Rasa macam dah lama tak kasi benda ilmiah (eh sebelum ni ada ke?)
Aku tau jakgi awal tahun 2015 mesti ada punya yang pergi google search pasal interview biasiswa bla bla. Mesti ada yang keries macam mana interbiu petronas ni ya?
Sebab aku sendiri pun google sebelum pergi. Jadi aku nak berterima kasih sangat-sangat kepada abang dan kakak yang update pengalaman diorang. Jadi setelah aku sendiri pergi, apa yang aku perati selama bertahun ni masih tak ada perubahan dalam sistem pemilihan ni.
Kita mulakan dengan langkah pertama -- kepada yang sangat berminat untuk menjadikan petronas sebagai penaja anda, mestilah kena isi borangnya dulu. Tak isi borang, kebarangkalian untuk dipanggil memang 0.0008%
Mana nak dapat? Macam aku, dapat dari kawan-kawan yang bertindak sebagai agen penyebar. Kalau kau jenis forever alone dan tiada kawan, bolehlah google petronas scholar atau apa-apa sampailah jumpa online application tu. Mungkin boleh ditemui dalam bahagian iklan suratkhabar juga.
Ni baru langkah pertama. Tapi aku yakin manusia yang search pasal biasiswa petronas ni mestilah calon yang telah berjaya ditapis kan. Macam aku sendiri, hanya setelah submit application dan mendapat panggilan bermulalah momen, “Uishh amende yougstar day ni? Uishhh” maka aku pun google.
Petronas ni bagi aku sedikit sopan daripada JPA. Sebab dia akan umumkan seminggu sebelum interview. Jadi masih ada masa kau nak hilangkan rasa terkejut, nak buat persediaan diri, dan settlekan dokumen yang berkaitan.
Macam JPA ni dia bagitau 5 hari sebelum interview. Kalau jenis nervous melampau memang takkan sempat hilang dalam masa 5 hari.
Tempat untuk di-interview ni merata. Jangan pikir dekat Taylor's university je ada. Asal petronas je dekat taylor's university. Bukan ya bukan. Jadi jangan gelabah bila kawan kau semua dekat Taylor tetibe kau dekat Bangunan UTMspace. Menurut kawan aku, siapa dipanggil ke Bangunan UTMspace ni kebanyakannya peserta dari KL. Mungkin ada zon-zon tertentu. So rileks je walaupun tiba-tiba anda dicampak ke Sabah. Eh over pulak yang ni.
Jadi, memandangkan aku sendiri dicampak ke Bangunan UTMspace -- aku akan cerita perjalanan untuk ke sana. Bagi aku ni part paling penting. Kalau kau skip ni, risau menangis je nanti kihkih.
******
Bangunan ni ada dekat tengah KL, kalau tak caya kau ronda dulu sehari sebelum interbiu. tengok dekat mana bangunan ni. Elakkan masa hari kejadian kau tercari-cari sampai lewat daftar. Aku sendiri benci bila manusia tak reti jaga masa. Apatah lagi orang yang nak interbiu tu kan.
Apa yang penting sangat part ni sehingga anda boleh menangis jika skip?
Sebab bangunan ni ada dekat tengah KL kau kena faham suasana waktu pagi di KL macam mana sesaknya. Ini bukan macam tips tapi nasihat.
Aku lebih prefer waktu pagi tu gerak naik LRT dan berhenti dekat stesen Ampang Park. Sebab Bangunan tu selangkah je dari stesen Ampang Park. Jalan kaki sikit je. Nak berpeluh pun tak sempat. Guwa nasihat ni, sebab kalau nak mendaftar tu janganlah lewat. Kalau kau yakin tak akan terlewat dan sanggup menghadapi kesesakan trafik maka gunalah kenderaan biasa.
Dekat LRT station tu pulak waktu pagi memang akan ada giveaway free newspaper. Masa tu aku ambik je paper yang dia kasi -- The Sun. Walaupun selama ni tak pernah baca, dan aku tak baca pun sebenarnya. Hahahaha. Please ambik je sebab nak kasi sedap hati. Kalau kau tak faham english, tapi kalau kau faham Sun tu matahari - kira ok lah tu.
