Sunday, May 17, 2020

The Infinite Reward

KMB, 2016
"Saya selalu sedih bila hilang sabar. Sebab Allah kan kata Dia bersama orang yang sabar.
"...Innallaha ma'assabirin"  
"Manusia ni... bukanlah selalu ada dengan kita. Bayangkan kalau kita hilang sabar, how can we afford kalau Allah tak bersama kita?"
*efek mata bergenang dan menahan hingus dari keluar*   

Will always take a moment whenever I went through any ayat in Al-Quran regarding Sabr. Mungkin sebab waktu sekolah dulu selalu geram bila orang tak ikut peraturan. Rasa sangat Allah selalu uji kesabaran waktu tu. Lagi, masa KMB berapa kali ntah rasa nak give up dengan study. Tapi sebab Allah kata Dia ada dengan orang yang sabar — terus tak jadi nak patah balik.

Itulah, bila hilang sabar selalu sedih dengan diri sendiri sebab takut Allah takde dengan kita.  IB tu dah lah susah. Kalau Allah pun takde dengan kita. Nak harapkan siapa lagi. Like, "Ya Allah, I'm so sorry janganlah tinggalkan aku." U_U Innocent jugak dulu. Ya, sekarang pun masih innocent.

(2:153) tu lah ayat motivasi untuk bawa DnT sambil nak menghabiskan IB dulu. Dan lepas tu apa-apa ayat dalam al-Quran tentang sabar rasa…. appreciated dan touching sangat. Ntahlah tak tau nak describe macam mana. Sebab al-Quran banyak bentuk cara fikir diri ni dalam memandang aspek "kesabaran".


Bila bergelumang dengan DnT, banyak membuka perspektif baru tentang sabar. Sabar yang bukan sahaja pada menahan marah. Tapi sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak bermaksiat. Susah rupanya sabar ni — Untuk kekal tsabat hingga akhir hayat. Untuk tak bermaksiat sedang kau sorang tapi perlu melawan dua; nafsu dan syaitan.

Kerana besarnya mujahadah untuk kekal sabar, jadi tak peliklah pahalanya juga besar; iaitu kesempurnaan pahala tanpa batasan.

"Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu." Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
"Katakanlah, "Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan agama)."  
(Az-Zumar:10-11)

Dalam banyak-banyak ayat dalam juz 23, tetap tertarik dengan ayat berkaitan sabar. Macam ada magnet tiap kali jumpa ayat tentang sabar. Dalam surah az-Zumar tu, lepas diceritakan tentang pahala sabar tanpa batas Allah terus ingatkan tentang ketaatan yang harus kita berikan pada Dia.

Rasanya pernah sekali buat entri tentang sabar. Tapi, dalam konteks tadabbur sabar kali ni nak ajak kita untuk sama-sama tetap sabar dalam ketaatan. Supaya dapat kekalkan momentum ibadah di hujung-hujung bulan Ramadhan ni.

Tetap sabar berpuasa. Sabar dalam terus berdoa. Sabar untuk bangun malam. Bayangkan, kita sabar taat beribadah dalam bulan Ramadhan dan lagi kekal sabar hingga penghujungnya. Yang dihujungnya itu kan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ya, sabar dalam menanti malam yang penuh kemuliaan.

Wadi Rum, Jordan

Sebab sekarang ni bulan Ramadhan, baru terfikir tentang satu perkara. Tentang kesabaran beribadah pada malam al-Qadr. Di saat mungkin ramai sedang sibuk fikirkan tentang raya, tapi bayangkan kita kekal fokus dengan Ramadhan dan dapat meraih pahala sabar beribadah (dan terkena pula) masa lailatul Qadr…. Pahala yang tanpa batas tu digandakan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dalam bahasa matematiknya sangatlah infinity! Ini logik infinity kita yaa. Tapi level infinity Allah tu macam manalah agaknya 😭 hebatkan sabar ni.

Apa-apa pun, moga Allah terus kurniakan kita kekuatan dan kesabaran dalam bersabar untuk tetap taat walau setelah Ramadhan. Supaya dapat buktikan pada Allah yang kita ni sememangnya hamba Dia. Bukanlah hamba Ramadhan.

اللهم يامقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Belajarlah dari kuda. Bila nak dekat dengan garisan penamat lagi dia pecut laju." - Murabbi 
— 7 days left before Ramadhan ends. 

Tuesday, May 12, 2020

Common Road

Dunkirk, Nottingham.
031219












Sunday, May 10, 2020

Untung mereka, Untung kita

Orang selalu kata untung siapa ada mak lagi. Masih ada peluang menyelit dalam doa mak-mak yang penuh berkah. Untung sekali!

Tapi untung aku bukan hanya sekali, malah berkali.

Untung bukan sahaja dapat berada di dalam doa ibu. Untung lagi dalam menumpang rezeki dan pulangan kebaikan yang ibu abah lakukan. Ada kebaikan yang aku kira sangatlah besar telah mereka laksanakan walau perasaan mereka ikut terkorban. Susah macam mana pun, hak-hak untuk semua ibu abah tetap tunaikan. Jadi dalam susahnya nak besarkan anak-anak, Allah telah mudahkan dalam beberapa perkara.

"Kita ni, belajar senang dari kecik siap pergi oversea mesti sebab Allah nak senangkan ibu dan abah."

Pernah aku ingatkan Shafiqa begitu. Segala kebaikan dan nikmat yang kita dapat ni, pandanglah juga pada perspektif rezeki ibu dan abah. -- Senang belajar, tak payah pergi tusyen, dapat masuk asrama. Dah masuk asrama dapat tusyen free pulak special untuk budak asrama. Lepas tu belajar luar Malaysia ada yang sponsor. Ibu abah tak perlu keluarkan banyak untuk harga pendidikan anak-anak. Kalaulah anak-anak itu adalah harta, maka inilah rezeki harta yang banyak buat ibu dan abah.


Dari tahun pertama lagi dah pasang cita-cita nak bawak ibu abah merasa datang sini. Duit bulan-bulan aku ketepikan. Selalunya orang ajak parents masa tahun akhir sebab alang-alang graduation day kan. Ntah kenapa tahun lepas beria ajak ibu datang UK waktu Spring. Abah macam biasa memang susah nak dapat cuti. Abah pulak jenis tak kisah sangat hal ehwal jalan begini asalkan ibu dapat merasai. Bila tahun ni datangnya COVID, terkilah jugalah tak dapat tunjuk pada abah itik-itik di Uni.
"Nasib baik dah sampai tahun lepas. Tak ada lah terkilan dah." — ibu  
"Iulah, rezeki ibu" 
"Rezeki anak-anak ni"

Nak nanges bila dengar ibu kata begitu. Kalau nak berbalas ini rezeki siapa memang takkan habis sampai esok. Tapi, untuk aku inilah balasan kebaikan mereka dan akulah orang yang mendapat untung sebab dipilih menjadi tempat rezeki tu disalurkan.

Dan tempias kebaikan dari mereka yang paling besar aku rasai saat ni adalah kefahaman Islam yang Allah telah beri. Tak tahu doa ibu yang mana satu, tapi tentu doa itu yang membawa kehidupan aku ke arah ni. Sebab tu mungkin ibu abah tak ada isu anak-anak dia pergi usrah sebab ntah ntah diorang yang doakan dalam diam supaya anak dia behave sikit :p haha Alhamdulillah

Tiap kali ibu dengan abah izinkan pergi usrah, pergi program selalu sangat minta supaya Allah bagi ganjaran yang sama malah lebih lagi pada ibu dan abah. Kita mungkin rasa kita dah berkorban banyak hal sebab pergi sana-sini. Tapi janganlah lupa pengorbanan ibu abah dalam memberi kita pelepasan dan sokongan untuk terus bertumbuh.

Amal yang boleh dibawa mati itu ada tiga dan salah satunya adalah doa dari anak yang soleh. Mungkinlah kita tak berpeluang untuk ada anak yang soleh sebab tak tahu mati bila, tapi kita kan sedang diberi peluang untuk menjadi anak yang soleh. Jadi bekerjalah ke arah peluang yang telah ada.

Moga terus dapat menjadi penyejuk hati ibu abah dan anak yang baik supaya doa kita untuk mereka tak tersangkut di langit. Banyak mana pun hadiah yang diberi, sampai kesudah tak dapat balas apa yang ibu abah bagi. Hanya doa-doa jualah dapat dilantunkan kembali. Moga hidup mereka terus diberkati dan dirahmati sebab Allah je lah sebaik-baik pemberi. 

Sementara ibu abah masih ada, banyak-banyaklah minta didoakan mereka dan banyakkanlah berdoa tentang mereka. Kerana untung mereka, untung kita. Senang kita, senanglah hati mereka.


I miss wearing the same pattern baju kurung sewed by ibu. Zaman berjimat. Baju raya sekarang kemain ratus ratus tapi takdelah cantik mana :( Maybe kena start belajar jahit baju kurung sendiri je lepas ni. Kembali ke zaman dulu-dulu huhu and sorry Syahmina, you're not in this photo. Again.

Selamat hari ibu, ibu!

Taknak throwback in detail sangat kisah-kisah dengan ibu abah sebab nanti homesick sengsorang dekat sini. Tenung gambar ibu abah yang dah beruban lama-lama pun boleh bawak bergenang. Kritikal betul diri ni ish. Dahlah masuk tahun ni dah 2 kali tak dapat kumpul raya sekali mmm mm.

Friday, May 08, 2020

Beeston Town

Beeston, Nottingham
2018

"Pekan orang-orang tua"









Thursday, May 07, 2020

Merancang Mati

Seram pulak buat tajuk macam tu. Jarang letak tajuk sebelum tulis entri. First time ni letak tajuk lepas tu baru nak menaip (haa kantoilah selama ni tulis random je pastu baru fikir tajuk).

