Tuesday, April 17, 2018

Be Realistic


"Awak yakin ke? Betul ke, betul ke parents diorang tak kasi?"
 - X
"Awak, jangan sampai Allah uji kita begitu." - me, tarik nafas
This conversation happened just a week ago dan kecewanya aku tika itu segarnya masih terasa. I knew she never meant to say things like that. Maybe she herself tak sedar dengan apa yang diucapkan itu.

Dan aku sendiri di luar sedar memotong ayatnya. Aku takut, kalau-kalau ada akhawat yang sememangnya diuji dengan ujian keluarga sedang berada berdekatan. Alangkah sedihnya jika mereka terdengar prasangka di atas ;( 
"Kita tak diuji begitu. Kita tak rasa dan tak ada pada tempat mereka. Tak perlu untuk tunggu Allah uji kita untuk faham keadaan mereka."

Birmingham New Street

Tak tahu kenapa aku sendiri berkecil hati. Mungkin sebab aku cuba pertahankan untuk SUMMER kali ni kita harus jadi lebih realistik dalam masa yang sama optimistik. Mereka akhawat ini juga manusia dan ada komitmen pada keluarga.

Yang tinggal beratus kilometer jauh dari tempat yang program selalu adakan.

Yang juga ibu bapa mereka sukar untuk melepaskan.

Duduklah, duduk bersama mereka dan dengarkan.

Dengarlah kisah-kisah bagaimana mereka berusaha meyakinkan ibu bapa untuk mendapat kebenaran ke usrah dan daurah.

Aku pernah juga mendengar kisah yang maha hebat tentang mereka yang diuji dengan keluarga. Walaupun tidaklah seperti kisahnya Mus'ab r.a, tapi siapalah kita untuk memperkecilkan ujian mereka.

Kita tidak diuji sebegitu maka kita tidak rasa dan tidak tahu.

Sepertimana kita punya ujian tersendiri dalam jalan DnT, begitu juga mereka.

Dan ujian kita mana pernah sama.

Sambutlah ujian semua dengan memberi sokongan bukannya memperkecilkan.

Dan kita yang tidak diuji dengan keluarga, atau perlu travel jarak jauh untuk ke sesebuah program -- teruskanlah bersyukur dan doakan buat yang lain.

Teringat seorang ukht pernah cakap pada aku,
"Jan, tarbiah di UK ni mengajar saya satu perkara. Kita perlu menjadi syadid pada diri sendiri. Tapi kita jangan syadid dengan orang lain. Especially family kita."
Duhai akhawat, tunaikanlah hak-hak keluarga. Tapi janganlah gunakan alasan ini untuk bermalas-malasan dalam DnT. Berusahalah dalam memberi kefahaman kepada kedua ibu-bapa kita.

Yang pada akhirnya, hanya Allah sahaja yang tahu usaha dan kesungguhan tiap satu dari kita. Sejauh mana kita sudah mencuba. Mencuba dengan sebenar-benarnya.

Berdoalah. Berdoa agar hati kita ini sentiasa lembut dan hati kedua ibu-bapa kita juga dilembutkan, dilapangkan agar mereka membenarkan.

Moga dipermudahkan semua akhawatifillah!

No comments: