Saturday, April 18, 2015

Definisi masa yang bagaimana?


Baru-baru ni kena tegur tentang masa.

Cukuplah rasa diri sendiri teruk bila masa kita ditentukan dengan berapa ramainya bilangan manusia yang hadir. Dan bukannya kerana masa itu sendiri.


Jam favourite yang paling lama bertahan dengan diri ini

Ada lah sekali ni lambat masuk kelas TOK (Baca: Teory of Knowledge). Sekali? Banyak kali sebenarnya haherherher tapi kali ni punya lambat ketara bonauu sebab dua dua kelas (yaaa gabung kelas) lambat. Agak-agak lah kan, kitorang ni pun.

Sebenarnya kitorang tengah ada konflik jadual: "eh sekarang bukan econs ke, eh TOK lah, eh econs eh eh eh" Pendek katanya tetap lambat ke kelas TOK sebab buang masa fikir sekarang waktu apa. Masalah betul. *hempuk kepala*

Masa masuk kelas, aku rasa macam "Fuhh, nasib baik tak lambat, baru ada sorang dalam ni." Tetap rasa diri awal sebab ada ramai lagi dekat belakang kita yang belum masuk kelas. Tapi aku silap. Silap besar. Aku tak tau pun aku dah lambat sebenarnya hahaha -- tak ada jam masa tu. Sebab baru ada sorang dekat dalam, aku rasa aku awal.




Pendek cerita, semua kena marah-marah-sayang dengan cikgu sebab lambat. (Sebab semua dah besar kan. So, marah-marah-sayang je lah kah) Semua kena marah dengan cikgu sebab bila cikgu tanya "kenapa lambat?" tak ada sorang pun jawab. Tiba-tiba rasa nak gelakkan diri sendiri. hahahahaha -- sebenarnya aku nak cakap, tapi segan pulak kalau kata "Kitorang lambat sebab bincang sekarang waktu TOK ke Econs." Rasanya kalau jawab macam tu lagi kena marah, jadi aku pun duduk diam-diam sama macam yang lain.

Bukan sekali ni je, banyak kali sebenarnya wujud perasaan "nasib baik aku awal" -- sebab orang lain lambat

Aku pernah saja-saja nak datang discussion lambat. Biasalah kalau discussion dengan lelaki ni selalunya masa diorang tak sama dengan masa kita. Bak kata cikgu Malay, "on the way lelaki ni tak sama dengan on the way perempuan" -- hahahaha biased statement. Bila diorang kata 2:30 aku pun geraklah dari bilik 2:30. Sebenarnya cemas jugak. Walau dalam keadaan cuba-cuba datang lambat. Manalah tau tiba-tiba diorang awal ke. -- Cassandra's Paradox gitu.

Aku tak suka ditunggu, lebih suka menunggu. Aku cemas betul kalau ada orang tunggu aku. Dan hahahahaha aku menang, setengah jam aku tunggu diorang. Lelaki *mata ke atas tangan ke bahu* tapi sebenarnya aku tak kisah pun tunggu orang. Ibu abah selalu pesan, biar kita awal jangan kita yang lambat.

Sifat tak kisah menunggu aku ni hanya valid masa aku sorang-sorang. Kalau ada member dengan kita rasa tak senang jugak tunggu yang lain datang lambat. Takut. Takut ganggu masa member kita ni.

Sebenarnya tak kisah lah orang lain lambat atau awal. Dah boleh lupakan perasaan "aku awal sebenarnya". Sebab hakikatnya kita tetap lambat. Teruknya bila masa kita ditentukan dengan bilangan manusia yang hadir dan bukannya kerana masa tu sendiri. Entah bila wujud perasaan macam ni. Mungkin sejak jam hilang 3 bulan lalu T^T

Shahizan dah boleh beli jam kot.

Bercakap tentang beli jam ni, kawan-kawan biarlah jam kita murah. Apa guna kalau jam mahal tapi kita tak hargai masa. Murahnya masa kita. Ramai dah manusia yang aku jumpa suka kumpul jam mahal-mahal tapi yang lambat muka-muka mereka ini jugalah.