Terfikir pasal mati bila tengah layan Jejak Rasul petang tadi. Jejak Rasul tahun ni diorang filming sekitar Jordan dengan Turki huhu rindunya dua-dua tempat ni U_U Tempat yang buat kita jatuh cinta dengan makanan sedap yang bernama khunafa. First time makan khunafa akhawat Turki belanja. Dia punya sedap tu rasa taknak share dengan orang lain haha lepas tu excited bila dapat tahu Jordan pun ada khunafa!

Okayy bukanlah semata khunafa tapi Jordan memang sangat best! Tak sia-sia ok labur duit terima pujukan Shazrina untuk pergi Jordan.

"Awak jomlahh, tiket murah ni. Kita belum pernah jaulah sekali kan." 
"Hellooo, Spain tu apa?"  *sent a photo*
"Ehh. Ok kalau awak join jaulah Jordan ni saya janji tak akan lupa sampai bila-bila."

Tengok dia ni, tak pernah mengalah dalam memujuk. Sebab doploh orang kan join jaulah Spain tu so nasiblah nama kita tak register dalam memori dia :') Dia tunjuk satu group photo dekat Spain dulu yang tak ada kita dalam tu. Dah namanya aku yang tangkap gambar tu, macam mana nak masuk dalam gambar hahahaha geramnya. Lepas ni nak pass camera dekat orang lain pulaklah 😂

Ok berbalik kepada keasyikan melayan Jejak Rasul hari ni. Tengah seronok tengok kawasan sekitar Jordan dalam JR tu tetibe dialog this one ukht berlegar-legar dalam kepala. Dialog yang dia cakap secara random masa tengah ziarah makam sahabat dekat Jordan. Dialog tu harus ditaip ya dekat sini. Selagi tak dikeluarkan tu rasa semacam je ayat tu terperangkap dalam fikiran. Risau tertaip dalam thesis fyp pulak nanti.

Macam ni lah lebih kurang dia kata;

"Hebat kan sahabat ni. Sebarkan Islam luar Mekah Madinah sampaikan syahid pun bukan dekat tempat asal diorang. 
Hebatlah! 
Kalau tak rasa hebat lagi, kita ni pernah terbayang dan terfikir tak nak mati luar Malaysia?"
T_T  *Gulp*

Masa dengar dialog tu rasa betul jugak sebab tak pernah terfikir pun possibility mati dekat tempat bukan asal kita. Sekarang ni dengan kes COVID dekat UK yang sehari capai 700-800 death, makin terkesan pulak dengan dialog dia tu. Sedangkan nak sakit pun kalau boleh mintak jauhlah kena dekat UK ni. Apatah lagi nak mati dekat sini yang jauh dari keluarga….

Makin kagum dengan para assabikun T_T Mungkin dari awal bila keluar dari Mekah-Madinah lagi diorang dah ada mindset yang mungkin takkan sempat pun untuk balik tempat asal masing-masing. Maka all out je lah dekat mana pun kita berada. Sebab tak tahu kita mati bila dan di mana.

Makam Muadz bin Jabal :'''')

Dekat mana kita berada, marilah merancang amal. Sebab kita kan mati sebagaimana kita hidup. Dengan merancang amal, kita sedang merancang kematian kita juga. Teringat satu hadis as motivation tentang merancang kematian ni;

"Orang yang paling banyak dalam mengingati mati dan paling siap menghadapinya, merekalah orang yang paling cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat" (HR. at-Tirmizi)

First time came across hadis dekat atas bila ada sorang ukht share masa KMB dulu-dulu. Tengah jalan dengan dia nak pergi ruang solat wanita kat Masjid Putra tiba-tiba dia ajak beli kain kapan lepas tu dia bacakan hadis ni — "Saya nak jadi orang yang bijak macam Rasulullah katakan tu"

Seumur hidup, itulah pertama kali orang ajak beli kain kapan :')


Menarik betul duduk dengan akhawat ni. Selalu dapat reminder pasal kematian. Bila birthday pun dapat reminder yang mati dah nak dekat. Pergi Jordan dalam seronok-seoronok pun diingatkan pasal mati. Nikmat sebenarnya diingatkan selalu pasal mati. Supaya sentiasa sedar diri; hidup ni perlu dirancang dengan amal-amal yang menguntungkan dekat 'sana' nanti.

Jadi, untuk bulan Ramadhan tahun ni apa amalan tambahan kita yang luar dari kebiasaan bulan-bulan biasa. Kalau belum ada masih tak terlambat untuk merancang ^^ Bulan bonus ni! Jomlah grab semua peluang yang ada dan isi masa-masa kita walaupun sesimple menonton Jejak Rasul untuk dapatkan ibrah.