Friday, July 26, 2019

03. Random Rant

Engkorang tau "touch n go" yang bayar rm100 for a month tu. Hah yang tu lah. Abah punya eksaited nak subscribe "tng" tu. Katanya jimat duit minyak up to rm300. Penat dah gaduh supaya abah takyah ambik public. Dah tua-tua ni nak jimat apa lagi, anak ramai dah kirija kasi duit poket yadaa yadaa. Tapi sebab bapak guwa excited kan so mmmm ok anything for abah.

Pastu abah suruh guna je kereta kat rumah hiks macam tau-tau je niat anak dia nak practice drive selalu sepanjang summer ni haha

So semalam buat plan last minute untuk jumpa this one ukht dekat Perak. Ni sebab member sorang ni lah ajak. Tapi sebab lepas ni susah dah nak jumpa dia jadi terus onzz dengan cadangan tu. Expectation akan drive sampai Ipoh je tapi bila dapat shared location terus tepuk dahi. Tah camne tah boleh terlupa ukht ni duduk Kuale. Bukannya Ipohhhh. Sikit lagi nak sampai kampung tu.

Tapi papepun dah janji dengan ibu pergi balik hari je. So, target sampai KL balik sebelum maghrib.

Sampai je rumah cerita kat ibu tadi bukan drive ke Ipoh tapi pergi Kuala Kangsar. Sambil gelak-gelak sikit. Gelak tu penting untuk tutup rasa cuak.

Nature ibu ibu yang memang sentiasa risau, kena bebel lah kejap sebab pergi KK dalam masa 2jam setengah. Bayangkan betapa lajunya pecut bawak kereta tu. Kantoi bawak laju. Tapi bapak guwa gelak je so terus rasa "ok aku tak buat salah apa" hahahaha

Baru nak duduk rehat tetibe Shafiqa call mintak ambik dia dari kerja and hantarkan dia pergi usrah. Penat drive jauh tak hilang lagi. Tapi bila fikir-fikir kalau bukan aku, abah yang kena hantarkan dia nanti. Kesian abah baru balik kerja, naik LRT pulak tu so aku je lah volunteer untuk hantar Shafiqa.

Tapi sebab malam ni ada meeting, balik nanti terpaksalah abah yang kena ambik Shafiqa dari usrah. Sebelum Shafiqa turun dari kereta sempat tinggalkan pesanan:
"Balik nanti belikan aku double burger special pls. Aku nak double tau."
Kalaulah korang tahu betapa nikmatnya burger ramly malaysia yang dijual di kaki lima tu nescaya lingkuplah business mcD mahupun kepsi. So citer dia masa guwa tengah meeting online tetibe dengar bunyi Shafiqa balik and dia kasi burger:

Shafiqa: Kenapa kau tak order 2 burger? Kenapa order double burger special? 
Me: Saja.  
Shafiqa: Kenapa tak order 2 burger?

Ada lah dalam tiga pat kali dia repeat soalan ni. Dah ada bau-bau ni bukan pertanyaan sebab nak tahu, tapi saja nak buat aku geram.

Me: Sajaaaaa, teringin. 
Shafiqa: Hahh kau tau abah dok repeat soalan tu sepanjang dalam kereta. Sampai aku kena cakap kat abah supaya jangan memandai beli benda lain. Kakcik nak double burger special jugak.

Lol guwa tau Shafiqa tersepit.

No one can fight abah's logic.

Also, no one can fight my request hahaha

Anyhow, sepanjang meeting tu aku terganggu.

Sambil makan burger, sambil meeting, sambil kira-kira dan tertanya --

"Aah kan kenapa aku tak order 2 burger biasa?"

Hmmm punya terganggu sampai terasa nak buat poll cara order mana lebih menguntungkan.

Abah kalau sekali dia up logik dia memang akan menghantui kau seumur hidup.

****

Pesanan penaja: Kalau ada pakcik-pakcik tua yang naik LRT tu jangan tolak-tolak eh *teary eyes*


Tuesday, July 23, 2019

Cita kita tetap satu jua

Menjadi akhawat tidak melepaskan kita dari sisi-sisi manusiawi seorang manusia.

