Assalammualaikum,
Memandangkan penggunaan diari semakin hari semakin dilupakan, ini boleh dianggap sebagai satu kes yang serius. Bila dah berkata tentang serius, aku betul-betul maksudkan serius!
Bila sebut diari, apa yang ada dalam minda majoriti manusia ialah - buku berwarna merah jambu atau ungu atau warna ala-ala lembut gitu dihiasi dengan corak bunga-bunga yang comel belaka.
Wujud juga manusia yang fobia dan segan untuk mempunyai diari. Tak kurang juga ada yang ingin mempunyai diari tetapi malas nak menulis. Tak apa, bila aku besar nanti aku cipta diari alaf baru di mana manusia tak perlu menggunakan tangan atau sebarang tenaga. Apa yang terlintas di minda, secara automatik akan dipindahkan ke dalam buku tu. Jangan risau, aku akan pasarkan secara besar-besaran.
Aku tahu, ada juga beranggapan lelaki tidak layak mempunyai diari. Serius? Cikgu Sivik aku pernah mengaku bahawa beliau ada diari. Oh ya, beliau berjantina lelaki. Dari situ aku baru tahu tak berdosa untuk lelaki ada diari.
Disebabkan isu ini begitu dipandang serius oleh aku, jadi aku akan kupas berdikit-dikit tentang diari secara tak langsung membuka minda golongan yang memandang mudah akan fungsi diari. Ada apa dengan diari? Kenapa wujud golongan yang fobia dengan diari? Penting ke untuk kita hargai sejarah hidup sendiri? Baiklah aku sambung dekat entry akan datang segala persoalan ni. Nak makan sat. Sekian.
3 comments:
tak reti tulis diari.hehe
Suka tulis diari sblum tido ^.^
Baguslah ^^
Post a Comment