Monday, July 08, 2019

Berkah dalam Pembinaan

"Pengorbanan" is a common word in DnT.

Commonly being said but not commonly being done.

-- Obviously, sebab berkorban is one of the hardest things to act upon.

Korbankan harta,
korbankan masa,
korbankan perasaan...

huhu susah sangat.

Lagi-lagi menjadi perempuan yang penuh dengan emosi. Kita rasa macam dah all out dah tetibe kena reject dengan adik-adik huks. Tipulah kalau tak pernah nangis. Ingat best ke lalui benda ni.

"Tapi pembinaan seorang manusia tak akan berlaku tanpa adanya pengorbanan. Pembinaan mutarabbi akan terbina atas pengorbanan murabbi."

Tiap kali rasa nak give up selalu teringat nasihat ni. Nasihat yang dipegang sampailah ke hari ni :')

*****

Jumaat lepas pergi KMB dengan 2 orang akhawat. One of the akhawat was my senior yang tajmik kitorang dekat kolej persediaan dulu. Had random talks, topics and what not on our way to KMB.

Suddenly the senior mentioned this one kakak's name --

"Si X tu, kita tahukan dulu sebulan dapat rm100 je.

Hah, seratus seratus tu lah dia guna untuk tajmik adik-adik.

X ni memang guna semua duit scholar dia tu untuk DnT."

Such a 5 years major throwback. Saat-saat diri ni ditajmik dan mula bergelumang dengan DnT.

Kisah lama yang tersembunyi tapi kini tidak lagi sunyi.


And that Kakak X was my first murabbi :')

I was speechless, and ukht tu mesti tak perasan atau mungkin terlupa yang ex-mutarabbi X was just sitting behind her haha

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah, after 5 years I'm still here by Allah's will-- doing what my murabbi did to me. Dahulu kita ditajmik, kini kita mentajmik. Dahulu kita dipeluk, kini kita pula memeluk. Even after 5 years, I'm always looking forward on what tarbiyah Allah wants to give me. To give and to learn more in DnT.

Mungkin dalam pengorbanan kakak X masa mentajmik diri ni, ada keberkahan yang Allah beri hingga kini. Walaupun banyak kali rasa nak merajuk dengan DnT, selalunya mesti tak jadi sebab Allah hadirkan kekuatan dan kemudahan setiap kali tu juga.

Moga Allah menerima amal dan pengorbanan dari diri yang fakir ini dan kurniakan keberkahan pada pembinaan mutarabbi yang pernah dan sedang dibawa. Agar dakwah kasih sayang ini tidak terputus setelah dilalui beberapa generasi.

Allahumma Aamiin.

No comments: