Dia bagi peringatan lah, huhu.

Shahizan Azmi said...

Kan ^^ baik betul Allah, cepat-cepat bagi kita beringat