Terpikat dengan cerita kak Aishah (batch '09) macam mana dia lalui Ramadhan di KMB dulu.
Kalau dah terpikat mesti lah rasa cam nak ikut kan. Ceritanya pasal melawan nafsu je. Bestnya Ramadhan sebab setan kena ikat. Kira ni macam perlawanan yang adil lah kan. 1 lawan 1 gitu. Hanya tinggal kita dan nafsu.
Setiap kali nak dekat waktu berbuka abiasolah mesti ada rasa cam eh nak beli lah air dekat kepsi (baca: food court kmb) sebab kepsi kalau buat air tak pernah tak sedap. (Dah lah sedap, murah pulak tu nak banding dengan tempat lain).
Padahal sedar je yang Dewan Selera dah sediakan air (foc) tapi mungkin tak menarik minat sebab tak sejuk *cough* ais terapung-apung dekat atas so atas je lah yang sejuk :'( Makcik DS pulak tak bagi cedok dari atas, sebab yelah nampak macam tak senonoh benar.
Atau kalau pergi bazar - (yang mashaaAllah jauh gila. konon nak pergi sekali pastu taknak pergi dah. Tapi ntah dua tiga kali jugak pergi tahun ni eherherher) - lagi lah banyak air yang warna-warni yang sejuk dari atas hingga bawah. Rasa macam nak beli banyak banyak T^T
Tapi sebab guwa sedar itu semua nafsu.
Fikir jap.
Aku lupakan rasa nak beli. Sebab sedar tu semua nafsu. Boleh je minum air free dekat ds. Kalau beli satu boleh lagi. Tapi kalau angkut sampai 2-3 plastik nampak macam bernafsu sangat. Pernah sekali tu DS sediakan air masak/kosong/putih/atau-apa-sahaja-namanya, semorang pakat-pakat nak beli air. Kalau tak sempat beli kat kepsi, telefon kawan yang mungkin masih di bazar.
Aku pun - "yesss akhirnya bolehlah nak minum air best sikit"
Tapi... eh tak boleh, masa ni lah nak uji ketahanan diri. poyo je kan. Haishhh, tapi itulah sebab dah target Ramadhan kali ni nak ajar diri jangan nak ikut sangat keinginan tu.
Aku pun tak beli lah air apa-apa. Ada lah jugak berharap semoga ada kopi ke pe dekat dalam locker untuk bancuh. Pastu ada member offer nak belanja air. Mungkin dia nampak keadaan aku ni menyedihkan kot hahaha atau dia fikir aku ni kedekut sangat atau kesian tengok aku ni mungkin tengah kering poket sampai taknak beli air langsung ekekekeke
Tapi aku tolak offer tu. Bukan nak tolak rezeki eh, bukan :/ Sebab nak didik jiwa taknak berbuka mewah sangat. Sebab rasa berharga sangat bulan ramadhan ni, bulan yang sesuai untuk bentuk jiwa. Rasa rugi kalau manjakan diri waktu ni.
Kesian jugak tengok member. Sebab aku taknak dia kerugian pahala, aku suruh dia belanja orang lain. Tapi lepas ni kalau nak belanja boleh je hahahahhahaha kbai.
Rindu nak berbuka dengan akhawa kat masjid Putrajaya T^T
Sedih jugak bila sedar ini ramadhan terakhir di kmb. Mungkin sebab tu rasa nak sangat gunakan ramadhan tahun ni sebaiknya. Lagi-lagi dalam bab melawan nafsu.
Walaupun hampir sebulan berlalu, tapi cerita tentang Ramadhan takkan pernah basi ^^