Monday, September 23, 2019

Chosen life


Balik dari program sampai rumah pukul 6pm. Terus siap-siapkan diri nak ambik juniors dekat bus stop. Kalut jugak sebab bas adik ni tiba-tiba sampai terlebih awal.

Tak sempat nak jumpa housemate lagi tapi dah keluar balik. Dah settle hantar junior ke rumah dia baru dapat balik rumah dengan tenang. Sampai-sampai je housemate terus tanya,

"akak tak penat ke? Jetlag ke?"

huhu itulah orang lain pun penat tengok kita macam ni

Tapi, itulah kehidupan yang kita dah pilih (: dan tak pernah tahu sampai bila Allah izinkan untuk buat benda-benda ni.

Beramallah selagi boleh beramal.

Sebab boleh jadi esok kita dah tiada kemampuan untuk beramal.

*****

اللهم استخدمنا ولا تستبدلنا

"Ya Allah jadikan kami orang berkhidmat dan janganlah kau gantikan kami (dengan yang lain)"


Saturday, September 14, 2019

Tujuan

"Kita akan jumpa lagi ke nanti akak?"

Terhenti jap dari suapan yang ntah buat kali keberapa masa makan talam bersama.

Tak sangka minggu tu akan sampai di satu negeri yang tak pernah sekali pun dijejaki.

"Sorry awak, sebenarnya ada kakak ni yang kena bagi sharing tu tapi on call pulak tetibe." - Kakak F
"Hehe kita ok je. Lagipun pernah request kat kakak X untuk bantu saya asah skill ni."

Antara dialog perbualan terakhir sebelum masing-masing letakkan telefon. Pelikkan jalan DnT ni. Tinggi betul kepercayaan yang mereka berikan sedangkan tak pernah berjumpa walau sekali.

******

"Jumpa macam mana tu?"

Tanya aku sambil gelak sebab tak jangka soalan begini dari adik tu. Dah lah first time berjumpa, alahai.

"Dekat program-program lain ke." 
"Setakat yang akak perasan, selagi kita dalam jalan ni inshaaAllah kita akan berjumpa je walau tak tahu bila (:"

140919

Soalan dia buat aku teringatkan satu perkara. Suatu masa dulu tak pernah terfikir pun akan ada peluang kembali bertemu murabbi di KMB dulu, berkumpul kembali dengan kakak-kakak yang menarik masuk dalam jalan DnT, berjumpa dengan muwajih-muwajih zaman awal tarbiyah yang comel-comel dulu haha dan sekarang pula berada dalam waqi' sama dengan first muwajih yang pernah mengubah paradigm diri ni. Tak sangka sungguh.

Tak kiralah tujuan manusia itu apa. Tapi kalau mereka punya tujuan dan agenda yang sama, Allah akan pertemukan mereka dalam perjalanan menuju ke arah itu. Jadi tak peliklah bila kita mahu mencari kebaikan, kita akan berjumpa dengan orang yang sama-sama mahu mencari kebaikan. 

Daurah lepas, ada sorang akhawat Beijing share kata-kata dari cendekiawan Cina -- "Tujuan yang sama akan menemukan orang-orang dalam perjalanan."

Indeed (:

******

"Diorang dua ni dah tinggalkan KMB 3 tahun" -- murabbi lama yang makan setalam cerita pada adik tu.

Kemudian disambung lagi,

"so, 3 tahun dari sekarang awak kena jadi penyampai jugaklah."

Murabbi kitorang ni memang suka psycho macam ni -_- mesti adik tu macam 'aduh tersalah pilih talam' hahaha

"Akak dulu tak macam awak, masa 1st program kita diam je tak banyak cakap. Awak mesti lagi hebat so should be less than that lah :P"

Saja tambah pressure lol

and ofc i wish to meet u again someday, lillah ^^



Friday, September 06, 2019

The Granted Wish(es)

“Nak pergi mana-mana gunalah kereta dekat rumah tu, abah pergi kerja naik Lrt sebab subscribe tng sebulan seratus tu.” 
“Kita nak pergi rumah X nak ambik barang. Nak ziarah sekali tak?” 
“Kiranya saya balik naik kereta akak lah eh?” 
“Fuh, tak sia-sia kakcik balik summer kali ni. Banyak kali jadi driver ibu.” 
“Awak jzkkhair sudi ganti. Kakak tu tiba-tiba on call.”


For this year summer break, couldn't hold my tears back when Allah granted all of my specific wishes in ways that I couldn't imagined T____T wuwuu baiknya Allah

Terasa sangat langkah pertama untuk buat sesuatu tu sebenarnya kita kena "nak" dulu. Bila kita "nak", Allah akan bukakan jalan-jalanNya.

29:69 was my ayat tema for this year. Sangatlah terasa atas setiap apa yang berlaku tu sangat relatable dan tepat dengan ayat ni U___U