Tuesday, March 19, 2019

Kerehatan Abadi

140319

"Awak, saya sebenarnya dah nak 'lemas'."

"Sama! U_U Saya tak tahu nak start kerja dari mana dulu ni."

Tenggelam timbul tenggelam timbul dah ni dengan back-to-back submission, back-to-back programmes, back-to-back lab and group project. Nak nanges lah huwaaaa.

"Saya rasa kita kena keluar kejap (short escape), pergi city buat pot colouring ke yadaa yadaa saya jumpa satu dekat city bla bla bla." - sambung member.

Masa tu rasa perlu jugak tenangkan fikiran. Sikit lagi rasa nak gila hahaha mujur member lalui benda yang sama. So sebelum sama-sama gila eloklah kita escape jap dari kerja yang tak henti-henti ni.

March in a summary T_T

150319

And we woke up that morning with a tragic news -- 49 muslims, our innocent brothers and sisters were shot in NZ while waiting for the Friday prayer. Our plan to the city (which suppose to release the burden in our heart) turned out being so gloomy.

Rasa sebal dan sedih sangat.

Minum kopi pun tak rasa happy.

Sepanjang di city banyak benda yang disembang dan dimuhasabahkan tentang berita sedih ni.
"One of the suspected motives is the Neo-Nazism ideology ni. On the other side, mungkin bukan salah pelaku tu 100%. Sebab pelaku tu buat atas apa yang dia faham. Dia didoktrin sekian lama untuk membawa kefahaman tu..."

Old Market Square, Nottingham

Regarding this neo-nazism ideology, antara perkara yang sangatlah kitorang muhasabah untuk satu hari tu adalah sejauh mana pula kita dah sebarkan kefahaman Islam ni?

Siapa yang beramal, pasti akan ada yang tertarik.

Siapa yang beramal, pasti akan ada pengikut.

Siapa yang beramal, pasti akan ada hasil.

Untuk mana-mana gerakan sekalipun, selagi dia beramal dalam menyebarkan ideologi dan fikrah yang dibawa pasti fahaman tu akan terus berkembang.

Walaupun kita beriman kita berada di pihak al-Haq, tapi kalau kita tidak beramal…

Rugilah, rugi :(


'Rehat' yang dicari petang tu adalah rehat yang menyedarkan -- kerja-kerja yang dirasakan banyak sekarang sebenarnya masih sedikit. Banyak lagi kerja kita semua dalam menyebarkan fikrah dan fahaman Islam. 

Kalau al-Haq lambat bergerak, maka yang batil akan lebih berkembang.

"Awak, jom buat video pasal isu ni."

Member ni sejak dua menjak suka betul ajak buat video. Duduk bersama untuk 3 tahun, terkena tempias 'media' agaknya.

"Kita keluar sekejap sebab nak release stress, tapi makin bertambah pulak kerja haha." - her
"Nampak tak, hidup ni memang untuk 'bekerja' :)" 
"Weah kau takyah deep sangat."
Nottingham, 2019.


"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati,
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya yang mendapat rezeki" [3:169]

Satu kematian yang menghidupkan. Menghidupkan lebih banyak jiwa untuk mendalami dan memahami Islam yang sebenar. Menghidupkan jiwa-jiwa untuk terus bekerja.

Moga Allah kurniakan syahid dan syurga buat mereka. Tempat rehat yang abadi dan di dalamnya tiada lagi kesedihan, tiada lagi kepenatan.





No comments: