Ini sambungan entri sebelum ni. hah yang ni lah. yang ni. Bacalah entri ni dulu walaupun tak penting mana. Sebab entri kedua ni lagi penting sehingga menjadi perbualan 7 keturunan pelajar sabda keh keh
(sambungan)
Elok je habis cerita Blind, satu sekolah blackout! Aku tak ingat masa tu dewan dah kemas belum. rasanya kerusi dah susun ke belakang. Nasib baik untuk yang itu. Kami yang pengawas ni kutip sampah kecik-kecik dalam gelap (sob sob cerita tambahan mohon simpati) sambil makan nugget, hotdog, dan ketam yang tak habis dijual.
Perjalanan dari dewan ke aspuri tiba-tiba rasa macam 1 marhalah. gelap. Tak nampak apa pun. Macam Earth Hour dah dekat bagan Datoh tu. masa tengah makan-makan sambil mengemas tu tiba-tiba abang guard selaku life saver datang bersama torchlight tanpa sebarang salam. Terkejut! Dalam gelap ni jangan nak muncul tiba-tiba sangat. Abang guard iring kami sampai depan pagar asrama sebab keadaan gelap yang melampau satu bagan datoh.
view dari aspuri.
arrow merah (dewan)
arrow biru (1 marhalah) kahkah over je kau ni!
Sepanjang perjalanan tu aku nampak budak lelaki tengah pesta. Ada yang keluar main bola tampar. Panas kan duduk dorm. Tung ahhh tung ahhh lelaki. Boleh pesta lagi. Aku pun panas je tengok diorang. Bila masuk aspuri semua pelajar dah dekat dataran. Huru-hara. Biasalah semua excited sambut earth Hour.
"Bertenang semua bertenangahdutdyeuwgdyu"
"diam ahhh diam ahhh woiiiiahwuegabdsf"
"shhh bising lah"
apa punya bunyi. semua nak cakap. Bising je. Masa tu pulak warden langsung tak ada. So rasa macam
"adik-adik sila dengar cakap akak-akak F5 ok ok ok"
HAHAHAHAHAHAHAHAHA ok berhenti
Budak perempuan semua kena kosongkan aspuri, gerak ke surau. Tidur dekat surau. Bila fikir balik, pelik jugak aku kenapa tak tidur dekat dorm je. Selama ni blackout tidur dekat dorm je. Mungkin ada sebab yang aku dah lupa. Please sesiapa teringat bagitau aku balik. Kenapa? Kenapa tidur surau?
Bila semua dah masuk dalam surau,
"okay ketua dorm check ahli cukup tak"
Rasanya korang dah boleh agak. Ahhhh ni malas nak cerita ni! ((Tengok tajuk lah kan HAHA))
"akak... dorm saya tak cukup sorang"
kenapaaa? kenapa mesti sekarang?
Masing-masing mula buat teori.
Pengawas, Badar bergabung cari budak tu. Pergh ayat macam ramai padahal dalam 10 orang je cari. Takut jugak, sebab gelap. Dah macam seekers bak hang. Yang pergi cari dekat dewan tu memang tabik lah sebab jalan memang gelap. Rasa blind gitu uuuuuu. Aku? Aku dengan penuh rasa cuak tak cuak dengan kegelapan malam tu tak join gerakan mencari tersebut. Wahahahaha cerita je cam gempak! macam aku pergi cari.
Lama jugak aku menunggu diorang dekat surau hmm hmm. Lamanya diorang cari ni. Tiba-tiba nampak orang keluar ramai-ramai dari aspuri.
"woi diorang dah jumpaaa! Dah jumpaaa!"
Baiklah, mari kita ikuti kisah orang yang pergi mencari ni
hasil temuramah dari laman tuitter. Kemain emo kann. Hahaha tapi emo gurau je ni padahal tengah gelak-gelak masa sembang pasal ni. Lahai, bad things kalau throwback pun rasa nak gelak je. Emo emo pun gelak jugak! Ahhh memories.
Budak tu pun kemain lena tidur dalam dorm, sampai tak dengar orang panggil nama dia. Tak panas ke? Tak lemas?
Hmm harap adik-adik dapat jaga diri sebab akak-akak dah tak adaa. wahahahaha! ayat poyo. Padahal diorang tengah happy sebab kitorang keluar. Happy jugak dapat akak-akak seniors baru.
anyway, gerakan mencari budak tu,