Wednesday, February 26, 2020

Reflect and Tajdid


Tuhan,
dalam tiap nafas yang dihirup,
ada kerinduan yang mendalam.
Kerinduan yang menambah keyakinan,
akan kuasaMu menadbir alam.

Tuhan,
bila hati mula lalai, leka dan alpa,
Ingatkanlah aku dengan kelembutan caraMu,
bila mata tidak lagi mampu melihat kebesaranMu,
Tegurlah aku dengan kebijaksanaan hikmahMu.

Tuhan, 
bila nanti mentari tidak dapat aku lihat,
bila tangan tidak dapat menadah tinggi,
bila jantung berdetak henti,
maka kembalikan aku dalam amal terbaik,
dengan cara yang paling Kau redhai.

Tuhan,
angin terus berhembus membawa cerita-cerita alam,
dan aku mahu cerita hidupku penuh antara aku dan Engkau.

260220 Nottingham, 2020

- 24 years of living in Allah's mercy and may Allah keep on choosing me for His Deen -

*********

"Duduk dan reflect balik kehidupan awak. Reflect dari awak kecik sampailah ke saat hari ni betapa besarnya nikmat iman yang Allah dah bagi dekat awak. Betapa baiknya Allah bukan sahaja memberi keputusan yang baik, akademik bagus, dapat fly.

Tapi yang lebih nikmatnya Allah telah memilih untuk berada dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni. Satu nikmat yang tak ada siapa-siapa atau any condition yang boleh bagi. Satu nikmat yang tak dapat dibandingkan untuk someone faham tujuan hidup dan bergerak tegakkan agama ni. Reflect kembali perjalanan tarbiyah awak dan (bersyukur) Allah masih lagi guide awak hingga ke saat ni.

Reflect supaya boleh faham niat awak untuk terus maju dalam dakwah dan tarbiyah ni (tak lain tak bukan) adalah kerana Dia. Sebab He has given so much. Sangat tak bersyukurlah bila telah mendapat nikmat-nikmat dunia, kita memilih untuk berseronok dan menjadi seperti orang biasa-biasa."

 Voice notes received — (Kakak X bagi nasihat sambil drive otway pergi kerja. Special betul!)

No comments: