Assalamualaikum kengkawan,
Ehem tipulah kalau kata tak rasa bersalah
sekarang. Daripada buat entri, baik sambung buat folio agama. Sengaja guna
perkataan ‘sambung’ – nampaklah aku dah mula buat folio agama uhukuhuk.
Apa
yang lebih menarik untuk diceritakan daripada -- minggu lepas aku berjaya
pinjam buku dekat library. Ini bukan soal sistem selama ni bermasalah, tapi
diri aku sendiri yang bermasalah rupanya. Baru aku sedar yang selama ni (hingga
minggu lepas) aku tak reti pinjam buku dekat library. Baru aku sedar dari
sekolah rendah, menengah tak pernah pinjam buku dekat library.
Ada sekali tu
dekat SABDA -- sebab tak reti nak pinjam buku jadi aku cadang nak curi (buku
yang best gilaa) untuk satu malam. Bukanlah curi, aku pinjam tapi tak ikut
protokol lerrr. Ai segan nak singgah kaunter (kahkah padahal tak bawak kad masa
tu).
Atas rasa bersalah nak mencuri ni, aku jumpa ketua PSS dan kata “Bedah,
aku nak pinjam satu malam je. Plspls esok aku janji aku pulangkan balik.
Plspls”
“Kenapa bagitau kita? Nak curi satu malam,
ambik je lah” – Hahhhhhh nampak tak aku sengaja tarik dia untuk rasa serba
salah sekali.
Atas dasar semangat Batch dan ukhuwah batch yang berkuah-kuah dia
pun kasi aku pinjam untuk satu malam (tanpa protokol yaaa, tak masuk sistem)
siapa kata minta kebenaran sebelum mencuri tu mustahil?
Mujur library SABDA tak ada scanner dekat
pintu. Nak buat gini dekat KMB hmmm memang berbunyi lerr satu LRC tu.
Dan apa yang lebih menarik untuk
diceritakan daripada cerita di atas adalah tentang aktiviti CAS (baca: Khidmat
bakti) baru-baru ni (tepuk tangan sikit yuuuhuuuuuu) serba sedikit tentang CAS
ialah; CAS ni benda wajib yang kau kena laksanakan. Kalau tak sia-sia je ambik
IB dua tahun sob sob
Tempat-tempatnya cikgu dah bahagikan untuk
setiap kumpulan. Kumpulan lain dapat tempat yang boleh-tahan-jauh dari KMB.
Jauhlah kan bila dah melepasi luar pagar KMB. Sampai dekat kumpulan akuuuu….. Taska
Sayangku, KMB.
Tahukah anda di mana terletaknya Taska
tersebut?
Taska Sayangku ni tepi serama je.
Tahukah anda Taska tersebut dalam
KMB?
Tahukah anda?
Antara nak berjalan dari hostel aku ke kelas dengan ke Taska
tu -- lagi dekat ke Taska.
Tahukah anda? Tahukah anda?
Bagus, sekarang anda tahu.
Setiap pagi nak ke kelas memang akan lalu
Taska tu. Bila dapat tahu tempat
kitorang “Taska dalam KMB” tak tahu nak gelak ke apa. Nak gelak, dah pun
digelakkan oleh kumpulan-kumpulan lain. Macam sedih pulak nak gelak dekat
kumpulan sendiri.
Setelah dianjing-anjingkan oleh kumpulan
lain yang dapat-tempat-luar-kmb (alah diorg ni seronok naik bas je hmph) 2
minggu kemudian, kitorang ke tempat tersebut. Dan perasaan diaaaaaa…. Ya Allah
tak tahu nak cakap macam mana. Rasa bersyukur sangat dapat situ. Anak-anak
kecil dalam tu sangat comel. Saiz diorang kecik-kecik sangat. Rasa nak peluk 10 orang
sekaliguzzzz. 1st visit tak buat apa pun, sekadar main dan mandikan
diorang dan bincang nak buat apa untuk next visit.
2nd visit kitorang buat jamuan raya (kebetulan hari terakhir syawal) perasaan nak ke sana untuk kali kedua sangat berbeza macam awal-awal dulu. Rasa rindu sangat, tak sabar nak jumpa budak-budak ni lagi. Selama ni selalu rasa nak balik zaman tadika, hah sekarang ni bukan tadika – terus Taska. Tolong mengerti yang Taska ni linkungan umur adalah dari 3 bulan hingga 4 tahun. Boleh bayangkan tak betapa comelnya diorang?! Arghhhcomelllokehhhh
Sebelum majlis mula, sebelum mak ayah
datang, sebelum vip tiba, abiasooolah kena kemas-kemas
dulu. Jadi ada yang main dengan budak, ada yang tidurkan baby, ada yang lap
kerusi meja, ada yang mandikan budak, ada yang kerja kat dapur. Ehem kerja bahagian dapur ehem.
Lumrahlah kalau kerja dalam dapur ni kannnn, kemas-kemas sikit pastu masuk mulut kahkah
Ketupat yang guwa anyam habis semua dijadikan senapang oleh bebudak ni sobs
Proses memandikan budak :-
Daripada gambar di atas
Kepada gambar di bawah
Hai semua! Saya dah hensem
Bagus, semua dah mandi! Dah siap-siap dengan baju raya.
Mula je majlis, hahhh kemain kau kena layan bebudak ni. Lelagi yang mak ayah tak datang lagi. Aaaaa tapi seronok je sebab bebudak ni tak menangis. Bila tanya nak makan apa, dia ikut je kita pergi meja makan T^T comelnyaaa. Dan bila mainkan je lagu “Balik Kampung” semua berjoget tepi speaker, alahai kenapa comel sangat.
Joget lagi joget lagi!
Bebudak ni kan semua macam ketagih Vitagen tau. Tangan diorang mesti sentiasa ada Vitagen. Dah habis satu, terus ambik lagi, ambik lagi, ambik ambik ambik. Jeles nauuu aku tengok! Biasalah masa kekecik rasa macam orang kaya kalau dapat minum vitagen T^T
Ini Haikal. Aku perati je orang nama Haikal ni memang comel belaka. Eh jap! yeke?Tapi ada sorang Haikal yang aku kenal -- tak comel pun. Tarik balik statement tadi kahkah
Memulakan aku ingat yang baju kelabu ni suka Haikal. Sebab memana Haikal pergi mesti dia ikut. Pastu peluk-peluk. Pastu aku pun skandalkan diorang. Rupanya diorang ni...
adik beradik Hahahahahahaha
Jadi aku skandalkan Haikal dengan yang lain. Ok baju oren tu Melissa. Ok macam takde kerja pulak aku ni main skandal-skandalkan bebudak ni hahahahahaha
Melissa pls jangan cute sangat, pls
Melissa ni bagus betul, mak dah balik pun muka rileks je tak nangis.
Penat macam mana pun, tapi bahagia dia tak boleh nak digambarkan (aisehh ayat novel -- cliche). Mungkin kerana waktu tu dikelilingi ahli syurga. Kita tahu kanak-kanak ni paling hampir dengan fitrah. Bersih dari dosa. Seronoknya bergaul dengan ahli syurga ni ^^
Terima kasih kepada CAS-mates,Cik Mah dan guru penyelia untuk jamuan raya ni. Jadi ku akhiri entri kali ni dengan wajah bakal ibu-ibu dan bapa mithali
Macam keluarga bahagia pulak aku tengok engkorang ni hahahahaha