Pernah melihat akhawat bergaduh kerana berbeza pendapat.
Tidak bercakap berhari-hari, mengelak dari berjumpa.
Tapi kerana matlamat yang sama, gaduh mereka tidak lama.

Akhawat ni juga seorang manusia.
Mahu ada masa sendiri, pergi ke kedai-kedai kopi,
Kadang keinginan itu dipenuhi, tapi ada masa ditolak tepi.
Katanya duit ini perlu dilebihkan untuk DnT.

Juga pernah melihat akhawat yang menangis.
Malah mungkin lebih sering dari yang kita pernah bayangkan.
Yang menangis kerana ujian kehidupan,
juga menangis bila gagal memenangi hati insan.

Tapi ntahlah, ada mungkin tangisan itu lebih menguatkan.
Atau mungkin sedar matlamat lebih besar perlu digerakkan.
Kerana tak lama, mereka terus melaju ke hadapan.

Dan mereka--


sejak pertama kali bertemu sentiasa membuktikan kebesaran jiwa mereka,
sentiasa berlumba atas jalan kebaikan, sentiasa bersegera mahu berkorban.

Aduh, tentu-tentu akan merindui jiwa-jiwa yang penuh hamasah ini.
Moga kita bertemu lagi, dan saling menjadi saksi --
atas kisah-kisah yang dilalui sepanjang berada di jalan ini.

Sungguh, manusia itu adalah semahal nilai matlamatnya.
Moga kita dipertemukan dengan cita dan matlamat yang masih tetap sama.

2:30
51:56



Monday, July 08, 2019

Berkah dalam Pembinaan

"Pengorbanan" is a common word in DnT.

Commonly being said but not commonly being done.

-- Obviously, sebab berkorban is one of the hardest things to act upon.

Korbankan harta,
korbankan masa,
korbankan perasaan...

huhu susah sangat.

Lagi-lagi menjadi perempuan yang penuh dengan emosi. Kita rasa macam dah all out dah tetibe kena reject dengan adik-adik huks. Tipulah kalau tak pernah nangis. Ingat best ke lalui benda ni.

"Tapi pembinaan seorang manusia tak akan berlaku tanpa adanya pengorbanan. Pembinaan mutarabbi akan terbina atas pengorbanan murabbi."

Tiap kali rasa nak give up selalu teringat nasihat ni. Nasihat yang dipegang sampailah ke hari ni :')

*****

Jumaat lepas pergi KMB dengan 2 orang akhawat. One of the akhawat was my senior yang tajmik kitorang dekat kolej persediaan dulu. Had random talks, topics and what not on our way to KMB.

Suddenly the senior mentioned this one kakak's name --

"Si X tu, kita tahukan dulu sebulan dapat rm100 je.

Hah, seratus seratus tu lah dia guna untuk tajmik adik-adik.

X ni memang guna semua duit scholar dia tu untuk DnT."

Such a 5 years major throwback. Saat-saat diri ni ditajmik dan mula bergelumang dengan DnT.

Kisah lama yang tersembunyi tapi kini tidak lagi sunyi.


And that Kakak X was my first murabbi :')

I was speechless, and ukht tu mesti tak perasan atau mungkin terlupa yang ex-mutarabbi X was just sitting behind her haha

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah, after 5 years I'm still here by Allah's will-- doing what my murabbi did to me. Dahulu kita ditajmik, kini kita mentajmik. Dahulu kita dipeluk, kini kita pula memeluk. Even after 5 years, I'm always looking forward on what tarbiyah Allah wants to give me. To give and to learn more in DnT.

Mungkin dalam pengorbanan kakak X masa mentajmik diri ni, ada keberkahan yang Allah beri hingga kini. Walaupun banyak kali rasa nak merajuk dengan DnT, selalunya mesti tak jadi sebab Allah hadirkan kekuatan dan kemudahan setiap kali tu juga.

Moga Allah menerima amal dan pengorbanan dari diri yang fakir ini dan kurniakan keberkahan pada pembinaan mutarabbi yang pernah dan sedang dibawa. Agar dakwah kasih sayang ini tidak terputus setelah dilalui beberapa generasi.

Allahumma Aamiin.