Saturday, July 13, 2013

Salam Ramadhan 1434H


Otak bertindak sebagai alat untuk melakukan apa yang hati katakan. 
Hayati apa yang diungkapkan, bukan sekadar berkata-kata. 
Islam bukan agama, tetapi agama itu Islam. 
Islam adalah jalan dan cara hidup terbaik.


sedikit peringatan buat diri yang sedang menaip. 

Moga ibadah puasa kita diterima Allah, sesungguhnya pahala puasa itu juga rahsia Allah.


p/s : Dormmates aku eksaited betul nak sambut Ramadhan. Lampu-lampu ni semua dipasang sehari sebelum Ramadhan.


Untunglah ada plug dekat tepi pintu dorm


muka baru balik prep malam. muka mengantuk. 

Tamat

Friday, July 12, 2013

Aura Aurum










Apa-apa sahaja tapi tolong...

bukan warna kuning.

Gua rimas kekuning-kuning semua ni. 

Kecuali kuning ini,
.
.
.
.
.
.

Maaf, ini bukan kuning. Tapi nama rumah sukan ini Citrine. Bukan Aurum seperti tajuk entri di atas. Aura Aurum adalah nama program-hampir-jadi (menaip secara teragak-agak) untuk jalinan semua rumah kuning zon utara. Tapi program ini tak jadi kerana kesempitan masa. Moga-moga tahun depan para junior dapat melaksanakannya. Harap maklum. Tapi aku suka nama program ni. Sebab tu sampai terbawa ke sini. 



Ini bendera rumah. Bendera yang ke-4. Bendera pertama dibakar oleh ustaz mad kerana budak laki simpan dalam bilik pili. Bendera kedua tempah kedai dan hilang juga. Bendera ketiga persis yang pertama - dilukis dan dicat tetapi kisah kehilangan tidak diketahui seperti bendera kedua. 

Ini bendera keempat. 2 malam tak tidur jahit bendera ni. Bukan aku lah. Orang lain. Aku jahit 4 huruf je. Risaukan sejarah bakal berulang, jadi Penolong Ketua Rumah (PKR) akan simpan bendera ni sampai sukan tahun depan, dia akan datang dan bagi balik. Mujur rumah PKR dekat dengan sekolah.

Garisan-garisan kuning itu semua guna labuci. Hahhhh kau ingat senang ke nak buat bendera ni, lagi-lagi jahit guna tangan.



Ini maskot. Maskot utama kot. Entahlah. Banyak sangat maskot, ada 11. Aku kira dia watak utama sebab dia prince. Dan tepi tu bukan pasangan dia, tapi bawah ni huehue Oh ya Gambar ni aku curi tangkap.

Sama cantik sama padan acecehhhh




Yang menarikkan lagi sukan tahun ni ialah acara tarik tali. Nasib baik ada acara ni kalau tak... sukan memang hambar trolololo. Terima kasih kepada budak laki yang memohon untuk acara ni. Asalnya budak perempuan tak dibenarkan - takut jatuh peranakkan lah bla bla bla. Tapi disebabkan permintaan yang tinggi dari budak perempuan maka perlawanan tarik tali untuk perempuan turut diwujudkan.


Pendek cerita, kedua-dua pasukan Citrine, Perempuan dan Lelaki mara ke Final. Siapa sangka Citrine banyak budak tough. Heh.



Pendek cerita lagi, Citrine juara keseluruhan untuk tahun ni. Wahahaha. Maka matlamat warga Citrine tingkatan 5 tercapai. Rasa puas hati sebab first year sukan (2010) + last year sukan kami (2013), Citrine menjadi Johan keseluruhan. 

Tapi kategori untuk pingat emas terbanyak citrine kekal sebagai johan (4 tahun berturut-turut). kahkah saja poyo. Padahal bukan aku sumbangkan pun.

Yang paling tak tahan 4x100m (PA) cikgu kata Citrine batal, padahal tak ada bendera merah diangkat pun masa larian tu. Gua syak emcee salah sebut nama rumah. Haish, ni nak nanges ni.


Sekian terima kasih. Perhatian, gambar atas ni bukan gua.