Wednesday, November 15, 2017

Graf kehidupan

Ada sekali usrah dengan adik-adik dulu pernah buat aktiviti lukis graf iman. Ikutlah dari tempoh usia mana mereka mahu mula. Juga, ada satu lagi jenis graf yang para murabbi gemar sungguh suruh lukis masa usrah.

Graf kehidupan.

Ikutlah bagaimana setiap dari kita mahu menterjemahkan kehidupan yang kita lalui. Ada orang gembiranya pada setiap kali menerima hadiah, boleh juga meletakkan puncak graf yang tertinggi bilamana straight A's dalam pmr dan spm. Ikutlah, ikut bagaimana kita mendefinisikan kegembiraan dan kegemilangan yang dirasai ketika itu.

Jadi,

bila diberi tugasan untuk duduk berfikir dan flashback setiap inci perjalanan kehidupan, dari sekolah rendah, sekolah menengah, hingga ke saat ini -- sambil-sambil lakar graf tu, bila dah siap kita akan jumpa dan sedar di mana turning point hidup kita.


Untuk aku, walau ntah berapa kali awal dulu pernah buat entri meroyan masuk KMB, hakikatnya itulah max point dalam graf yang aku lakar ketika itu.

Saat tarbiyah memberi salam.

Saat yang kalaulah Allah tak tarik dan selamatkan diri dari jurang, mengeluarkan diri dari zulumati ilan-nur -- pasti-pastinya aku hidup sebagai manusia yang sia-sia.

Nikmat kefahaman yang bagi aku sangatlah besar selepas nikmat iman dan islam itu sendiri. Malu dengan diri yang banyak kali menjadi hamba derhaka dan bukanlah seorang yang ada apa, tapi Allah berikan sesuatu yang aku tak nak hilang selamanya.


Nottingham city centre, 2017

"Ya Rabb, don't put me back into what You once took me out from"

Selama ni bukan tak pernah dengar tentang tujuan hidup sebagai abid dan khalifah. Obviously dari buku teks PAI sekolah dulu. Tapi benarlah, tahu dan faham itu mana pernah sama.





No comments: