Monday, October 16, 2017

The Sacrification

Dunkirk, 17 degree celcius

Baru pulang dari mini gathering sesama akhawat Nottingham - yang pada aku dapat berkumpul bersama semua adalah saat yang paling berharga dan tiada masa yang dianggap sia-sia. Pada setiap kali perkumpulan kalau tidak banyak pasti ada sedikit yang terkesan di hati.

"Boleh tak nak roundtable setiap dari kita untuk share the feelings and the reason y u still wanna join usrah? :)"

Bertanya tentang 'perasaan' adalah carta intro yang teratas dalam mana-mana liqa'. Sebab... feelings dan akhawat berpisah tiada. Lol.

But still, I like this Qs tho. Sometimes you just need a moment to sit (kalau ada kopi sedap gak) and think the reason why we still want to do what are we currently doing. Bukanlah sejenis lalang.

Dan dalam kesibukan untuk siapkan assignment dan projek, usrah kita, usrah adik, daurah lagi, program tambahan -- kadang kita tak sempat pun untuk duduk bertenang dan refresh macam mana pada awalnya kita 'terjebak' dengan benda ni dan masih mahu meneruskannya.

This roundtable session is one of a kind juga. We're getting know in deep their early tarbiyah story and struggles masa awal-awal usrah. Eg: How rebellious this one ukht was even bagi alasan untuk ponteng usrah (😂) tapi siapa sangka kini dia pula berusaha membawa orang menuju Allah malah menjadi permata dakwah di Nottingham pula.

Walaupun pernah tulis "all the reasons why" di sekeping kad, tapi bila diberi masa untuk berfikir lagi, ada satu sebab yang aku terlepas untuk nyatakan pada catatan sebelum ini. Sebab tu soalan begini tidak rugi untuk ditanyakan berulang kali. Kita pasti lalui situasi yang akan menambahkan lagi sebab-sebab untuk terus berada di jalan DnT.

And this Qs hits me hard actually,

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque, 22nd June 2017

Kebelakangan ni selalu sangat terbayang momen-momen awal di KMB dahulu bagaimana my first kakak usrah try to DF (Dakwah Fardhiyah) me. Siapa sangka dari ketuk pintu malam-malam semata nak bagi roti canai Halim je, tiba-tiba terjebak dengan usrah. Tentulah banyak lagi siri DF yang berlaku hingga aku benar-benar letakkan diri di jalan ni. This is why for atleast most of us, first murabbi will always owns a special spot in one's heart.

Some people might think that they come with an agenda. But, what's more beautiful than an agenda to bring you closer to The Almighty? Kerana bagi aku tiada apa yang rugi bila terjebak dengan perkara yang menjauhkan kita dari jurang bahaya, mengeluarkan juga dari zulumat kepada annur :)


*Masjid tepi highway which I can't remember its name* Y^Y


"Sebab pengorbanan" - I opened up to them

Terlalu banyak kisah-kisah pengorbanan yang dilakukan oleh akhawat sekeliling yang Allah tayangkan pada aku. Pengorbanan harta benda, masa, termasuklah jiwa yang terkorban pada setiap kali penolakan.

Selain pengorbanan jiwa, pengorbanan masa tu is a thing juga for me in this so called modern world. Semua orang akan ada perkara dunia yang mereka disibukkan I mean.... siapa yang sanggup berikan masa dia semata-mata untuk pembaikan diri orang yang dia pun tak kenal???

Time ain't free gais (it's worth more than gold)

Dekat highway tu abang aku sanggup bayar tol mahal sikit asal dapat elak jalan jammed sebab tak nak sampai rumah lambat. You have to pay more to save your time. Yes, this means you're buying the time.

Lagi, kalau tertinggal belongings dalam UBER pun dia charge ok masa (apart of duit minyak) untuk hantar barang tu dekat kita balik. Ya, kita membeli masa dia.

And I know how my first murabbi dan murabbi(s) yang pernah hadir sehingga hari ni dah terlalu banyak mengorbankan kepentingan-kepentingan mereka semata untuk pastikan sentuhan Islam itu terus sampai pada aku.

Itu apa yang terlihat dan aku tahu. Di belakang tabir mungkin lebih lagi yang berlaku. Untuk setiap masa, wang, dan jiwa yang dikorbankan sungguh hanya Allah yang lebih mengetahui dan sudah pasti ada ganjaran yang menanti.

Walau secara mata kasarnya tidaklah seperti terkorbannya para sahabat yang keluar berperang qital, tapi kita yakin sifatnya Allah yang Maha Halus itu akan sentiasa mengambil kira sekecil-kecil pengorbanan yang dilalui.

Kerana itulah,

Moga aku teruskan rantaian ini agar setiap pengorbanan mereka tidak disia-siakan dan terputus di sini.


Nota kaki: Tentu-tentulah bukan satu sebab sahaja aku beri. Cerita semua tak muat satu entri nanti.

Monday, October 02, 2017

A Beautiful Soul

"Tadi saya on the phone dengan kak M."

Orang depan aku mula buka bicara. Situasi di meja makan yang hanya ada aku dan dia.

Yang lagi tiga khabarkan di ws group mereka baru sahaja makan burger malah kenyangnya masih lagi terasa. Aku yang pada awalnya juga kenyang terus bangun dan keluar dari bilik lepas membaca msg tersebut.

Dapur dijadikan sasaran, tidak lain tidak bukan kerana aku tahu ada orang yang sedang makan keseorangan.

"Hm tiba-tiba rasa nak makan" -- pinggan aku ambil, juga nasi dan lauk yang sudah dipanaskan. Terus ambil tempat duduk di hadapan dia.

***

"Awak tahu tak Kak M rupanya tak tahan sejuk.

And dia takut sangat nak turun masa yang last-last tu.

Yelah takut jadi apa-apa ke kan, dengan sejuk lagi." - sambung kawan aku

Dialog yang benar-benar menangkap perhatian aku. Tak sia-sia rasa nak makan. Sebab dapat tahu satu sisi cerita yang mungkin tiada siapa akan memberitahu.


31st September 2017 -- Cave Dale, Sheffield

***

Jangkaan cuaca yang baik untuk hiking Sabtu lepas meleset sama sekali. Sedang sebelum-sebelum itu hampir setiap hari melihat weather forecast di Sheffield. Setiap kali diperiksa, setiap kali juga diberitakan Sabtu di Sheffield tidak hujan. Nah! secanggih mana pun teknologi yang dicipta manusia masih tetap tidak dapat membaca bagaimana Tuhan itu bekerja. Sungguh.

Aku ringkaskan lagi cerita,

Selepas beberapa jam mendaki, lebih hujan dari sinarnya matahari. Hujan di sini tidaklah selebat di Malaysia. Rintik anak-anaknya menari dan masih mampu membasahkan bumi. Diiringi pula dengan angin kuat yang kadang menerjah tanpa salam, sememangnya menggetarkan lagi setiap rusuk tulang kami 22 orang.

Aku tak sedar pun bila masa diri ni nampak kesejukan sangat. Hingga terdengar suara yang bertanya dari belakang;

"Ijan ok tak? Awak sejuk eh? Nak jacket akak tak?" -berrrrtubi-tubi

"Eh, ok je. Saya pun ada sweater ni." - balas aku

"Yeke? Ambiklah jacket akak ni."

"Tapi akak, semua orang pun sejuk. Akak pun sejuk jugak." - dengan common sense yang ada aku menolak secara halus.

Jika awalnya hanya kesejukan yang menyelubungi, kini perasaan serba salah turut sertai.

"Tak apa, akak pakai double." - Kak M

Tidak sempat membalas apa, dia terus minta aku pegangkan begnya dan buka salah satu jacket untuk aku pakai. Jacket biru cair bertukar tangan dan aku sarung terus. Terasa kurang sejuknya dan kehangatan sedikit terasa.

Perjalanan diteruskan, sama seperti hujan yang turun berterusan. Aku pula masih lagi dengan perasaan, "tapi akak... semua orang pun sejuk juga"


Kak M's only son. He hiked like a champion. Left others far behind as if he's hiking alone.

***

"Awak tahu tak Kak M rupanya tak tahan sejuk. Dia takut sangat nak turun masa yang last-last tu. Yelah takut jadi apa-apa ke kan, dengan sejuk lagi." - housemate yang turut bersama ke Cave Dale

Terkejut. Ironi sungguh statement di atas dengan apa yang Kak M buat pada aku. Aku tanya kawan aku sekali lagi, mahukan kepastian.

"Drive balik dari Cave Dale tu Kak M berhenti sekejap tepi jalan. Nak tidur sebentar katanya. Penat sangat kot awak. Tambah dengan sejuk lagi masa hiking tu. End up kita dulu sampai Notts dari Kak M sampai rumah."

Masa ni aku tak mampu nak cakap apa dah. Air mata yang bergenang aku kesat cepat-cepat kalau tidak masin nasi aku nanti. Kerana hanya Tuhan dan mereka yang ada di situ sahaja tahu betapa sejuknya di atas itu.

Bergenang tiap kali membayangkan susuk yang menawarkan aku jacket Sabtu lepas adalah seseorang yang tidak tahan sejuk rupanya.

How can she be so selfless?

Mendahulukan orang lain lebih dari diri.

Dia boleh sahaja duduk berehat di rumah hujung minggu begini. Kerjaya Kak M yang bukan biasa-biasa sibuknya dan dia masih mahu menggunakan masa rehat yang ada untuk bersama-sama kami?

Bukan pula datang berseorangan, malah bersama komradnya yang masing-masing aku kira kecil juga. Gagahnya dia. Seorang ibu dan murabbi pada satu masa.

Banyak benar yang aku belajar dari satu susuk peribadi. Bukan sahaja dapat hiking dan tadabbur alam. Tetapi tadabbur sikap mulia manusia juga. Aku sedar dan aku tahu, ada sesuatu yang Tuhan mahu ajarkan pada aku.


"Dear you, I hope you are growing up well and knowing that your mom always gives out her best so that people only receive the best from her." - Holding her 2nd child's hand because I always have a soft spot for anak kedua :p