Showing posts with label SABDA. Show all posts
Showing posts with label SABDA. Show all posts

Friday, March 13, 2020

1.0 Buku Catatan

My (2011-2013) diary is now officially inside the bin.

Konfiden masukkan dalam tong sampah lepas dah baca dari muka pertama hingga yang hujungnya. Terkejut baca diary sendiri. Terkejut jugak dengan kehidupan sekarang yang dilalui. Kalau ikut logik sendiri, rasa tak layak sangat dapat apa yang Allah dah bagi.


Zaman sekolah dan KMB tu macam dua dunia berbeza hahaha bersyukur sangat Allah selamatkan. Kekadang rasa ni mungkin barakah kebaikan ibu dengan abah, doa ibu dengan abah yang Allah angkat. Selalu rasa apa yang aku dapat selama ni Allah bagi untuk bahagiakan ibu dengan abah dan aku ni hanyalah menumpang kebaikan ibu dengan abah 😭 Nak cerita apa kebaikan yang ibu dan abah buat ni boleh jadi 1 post lain pulak nanti.

Banyaklah jugak konflik hidup dekat asrama dulu. Kalau nak pilih jalan kejahatan tu senang je. Ibu abah jauh. Nak buat hal pun takde hal. Tiap kali nak langgar peraturan je mesti kantoi dengan warden. Sampai member buat guraulah, "kalau nak buat jahat jangan ajak shahizan, nanti kantoi" Lolll.

Dorm yang digeruni awal-awalnya. Tapi lama-lama menjadi tempat singgahan semua.

Tiap kali nak escape dari 'aturan hidup asrama' nanti Allah bawak ke jalan yang lebih baik. Ada sekali nak excuse dari riadah. Guna alasan nak pergi rumah warden. Tau-tau warden tu buat usrah hahaha ingat lagi dapat sharing Tauhid Zindani bab Air yang Terapung. Kita pun innocent dan happy je sebab warden siap baking something ;P

Bila balik rumah selalu cerita dekat Shafiqa apa aku buat dekat asrama dan pengakhirannya memang kisah ditangkap warden lah hahaha sampailah satu masa aku cerita pada dia kisah tangkapan yang paling epik dan Shafiqa kata;

"Allah nak jaga kau ni."

Masa tu tengah dalam kereta. Tersentak dan terdiam. Dialog pendek tapi makan dalam.

Naik form 3 dah slow down sikit. Lepas tu cikgu offer jadi pengawas. Apakahhh????

Again, rasa Allah nak jaga aku ni. Aku terima offer tu dan lalui interview. Menjawablah soalan cliche dari cikgu "kalau awak nampak kawan mencuri, apa awak akan buat."

Punyalah cliche kan. Tapi mengenali shahizan yang memang poyo dan suka bagi jawapan luar kotak sikit aku kongsikan jawapan yang aku rasa rare. Padahal tak aim pun untuk lepas haha

berbulan kemudian, mula rasa bersyukur sebab title pengawas tu more or less berjayalah jugak mengikat kaki dan hati bila nak rebel :')

Kawan-kawan yang jatuh bangun sama-sama dekat asrama dulu pun ramai dah berjaya Alhamdulillah dah fly merata, dah mula kerja, ada yang join usrah lagi :p

Menariklah kisah asrama ni sampaikan dulu pernah bercita-cita nak buat buku kisah hidup dekat asrama. Sayang jugak nak buang diary tu sebab banyak momen yang seronok untuk diingatkan balik. Tapi sebab banyaknya lagi yang tak bermanfaat, eloklah dibuang sebelum aibku tersebar hahahahaha.

Page terakhir dan tiada lagi catatan setelahnya. Buruknya tulisan aihh :')

P/s: Maigadd bbnu sangat habis spm pergi tengok wayang. Tapi rasanya tak jadi pun sebab kena terus balik KL hahaha

P/s/s: Sebenarnya semalam ter-reflect something dan nak share dalam post ni. Ni intro je sebenarnya. Tapi intro pun dah panjang, so tangguh reflection tu dalam post lain je lah 😅😂

Tuesday, January 28, 2020

'Ritual' Sekolah Berasrama

Masa musim exam hari tu seronok betul pergi library. Sikit lagi nak bawak sleeping bag tidur situ. Bukanlah rajin sangat asalnya nak ke library tapi kalau duduk bilik… alahai belajar tu kejap je pastu distracted. Tiba-tiba rasa nak kemas bilik.

Setakat kosongkan tong sampah dan lipat baju tu biasa lagi. Lain macam gangguannya bila tiba-tiba nak ubah susun atur bilik, tiba-tiba vacuum satu bilik sampai ke celah pintu. Tiba-tiba juga nak kemas barang-barang lama dan tersangkut dengan "kotak kenangan". Ya, inilah dia yang paling bahaya dalam menelan masa kita teman-teman. Kotak yang ada segala isi menarik untuk dikenangkan sambil menangis di bucu katil.

Salah satu benda yang memalukan dalam kotak tu adalah diary form 3-form 5. Ya, diary ni dibawa sebab taknak family dekat Malaysia terjumpa dan baca. Dekat SABDA memang sanggup bergadai nyawa dan melindunginya daripada dibaca orang at.all.cost.

Sebelum BFG dah berniat nak buang dekat tong sampah belakang rumah.

"Tak sayang ke buang diary." - Jebon

Mmm tak. Bila baca je muka surat pertama, sedarlah bahawa diary tu memang layak dibuang. Kalau ada orang discover habis aib zaman jahiliah tersebar. Dah lah sekarang zaman sikit-sikit nak viral mmm mm.

"Diari Jahiliah" ni kalau baca balik memang boleh meningkatkan level kesyukuran. Rasa bersyukur Allah selamatkan. Kalau tak sekarang mesti hidup jadi instafemes (eh). Tak sangka baca diary busuk-busuk tu pun boleh meningkatkan keimanan sebenarnya hahahaha


Hidup asrama ni walaupun banyak juga merapunya seperti buat seekers waktu orang tengah prep, kantoi sorok dalam bilik pili sebab taknak pergi koko, buat rumah hantu sampai hantu betul datang, buat milo bar dan bakar roti guna iron, kes perang dendam dengan senior sampai sorok meja dalam tandas — yaa ini kisah benar tuan-tuan. Tapi, degil macam mana pun kami tak pernah pula mengadu dan merasakan aktiviti 'ritual' *cough* mengganggu akademik *cough*.

Kalau ada gangguan pada akademik, kami sedar diri dan tahu nak salahkan aktiviti mana dahulu. Iya benar, kami sedar yang kenakalan dan perangai rebel itu yang memakan masa kami untuk belajar. Bukanlah aktiviti kerohanian seperti yang dikhabarkan oleh pelajar millenial baru-baru ini. (Tapi alhamdulillah walaupun selalu kantoi dengan warden, akademik masing-masing tak kantoi dan terbang tinggi juga huu)

Sebagai bekas pelajar yang pernah melalui sistem tersebut, tak dinafikan perasaan untuk rebel ketika itu sangat tinggi. Hidup seperti robot yang diatur jadualnya 24jam. Kalau 100 peraturan yang dibuat, maka kesemua 100 itu mahu ditentang dengan logik akal dan perasaan — "kitorang solat dalam dorm berjemaah jugak."

Ya kalau ikut reasoning yang diberi memang boleh buat BADAR mati akal. Tapi syukur zaman itu masih belum dikenali dengan era 'semua benda nak diviralkan'. Maka kami telan perlahan-lahan dan laluinya dengan jiwa pemberontakan. Sedang kami tidak sedar yang mahu dilatih bukan sekadar pada solat yang berjemaah. Tapi pada nilai disiplin yang kalau tak diterap pada perkara semudah ini, apa yang kita mahu jangkakan untuk hal yang besar-besar nanti.

Rare jugak dengar alasan akademik kecundang sebab "ibadah tambahan". Mungkin cara penyampaian perlu diubahsuai buat memenuhi jiwa remaja yang sentiasa ingin melawan. Misalnya:

Khabarkan saja "jam 3 pagi dilarang berada di kawasan surau". Nescaya tiba-tiba akan ada manusia yang qiam di surau pagi-pagi buta. Ya, ini juga berlaku 7 tahun lepas. Semangat kami dalam 6 ke 8 orang bawa turun buku tengah malam ke surau siap dengan telekung mahu qiam.

Kurang 30 minit tiba-tiba terdengar bunyi motor ustaz mad parking di belakang surau... Tengah seronok-seronok buat style ninja dengan kain batik di kepala terus semua terdiam. Nafas ditahan-tahan. Risau benar kantoi kalau kedengaran. Tapi terlupa selipar kami ada dekat tangga depannnn -_- Jadi perancangan belajar-tidur-qiam di surau digugurkan sebab kena halau balik dorm T_____T


Inilah dunia remaja, singkat cara fikirnya. Kita buat dulu, belajar kesannya kemudian. Konon niat dah baik lettew nak qiam kakaka "tapi dihalang-halang pula!" (bentak dalam hati).

Kalaulah kita banyak bersabar dan bijak melihat hikmah, tentu kita ini lebih tenang dan teratur menyusun langkah. Hanya fikir nak cuba-cuba benda baru, tapi bahayanya tak diambil kira. Bersyukurlah dunia ini diseimbangkan dengan ekosistem orang-orang tua dan orang muda. Kalau dibiar saja orang muda mengelola dengan semangatnya tanpa sedikit hikmah si tua maka kuranglah keberkesanannya.

Adik-adik millenial ni, kita tunggu je seploh doploh tahun lagi. Kalau twitter masih releven, mereka ini jugaklah yang akan tweet mengucapkan kesyukuran kerana 'ritual' berlebihan itu adalah saat yang mereka rasa paling rapat dengan Tuhan. Dengan ujian kehidupan selepas zaman persekolahan, tahulah mereka betapa mengujinya untuk tetap memberi komitmen begitu secara berterusan.

****

Inisiatif sistem begini sangat baik, tapi pelaksanaannya mungkin belum sempurna dan boleh dimuhasabahkan. Yang kita sama-sama mahukan adalah generasi rabbani yang memahami setiap ibadah yang mereka kerjakan. Bukan sekadar 'menjaga keberkatan' untuk skor akademik. Kan? huhu


View setiap petang dari tempat basuh baju.


Rugilah bebudak SABDA dah ada washing machine sekarang ni.

Kalau tak boleh guna alasan "basuh baju guna tangan ganggu akademik" kakaka alah kalau memang tak perform tu katil keras pun nak disalahkan. 


p/s: Jarang-jarang nak bawa isu semasa ke blog tapi triggered pulak sebab diorang attack budak SBP dengan MRSM haha triggered kerinduan untuk cerita pasal asrama sebenarnya 😆

p/s/s: cuaknya nak jadi cikgu bila tengok generasi sekarang phew

Friday, December 28, 2018

Me before you

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Taa Haa. (1)  
Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. (2)  
Tapi sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah). (3)  
Iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Iaitu) Tuhan yang bersemayam di atas Arasy. (4) 
KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah. (5) 
Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (6)  
Dialah Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al-Asma'ul Husna. (7)
[Taha:1-7] 

Wales, 2018

Bila google surah yang melembutkan hati, sheikh google memang akan keluarkan result surah Taha ayat 1-5. Tak terkecuali ceramah ostad-ostad yang suggest pada ibu dan bapa kalau ada anak degil sangat, hah bacalah ayat begitu begini. Dan hikmah disebalik surah ni, wallahu'alam.

Indeed, surah Taha brings a very dear story to me.

Or even Umar al-Khattab r.a. reverting story was also being associated with surah Taha.

*****

Oh ya, dan cerita aku begini,

2011, Bagan Datoh

Tak tahulah kenapa tahun tu dilantik jadi pengawas. Kadang rasa cikgu sengaja suruh jadi pengawas sebab ingat aku boleh tone down kawan-kawan satu batch yang nakal kot. Biasalah nakal-nakal student. Tapi diorang tak tahu yang sebenarnya aku tak mampu pun hahahaha eh atau sebenarnya cikgu ni nak tone down aku hmmm *garu dagu*

Sebenarnya dengan member sendiri lagilah susah untuk keluarkan arahan. Dapat pulak orang macam aku yang mana reti bagi-bagi arahan ni (halllp). Berpeluh tiap kali nak tegur kawan. Sangat tricky dan perlu berseni, perlu guna ayat member-member lagi.

Ada satu masa aku buntu dan tak tahu. Cara terbaik apa lagi lah untuk tone down kenakalan batch sendiri. Terasa objektif cikgu menjadikan aku seorang pengawas tak tercapai huhu. Biasalah langgar-langgar peraturan. Lagi ada peraturan, lagi nak rebel gituu. Sebab diri ni pengawas je lah tak dapat dah nak join sekaki. Salah satu hikmah ni, terasa sangat Allah ikat tangan, kaki dan hati supaya jangan nakal-nakal lagi.

"Ustazah!", masih jelas dalam ingatan di tingkat 3 blok akademik aku menahan ustazah di pintu hadapan -- sebelum ustazah melangkah lebih jauh lagi.

Terasa ada perkara untuk ditanyakan:

"Ustazah, macam mana nak lembutkan hati kawan-kawan saya ni?" - fuh punyalah poyo soalan ni! Muka macam biasa, memang hensem innocent
"Awak bacalah surah Taha ayat 1-5, niatkan dalam hati." - Ustazah M reply sambil senyum pada aku

Aku angguk dan setuju. Tangan ustazah terus disalam, biasalah salam dah habis kelas. Cadangan ustazah diamalkan dan bermula saat tu makin kerap berdoa dan surah Taha dibacakan -- moga hati kawan-kawan yang kita rapat ni Allah lembutkan.

Ya, kisah di atas memang poyo untuk dihadamkan.

But, please bear with me.

Because the plot twist happened here; 

Cokargh Park, Dublin
"Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi." (Taha: 6)  

Aku berharap Allah lembutkan hati mereka, agar mudah untuk aku sampaikan kata-kata, mudah mereka menerima teguran, mudah untuk apa-apa sahaja.

Itulah manusia, sentiasa harapkan dan mahu yang mudah-mudahan sahaja.

Tapi benda terbesar yang aku rasai dan melihat hingga kini. Pertama-tama sekali hati akulah yang dilembutkan sebenarnya. Allah hadirkan kesabaran yang aku tak capai sebelum ni. Ketenangan yang belum pernah aku rasai. 

Lebih tenang untuk berhadapan dengan kawan sendiri. Kerana sebelumnya aku mudah terasa hati, tapi lama-kelamaan bila nampak kesalahan tak cepat sakit hati. Dan bila Allah melembutkan hati -- Walau pening-pening, kita tegur kerana sayang, bukan semata ‘title 'pengawas' itu lagi.

Malu dengan Allah sebab perasan diri ni baik sangat. Mungkin ego memakan diri. Tak sedar sebenarnya diri sendiri pun perlu didoakan agar dilembutkan hati. Ahhh, banyak betul tarbiyah Allah pada diri.

Bukan setakat itu sahaja, malah Allah al-Latif melembutkan hati aku pada perkara yang tak diduga. Separa sedar aku mula tertarik pada kebaikan. Perubahan-perubahan kecil mula aku lakukan, mula commit dengan handsocks dan stokin tanpa sedikitpun keterpaksaan.

Perlahan-lahan hati aku tertarik makin rapat kepada Tuhan.

Ahh baik benar Allah -- aku minta sedikit, tapi Dia beri berbukit.

*****

Cliff of Moher, Dublin

"KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah." (Taha: 5) 

Dan pada ayat ini, aku jatuh hati berkali-kali bilamana Allah menceritakan semua ruang yang wujud di dunia ini -- semua di langit, di atas bumi, di antara keduanya, juga di bawah tanah adalah milik Dia yang hakiki.

Bukankah hati manusia juga berada di dalam ruang lingkup langit dan bumi? 

Bukan sahaja pada surah Taha ini, malah pada mana-mana ayat yang menyentuh tentang penguasaan Allah pada langit dan bumi pasti membuatkan aku lebih memaknai dan menghayati bahawa Allah itulah pemilik hati -- yang mampu melembutkan dan menguasai hati-hati.

Maka tidak hairanlah setiap kali memandang betapa besarnya bumi, dan betapa luasnya langit aku akan tersenyum teringatkan kisah bagaimana Allah melembutkan hati aku yang degil ini (:


Aku belajar dari sini, bilamana mahu membaca surah Taha nanti bukanlah kerana si fulan itu yang keras hati. Rendahkanlah ego mungkin hati kita dahulu yang perlu dilembutkan oleh yang Maha Melembutkan hati.

Juga untuk melembutkan hati janganlah terhadkan pada ayat Taha ini sahaja, malah pada mana-mana ayat sekalipun – kerana akhirnya kita akan dapat dari al-Quran atas apa yang kita niatkan!

*****

"Me before You" title is kinda cringe.

Or maybe should I change to, "the Dai'e before the Mad'u" :p

P/s:
Best sangat surah Taha ni sebab dekat ayat 25 hingga 35 ada kisah tentang akhlak nabi Musa yang memohon kepada Allah untuk equipped diri dia instead of request Allah untuk ubah mad'u tu terus.

Ok, tapi nak share part ni boleh panjang entri ni nanti. Sebab best sangat haha.

Till next time inshaaAllah! ;)




Saturday, August 26, 2017

01. Short Visit

Sampai je rumah dari Perak, to be specific SABDA, bungkusan burger terus dibuka bertemankan kopi panas. Ya, kopi tu adalah bagaimana aku define sesuatu makanan itu sedap. Benda sedap perlu dinikmati dengan kopi panas.

Satu lagi alasan kenapa aku bancuh kopi sebab nak stay up sikit untuk update blog, kah!

Konflik yang tak pernah sudah adalah procrastination yang ntah bila nak terhakis dari diri ni. Lagi lambat aku rakamkan sesuatu peristiwa dalam satu entri, makin hambar perasaan dan penulisan aku nanti hahaha (k gais iolls still mengaku post lain pun hambar)

Ok cukuplah intro hambar di atas,



Minggu ni memang sengaja dipenuhkan hari-harinya untuk melawat KMB dan SABDA. Tempat-tempat yang mengajar kita erti kehidupan, juga tempat yang mendewasakan.

Walaupun KMB tu sangat best ibarat taman syurga kerana pesta usrah dimana-mana (hiperbola sikit), tapi entri kali ni nak dahulukan kisah 3 hari ke SABDA. Sebab dah lama tak cerita pasal sekolah menengah sains bagan datoh, berdiri megah di pinggir desa, di bawah bumbungmu kami bersatu, mencapai cita-cita mulia. Ok siapa tahu sambungan lirik boleh sambung nyanyi dalam hati.

Alaa adik manis jangan marah, gurau je nak kasi semua refresh lagu sekolah sikit :')

Jujur sebenarnya tak plan secara detail pun perjalanan ke SABDA. Konon macam "ok naik bas sampai Perak ambik UBER boleh pergi ke mana-mana." ------ Tapi,

Ya tapi,

Hidup tidak semudah itu anak-anak.




Sehari sebelum nak ke sana dapat tahu, "eh sana tak ada UBER/GRAB T^T"Nak mintak tolong member bawa ke SABDA tapi masing-masing ada kekangan (kebanyakannya tengah intern). Kalau dari Teluk Intan mungkin mudah untuk tahan teksi dimana-mana. Tapi kalau tempat yang aku stay untuk 3 hari tu...... probability teksi/bas lalu kat kawasan tu sangat rendah atau mungkin 0 sobs.

Pendek cerita kitorang tak ada transportation nak ke SABDA hahhhh. So, second day punya plan untuk ke SABDA awal pagi ditangguhkan ke petang sebab tunggu ayah member balik kerja dulu untuk bawak kitorang ke sana huhu itulah pilihan yang ada.

Kalau dah petang-petang ni tak boleh nak expect tinggi sangatlah yang cikgu-cikgu masih dekat sekolah. Tapi rumah cikgu yang reachable, eg: kuarters guru belakang SABDA kita singgahlah eh.

Sementara menanti waktu yang kita dah janji dengan cikgu tu, kitorang pusing blok akademik, jalan-jalan dekat koridor, lepak kantin dulu, makan kopok lekor 3 singgit. Ya gais mahal gila gais, standard harga tengah KL tu. Tapi ntah kenapa beli jugak sampai 2 ringgit sebab nak mengunyah mmmm. 


Kopok lekor dia dah tak sama macam dulu :( mujur sambal masih lejen


Waktu ni macam meriah jugak dengan bebudak berjalan sana sini angkat buku berat-berat. Abiasalah esok (Jumaat) nak balik cuti Raya Haji seminggu. Masa jalan-jalan dekat koridor tu dari jauh nampak a group of students berkumpul depan pintu pejabat, Tak ada pilihan lain nak tak nak kena tembus juga this group untuk terus jalan ke hadapan. Dalam ramai-ramai tu ada sorang junior lelaki, "Hyeeee" dengan tangan dia yang melambai-lambai. 

Bear that in mind yang 'Hye' dia tu comel je macam adik-adik yang 'hye' seorang kakak haha

Tapi ntah macam mana aku, "Err Assalamualaikum." -- sambil... eh ntahlah mata aku pandang dinding ke lantai waktu tu sebab segan lah juga adoi diorang dah lah ramai. Member dia gelak mungkin nak 'padan muka' kan dia. Masa tu aku dah "alamak", sorry akak tak ada niat pun nak malukan awak huhu mungkin sebab dalam otak masa tu,

"Kalau terserempak dengan junior bagi salam kat diorang." dan benda ni sentiasa replay dalam kepala T^T Sebenarnya nak fahamkan mereka yang salam ni bukan perlu diucapkan oleh junior je. Yang lebih tua pun perlu berebut peluang memberi salam ni. Just like how KMB used to be :') Ok dah tetibe KMB pulak hahaha




Sebab takut dia segan pulak dengan aku, aku terus jalan dengan muka "akak mintak maaf" hahaha dah kenapa aku pulak serba salah ni.

Tapi baru 4-5 tapak ke hadapan,

Kitorang disapa kembali.

Oleh adik-adik perempuan yang ada dekat situ.

Yang menggelakkan kawan dia tadi tu kot hahaha

"Akakkk! ingat saya lagi tak?" - along with those happy faces ^^,

Only then I know they are the fivers this year. Finallyyyy fuh! I've been searching the F5 student jugak dari tadi tapi susah sikit sebab tak berapa nak perasan sangat sebab yelah dulu diorang ni F1 lagi masa kita keluar sekolah dulu. Muka pun comel-comel je. Sekarang puberty hit them hard bak kata mat soleh.

Tanya khabar diorang apa semua dalam 5 minit jugaklah duduk sembang situ. Banyak jugak topik dah sembang sampailah, "eh kita duduk tempat proper sikit lah" hahahaha kitorang suruh diorang settle apa yang patut dulu pastu jumpa kat surau. Ehem.

Dalam perjalanan nak ke surau tu terserempak lagi dengan junior F5. Macam biasalah diorang kena approach dulu sebab kalau tak kita memang tak tahu (sorry awak!) T^T Aah, I'm really not a good senior. Mujurlah mereka ni junior yang baik sebab ingat muka senior hahaha

Setiap kali junior datang, setiap kali tu juga keterujaan aku tak boleh disorok haha sebab affected dengan excitement diorang sekali kot. Juga seperti kumpulan sebelum ni, kitorang suruh diorang settle down dengan urusan lain dulu pastu datanglah surau boleh duduk chill chill lol.




Awal-awal soalan standard lah tanya khabar, macam mana trial etc. Pastu sampai turn diorang kemain syok tanya macam-macam. 

FAQ paling top; "akak, kalau study overseas muka boleh jadi putih eh?"

Masa taip ni pun aku boleh berhenti jap 30 saat sebab nak gelak sambil lap peluh hmmmm

"eee nak cakap akak hitam lah tu dulu." -- soalan cenggini memang tak akan ada jawapan yang serius hahahaha

--------

Then we went to a more serious part. Tapi ni kan sesi chill chill. So kita chill je lah haha more like pesanan untuk sentiasa memilih jalan kebaikan. Lagi-lagi diorang ni dah F5 dan akan masuk ke alam universiti pulak tak lama lagi so, member kasi nasihat dan taujihat sikit huhu. Masa tu nampaklah riak muka sorang-sorang sangat fokus dan makin serius dalam mendengar.

"Aww, ni dah boleh ganti kalam nisa' esok." -- kata salah seorang dari mereka sambil letak tangan di dada. 
*Ehh eheh lap peluh jap.

Beruntungnya jiwa-jiwa ini. Dalam kejahatan dunia dan serangan jahiliyyah, mereka terus dipelihara di sini. Hmm diorang jugalah antara sebab yang menguatkan keinginan aku untuk ke SABDA. Despite of banyak benda yang berlaku dan teruji sepanjang nak ke sana huu. Entahlah kenapa nak sangat jumpa diorang dan mahu sampaikan;


jangan takut, dunia ni masih ramai orang yang baik-baik. Maka berusahalah untuk mencari orang sebegitu. Jika tidak jumpa, maka kita jadilah satu -- yang baik itu.

But I do realize, in the end kita hanya mampu berpesan dan akhirnya hanya doa lah yang akan menguatkan mereka. Moga Allah sentiasa pelihara jiwa-jiwa yang bersih ni walau ke mana pun diorang akan pergi nanti.

Wish I could spend some more time with them ;( Atleast dapat overnight and muayyasyah (read: pillow talk) dengan mereka. Nak tahu kerisauan mereka. Apa yang kita boleh bantu ke. Berada di KMB selama 2 tahun benar-benar mengajar untuk kita sayang saudara muslim kita seperti mana kita sayang diri sendiri. Atas dasar sayang itulah banyak sangat pesanan yang kita nak sampaikan pada mereka dan sebenarnya waktu petang tu terasa sangatlah singkat.

Masa nak bersurai pun ntah berapa kali group hug sebab rasa sekejap sangat dengan diorang T^T




If you girls happen to find this post, hope you can read this entry as well -- The one that I will always preach untuk kita sama-sama redefine "kebaikan" tu 😊


P/s: Dugaan hari terakhir nak pergi melawat cikgu waktu pagi tu pun complicated dan haru sungguh kisahnya sampai boleh diwujudkan entri berasingan huhu



Saturday, September 05, 2015

Jalan baru

2 minggu lepas gerak ke Perak. Benda plan last minute. Kesian kawan yang kununnya nak gerak hari Rabu tapi sebab aku ada kelas, tiba-tiba dia pun gerak 3 hari kemudian (sabtu) sama-sama dengan aku T^T rasa bersalahnya.


Tak tau kenapa last week rasa nak pergi sangat Perak. Sebab makin lama makin ramai cikgu pindah keluar dari Sabda. Lepas ni kalau pergi sana tak tau nak melawat cikgu apa dah (nanges) dan waktu ni je pun masa yang agak-agak free untuk jumpa kengkawan dekat Perak. Lepas ni dah bizi, memasing dah mula masuk U sobs makin susah nak jumpa.




dan bertolaklah aku dan safiyyah ke teluk intan/bagan datoh seawal 8 pagi Sabtu 210815


Oh ya, pergi sana mintak tolong abang yang hantarkan huhuhu Kononnya perjalanan pergi aku nak drive. Kot kot lah dapat anugerah adik paling bertimbang rasa sebab atleast takdelah abang penat pergi-balik dia yang drive herherher


Tapi kita hanya mampu merancang kan *cough* tiba paginya rasa macam tak sanggup pulak nak drive. Aku ni macam ada satu penyakit di mana bila masuk kereta je mesti rasa nak tidur. Dia macam best tau tidur dalam kereta ni. Rasa macam duduk dalam buaian. Tapi dah besar gajah tak mampu lah nak masuk buaian. Berangan tidur dalam kereta je lah.


Masa dalam kawasan KL macam hmm bolehlah boleh, segar lagi. Tak sampai hati nak tidur. Dah lah suruh abang hantar lepas tu biar dia drive sorang-sorang. Radio pulak ikut taste aku, lagu pelan-pelan. Tertidur kang semorang dalam kereta tu. Hahhhhhh


Tapi serius, tidaklah hamba mampu. Ntah dah sampai mana tetibe TERlelap hehehehehe


Sampailah satu masa aku terjaga balik, tetibe rasa pelik. rasa abang ni lalu jalan yang aku tak pernah lalu sepanjang 5 tahun ulang-alik Bagan Datoh. Dia rasa macam WOW gila lah! Pemandangan dia lawa sangat. Rasa nak nangis je masa tu. Daripada mengantuk terus tak pejam mata sebab nak hadam semua pemandangan sepanjang jalan tu.



Sebab jalan ni first time kita lalu kan. Jakun sikit (banyak sebenarnya). Lagi-lagi bila view dia lawa. First time balik bagan bukan kelapa sawit semata kiri dan kanan. Masuk jalan kampung, Kampung Tengi tak silap. Best sangat! Kiri kanan jalan ada je signboard "Subhanallah"-"Alhamdulillah"-"Allahuakbar"


Aku rasa setiap saat aku "Wahhhh cantiknya" - "Uyohhhh" - "Eh ada ladang lah!". Kalau korang ada dekat situ, mesti rasa nak tampar je shahizan ni sebab annoying sangat -- jakun T^T nak lalu lagi jalan tu


"Ahhh kau jangan berangan, Sekali ni je aku belanja lalu jalan ni" -- kata abang

Alaaaaa *kesat air mata*



Aku tau engkorang rasa biasa je. Tapi aku rasa luar biasa sebab selama ni balik bagan datoh nampak kelapa sawit je T^T



Tak tak, memang tak nak cerita pasal sabda pun. Entri ni sebenarnya nak cerita yang aku discover jalan baru untuk ke bagan datoh hohoho tapi alang-alang dah sebut pasal sabda ni en -- kitorang sempat jugak lah seludup masuk ke kawasan aspuri (sebab pak guard tengah tidur hahahaha) singgah dorm junior.




Seb bek lah diorang ni baru balik dari kelas -- prep pagi. Molek-molek je semua dengan baju outing pastu kitorang cam, "ehhh korang pergi pakai tudung balik! Jom lah tangkap gambar!"

Tak tipu, jeles tengok plan kedudukan dorm sekarang. Locker semua rapat ke dinding, katil tengah-tengah, dah tak ada pembahagian side A dengan side B T^T pastu ampaian berbumbung, ditambah lagi ampaiannya berjuta-juta pulak tu (eyy over je) siap letak label lagi, satu dorm dapat satu ampaian.

Jelesnyaaaaa :((((( kbai


Ntah bila nak move on bercerita tentang sabda ni


Wednesday, March 18, 2015

Alumni Greetings Day





Rasa macam dah basi cerita ni. Tapi basi tak basi nak cerita jugak.


Alhamdulillah Febuari lepas Allah beri peluang singgah sekolah lama (SABDA) sempena majlis persaraan ayahanda. Dia macam alang-alang buat majlis pengetua nak bersara lepas tu kita buat lah sekali gathering tuk alumni. Hihi tak ada lah alumni mana sebenarnya (rolling eyes) Since batch yang paling tua pun baru 22 tahun.



Siapalah hamba Allah yang buat poster ni. Sejibik kot, tengok gambar ni pun dah terubat rindu lol


Mula-mula macam eyy malas tul nak join sebab.... eh tak ada sebab pun. Mujur hujung minggu tu tak ada apa program and memang nak pergi SABDAAAAA aahhhhhhhh hahahaha


Kalau orang tanya sayang SABDA tak? Tak tau nak jawab macam mana. Dia macam ada part yang sayang, ada part malas tul nak sayang sekolah ni. Especially when it comes to the part "event last minute" ni (only sabdarians know) --- sigh


Tapi gila ke tak sayang sekolah yang hampir 5 tahun duduk situ. Rasa perit tengok sekolah membangun from nothing to something. I do really mean that "nothing". Kena pergi sekolah tapi tak ada buku teks, tak ada cikgu, tak ada seniority, tak ada apa apa apa apa. Peraturan pun jap ada jap tak ada.


