Tuesday, January 24, 2012

Kelas anda dah cukup strategik?

Assalammualaikum,

Hi hi! Nak cerita pasal sekolah lagi, nak baca ke tak ni? Kahkah tahu muak tapi kalau dalam setahun tu hidup lebih banyak dihabiskan dekat asrama guane. Hadap je lah kisah-kisah asrama ku huhu Kalau rumah dekat tepi padang hoki tu boleh juga fly balik sebarang dua. Agak-agak selesai layan kopi baru masuk dorm, alahai heaven-nya!

Hokehh kali ni nak buka cerita pasal kedudukan kelas aku pulak.

Kalau nak tahulah, dulu semorang berusaha mengelakkan diri daripada masuk kelas 4 Al-Battani, termasuklah diri ni. Apa punya perangai lah budak sekolah ni kelas pun nak memilih. Apa ingat ini macam pilih-pilih shampoo ke? - "Segalanya terletak di tangan anda."

Kelas ni ibarat macam dilahirkan ke dunia. Tak boleh pilih-pilih mak, dan pilih-pilih bapak apatah lagi adik beradik. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk diri kita.

Tapi, aku tak boleh salahkan diorang juga. Jap, nak tanya,

Siapa je yang nak masuk kelas tuuuu???!!!



Kelas 4 al-Battani berada pada lajur 5 baris 2, di mana :-
  • Kelas tepi tandas lelaki yang bau dia sampai kelas hujung sana pun tak senang duduk.
  • Kelas yang berdekatan dengan rumah sampah. Bayangkan setiap pagi dah hirup udara tak segar. Otak pun segan-segan nak berkembang.
  • Kelas yang pintu almari dah tak boleh ditutup rapi, senget sebelah lagi. 
  • Kelas yang menjadi antara laluan pelajar sabda (untuk ke kantin, ke kelas mereka, ke makmal dalam bahasa mudah untuk kemana-mana sahaja) Tambah perisa bagi sedap lagi, jalan seret-seret kaki. Nak sedap lagi buat gelak tawa hilaian potianak 2020.
  • Kelas yang locker berlubang-lubang mirip gigi adik Miasara. Eh jap, gigi dia cantik. Maaf salah bagi contoh. Locker kelas aku tak cantik macam tu.
_____________________________________________________________

Sebenarnya nak merungut lagi. Tapi malas pula. Lagipun buat apa nak merungut sangat. Sifat mazmumah tu. Tengok aku redha je dengan takdir. Redha je dapat nama lelaki. Redha je masuk kelas tu. Redha je belajar dalam Bahasa Melayu. Redha je redhaaa... (bunyi dah habis ikhlas) 

Memang fitrah seorang manusia kurang memandang dari sudut positif. Baiklah untuk menyedapkan hati, pernahlah juga terfikir beberapa kebaikan dan faedah dapat kelas ni.


pelan kelas 4 al-Battani

Siapa tak suka dapat kelas yang paling dekat dengan kantin. Kalau budak 2 Zuhr keluar 10 minit awal untuk ke kantin, belum tentu diorang yang berjaya sampai dulu. Rugi kelas jauh-jauh ni. keropok lekor dah habis dijual baru sampai. Eh! kenapa kaitkan dengan kelas tingkatan 2 pulak ni? Alahai, lupa sekarang dah upper form mana rehat dengan budak-budak kecik ni dah hahaha

Depan tandas lelaki ada tangga. Kalau dah nama kelas 4ABT dekat dengan tandas lelaki maksudnya kelas aku juga dekat dengan tangga. Jangan pandang rendah lagi, jangan. Dengan tangga ni lah warga sabda dapat bergerak ke blok makmal dan ke blok pentadbiran. Lagi bersyukur bila tangga dah dekat sangat dengan pintu belakang kelas. Tak payah nak berjalan jauh sangat. Biasalah manusia bila dah malas nak beriadah cenggini lah tahap kesyukuran dia.

Pernah dengar, "Harta suami, harta isteri. Harta isteri, harta isteri"? -- Tak salah jika mahu dikaitkan dengan tandas sekolah, "Tandas lelaki, tandas perempuan. Tandas perempuan, tandas perempuan". Ada bagusnya tandas lelaki dekat tepi kelas tu. Ramai juga aku tengok budak perempuan masuk menumpang. Itulah, siapa ajar bina tandas perempuan jauh sangat? Err, setakat masuk tumpang sinki nak basuh tangan je lah. Tak pernah lagi tumpang lebih daripada tu.

Aku rasa kelas ni hebat juga. Kalis suara! Kedudukan dia menjadikan kelas tu kebal kepada suara-suara lantang manusia yang tak bertamadun ketika prep malam. Untung dapat kelas yang tersorok dihujung-hujung ni.Tak kisahlah hangpa nak pong pang pong pang macam mana pun. Tapi dekat kelas, aku rasa aman damai macam tak ada apa yang berlaku. Lagi-lagi dapat classmates yang bising tahap sedang-sedang sahaja. 


Cukuplah 4 ni. Susah sebenarnya nak fikir apa lagi faedahnya. Cukuplah 4 sekadar nak menyedapkan hati.


Tuesday, January 03, 2012

Adik serius nak alami kehidupan berasrama?




Assalamualaikum,

Masa Maghrib tadi tiba-tiba idea banyak datang serbu otak. Gila, ini semua bisikan syaitan. Aku tak nak lah tulis idea syaitonnirajimm. Tercemar blog ni. Taip senja-senja, sambung malam-malam, publish pagi-pagi.

