Monday, September 15, 2014

Because all of us are travellers



Ceritanya macam ni. Orang-orang dalam rumah ni suka rekod cerita tah hapa-hapa lepas tu taknak tengok. 140 jam yang astro kasi -- dah penuh. Selalunya, aku lah manusia yang kena tapis balik semua benda yang depa rekod. 


"Ni kena delete"
"Aaaaaa ni best! *Lock!*"
"Oh oh ni kena kasi semua tengok dulu baru delete."


(lap peluh) ntah siapa laaa yang lantik aku buat kerja gini haih mungkin sebab aku paling tak berperikemanusiaan. Yang paling punya hati untuk delete sekati. Siapa suruh lambat tengok. Aku tak suka benda yang ada tapi kita tak guna ni hm.


Jadi, masa aku tapis-tapis tu aku jumpa cerita ni. Ingat nak tengok bahagian depan-depan je -- kalau tak best delete aherherher. Tapiiiii ya Allahhhh best gilaaa! Please laaaa tengok. Penat-penat je diorang buat program ni pastu kita tak tengok. (I mean yeah memanglah diorang tak harapkan untuk dapat viewers yang ramai) tapi... tengoklah hebatnya mereka, orang-orang yang Allah pilih untuk hasilkan program ni. (jelesnyaaa T^T)




Program ni bukan sahaja akan buat kita rasa nak ke New Zealand, tapi akan buat kita betul kagum dengan kebesaran Allah. Pemandangan-pemandangan yang diorang rakam..... Subhanallah hebatnya Allah T^T


Terlalu terlalu terlaluuuu banyak input untuk setiap episod, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita simpul. Ntah berapa banyak hati di luar sana yang berjaya mereka sentuh T^T Moga Allah berikan ganjaran buat mereka yang berusaha hasilkan program begini. (ada 3 episod je -- pls tengok haha promote lagi)


Dah tengok teaser dekat atas? Cis, teaser pun dah best takkan taknak sambung tengok 3 episod bawah ni (cubaan promote lagi sekali) kehkeh Walaupun dekat Youtube tak HD macam dalam tv tapi inputnya masih sama lagi. InshaaAllah moga bermanfaat untuk kita semua buat bekalan di akhirat nanti  \ (^^,)/

*Episode 3


Because all of us are travellers

No comments: