Pengisian
antara Maghrib dan Isyak’ yang terakhir untuk sem 2
“Sedar tak sedar dah setahun kita dekat KMB
Sedar tak sedar dah setahun kita ambil IB
sedar tak sedar dah setahun kita lalui
semua ni
Bagi Nani KMB ni satu rahmat.” -- Nani senyum
Kata Nani, kata-kata permulaan untuk
perkongsian malam tersebut. Bukanlah sekelas, bukan sebilik. Tapi dekat sini
semorang macam family, saling mengenali.
“Nani nak setiap sorang dari kita berikan satu perkataan
yang describe kmb selama dia setahun duduk sini.”
“Struggle”
“family”
“turning point”
“Alhamdulillah”
“Fateh”
“takbir”
“menarik”
“sekolah kehidupan”
“sense of belonging”
Jap, dah makin bertambah perkataan
nampaknya.
“berkasih sayang”
“nikmat”
---- Ya nikmat
Entri ini ditaip sehari selepas tamat peperiksaan Sem 2 -- 28 Mei 2015
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
semalam last paper. Petang tu cuaca baik sangat. Redup dan mendung tapi tak
hujan. Sangat sesuai untuk turun padang hiu hiu tak pepasal semua sukan nak
main semalam. Alhamdulillah bukanlah semua, ada lah dalam 2 ke 3. Eh.
Rasa bahagia sangat. Rasa macam – “Ya Allah
seronoknya! Terima kasih hadiahkan cuaca macam ni” petang yang berangin. Ramai jugak
keluar petang tu mungkin sebab dua minggu exam jarang jarang dapat luangkan
masa dengan alam. Untuk petang terakhir tu, Allah hantarkan pula cuaca begitu.
Bahagianya!
Kadang diri sendiri tak sedar nikmat makan percuma 5 kali sehari antara
nikmat yang sering kita-kita pelajar KMB tak hargai. Kadang-kadang sebab malas nak turun.
Tapi paling tak tahan kalau ada yang bagi alasan “malas nak turun” pastu kan nampak
dia duk makan kat KFC (KMB Food Court). Padahal
jarak food court ke dewan selera tu sebelah-sebelah je tau dalam 20 meter. Lulzz
kan? Dibumbungkan lagi sepanjang laluan.
Jadi untuk tak sia-siakan nikmat tu, balik
dari padang petang tu hamba terus pergi ke DS (Dewan Selera). Sekarang ni kalau tak habis makan
ikan atau ayam aku tau dah nak cari siapa aherherher. Seronok tau bila makin 'besar family'. Sebab kita tak akan sia-siakan kepentingan dia hiks. Ada lah sorang ni memang rajin bungkus makanan dari DS,
bawak balik blok, bagi kucing-kucing dan anak-anak kucing makan. Saja guna kata
ganda kucing-kucing. Nampaklah kucing dekat KMB ni banyak beribu-ribu ekor.
Ini baru anak-anak dia. Keturunan yang ke-7 mungkin.
Cuti 2 minggu ni diorang makan apa agaknya? T^T
Balik ke blok dari DS selepas sepetang di padang,
baru Allah turunkan hujan. Setelah cuaca dibiarkan mendung begitu lama -- Hujan rintik. Bahagianyaaaa! Rasa banyak sangat
nikmat Allah bagi petang tu. Jalan depan sikit, depan lagi-lagi-lagi, pastu jalan mengundur ke
belakang balik sebab mengada-ngada tak nak masuk bilik awal HAHAHAHAHA saja
jalan lambat-lambat sebab langit lawa sangat masa tu -- golden hour
Masa undur kebelakang tu, ya Allah ada
pelangi pulak T^T lawa sangat. Punyalah eksaited sebab mungkin lepas satu-satu
nikmat yang Allah bagi, Allah tambah lagi -- Keadaan yang berangin, hujan rintik, sunset, pelangi. Kebetulan bawak turun camera. Yaaa
mungkin sedang ada bisikan bisikan halus dalam hati engkorang “Pekebenda turun
padang bawak camera” – anda perlu faham ini adalah petang terakhir eh, biasalah
perempuan – sentimental lebih hahahahahaha semua benda nak dijadikan memori.
Lama-lama pelangi tu macam duplicate tau.
Tiba-tiba ada dua. Ya Allah, rasa bahagia sangat masa tu, Rasa macam Allah
dengar je apa yang kita nak. Allah ni tahu je cara nak gembirakan hamba Dia
padahal dekat dunia ni ada berjuta manusia, maksudnya berjuta keinginan dan
Allah mampu je nak beri semua untuk setiap hamba. hebatnya!
