Monday, October 29, 2018

Confession

Agak konfius jugaklah adakah patut untuk menaip pada saat-saat kritikal macam ni. Deadline submission tinggal beberapa hari lagi, dan diri sendiri boleh confirmkan banyak lagi soalan yang tak settle untuk coursework tu haha.

Anyhow, dah menaip pun.

Mohon izin pls. Rasa macam boleh burst out (i was) kalau tak lepaskan geram pasal EE Engineering kat sini (emoji nanges banyak-banyak).


2 minggu lepas this one ukht bertanya bila masanya saat-saat yang aku ni breakdown. Aku macam.... hmmmmm 

"Tiap kali saya stressed dengan study? Hahaha"

Dan untuk berjumpa dengan akhawat,
mendapatkan kembali semangat dengan keberadaan mereka,
menyerap positive vibes mereka,
Buatkan aku lupa dengan benda yang aku tak suka ni.

Ya, rasa berdosa dan serba salah sebab tak minat benda yang kita study ;( Allahummaghfirlii

Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang tak belajar sungguh-sungguh tu T_T

Tapi takpelah, Allah ada dan Dia tahu macam mana aku rasa tak bestnya benda ni. Dan Allah dah menakdirkan aku untuk berada di sini 2 tahun lepas, dan masih di sini -- Pastilah Dia lebih tahu kebaikan-kebaikan yang disusun sepanjang jalan, juga yang menanti di hadapan.

Dan Dia tahu, kenapa pun aku pilih untuk proceed dengan benda ni. Maka, Allah jugalah wakil untuk aku meletakkan segala urusan aku di sini. Yang kalau bukan kerana sebab tu, mungkin dah give up dan nak berhenti separuh jalan pun T_T

201018, Trent Building 

Satu hal yang terasa nikmatnya memilih EEE adalah benda ni buat diri untuk tetap merasa lemah dan berjiwa hamba. Sebab tu lah kot hikmahnya Allah terus meletakkan diri ni pada satu tempat yang terasa susahnya hidup ni kalau tak ada Dia T_T

Dan nikmatnya berada di suatu tempat yang masih ada penerusan tarbiyah buat diri. Yang kalau bukan kerana tarbiyah, diri ni mungkin kabur dengan tempat pergantungan untuk terus bertahan T_T

Maka ya Allah, atas nikmat-nikmat besar sebegini teruslah kurniakan aku kesabaran dalam bersabar dan pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk bertahan.


"O Allah, I seek refuge with You from anxiety and sorrow, weakness and laziness, miserliness and cowardice, the burden of debts and from being over powered by men."

Wednesday, October 10, 2018

Autumn in Nottingham


Of random shots, lovely Nott'm and fav season ^^
2018






Thursday, October 04, 2018

01. Tsiqah Keluarga

Baru habis video call dengan ibu dan diberitakan pada aku satu kisah yang merisaukan,

"ibu dekat rumah dah lemah lutut dengar abah bagitau ayong tak ada dekat bawah.  
Call dia sampai 10 kali tapi tak angkat, 
abah pun pusing lah satu bangunan cari dia." - ibu

Aku dah macam... Ok Shafiqaaaa apa kau dah buat ni haaa

"Ibu suruh abah naik tingkat atas, nampak kasut ayong dengan lagi 2 kawan usrah dia -- Nasib baik ada. 
Kalau call sekali lagi ayong tak angkat, ibu dah nak mintak tolong abang pergi sana cari ayong sekali." - sambung ibu

Shafiqa, kalau dah tahu abah nak datang ambik tu aware sikit dengan telefon plss -_- waktu tu pun dah malam sangat tapi tak ada respond, mana lah ibu abah tak risau. Ibu punya kerisauan tu sampai dah fikir macam-macam tau.

Tapi kerisauan aku sepanjang ibu bercerita tu adalah, 'Janganlah sampai ibu tak bagi pergi usrah dah lepas ni T_T'

I've built their trust time by time, dan bila dapat tahu Shafiqa ni silent phone sampai menyusahkan dan merisaukan ibu abah rasa macam nak piat je telinga dia ni -_- Tapi biasalah ibu dengan abah bukan jenis marah anak, sabar je setiap masa eee kalau aku lah ada dekat situ memang dah membebel habis dekat Shafiqa ni.

***



Ketahuilah, perkara paling mahal untuk seorang ukht itu peroleh adalah keizinan dan kepercayaan dari ibu bapa mereka dalam kelangsungan DnT. 

Waktu KMB dulu, biasalah stressed dengan IB sebab banyak betul kerja. Pastu terbebel pulak depan ibu,

"kena siapkan benda ni tapi bla bla bla pastu yang ni jugak du du du pastu... (the list goes on)" 
"Macam tu tak payah dah lah pergi usrah daurah." - ibu 
"Gulp." - me

Mujur kenyataan ibu itu berbaur cadangan dan bukan halangan. Sejak hari tu segala stressed dengan IB aku lepaskan pada member-member terdekat je hahaha cuak okeh dengar statement tu.

Masa awal-awal tarbiah dulu selalu imagine how does it feels like to be in an ikhwah-akhwat family. Tak lama lepas tu dapat kakak naqibah (yang kedua) dan dia anak ikhwah-akhawat. Mata aku lah yang paling bersinar sekali masa dapat tahu tu macam "wahhhhh! Mesti dari baby dah tau cerita pasal alat matlamat, hadis logam 😱"  hahaha

Tapi aku terlupa, untuk punya ibu dan abah, abang dan kakak-kakak yang sangat supportive dalam urusan DnT juga adalah satu nikmat yang sangat besar Allah kurniakan. Kita tak boleh kawal dalam environment bagaimana untuk dilahirkan, tapi Allah beri kita peluang dan keupayaan untuk membina kepercayaan dan kefahaman pada keluarga kita ^^,

Allah itu sangatlah Maha Adil, yang tidak melihat dan menilai pada sesuatu yang bukan dalam kawalan kita.

Dan untuk segala usaha, duit, masa yang ibu abah abang dan akak berikan, mudahkan, hantar dan ambil aku dari setiap wasilah tarbiah kadang pada ketika awal pagi dan juga lewat malam -- aku sentiasa doa moga Allah kurniakan mereka pahala yang sama atau lebih lagi dari itu!

"Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, ibu bapaku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan..."  (71:28)
***

Masa summer hari tu memang sedaya mungkin cuba untuk tunaikan hak-hak dengan keluarga walau sibuk macam mana dengan urusan lain (:

Thanks to abang yang ajak for a family day out dan beralah dengan schedule adik dia ni yang weekend je menghilang 😂 and for that, ai belanja satu video lah eh (nak belanja benda lain, semorang dah sponsor siap haha)


Stok video untuk nangis homesick sorang-sorang kat UK ni huhu :')