Thursday, January 24, 2013

Ragam awal tahun - tingkatan 1

Assalamualaikum adik-adik junior ;)

Ehem 3 minggu tak balik rumah sebenarnya tak ada lah lama mana. Tapi biasalah awal-awal tahun ni banyak benda yang tertinggal dan tak cukup dan aku rasa nak balik cepat-cepat ambik semua tu. Disebabkan tertinggal mug, 3 minggu aku tak buat milo. lagipun watercooler floor bawah rosak, air berkarat, kotor. Kalau minum boleh pengsan 10 minit. rasa bersyukur sebab tertinggal mug.

3 minggu tak ada lah lama mana, tapi rasa lama sebab semua budak desperate nak balik - duit dah habis. habis bayar macam-macam. Mujur aku ni jarang turun kantin. Kantin pun dah pandai pasang strategi baru. diorang ambik tenaga pekerja yang hensem-hensem je. aku sedar juga hari pertama abang-abang tu bekerja member semua nak pergi kantin. bagi sesiapa yang rasa ada rupa macam suami irma hasmie boleh mohon bekerja di kantin sekolah saya. majikannya kaya, gaji boleh dirunding kemudian.



Walaupun 3 minggu tak lama mana, tapi macam-macam benda boleh patah (rujuk gambar atas) Betullah cakap mak aku, apa benda sampai dekat tangan aku mesti rosak. mom knows best! azam aku tahun ni, nak guna jam loceng dengan jam tangan yang sama sampai habis sekolah.

Hari tu kan cikgu mintak gambar passport untuk buat kad pintar. Sekolah nak guna kad pintar, AKHIRNYAAA! Kahkah saja nak kecoh sebab tahun ni sekolah dah maju sikit. dalam dewan siap ada skrin layar besar. setiap minggu akan ada tayangan perdana anjuran 4 badan organisasi sekolah. Kira macam tengok wayang lah jugak. oh ya, tolong ingatkan aku cari movie yang best-best nak bawak pergi sekolah nanti.

perhimpunan harian pun dah ada mikrofon. geram pulak rasa dah nak 5 tahun beratur perhimpunan baru dapat mic. lepas ni kalau barisan perempuan tak dengar announcement, boleh ambil borang untuk ke klinik buat medical check up.

Sesungguhnya form 1 tahun ni sangat beruntung.

Tahun ni sekolah ambik budak F1 yang 5A je tak macam tahun lepas. Mungkin ni salah satu sebab kenapa F1 tahun ni hyper sangat. Ada yang bercakap tak henti-henti. Yang berjoget tak henti pun ada. Yang lagi pelik budak F5 tahun ni penyayang semacam. Aku tengok pun rasa terharu. baju budak F1 kena rampas, F5 pulak yang marah-marah pengawas. eiiii cubit kang. haaa yang ni aku tak terharu langsung.

Homesick nangis-nangis itu perkara biasa. Awal tahun macam ni memang public phone tu hak milik F1. F1 tahun ni lawak-lawak belaka. Hal kawan pinjam baldi pun sanggup ketuk dorm F5 nak mengadu punya pasal. Ada yang iron duit dalam bilik gosok sambil pakai kasut. Eh eh? peliklah. tak pelik ke? aku pernah jugak iron report chemist tapi dalam dorm je lah.

Itu belum masuk lagi cerita pasal light off. Aku rasa F1 Citrine tak ada hal pun kahkah sebab dah diberitahu awal-awal light off pukul 11.45, tutup lampu. Pagi esok dekat sekolah macam-macam cerita aku dengar. Ada dorm yang tutup kipas sekali. Nasib baik ada orang perasan sebelum diorang mati lemas dalam tu -.-' 

Ada yang kelam kabut basuh baju sebab dah light off. siap jerit-jerit panggil kawan dia tolong basuhkan sekali. Sebab dia ingatkan masa light off semua wajib ada dalam dorm. Lulzz (memang sepatutnya macam ni) tapi aku tak pernah nampak sesiapa pun ikut peraturan ni - ini kali pertama. Tapi paling aku tak tahan bila dapat tau ada budak F1 pergi tandas guna torch light. KAHKAH rasa macam dekat camping pulak. 

Tapi yang paling unik tahun ni KR dan PKR semua cun dan tough-tough belaka. Hahaha aku harap semangat rumah tahun ni kuat macam awal-awal sekolah bukak dulu. kepada budak F1 citrine aku nampak semangat korang. harap tak hilang lepas kitorang keluar nanti. Budak laki hyper sangat -,- masa latihan tu tak boleh bagi diorang rehat lama-lama. nanti tah apa benda pelik diorang buat.



Oh ya, Ini video rumah juara. malas nak tunjuk video rumah lain. kahkah. Disebabkan benda ni, satu sekolah kena penangan bollywood. semalam masa aku tengah buat report chemist pun dengar orang nyanyi lagu bollywood. terima kasih cikgu anis, cikgu sum sebab pakai sari malam tu (: dan terima kasih kepada rumah-rumah lain yang support citrine siap join menari belakang dewan :p serius aku terharu. kehkeh.

Masuk dorm kitorang still bercerita pasal persembahan ni sambil makan bihun ramai-ramai. Pergh! mestilah happy. rasa seronok sebab semua orang suka. tahun ni aku nak kumpul peristiwa banyak2. nanti dah keluar sekolah tak ada lah rasa menyesal (Y) zaman sekolah aku dah nak habis.

tahniah KR-PKR citrine sebab dah cipta kejayaan pertama ;D Tahniah jugak dekat KR-PKR rumah lain sebab pertandingan F1 tahun ni sengit. Walaupun masa latihan 4 hari je tapi semua persembahan best. Gua selalu dengar cikgu puji memuji persembahan F1 tahun ni. Perhatian KR-PKR, pengetua pesan masa msr F4 nanti dia nak best macam ni jugak.

MSR F1 baru je habis, bukak cuti ni F4 dah masuk. kepada PRS, sila tabahkan diri anda.



Tuesday, January 01, 2013

Brace yourselves, The senior tears are coming


Happy 2013!  let's pray for a better 2013 everyone :') 


*cough*


Annnnddd please purify your heart and intentions because the start of a new school year is just around the corner


*SCREAMINGGGGGGG* 





With about a year left to graduate. happy shahizan is happy (:

-"O Allah, please grant us safety and ease in this journey. "