Semua nikmat waktu petang tu, mungkin tak
sampai 1 peratus pun Allah beri. Allah baru jentik sikit. Tapi bahagianya tak
tahu nak kata cemana. Cuaca yang baik, petang yang berangin, suasana yang
tenang. Baru dekat dunia-- syurga nanti bagaimanalah.
Lepas solat Maghrib, duduk sekejap.
Because all of these good things are really something to be pondered
Allah ni kan tak pernah berkira-kira dengan
nikmatNya. Walaupun kita banyak kali derhaka tapi Dia tak pernah putus asa – gembirakan hamba Dia. Tapi kita-kita ni terlalu berkira dengan Allah. Lagi-lagi
dengan masa. Contohnya, dalam sehari nak luangkan masa beberapa minit untuk 1 muka surat al Quran pun rasa berat sangat. "Kemon, kita ada 24 jam kot." Bisik shahizan kepada shahizan.
Sedangkan masa tu pun Allah yang beri. Belum lagi cerita berapa kali kita putus asa dengan Allah tapi Allah masih lagi tarik selamatkan kita. Ya betul, itulah ujian. Tipulah, kalau kata kita
tak diuji dengan masa.
Tak kiralah anda pelajar IB atau bukan sekalipun. Kita sama-sama akan diuji dengan masa.
Berapa ramai pemuda dekat luar sana yang
banyak masa terluang betul-betul utilize kan masa yang dia ada? Silap, ayat tak
habis. Utilize kan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah? Risau. Risau
dengan masa yang banyak, makin leka. Seronok melagha. *istighfar*
Alhamdulillah, kadang-kadang ada baiknya
ambil program IB ni. Pelajar akan disibukkan dengan macam-macam benda – EE,
IA(s), ME, CAS, WA BCDEFGHIJ….. K
belakang tu dah start memain.
Tapi bila kita sibuk, ada juga ujian.
Kerana terlalu ‘sibuk’ kita jadi terlalu kedekut masa dengan Allah. Berkira-kira -- Ini lah antara struggle pelajar Kolej Maha Busy. Kadang bila ada masa lebih baru kita cari
Allah. Ada yang ibaratkan seperti ‘sisa-sisa masa’. Takkanlah kita nak bagi
Allah ‘sisa-sisa masa’ kita? *istighfar*
Adik-adik yang bakal masuk KMB ada yang mula bertanya "akak, apa tips keberkatan masa?", mungkin dia mula risau bila terdengar banyak khabar menceritakan kehidupan seorang pelajar IB yang amat padat. Ya, memang padat. tak tipu.
Ketahuilah, bilamana kita terlalu sibuk, tapi kita
pilih untuk bersama Allah waktu tu InshaaAllah setiap pengorbanan ada
ganjarannya. Dan inshaaAllah jugak, setiap apa kita lakukan lepas tu akan
dipermudahkan. Yakinlah dengan Allah. IB ni benar-benar mengajar pelajar untuk
menguruskan masa.
Sebab tu lah sayang sangat dengan
orang-orang dalam KMB ni. Walau sibuk macam mana, akan ada je yang tampil untuk
beri perkongsian antara maghrib dengan isyak’ dekat surau blok. Lupakan tentang
masalah dunia, kerja sekolah yang berlambak dan sama-sama berkongsi hikmah dan
saling mengingatkan. Sebab ini adalah perkongsian dua hala – perkongsian yang
mendekatkan hati kita dengan Tuhan.
Dan menariknya, yang menyampaikan pengisian malam 27 Mei tu pun bercerita tentang cuaca petang tu ^^ Manisnya bila sama-sama berkongsi dan menghargai nikmat tu.
Untuk aku, KMB ni memang mewujudkan sense of
belonging dan semua orang kat sini macam family, walaupun bukan sekelas atau
sebilik tapi tak ada yang menghalang sesiapa pun untuk berkasih sayang (sesama
jantina ya ehemmm) tapi kalau ada student KMB yang nak deny statement ni pun boleh. Yelah, sebab bukan semua orang rasa benda yang sama. Latar belakang setiap orang pun berbeza.
Benarlah surau itu ibarat hati. Surau juga mengumpulkan hati-hati. Surau blok akan jadi tempat yang aku rindu bila
tinggalkan KMB. Sebab surau lah tempat kita saling mengenali (:
Sungguh, KMB memang salah satu nikmat terbesar buat diri!