Gila ke tak sayang sekolah yang jadi tempat jatuh bangun. Kena lari 10 round court bola tampar sebab berkejar-kejaran main belon tengah aspuri. Kena berdiri after perhimpunan sebab dorm bau telur (ni semua sebab buat party tapi tak kemas elok-elok) hmm buat rumah hantu at the end datang hantu betul T^T sobs insap. Nak ponteng koko tapi kantoi sorok dalam bilik pili hahahahahaha ntah tak faham kenapa dengan aku dulu. Tu belum lagi kisah masukkan meja senior dalam tandas, pergi DM pakai kain batik, masuk aspura masa diorang solat jumaat pastu kutuk sebab bilik diorang MashaaAllah *pengsan*, seekers masa prep malam. Tapi pergi separuh jalan je pastu patah balik kahkahkah loser.



Alhamdulillah ini aspura masa Hari Terbuka Asrama. Kalau hari-hari biasa, Astaghfirullah.


Tapi bila datang sabda sekarang, perasaan dia dah lain (amboi kau sembang perasaan kehkeh). Mungkin sebab peraturan sekarang makin ketat dan teratur sikit. Kalau dulu, tak ada budaya lagi. Pioneer lah kateko. Sepatutnya kitorang yang kena bina budaya yang sihat, tapi ntah apa apa yang jadi hihi


Dan rasa nak sangat pergi SABDA sebab masa ni lah nak berkumpul dengan kengkawan balik. Sebab orang dari Beijing tengah cuti, and yang nak ke Korea tak lama dah kat Malaysia. Lepas ni tak tau bila lagi ada masa lapang. Kan? Jadi apa lah dosanya untuk kita berhubung dengan rakan lama hiks.


Seronok sangat sebab dapat jumpa akak-akak senior, adik-adik junior. Segan bila jumpa junior. Sebab kita tak expect diorang akan sambut kita dengan baik ^^ hehe tak sangka diorang ingat kita lagi. Lagi segan bila ada budak lambai kita, kita lambai je balik tapi tak ingat apa nama adik ni (menangis) sorry dik, akak rasa jahat pulak T^T


Susah betul nak cerita secara mendalam. Rasanya lebih menarik kalau letak gambar je hehihohuhuhu






Dekat istagram Yaya, "Batch korang memang ada dua orang lelaki je ke?"

Guys, dua orang lelaki tu cikgu saya guys hahahaha




Presiden Alumni










Aktiviti kitorang dengan junior tak lama :'( Rasa sekejap sangat. Ingatkan waktu dinner, the juniors pun ada sekali. Rupanya alumni dengan cecikgu je hmmm. Sempat jumpa diorang masa aktiviti dengan dekat surau je. Nak lepak dorm diorang tapi malam tu balik dari dewan pun dah pukul berapa T^T mesti engkorang dah tidur and idk ur dorm since dah rombak dorm kan hmmmm sedihnyaaaa tak dapat sembang lama dengan engkorang TT^TT


Baidewei, the best thing is bila nampak semangat rumah sukan tahun ni kuat. Biasalah, SBP ni sikit-sikit rumah sukan herherher pls menyampah. Mungkin sebab sepanjang 5 tahun dekat sabda, aku dapat rasa betapa tak bestnya bila tak ada semangat rumah sukan. Bagi aku, semangat rumah sukan ni bergantung kepada semangat batch F5. Good job adik adik, akak percaya PKR(s) tahun ni semua hebat-hebat ;) yang paling kelakor masa pagi Ahad, the PKR(s) duduk depan pagar aspura buat announcement dari luar -- kejut anak-anak buah diorang bangun pergi senamrobik kahkah. Rasanya kalau diorang boleh masuk pagar tu, habislah kau nak.





Baidewei terima kasih kepada jurugambar. Kahkah banyak gambar curi dari gambar sendiri. 
Terima kasih jugak cecikgu sebab jemput kami.
Terima kasih senior! terima kasih junior!

Ada masa buat lagi eh hehe

Friday, June 13, 2014

Ramadhan di SABDA. Macam mana eh?

Assalamualaikum abang kakak adik kacak sekalian. Kalau rasa tak kacak nak jawab pun boleh. Tak salah pun. Yang salah bila tak konfiden dengan diri sendiri je. Oklah nak jadi ceritanya bulan Mei lepas ada jumpa kawan lama. Masa dah nak balik rumah sementara tunggu lrt datang, tiba-tiba kawan tanya,


"macam mana eh puasa dekat asrama? Jauh dari family? Tak boleh bayangkan lah aku masuk U nanti." 


Dia tanya dengan penuh keries, dah nak masuk U lah kata kan hikhik. Sebab dia pun tanya last minute. Dah nak balik pastu tanya soklan yang memerlukan jawapan yang panjang. Kalau nak aku cerita… panjang dia boleh buat lap peluh jap penat berfikir.


"Best lah best! Tak tau nak cakap best tu macam mana. Dapat makan ramai-ramai bla bla bla...."


Jawapan sependek mungkin sebab LRT dah sampai T^T maaf kawan. Pendek aku tu pun sebenarnya panjang jugak.


Di SABDA (dan dimana-mana asrama sekalipun) Ramadhan memang paling ditunggu-tunggu oleh manusia macam aku. Macam mana tu? Sebab sepanjang bulan Ramadhan riadah batal, prep petang batal, prep malam batal. Ya Allah syukurrrrr! K tu baru sedikit kegembiraan untuk orang pemalas macam aku.



Alahai excited lah kalau cerita pasal puasa dekat asrama ni. Berterabur dah cerita. Nak masuk dari mana ni?


Ok kalau bab makanan memang tak payah riso sebab dah tersedia ada. Tinggal rajin atau tak je untuk ke Dewan Makan (DM). Waktu sahur normal 4.30 sampai 5.30. Aku tau ramai dapat agak (tapi nak bagitau jugak) bahawa manusia ni memang awal-awal Ramadhan je turun makan sahur. Tengah Ramadhan sepi sikit. Hari terakhir sebelum balik raya meriah balik toksah cakap sampai lauk tak cukup. Tetibe. Nampak sangat makcik DM fed up masak lauk banyak tapi selalu tak habis. Bila dah jadi camni goreng telor mata kerbau je aih haaaaa




Suka turun awal-awal sebab lelaki tak ramai (atau sebenarnya mmg tak ada lagi) haha perempuan meriah waktu pukul 5. Perempuan terakhir menapak keluar dari DM baru ada segerombolan bebudak lelaki dengan muka tak basuh masuk DM. Untung laaaa boleh pakai kain pelikat dengan selipar jamban je. Kalau Ustad Mad turun padang... silap besar silap besar... Tengah makan pun boleh kena halau kahkah padan muka.


