Showing posts with label Batchmates. Show all posts
Showing posts with label Batchmates. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Begini ceritanya



Bismillahirrahmanirrahim, 
hmmm begini ceritanya,



2-3 malam sebelum hari khamis, memang susah nak lena. Kalau tidur main pejam mata je tapi tak ikhlas. Maksud tak ikhlas tu tak lena lah kahkah Allah tarik nikmat tidur (menangis)

Aku dah lama tak ambik Neskaper, jadi kenapa tak lena-lena lagi. Kalau pejam mata pukul 12, jam 4 aku lena. K tipu. Mana ada orang dah lena tengok jam kan. Aku agak je sebab setiap kali aku golek-golek aku tengok jam hmm dah pukul 2, golek lagi hmm dah pukul 3.30.

Ini memang simpton nak tunggu result ke acamner?



Memandangkan mak aku memang tak gemar anak-anak ponteng sekolah jadi adik aku tak boleh ikut. Kahkah satu malam dia monyok. Rasa nak tumbuk je dia ni. Sebelum ni tak suka datang sabda. Bosan katanya. Tapi... ya ada tapi, mak aku suruh abang aku ponteng kelas, suruh ikut sekali jadi tukang ambik gambar. haaa acamne pulak tu? Ponteng kelas.

Pepagi sebelum bertolak abang aku gelakkan jerawat di hidung. Tak faham kenapa minggu ni jugak nak kena ada jerawat. K bukan jerawat tapi sisa parut. "alah bang, semua benda nak perfect takleh gak." Kahkah dia buat muka mengejek je bila aku kata camtu. Jeles lah tu aku lagi hensem dari dia. Takpalah, kita mana boleh elak perasaan jeles orang pada kita.



Masuk je pagar sekolah jam 10, aku nampak bebudak sabda ramai tengah PJK. Dalam 7 kelas kot. Semua court penuh. Padang meriah. Tapi bukan meriah nak sambut kitorang. Ingatkan ada kompang ke apa. Tapi meriah main bola. Masalahnya dewan besar tu berjiran je dengan courts dan padang. Nak parking kereta, tetibe semua budak kerumun nak bukak pintu. Hahahahaha tipu je!

Dewan boleh tahan ramai. Kira aku ni sedang-sedang laa sampai. Tak awal tak lambat. Cuma majlis belum bermula. Jadi aku ingat haruslah jalan-jalan jumpa kawan.

Sorryy, siapa lambat tak masuk gambar,




Sesungguhnya saya memang tak suka masuk dalam gambar

Tengok gambar-gambar ni pun dah buat rasa gembira. Nampak tak semua gembira? Nampak takkk! Hampir semua senyum nampak gigi hahaha ok. Batch kitorang ni cool betul, simpan rasa cuak dalam diri tak tunjuk kat orang.

Pastu semua pakai warna-warni. Macam hari raya tau aku rasa. Aku suka! Oh ya batch aku ni kadang-kadang memang suka buat kerusi meja patah, bakar meja, pecah masuk lab, main bumper chair dengan kerusi bilik guru tapi diorang ni kalau masuk bab sweet tu boleh tahan jugak. Beberapa hari sebelum Khamis,


Whatever happens i still love you gurls :* -Icha Rais 

 Janji tau, ape ape jadi kita still satu batch ea - Dibob


Banyak lagi tapi malas pulak nak scroll group wasep tu. Tapi ucapan paling win Imran lah. Panjang kemain. Siapa rasa dia Zealot Boes sila baca, jika bukan anda boleh baca atau skip terus hahaha.


hello my fellow friends, i just wanna say thanks for the memorable 5 years i've spent with you guys. All of you have made my life so meaningful. Thanks kpd yg bantu sama ada secara langsung or x langsung. Whatever happens, korang sume akan kekal dlm hati ni sehingga mati. Aku akan sentiasa doakan korang sume. Soo final say, keep in touch ok? #love zealot boes :') Bg tau bdk2 zealot lain. - Imran IKS


Imran suruh zebarkan kepada semua budak-budak zealot. Jadi aku hanya zebarkan sahaja. Apa yang dia tulis aku copy bulat-bulat. kalau dia shortform aku pun shortform.

Gambar dah lah pecah pastu nak x-large pulak. K jangan bash. Aku faham.


Tahun ni sekolah dah mula buat kelainan. Mentang-mentang dah banyak benda baru. Ok apa kaitan haha

Kelainan tak lain mana pun. Sekolah lain banyak dah buat. Siapa steghet A dia mention nama atas pentas. Lepas tu tingkatan 5 tahun ni kena duduk dalam dewan. Tujuan? Untuk motivate mereka dan memeriahkan dewan Hahaha serius doo kalau takde budak-budak sekolah kau ingat ada ke orang nak tolong tepuk kuat-kuat :')

Paling tak tahan aku usha bebudak lelaki ni macam dah plan gimik masing-masing bila naik pentas. Taufiq paling tak tahan. Dia boleh main acah-acah selak rambut macam dalam iklan shampoo. mentang-mentang dah tak botak. Baru ada rambut dah riak eh Hahahaha ok maaf!

Pastu Izzudin naik pentas dengan tangan didepangkan, dan Lee berlari-lari, dan Athir... ok Athir. Aku tak faham, memang hero datang last minute ke apa? Takyah nak hindustan sangatlah. Athir punya nama berapa kali ulang... tiba-tiba dia masuk dari pintu utama dewan. Tapi dia blur lagi tak tau kena buat apa hahahaha naik pentas lah eyy! Tensyen pulak aku eeeeee.

Sebenarnya motif hari Khamis ni bukan nak ambik slip semata-mata-telinga-hidung-mulut. Ya Allah kelakarnya saya ni. Hmmm k. Tapi nak ambik barang dan beri barang. Happynya dapat collect hadiah birthday padahal birthday sebulan yg lepas T^T menangis terharu.


mekasih kengkawan T^T

Dan ini lah masa nak jumpa adik-adik junior dan cecikgu semua. Cikgu Rohani kata kalau BM A+ baru boleh peluk cikgu. Alhamdulillah, semua lari cari cikgu nak peluk hahaha. Tak sempat tangkap gambar dengan cikgu sob sob neks taim wajib tangkap gambar dengan cikgu. 



Terserempak pulak dengan diorang ni.

Masa jalan pusing sekolah ntah berapa kali aku cakap "fuyohhh fuyohhh" dak jakun biasalah kan *flip tudung* dekat tangga blok akademik dah ada pagar baru. Pagar pulak nak macam pagar rumah je lawanya. Membazir je pasang. (nampak tak aku jeles)

Pehh dah lama tak taip panjang camni. Korang baca sampai sini pun aku dah bersyukur. Mekasih semuaaa mekasih *efek bunga luruh*

Apa-apa pun,
Terima kasih ibu abah, terima kasih cecikgu sekolah, cecikgu tusyen, Sir Ven, Cikgu Eqbal, kengkawan, kakak-kakak, adik-adik, yang selit-selit nama aku dalam doa korang tapi aku tak tau... terima kasih semua! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah!


Moga apa yang aku citakan tercapai dengan pertolongan Allah.



credit : Adik photographer yang aku lupa namanya apa. 

Ambik di fb. sorry dik curi gambar and mekasih

Jadi, Beginilah ceritanya!


Thursday, December 05, 2013

03. Dormmates - 3 situasi



Assalamualaikum adik-adik kacak! 5 minit termenung jap. Nak bukak cerita pasal dorm ni macam payah jugak. Rasa macam kena ada episod. sampai episod 10 mungkin. Terlalu banyak. Sebab 4 tahun setengah tu hidup dengan diorang. Dormmates lah family yang paling banyak rahsia. macam dalam family biasa. Kongsi problem. Jaga satu sama lain. Dan aku paling tak suka rahsia dorm orang luar tau. Ya ya macam family biasa.

Jadi kisah pasal dormmates memang banyak. Nak cerita mana ni?

Ini cerita secara umum.

Aku anggap diri aku antara yang paling bertuah. oppps opps sabar tak habis cerita lagi. turun kening balik.

Sebab sepanjang aku dekat sabda, aku pernah satu dorm dengan seniors, juniors dan rakan sebaya. Berbanding kengkawan aku yang selama ni asyik hidup dengan senior setiap tahun, dan bila tiba saat menjadi senior dapat pulak satu dorm dengan kawan sebaya sahaja. Tak pernah berpeluang untuk atleast ada 1 junior dalam dorm. dan sebaliknya juga.

Kira bertuah sebab aku dapat rasa perbezaan ketiga-tiga situasi hidup berasrama ni.


Senior dormmates '09/'10
bila ada senior dalam dorm aku rasa selamat. sebab ada kakak yang jaga aku. Ibaratnya macam tu lah. Apa-apa hal diorang kena dulu. ye dak? ayat normal warden "awak ni dah besar tak reti jaga adik-adik ke?" kesian diorang sebab adik-adik masa tu selalu nama naik. Nama dorm kemain famous. Kemain kena denda lari 10 pusingan court bola tampar. Kemain kauuu kemain. Nak bangun pagi pun aku tak risau. Sebab kak Niza (orang bawah katil) selalu bangun awal. Dia bangun terus kejut aku. Hmmm hmmm rindunya ada orang kejut.


