Wednesday, May 18, 2016

Mereka yang dikumpulkan

Tiba waktu asar, hari pertama di KMB -- Allah gerakkan hati untuk ke surau yang hanya selang dua bilik dari bilik sendiri. Alhamdulillah Allah benar-benar tempatkan aku di bilik yang sebaik-baiknya.

Pelajar MARA masih dengan perjumpaan mereka di dewan. Blok sunyi, tapi ada seorang kakak sibuk membersihkan surau. Menghampar sejadah.

“Sorrylah, dah lama tak kemas surau ni.” dia sengih.

aku senyum balik.

“Jom solat.”


2016, masa awal-awal masuk rupa surau bukan macam ni huu 


Sekejap je masa berlalu. Siapa sangka kami pula yang mengemas untuk junior tahun hadapan. Siapa sangka waktu itu sememangnya mengajar.





Bila difikirkan kembali, sangat tidak sangka dapat berkenalan dengan si polan-polan yang biliknya jauh sekali, kelas pula berlainan.

Medic - Applied Sc - Archi - Engine - Assorted.

Rupanya di surau ini antara tempat untuk Allah mengumpulkan hati-hati kami. Sungguh mereka ini ibarat famili.

Kisah surau terlalu banyak. Hinggakan boleh dibahagi-bahagi kepada beberapa siri. Kisahnya terus-terusan dan tidak mati. Surau yang sering menjadi saksi kisah hamba yang tunduk pada Ilahi.

Moga surau ini terus hidup. Hidup dengan manusia yang mencari Tuhan, hidup dengan hati yang menghidupkan, hidup dengan kisah-kisah kasih sayangnya.

Akan lebih banyak lagi momen-momen dari surau yang akan diberitakan.

InshaaAllah, semoga diberikan kelapangan.

p/s: *Entri pertama selepas IB* :p


Sunday, May 01, 2016

Final preparation - Tie your camel

Bismillahirrahmanirrahim


In less than 24 hours,


Baju Kurung for a week (checked)


GDC updated to 4.2 version (checked)



ID card (checked)



Anddd not to forget, 


thankyou juniors for this board :')


*lap air mata*


Terserempak dengan cikgu dekat koridor, cikgu pun nak bagi jugak heee comel je


Terima kasih cikgu untuk makanan yang tiada henti-henti (cupcakes, chocolate cake, KFC lunch box, magnum, cornetto, nutrigen etc)


Terima kasih ibu abah yang sudi melawat tadi :') minta maaf salah silap


Kepada kawan-kawan yang saya sayangi,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku. maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (40:60)

“Have faith in Allah, but tie your camel” 

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله

*jalan*