Nak banding dengan lelaki, perempuan memang lagi malas untuk turun DM. Yelah kami bukan macam laki  -- kain pelikat dgn selipar jamban je dah boleh turun DM. Geram betul kenapa kitorang tak boleh pakai telekung je. Maka asal dapat Hup Seng cicah Milo pun ok lah untuk sahur. Tips diet lol sangat.




Pergi sekolah macam biasa. Yang beza bila balik tak boleh lunch (amendenya nak lunch) dan terus masuk dorm. Ya Allah nikmatnyaaaaa! Tapi sejak prep petang memang dah dimansuhkan ((sejak tahun lepas)), nikmat "prep petang dibatalkan pada bulan Ramadhan" tak terasa sangat kahkah. Prep petang dimansuhkan ni memang sangat rare di mana-mana sbp. Boleh jadi bonus point kalau masih dalam consideration nak masuk SABDA ke tak.


Terima kasih kepada cecikgu yang berjuang untuk mansuhkan prep petang. Yelah, bebudak bukan belajar petang tu. Semua tidur mati kepanasan dalam kelas. Kalau belajar pun stressed je bising. Baik duduk dorm basuh baju, ya dak?


Kira waktu petang tu bebas. Kalau nak pergi kelas pun best sebab blok akademik tak ramai orang. Nak belajar tak bising. Aku harap tak ada yang buat onar dating waktu blok akademik kosong. Bulan mulia pun buat onar susah ahh cemni. Setan pun dah diikat. Bawak-bawak lah insap. Tu yang malas turun blok akademik lagi-lagi sabtu ahad. Eh.


Tapi kalau duduk dorm memang hangus lah lelap tak belajar lelagi tahun spm (berkata tentang diri sendiri). Ntahlah, belajar atas katil pun best apa. Kan? Cuma tak tahan lama lah. Lelagi dapat katil bawah kipas cam aku ni hahhh. Syurga.


Waktu lepas sekolah ni memang tak terkata kegembiraannya sebab dari pukul 2 sampai 6 petang tu free. Bukan senang ya nak dapat kehidupan free macam ni di asrama. 4 jam tak terikat dengan apa-apa. Nak basuh baju pun senang hati (ni lah point aku sebenarnya haha)


Ok kita dah sampai part paling menyeksakan "Ramadhan di sabda".




Waktu nak berbuka ni palingggg seksa. Tak tipuuu. Pukul 6.30 dah kena beratur. Beratur kalau barisan bergerak tak apa. Rupanya lauk tak siap masak lagi. Kasar. Masa ni boleh tengok tahap kesabaran masing-masing. Kitorang ni takde lah rajin sangat nak beratur awal. Tapi kalau kau datang 6.45 atau 6.50 memang panjang sampai terkeluar dari pintu DM. Masalahnya DM tak bukak lagi tapi bebudak dah kerumun depan pintu dah kenapaa?


Ada jugak kes waktu dah masuk tapi barisan panjang lagi, tak dapat makanan. Aku pun tak faham camne benda ni boleh jadi. Alah biasalah kawan jagakan line, nanti ada selit-selit tengah barisan tu. Senior ke junior ke sama je hahaha tapi aku tak tau lah bahagian lelaki kot kalau ada junior berani potong korang.


Tapi biasalah benda macam ni. Pandai-pandai hidup, pandai-pandai fikir. Macam kita tak pernah buat kan? Sekali sekala terkena balik tu senyum je lah gelakkan diri sendiri hahahahaha asal ayat redha sangat ni.


Bila dah masuk waktu tu suasana hiruk-pikuk terus jadi sunyi dalam masa 0.003 saat. Pantas tul. 7 minit yang pertama semua fokus makan. Pastu mula lah pertandingan siapa hantar pinggan dulu (engkorang dah kenapa) kahkah tapi standard lah selalunya muka sama je hantar pinggan dulu. Time nak hantar pinggan pun seksa jugak. Malas nak cakap, sebab bila bayangkan pun dah sesak nafas.


Waktu berbuka ni pun nikmat jugak. Dapat makan ramai-ramai. Iftar Jamaie. Rasa seronok! Ntah lah camne nak cakap seronok tu eh. Yang pasti bila dah keluar dari sekolah memang rindu nak berbuka puasa ramai-ramai macam tu. Ntah bila lagi nak rasa suasana macam ni. Kat KMB nnt kot eh koff koff




Lepas berbuka je memang rushing lah nak balik serama (dekat je tak sampai seminit) haha k ambik whudu' ambik telekung gerak surau. Maghrib isya' Tarawih. Bagi aku ni salah satu waktu yang berbaloi, sangat tak sia-sia masuk asrama. Surau pun dekat. Lepas tu kita ni dalam kawalan "kena buat tarawih 20 rakaat" kalau tak... kalau tak apa? Tak ada denda pun. Tapi takkan lah bila orang suruh buat baik kau nak rebel. Derhaka betul.


Dah nampak ke sebab kenapa prep malam dibatalkan? Yaaa betul sebab tarawih berjemaah ini


Haaa lepas tu balik dorm tak mampu nak buat kerja sekolah. Lepas tu kasi alasan dekat cikgu "sebab tak ada prep malam cikgu". Ini pun derhaka kasi alasan. Itu lah dugaaannya. Aku pun tak suka buat kerja dalam dorm. Nak pergi kelas pun tak suka. Ntah apa yang aku suka pun tak tau lah. Mungkin suka dalam menyalahkan syaitan. Tapi tulah Ramadhan pulak kan.




Ramai tertanya macam mana rasa berbuka dekat asrama. Tapi dari Ramadhan tahun lepas aku tertanya "macam mana lah nanti rasa dah tak berbuka dekat asrama." Dah 5 tahun hidup begituu T^T


Rupanya Allah hantar aku pergi KMB. Di mana tak jauh beza pun dengan SABDA, ada kelapa sawit, ada dewan selera jugak ^^ ahh haha chill lah Jan.


Friday, March 21, 2014

Begini ceritanya



Bismillahirrahmanirrahim, 
hmmm begini ceritanya,



2-3 malam sebelum hari khamis, memang susah nak lena. Kalau tidur main pejam mata je tapi tak ikhlas. Maksud tak ikhlas tu tak lena lah kahkah Allah tarik nikmat tidur (menangis)

Aku dah lama tak ambik Neskaper, jadi kenapa tak lena-lena lagi. Kalau pejam mata pukul 12, jam 4 aku lena. K tipu. Mana ada orang dah lena tengok jam kan. Aku agak je sebab setiap kali aku golek-golek aku tengok jam hmm dah pukul 2, golek lagi hmm dah pukul 3.30.