Bila buka facebook, rasa macam ditikam 1000 kali di bahagian perut. bila baca status pengguna facebook rasa sakit ditikam 1000 kali dekat dada. fuh sentapnya ayat diorang. Semua nak heboh sekolah dah mula lusa. Esok dah nak balik asrama. Dulu kecoh pasal result sekarang gelabah pasal sekolah. Dah dah, aku tak sanggup nak baca. Menaip apatah lagi.

Bila dah nak buka sekolah ni baru aku teringat aku pernah buat satu post khas berkaitan isu buka sekolah ni. Ahh, rasa macam baru semalam post entry tu. Padahal dah nak masuk setahun. Hah post ni lah, dan ini dan ini.

Tak mustahil benda macam ni akan berlaku lagi. Aku ulang, tak mustahil ya kakak-kakak cantik dan adik-adik comel. Harap tahun ni tak lama sangat fenomena dia. Jadi di sini, saya mahu memberikan sepatah dua kata buat adik-adik yang bakal masuk bulan Januari ni.



Bismillahirrahmanirrahim

Kepada adik-adik form 1 yang bakal masuk ke sabda,
Assalammualaikum adik-adik. Adik ingat seronok sangat masuk asrama? ops! Akak tak cakap tak seronok. tapi kalau adik rasa tempat basuh baju tinggi sangat, atau sayang tangan adik. Akak tak galakkan adik masuk asrama. Bukan apa, akak kesian tengok adik yang comel basuh baju buat muka eww eww. Mungkin akak wajib beritahu bahawa sekolah akak tak ada mesin basuh. yaa, sila garu kepala sekarang. Fikir masak-masak nak masuk lagi atau tak?

Adik, jangan garu kepala sangat. Ada lagi ni nak bagitahu, dekat sabda ada dobi. Dobi dibuka hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Selagi ada duit gunalah untuk mendobi. Ya ya akak nampak muka gembira adik tu. kan akak dah kata jangan garu kepala sangat.

Seterusnya, akak harap adik hadir ke sabda dengan membawa buku kosong untuk dijadikan diari harian di sana. Beli buku latihan yang 80 muka surat tu pun jadilah. Asalkan adik ada satu. Bukan apa, bila adik dah besar nanti akak nak adik rasa malu dan tersengih sorang-sorang, "hik hik apahal dulu aku gila sangat suka mamat seluar senteng tu." Tak apa, gila pun gila juga. Kenangan tu bukan senang nak cari lagi.

Ada lagi ni. Adik tahu DM? DM adalah singkatan bagi Dewan Makan. tempat di mana adik menambah berat badan selain daripada kantin dan makanan dalam locker. Tahun lepas akak pernah nampak sorang adik comel ni angkat sayur taugeh tinggi-tinggi buat muka menyampah dan campak taugeh tersebut di lantai.

Akak harap adik tak ulangi sinetron yang akak nampak tu. Bersyukurlah, kerana makanan DM memang tak sedap tapi kalau makanan ni kita hantar ke Afghanistan, adik boleh bayangkan betapa gembiranya diorang. Serius, kalau tak suka sayur, adik susun cantik-cantik dekat hujung pinggan atau bagi kawan adik yang suka sayur. Ya, seperti yang akak selalu buat. Hah kalau nampak orang tak makan sayur dekat DM, kemungkinan besar akak lah tu.

Adik, akak harap adik datang sebab nak belajar. Jangan mudah terpedaya dengan kenyitan mata abang-abang gatal. Nampak diorang kenyit, adik terus tulis dalam diari syok sorang-sorang. Adik kena jual mahal. Eh, akak tak mengajar. Cuma akak nak cakap jangan layan cinta sangat. Bila dah besar mesti adik cakap, "hik hik apahal dulu aku gila sangat suka mamat seluar senteng tu." Alah, ayat standard ni. Terasa diri sangat tah pape kan? Dah dah belajar pandai-pandai dulu. Nanti besar cari suami pandai jugak.

Akak faham adik eksaited nak pergi sekolah. Tapi kalau pukul 5 pagi sekolah pun gelap lagi. Janganlah bersiap awal sangat. DM pun buka pukul 6.30. Ingat lawak ke buat orang lain rasa cuak sebab dah terlambat pergi sekolah padahal baru pukul 5. Adik bangun awal sangat kenapa? Pukul 5 akak baru nak masuk tandas. 

Adik, akak rasa adik dah malas nak baca wasiat akak ni sebab akak faham perasaan adik. Adik tahu tak akak tipu je tadi. Akak bukan faham perasaan adik tapi akak dah malas nak menaip sebab akak rasa adik tak ikut pun semua tu. Cuma akak harap nanti jangan guna public phone lama sangat, sebab ramai lagi adik-adik akak yang homesick tu nak guna. Akak tak galakkan adik bawa telefon bimbit ke sekolah. Nanti kalau hilang menyusahkan warden dan pengawas kena buat spotcheck pulak. Secara tak langsung phone orang lain kena rampas jugak. Tengok sebab adik yang tak reti jaga phone orang lain punya telefon bimbit kena rampas pulak. Kesian kan.

Eh adik dah pukul 12 pagi. Dah, akak nak kemas barang nak mendaftar pukul 2 petang ni. Akhir kalam, akak nak adik fikir banyak kali cukup bersedia ke adik nak masuk asrama? Jangan ingat hidup berasrama ni mudah. Banyak cabarannya muehehe.


yang jujur,
Shahizan azmi