Junior dormmates '11
Bila naik tingkatan 3, tinggal dengan adik-adik form 2. Masa ni semua vice versa. Apa yang senior buat dekat kitorang macam jaga sakit apa semua, jaga dorm, kejut pagi tu semua dah jadi tanggungjawab. masa ni sekali alarm bunyi dah kena bangun. Tak ada kak niza nak kejutkan. Ayat yang selalu dapat tiap malam "kak cijan, esok kejut awal tau" diorang ni harap je ada jam loceng tau. Hmm hmm takpe, aku dulu pun macam tu. Kalau musim periksa jadi guru tak berbayar. Lagipun masa tu PMR so macam best dapat refresh form 2 punya syllabus. Dan diorang pun akan jadi guru tak berbayar ajar sejarah tingkatan 2 balik muehehehe. mutualisme kan?


Dormmates sebaya '12/'13
Bila naik tingkatan 4, hari pertama daftar dapat tau semua sebaya. memang depan meja warden tu aku lompat. Feel free. tak tau kenapa. sebab lepas ni kalau dorm bising aku dah tak rasa serba salah. sebelum ni kalau dorm bising aku tak nak lah batch lain rasa tak selesa kan. serba salah ai. tapi kalau dapat batch sama, buat bising sama-sama tak ada siapa kisah hoho. Lepas tu adik dormmates F2 tahun lepas (yang dah naik F3) pulak jadi senior dekat dorm diorang. Bila aku pandang, lahai diorang ni kesian betul kecik-kecik dah jadi senior dalam dorm. Ooooo macam ni rupanya aku dulu. Hahhhhh!



Atas tadi semua secara ringkas. Nak bagi gambaran je. Secara total banyak benda aku belajar. Lain situasi lain cara kau interaksi. kalau tua kau hormat, kalau muda kau jaga. tak kisahlah aku dalam situasi mana tapi setiap tahun ohsem. Paling ohsem dormmates sebaya! Tak kisah lah nak percaya ke tak. Sebab ramai fikir hidup dekat asrama ni macam horror sangat. Aah horror kalau seniority kuat dan asrama kau buruk. Hakhak. quote balik, "asrama buruk"

Please lah mana-mana sekolah yang ada seniority tu, kadang-kadang benda tu memang bagus tapi kau akan enjoy hidup bila dah naik F5 je. Sebab masa tu kau senior. Hidup kau masa junior? lupa ke? Stop lah bagi adik-adik kau life jugak hahaha bukan nak kata apa, tapi aku tengok junior aku happy je dapat senior macam kitorang. Tak tau lah berlakon ke apa. Tapi happy lah sebab apa yang aku nampak dekat sabda ni takat nak masuk lepak dorm senior, makan kantin semeja, turun DM sama-sama, riadah sama-sama, baring dalam surau sama-sama tu macam benda biasa.

aku bukan cakap kosong sebab kawan aku punya adik trauma masuk asrama. Sekolah hebat. malas nak sebut nama sekolah kan. Nanti bebudak sekolah tu redzone aku. Tak tahan sampai pindah keluar. Kan dah rugi duit mak bapak. banyaklah kes macam ni. Cikgu sekolah tu siap telefon parents cakap jangan report dekat pihak atasan, nak jaga nama sekolah kannnn. sekolah hebat tapi takde life Har har har

tak bestlah bila kau keluar dari sekolah tapi tak ada siapa sedih. Biar laa ketiadaan batch kau dekat sekolah tu dirasai oleh adik-adik lol. so goodluck avant garde next year turn korang pegang sekolah.


junior muda setahun. Mekasih, batch zealot memang unite ahaks!
credits : Arissha's insta







Banyak lagi ni, tapi eh sambunglah


























Kenapa? Bersambung kan.



Sepatutnya ada 12. Cuba cari mana lagi sorang


Monday, December 02, 2013

Family - studyroommates

Bila hidup berasrama ni kau kena pandai bergaul. Bagi aku hidup asrama ni ibarat satu family besar. Dalam aspuri tu semua family kau, kakak kau, adik kau. Sangat sesuai untuk orang yang tak ada kakak atau adik perempuan. Dengan syarat asrama kau tak mengamalkan seniority. Syarat ni penting. Kalau tak semua yang aku cakap ni automatic invalid.

Family aku banyak. boleh bahagikan kepada schoolmates, batchmates, dormmates, classmates, studyroommates. Dan sekarang aku dalam mood untuk bercerita tentang studyroommates. Ni semua sebab Ecah bukak cerita dekat WeChat.


Bersepah. Tapi yang guna 8 orang je.

Ini family paling baru yang aku jumpa. Tak sedar ukhuwah yang terbina. Semua kerana bilik study. Mula-mula belajar meja jauh. Lama-lama makin dekat. Bincang soalan, jawapan semua. Share nesvita campur milo. serbuk coco tesco mahupun wet tissue tesco. Ada toto, bantal, selimut. sikat rambut pun ada. kau nak apa semua ada. Iron baju pun dalam tu. Setail kan. Kitorang iktiraf itu macam bungalow lah. kahkah.

Ada laaa dalam 8 orang gitu. Sebab bilik study atas tak ada siapa berani nak naik. Floor kosong kan sebab semua budak balik, F5 pulak kena turun ground floor. Kalau bukan sebab takut pun, sebab malas panjat 60 anak tangga. bilik study kitorang floor 3. So, muka sama je yang ada dalam bilik tu. Lagi lah rasa macam family.


credits : Fatieha

Bila tiba masa yang semua budak dah balik, nak naik turun bilik study sesama. Bab naik tak cuak sangat, tapi nak turun pukul 2 pagi tu memang gentar laaaa sorang-sorang lalu floor gelap memang sakit jantung mak aihhhh. Siapa nak selamatkan nadia dengan farina kalau tiba-tiba ada lipas dekat dinding? Yaaaa, sebab tu kena turun ramai-ramai! Lipas tu boleh buat diorang menggelupur. Serious talk, serious.

Tapi part paling aku suka bila semua saling ingat-mengingati bab solat. selagi tak solat, ada yang tak berhenti menjerit. Bukan takat yang wajib, yang sunat-sunat sekali. Belajar pagi-pagi lepas tu Dhuha dalam studyroom. Kalau nak pahala lebih pergi lah surau. Pagi tuu tengah fresh lagi. best wooo!

Tapi jadi masalah untuk kiblat. Kena usha surau dekat luar tingkap betulkan kiblat. 

"ok korang, upin ipin ni jadi penanda kiblat tau"

"gila kau, kalau aku alihkan karpet tu rasa-rasa kiblat dia sama lagi ke"

"aaaaaaaaaaaa"

Waktu akhir sekolah memang banyak spent masa dengan studyroommates. Semua buat sesama. Belajar sesama. Masuk aspura sesama. Tidur surau sesama. Tengok video Ahmad Ammar sesama. Tak nak balik sekolah hari rabu pun sesama. kahkah. lepas tu gelabah cari tempat menginap. Hal penginapan takpa, boleh pejam mata. paling sadis pun tidur tangki lah. Ada jugak yang percaya bila aku kata tidur hotel bajet. Mohon ampun kepada pihak tersebut.

kalau tak boleh stay sekolah, kitorang dah buat plan B. tidur rumah Nana! Dalam pukul 7 waktu senja seramai 7 orang rushing pergi pagar utama, takut tak ada bas dah. Matilah nak, nak pergi rumah Nana naik apa nanti?

"Jan macam mana ni. Kalau tak sempat solat macam mana"

"Boleh boleh. sempat punya. Makcik guard kata pukul 7 bas ada lagi kan"

Rasa macam adventure gila sebab tiba2 pukul 7 tu kena cari bas. kalau takda bas jugak jalan kaki balik rumah Nana. HAHAHA k memain je. Apa-apa pun ada jugak bas. Semua macam overfeeling masa tu sebab dapat bas. paling best dalam bas tu ada kitorang je. Bas tu pun dah macam hak sendiri punya. Uncle driver pun fokus memandu. Tak kisah bunyi bising belakang dia.

Sepanjang perjalanan tu lah bercerita betapa sadisnya hari tersebut kepada kitorang. Dah laaa baru habis spm, tapi kena lalui benda2 leceh macam ni pulak. Lepas tu semua gelak, takpa kenangan! Selamat sampai Hutan Melintang, singgah masjid dulu baru pergi rumah Nana. Dapat pulak makanan sedap. Rezeki! Rumah Nana best ada kucing nama Isha tapi kitorang panggil Pishang. eh?

Memanglah last day kita macam sadis, tapi sekurang-kurangnya kita dapat jugak spent masa satu malam sesama sebelum balik rumah masing-masing. Dan aku dapat tengok sunset yang mungkin kali terakhir dekat Bagan. Sepanjang perjalanan tu pun langit lawa je, sikit pun aku tak menyesal pasal benda ni ^^ Sebab langit lawa sangat haha

credits : Ayshah dan Fatieha

Terima kasih untuk ilmu korang. 
Halalkan makan minum. 
Doakan aku setiap kali habis solat. 
Terima kasih untuk kenangan. 
Jaga diri, jaga iman, jaga hati. 
InshaaAllah panjang umur, kita kumpul balik belajar sesama :')

"nanti mesti aku rindu studygroup ni" - nadia, orang pertama yang confessed

Friday, December 23, 2011

Bukanlah katak zaman purba

Semalam pergi bercuti dekat Bagan Datoh. Ada satu sekolah ni tengok pagar pun dah tau power! Tengok signboard, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Rasa macam tertarik nak masuk dalam. Jadi sebelum masuk tu bagi salam dekat pak guard sekolah tu "saya nak pusing-pusing sekolah ni boleh?" Dia angguk. Angguk tanda setuju. Sampai dekat kantin. Ada sorang mak cik kantin cun. Ingat nak ayat satu dua. Mana tau dapat air milo free.

Sedang-sedang mangayat. Tiba-tiba "Hachuuuummmm!" ya aku bersin. Mungkin udara persekitaran yang belum masuk dengan diri ini. Alhamdulillah, Syukur. keluar segala kuman. Alhamdulillah mata aku tertancap pada sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran. Saiznya lebih kurang 1/2 daripada kertas A4 biasa. Cantik! Aku tertarik! Aku ambil dan wauuu sekali lagi! 

Apa ni? Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi, KHB-perdagangan, Pendidikan Islam. Ini slip keputusan peperiksaan ke apa? Tiba-tiba dalam hati ada taman. Ya, aku dan mak cik kantin tersebut apa lagi. Kalau bukan kerana kami pakai kain dah lama main lompat-lompat tali.

Ini bukan slip peperiksaan biasa. Aku agak hairan, mengapa slip ini lain daripada yang lain? 8A+? Gilalah! Benda serious mana boleh bawak main! Siapakah gerangan tuan punya slip ini? Aku agak tak ada orang tuntut. Jadi aku liquid nama dia dan letak nama aku.


Siapa ntah kata PMR tak ada + dan -

Ok semua mari kembali serius. Aku tengok semua buat status pasal result pmr. Budak f3 semua cerita pasal result dekat blog diorang. Rasa macam katak yang hidup zaman purba pula kalau tak ikut perkembangan isu semasa.

Alhamdulillah, batch kitorang yang pertama ambil PMR di SABDA. Keputusan boleh kata membanggakan Alhamdulillah. Target yang disasarkan hanyalah 50%. Dan keputusan mencapai sasaran, 75% cemerlang 8A+. 106 out of 140 dapat straight. Ya tau tau, SBP patutnya 100% straight. Tapi, 75% tu sangat cemerlang dah untuk sekolah baru ahah. Menurut Cik Intan (acik kantin), ramai kantoi dekat Bahasa Melayu. Ish macam mana boleh jadi macam ni? Ini semua angkara Yahudi!


Kedudukan dalam daerah Hilir Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Bagan Datoh
3. Bla bla bla
4. Dot dot dot

kedudukan dalam negeri Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Tuanku Abdul Rahman (STAR)
3. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
4. Sains Bagan Datoh

Tiga yang atas tu semua sekolah zaman aku tak lahir lagi. Kenapalah Sains Teluk Intan satu daerah dengan SABDA. Kalau tak boleh merasa no.1 dalam daerah haha sudahlah Sains Teluk Intan no.1 dalam negeri! Rasa tergugat juga. Banyak sekolah otai yang hebat belaka.

Seingat aku, tahun ni 2 kali je ambil peperiksaan sebelum trial pmr dan pmr. Ujian Penilaian 1 dimana format pun mana ikut sangat. Soalan yang diberi sangat sikit. Aku ingat lagi Math salah 1 tolak 5 markah Dush! Peperiksaan Pertengahan Tahun. Lepas tu terus ambil Percubaan PMR peringkat SBP dan PMR satu Malaysia. Aku rasa sekolah lain sampai berbelas kali ambil ujian :')

Aku rasa sekarang Cik Intan tengah susun menu untuk belanja seramai 106 orang pelajar tahun depan. Alahai, apa yang susahnya sekolah kan ada bas. Cik Intan bawak kitorang belanja McD pun cukuplah. Haha aku yakin cik intan akan tunaikan janji beliau (': Oh pemurah sungguh cik tuan dan cik puan kantin sekolah ku ini.

Tahniah Battutah 2011. Ustazah pun seronok je bagi 30 slip semua straight 8A+ (: Seronok rasa bila ustazah seronok.



yang menurut perintah :  Ketua Batch tak puas hati slip aku ada A+ HaHa