Ini memang simpton nak tunggu result ke acamner?



Memandangkan mak aku memang tak gemar anak-anak ponteng sekolah jadi adik aku tak boleh ikut. Kahkah satu malam dia monyok. Rasa nak tumbuk je dia ni. Sebelum ni tak suka datang sabda. Bosan katanya. Tapi... ya ada tapi, mak aku suruh abang aku ponteng kelas, suruh ikut sekali jadi tukang ambik gambar. haaa acamne pulak tu? Ponteng kelas.

Pepagi sebelum bertolak abang aku gelakkan jerawat di hidung. Tak faham kenapa minggu ni jugak nak kena ada jerawat. K bukan jerawat tapi sisa parut. "alah bang, semua benda nak perfect takleh gak." Kahkah dia buat muka mengejek je bila aku kata camtu. Jeles lah tu aku lagi hensem dari dia. Takpalah, kita mana boleh elak perasaan jeles orang pada kita.



Masuk je pagar sekolah jam 10, aku nampak bebudak sabda ramai tengah PJK. Dalam 7 kelas kot. Semua court penuh. Padang meriah. Tapi bukan meriah nak sambut kitorang. Ingatkan ada kompang ke apa. Tapi meriah main bola. Masalahnya dewan besar tu berjiran je dengan courts dan padang. Nak parking kereta, tetibe semua budak kerumun nak bukak pintu. Hahahahaha tipu je!

Dewan boleh tahan ramai. Kira aku ni sedang-sedang laa sampai. Tak awal tak lambat. Cuma majlis belum bermula. Jadi aku ingat haruslah jalan-jalan jumpa kawan.

Sorryy, siapa lambat tak masuk gambar,




Sesungguhnya saya memang tak suka masuk dalam gambar

Tengok gambar-gambar ni pun dah buat rasa gembira. Nampak tak semua gembira? Nampak takkk! Hampir semua senyum nampak gigi hahaha ok. Batch kitorang ni cool betul, simpan rasa cuak dalam diri tak tunjuk kat orang.

Pastu semua pakai warna-warni. Macam hari raya tau aku rasa. Aku suka! Oh ya batch aku ni kadang-kadang memang suka buat kerusi meja patah, bakar meja, pecah masuk lab, main bumper chair dengan kerusi bilik guru tapi diorang ni kalau masuk bab sweet tu boleh tahan jugak. Beberapa hari sebelum Khamis,


Whatever happens i still love you gurls :* -Icha Rais 

 Janji tau, ape ape jadi kita still satu batch ea - Dibob


Banyak lagi tapi malas pulak nak scroll group wasep tu. Tapi ucapan paling win Imran lah. Panjang kemain. Siapa rasa dia Zealot Boes sila baca, jika bukan anda boleh baca atau skip terus hahaha.


hello my fellow friends, i just wanna say thanks for the memorable 5 years i've spent with you guys. All of you have made my life so meaningful. Thanks kpd yg bantu sama ada secara langsung or x langsung. Whatever happens, korang sume akan kekal dlm hati ni sehingga mati. Aku akan sentiasa doakan korang sume. Soo final say, keep in touch ok? #love zealot boes :') Bg tau bdk2 zealot lain. - Imran IKS


Imran suruh zebarkan kepada semua budak-budak zealot. Jadi aku hanya zebarkan sahaja. Apa yang dia tulis aku copy bulat-bulat. kalau dia shortform aku pun shortform.

Gambar dah lah pecah pastu nak x-large pulak. K jangan bash. Aku faham.


Tahun ni sekolah dah mula buat kelainan. Mentang-mentang dah banyak benda baru. Ok apa kaitan haha

Kelainan tak lain mana pun. Sekolah lain banyak dah buat. Siapa steghet A dia mention nama atas pentas. Lepas tu tingkatan 5 tahun ni kena duduk dalam dewan. Tujuan? Untuk motivate mereka dan memeriahkan dewan Hahaha serius doo kalau takde budak-budak sekolah kau ingat ada ke orang nak tolong tepuk kuat-kuat :')

Paling tak tahan aku usha bebudak lelaki ni macam dah plan gimik masing-masing bila naik pentas. Taufiq paling tak tahan. Dia boleh main acah-acah selak rambut macam dalam iklan shampoo. mentang-mentang dah tak botak. Baru ada rambut dah riak eh Hahahaha ok maaf!

Pastu Izzudin naik pentas dengan tangan didepangkan, dan Lee berlari-lari, dan Athir... ok Athir. Aku tak faham, memang hero datang last minute ke apa? Takyah nak hindustan sangatlah. Athir punya nama berapa kali ulang... tiba-tiba dia masuk dari pintu utama dewan. Tapi dia blur lagi tak tau kena buat apa hahahaha naik pentas lah eyy! Tensyen pulak aku eeeeee.

Sebenarnya motif hari Khamis ni bukan nak ambik slip semata-mata-telinga-hidung-mulut. Ya Allah kelakarnya saya ni. Hmmm k. Tapi nak ambik barang dan beri barang. Happynya dapat collect hadiah birthday padahal birthday sebulan yg lepas T^T menangis terharu.


mekasih kengkawan T^T

Dan ini lah masa nak jumpa adik-adik junior dan cecikgu semua. Cikgu Rohani kata kalau BM A+ baru boleh peluk cikgu. Alhamdulillah, semua lari cari cikgu nak peluk hahaha. Tak sempat tangkap gambar dengan cikgu sob sob neks taim wajib tangkap gambar dengan cikgu. 



Terserempak pulak dengan diorang ni.

Masa jalan pusing sekolah ntah berapa kali aku cakap "fuyohhh fuyohhh" dak jakun biasalah kan *flip tudung* dekat tangga blok akademik dah ada pagar baru. Pagar pulak nak macam pagar rumah je lawanya. Membazir je pasang. (nampak tak aku jeles)

Pehh dah lama tak taip panjang camni. Korang baca sampai sini pun aku dah bersyukur. Mekasih semuaaa mekasih *efek bunga luruh*

Apa-apa pun,
Terima kasih ibu abah, terima kasih cecikgu sekolah, cecikgu tusyen, Sir Ven, Cikgu Eqbal, kengkawan, kakak-kakak, adik-adik, yang selit-selit nama aku dalam doa korang tapi aku tak tau... terima kasih semua! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah!


Moga apa yang aku citakan tercapai dengan pertolongan Allah.



credit : Adik photographer yang aku lupa namanya apa. 

Ambik di fb. sorry dik curi gambar and mekasih

Jadi, Beginilah ceritanya!