Lepas tu simpan paper dalam beg terus. Dah kata tadi nak kasi sedap hati je.
******
Awal pagi mendaftar tu semua orang akan dibahagikan kepada kumpulan berwarna. Contoh aku dalam kumpulan BIRU. Dan dalam kumpulan warna ni aku dibahagikan lagi kepada 6 kumpulan kecil. Satu kumpulan kecil ada 5 orang. Dan masa kena duduk ikut kumpulan... aku perati je -- betul ke diorang ni? Kumpulan aku. Semua lelaki kecuali aku sorang. Aku sorang perempuan, aku sorang melayu. Adakah ini suratan atau kebetulan T^T
Tiba-tiba ada amoi datang check 'tag' ahli kumpulan aku sorang-sorang. Rupanya ada abe ni salah duduk kumpulan. Jadi sekarang kumpulan aku 3 lelaki dan 2 perempuan. Tapi masih tak ada beza sebab kesemuanya Chinese. Nak tarik napas lega pun tak jadi. Hmmmmmmm.
Biasalah melayu ni bila nampak chinese mula laaaa nak rasa menggelabah macam tak layak kahkah.
Jadi perjalanannya begini, Kumpulan Biru dan Kuning akan ambil ujian atas kertas dulu. Hijau dan Merah akan pergi interview. Ini dibuat secara random. Kira sekati dia lah nak kumpulan mana buat apa dulu. Lepas zuhur akan switch.
Ujian pertama Maths and Sc. 30 soalan. 10 fizik, 10 kimia, 10 addmaths dan maths (campur). Tiada formula disediakan. Susah kalau lupa apa yang kau belajar masa spm dulu. Tapi kalau kau masih ingat soalan dia aras rendah dan sederhana sahaja. Bagi aku, Fizik kau memang kena selak balik. Study lah, please study. Soalan semua objektif, so rileks je – sebab kalau blank kau boleh hentam. Tapi janganlah blank sangat semua nak hentam.
Ujian kedua Critical Reasoning test. 40 soalan. 30 minit. Secara purata 1 soalan jangan berfikir lebih 1 minit. Mustahil juga ni. Aku tengok sekeliling baik melayu, india, cina ada yang tak sempat nak habiskan. Tapi aku cuba lah jugak sempatkan, gituu.
Soalan ni kena teka next pattern. Kalau kau google “pattern test” banyak je dekat internet. Tapi yang google punya memang stressful. Petronas punya simple je. Serius. So tak payah nak practise kat google. Cuma praktis bagaimana nak berfikir dengan pantas.
******
After zuhur, kumpulan aku (Biru) dibawa ke tingkat 9. Masuk satu bilik lebih kurang saiz classroom gitu. Rasa macam kena quarantine hahaha. Ok, maka masa ni boleh lah nak rasa nervous balik. Sebab ni lah masanya kita akan dinilai dengan mata kasar para panel.
Setiap meja dijarakkan macam ambik spm. Masing-masing disusun ikut turutan kumpulan. contoh Biru - 1,2,3,4,5,6. Kumpulan aku adalah Biru - 5. Kita akan duduk berhampiran dengan ahli kumpulan kita. Setiap kumpulan akan diberi case study yang sama. Tapi setiap individu dalam kumpulan tu akan dapat pecahan hal yang berlainan.
Kad A, Kad B, Kad C, Kad D, dan Kad E. Semuanya berlainan tapi membincangkan hal yang sama. contoh "kesan iklan kepada - a) perniagaan b) sukan c) masyarakat bla bla bla" faham tak?
Kira memang tak boleh aaaaa nak “psst psst” dekat meja sebelah tanya pendapat dia apa sebab semua orang punya berlainan. Dan dalam bilik tu akan diberi masa 30minit untuk fikir apa kau nak cakap nanti. Isi dia dah kasi, cuma nak huraikan lagi. Atau boleh tambah idea sendiri.
Cukup 30 minit -- urusetia yang jaga bilik tu suruh letak pen. Gila aaa memang macam eksam. Kamon lah. Dan tiba-tiba kumpulan 5 dengan 6 yang dipanggil dulu. Kahkahkahkahkahkah ini pun random kah? tak tau nak bersyukur atau tak sebab dipanggil dulu. Aku pilih untuk bersyukur. Sebab mula awal, habis awal, balik awal.
Jadi group aku berjalan keluar dan duduk dekat kerusi yang dia sediakan luar bilik interviewer tu. Mulanya akan dipanggil secara individu. Dia akan panggil ikut turutan kad. Aku ada kad C, kira tengah-tengah lah ni. Hmmmm k. Sementara tunggu yang lain di-interbiu, engko yang duduk dekat luar ni memang tak boleh bersembang antara satu sama lain. Ada orang jaga kot, kalau bercakap nanti dia usha je macam ada laser keluar dari mata. Ngantuk kan? Aku tak boleh laaa suasana sepi ni. Rasa sedap je nak tidur.
Bila sampai turn aku, biasalah benda-benda kecil yang please-buat-jangan-tinggalkan satu pun.
1. ketuk pintu sebelum masuk
2. bukak pintu sambil ucap salam dan selamat (memandangkan panel aku adalah wanita melayu dan wanita cina)
3. Berhenti 0.5 saat di pintu sambil senyum. Sekejap je jangan jadi tunggul pulak.
4. Salam tangan panel jika sama jantina, kalau jantina berlainan main angguk-angguk kepala je kasi signal
5. Duduk bila dia bagitahu.6. Jangan silang kaki.
Pls jangan silang kaki walau macam mana sekalipun. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa kita buat. So, silang lah kaki puas-puas masa tengah jawab test, masa tengah lunch, masa tengah tunggu giliran. hah silanglah kaki puas-puas. Dan eye contact kena main jugak. Kalau ada dua panel gilir-gilir lah pandang. Kalau pandang yang sorang tu je kang dia fikir kau ada dendam dengan dia.
temuduga individu ni selama 10minit. Dia cuma akan suruh perkenalkan diri dan bentangkan case study kau. Tu je. Je. Ya ni je. Hmmmm jap rasanya takde lah dua ni je, ada jugak dia tanya kenapa pilih course ni yadaa yadaaa. ok, rasanya ni je dia tanya. memang ni je.
Perkenalkan diri tu memang sekejap je sebab dia lebih nak dengar idea kau pasal case study tu. Panel aku tu sangat comel. Kedua-duanya sangat comel dan baik. Tak ada lah nak rasa gerun sangat. Masa ni akan ada soalan yang dia akan tanya balik - 2 ways interaction. Macam sembang kedai kopi. Kitorang boleh gelak-gelak macam member.
******
Bila dah habis individual iv sampai Kad E. Kelima-lima ni akan dipanggil kembali -- Groupping. Panel beri masa 15minit dan berbincang lah sesama kita ya. Panel hanya mendengar dan menilai. Hahhh masa ni lah aku rasa macam 'potato' sangat. Semua speaking macam air terjun. Aku nak mencelah pun tak sempat.Takpalah guwa redha siapa suruh tak belajar english betul-betul Hahahahahaha
Dah lah kena duduk ikut susunan Kad. Lepas tu susunan kerusi dia macam ni tau. Aku C.
Nampak tak kedudukan aku macam ketua keluarga di situ. Tengah-tengah menghadap panel. Tapi tetap paling potato. memang kena kick lah. Kalau aku dapat pun mungkin sebab aku rasuah petronas atau petronas salah key in nama. Atau diorang salah tarik borang. Hahahaha biasalah kalau dah rezeki kan miracle memang akan jadi.
Pray for miracle.
Kumpulan aku antara yang habis awal, 4.15pm dah keluar. Sebab tak jangka yang aku habis awal jadi mak ayah aku masih di rumah. Tepat pukul 5 aku bergerak pulang dari UTMSpace. tapi sampai rumah pukul 6:15. Padahal rumah dekat je. Sebab jalan sesak yaaaaaaa stress! Kawan aku yang habis lambat pun -- tapi sebab dia balik naik LRT so dia sampai rumah dulu. Kahkah jadi please kalau ada LRT berdekatan rumah, naik lah LRT. Nasihat.
Ok doakan je lah yang terbaik dan oldebes untuk korang yang akan menghadapi momen momen cenggini (: