Showing posts with label Dormmates. Show all posts
Showing posts with label Dormmates. Show all posts

Thursday, December 05, 2013

03. Dormmates - 3 situasi



Assalamualaikum adik-adik kacak! 5 minit termenung jap. Nak bukak cerita pasal dorm ni macam payah jugak. Rasa macam kena ada episod. sampai episod 10 mungkin. Terlalu banyak. Sebab 4 tahun setengah tu hidup dengan diorang. Dormmates lah family yang paling banyak rahsia. macam dalam family biasa. Kongsi problem. Jaga satu sama lain. Dan aku paling tak suka rahsia dorm orang luar tau. Ya ya macam family biasa.

Jadi kisah pasal dormmates memang banyak. Nak cerita mana ni?

Ini cerita secara umum.

Aku anggap diri aku antara yang paling bertuah. oppps opps sabar tak habis cerita lagi. turun kening balik.

Sebab sepanjang aku dekat sabda, aku pernah satu dorm dengan seniors, juniors dan rakan sebaya. Berbanding kengkawan aku yang selama ni asyik hidup dengan senior setiap tahun, dan bila tiba saat menjadi senior dapat pulak satu dorm dengan kawan sebaya sahaja. Tak pernah berpeluang untuk atleast ada 1 junior dalam dorm. dan sebaliknya juga.

Kira bertuah sebab aku dapat rasa perbezaan ketiga-tiga situasi hidup berasrama ni.


Senior dormmates '09/'10
bila ada senior dalam dorm aku rasa selamat. sebab ada kakak yang jaga aku. Ibaratnya macam tu lah. Apa-apa hal diorang kena dulu. ye dak? ayat normal warden "awak ni dah besar tak reti jaga adik-adik ke?" kesian diorang sebab adik-adik masa tu selalu nama naik. Nama dorm kemain famous. Kemain kena denda lari 10 pusingan court bola tampar. Kemain kauuu kemain. Nak bangun pagi pun aku tak risau. Sebab kak Niza (orang bawah katil) selalu bangun awal. Dia bangun terus kejut aku. Hmmm hmmm rindunya ada orang kejut.


Junior dormmates '11
Bila naik tingkatan 3, tinggal dengan adik-adik form 2. Masa ni semua vice versa. Apa yang senior buat dekat kitorang macam jaga sakit apa semua, jaga dorm, kejut pagi tu semua dah jadi tanggungjawab. masa ni sekali alarm bunyi dah kena bangun. Tak ada kak niza nak kejutkan. Ayat yang selalu dapat tiap malam "kak cijan, esok kejut awal tau" diorang ni harap je ada jam loceng tau. Hmm hmm takpe, aku dulu pun macam tu. Kalau musim periksa jadi guru tak berbayar. Lagipun masa tu PMR so macam best dapat refresh form 2 punya syllabus. Dan diorang pun akan jadi guru tak berbayar ajar sejarah tingkatan 2 balik muehehehe. mutualisme kan?


Dormmates sebaya '12/'13
Bila naik tingkatan 4, hari pertama daftar dapat tau semua sebaya. memang depan meja warden tu aku lompat. Feel free. tak tau kenapa. sebab lepas ni kalau dorm bising aku dah tak rasa serba salah. sebelum ni kalau dorm bising aku tak nak lah batch lain rasa tak selesa kan. serba salah ai. tapi kalau dapat batch sama, buat bising sama-sama tak ada siapa kisah hoho. Lepas tu adik dormmates F2 tahun lepas (yang dah naik F3) pulak jadi senior dekat dorm diorang. Bila aku pandang, lahai diorang ni kesian betul kecik-kecik dah jadi senior dalam dorm. Ooooo macam ni rupanya aku dulu. Hahhhhh!



Atas tadi semua secara ringkas. Nak bagi gambaran je. Secara total banyak benda aku belajar. Lain situasi lain cara kau interaksi. kalau tua kau hormat, kalau muda kau jaga. tak kisahlah aku dalam situasi mana tapi setiap tahun ohsem. Paling ohsem dormmates sebaya! Tak kisah lah nak percaya ke tak. Sebab ramai fikir hidup dekat asrama ni macam horror sangat. Aah horror kalau seniority kuat dan asrama kau buruk. Hakhak. quote balik, "asrama buruk"

Please lah mana-mana sekolah yang ada seniority tu, kadang-kadang benda tu memang bagus tapi kau akan enjoy hidup bila dah naik F5 je. Sebab masa tu kau senior. Hidup kau masa junior? lupa ke? Stop lah bagi adik-adik kau life jugak hahaha bukan nak kata apa, tapi aku tengok junior aku happy je dapat senior macam kitorang. Tak tau lah berlakon ke apa. Tapi happy lah sebab apa yang aku nampak dekat sabda ni takat nak masuk lepak dorm senior, makan kantin semeja, turun DM sama-sama, riadah sama-sama, baring dalam surau sama-sama tu macam benda biasa.

aku bukan cakap kosong sebab kawan aku punya adik trauma masuk asrama. Sekolah hebat. malas nak sebut nama sekolah kan. Nanti bebudak sekolah tu redzone aku. Tak tahan sampai pindah keluar. Kan dah rugi duit mak bapak. banyaklah kes macam ni. Cikgu sekolah tu siap telefon parents cakap jangan report dekat pihak atasan, nak jaga nama sekolah kannnn. sekolah hebat tapi takde life Har har har

tak bestlah bila kau keluar dari sekolah tapi tak ada siapa sedih. Biar laa ketiadaan batch kau dekat sekolah tu dirasai oleh adik-adik lol. so goodluck avant garde next year turn korang pegang sekolah.


junior muda setahun. Mekasih, batch zealot memang unite ahaks!
credits : Arissha's insta







Banyak lagi ni, tapi eh sambunglah


























Kenapa? Bersambung kan.



Sepatutnya ada 12. Cuba cari mana lagi sorang


Sunday, February 10, 2013

02. Dormmates - Terharu

Sebenarnya nak taip entri ni, aku tunggu saat yang aku betul-betul tengah lapar. nak cari feel kononnya. kalau kau tgk apa yang aku makan, kau akan jeles dengan kekurusan aku. makan banyak tapi BMI tak seimbang. Hihi mesti sakit hati baca apa aku tulis ni. eh aku pun sakit hati tulis benda ni. Mari berdoa berat gua bertambah.

Kalau masuk pasal makanan, aku akan jadi sensitif. lapar - tak jumpa makanan. lapar - tapi cikgu tak nak stop mengajar [sampai DM tutup pintu]. Masa ni berair mata aku tengok abang DM tutup pintu. Bau ayam rempah kuat betul. Aku pernah pasang niat nak ketuk pintu belakang DM nak mintak ayam. Alah, ayam je pun bukan susah nak keluarkan balik. KAN?

Nak jadikan cerita,

Hari nak pergi open chess aku set jam pukul 4.20 pagi. disebabkan benda ni diorang buat dekat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar maka cikgu aku dah bagi amaran awal-awal pukul 5.30 bertolak. kalau lewat tinggal. Dan cikgu gua memang janji ditepati betul. Budak F1 ni yang namanya dirahsiakan (oleh aku) tak tau apa jadi dengan dia yang pasti dia kena tinggal sebab lambat. Hahahahihihihuhuhoho Mujur dia tak pergi, dia tu annoying betul! (kemain pulak tahap menyampah tu hoho)

oh ok malas nak cakap pasal dia. nantilah buat entri khas untuk dia.

Berkaitan dengan lapar, pagi tu aku cuma makan biskut muncyh's dari locker dan roti gardinia 70 sen yang cikgu bekalkan. sepanjang game berlangsung tu memang tak dapat fokus. bila aku lapar, dia efek semua. Otak pun tak dapat kawal semua benda. Maka aku kalah pada game ke-3. Kalah kalah kalah. Tak sedih tak kecewa sbb aku cuma nak muntah masa tu (ceh alasan nak cover kekalahan -tipikal). Risau pulak kalau tetibe muntah dekat papan catur.

Kepala pening, perut kosong. Makan apa pun masa tu memang tak boleh terima dah. kau makan, kau muntah. makan. muntah. makan. muntah. nampak tak coraknya?

Masa lunch cikgu kasi duit belanja. semua khusyuk layan laksa gua bantai tidur dekat meja makan tu. gila! ada 4 game lagi nak hadap! bayangkan kalau gua muntah laksa atas papan catur tu nanti. fuh! 7 keturunan takkan lupa. jadi, kalau nak makan kena tunggu waktu dinner pulak. sempat mati kelaparan.


bertolak balik ke SABDA pukul 6.30 petang. 8.30 dah sampai Hutan Melintang. Stop jap singgah KFC. Tapi malangnya antara tidur dan makan, aku lebih cenderung untuk tidur. Mngantuk betul main game sampai petang. Yang turun pergi KFC pun dalam 5-6 orang je. Lain semua dah tenat.

Sampai sekolah, pergi surau solat apa semua lepas tu TERUS MASUK DORM. BUKAK JE PINTU DORM, AKU TERPANDANG BAKUL SAMPAH

Dannnnnn....



aku



rasa



nak


menangis



Bakul sampah tu penuh dengan sampah dan sisa KFC. Masa tu rasa rasa rasa..... arghhh tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Sudahlah tengah lapar, tapi dormmates boleh makan sedap-sedap tanpa aku. Mesti diorang berpesta dalam dorm sambil makan KFC berkotak-kotak (terjun bangunan)

Sambil pandang sisa KFC, 
sambil letak tangan ke dada, 
sambil tu aku berkata
 "tak apa bukan rezeki aku" (menangis dalam hati)

Kan dah kata aku sensitif kalau tengah lapar. Lagi-lagi pasal makanan.

Maka berlalulah saat-saat sayu untuk seorang forever alone seperti aku. dah lah keseorangan dalam dorm. sepatutnya aku boleh bergembira sebab tempat basuh baju kosong. tapi aku basuh baju dengan hati yang lara, perut yang hampa. Habis basuh baju, naik floor atas ambik air panas, buat meggi (Jelas sekali saat begini memang maggi teman bicara.) 

Masa ni aku tak fikir benda-benda halus semua. mungkin tekad nak makan tu sangat tinggi. Nasib baik budak Amber tak tampal lagi gambar momok dekat pintu dorm diorang. Kalau tak aku dah jerit-jerit lari turun tangga - patah balik. PLEASE LAH WAH CABUT GAMBAR HANTU TU!

pong pang pong pang aspuri dah bising. budak-budak dah balik prep. Dorm mula meriah. Seperti malam-malam yang lain, akan ada satu masa di BP08 (dan dorm2 lain juga mungkin) di mana semua akan duduk sembang2 ibarat di kedai kopi. Kisah budak F1 yang annoying tu turut aku ceritakan. Hihihuhuhohoho ok dah. Tiba-tiba...

Sya datang dekat aku, dan hulur bekas makanan dengan penutup warna pink lalu berkata 


"ni untuk kau"





perasaan aku masa tu (sila rujuk tajuk di atas)


Tak sangka diorang ingat aku. sob sob sumpah ini betul-betul terharu. Sudahlah lapar tak makan satu hari. Makan pun hanya biskut Munchy's dan roti 70 sen. Tak heran lah ayam KFC tu nampak bersinar-sinar di mata aku.

30 saat kemudian, aku tengok Fatieha dengan Safiyyah dah pandang aku semacam. Aku jongket kening. Ehem nak ayam lettew, ehem tapi malu nak mengaku.

bila aku offer ayam, muka diorang pun sama bersinar macam aku dapat ayam mula-mula tadi kahkah. lagipun aku baru je habis makan maggi (kembung perut doh hirup kuah dia) Maka, ayam dua ketul tu aku kongsi-kongsi dengan diorang. Bahagia betul rasa masa tu dapat makan ayam sama-sama ;D

Apa yang aku dapat simpulkan dekat sini,
berkongsi makanan lebih menggembirakan daripada makan 2 ketul ayam sorang2.
birthday aku dah nak dekat. kalau nak kasi hadiah makanan pun aku terima. eh?

Sekian Terima Kasih.
Ya, aku tahu panjang.
Haha.

p/s : pergi baca ayat first dekat entri ni. Yes! sekarang aku betul-betul tengah lapar sampai lupa nak greet Assalamualaikum.

Elok je habis menaip ni, mak gua pulang bawak balik burger panas. (terliur) #OFF

Saturday, October 27, 2012

01. Dormmates - Roti bakar


Dari sini kita boleh nampak kantin dan Dewan Makan

Assalamualaikum kepada peminat roti semua. Roti jugak sangat sinonim dengan budak asrama yang memang perut asyik minta untuk diisi. Bila DM bukak, tak nak pergi makan. Merungut makanan tak sedap. Dan inisiatif selain DM dan kantin yang cekik darah adalah makanan dalam locker sendiri. 

Bagi menarikkan lagi gaya pemakanan piramid makanan, kami-kami ada buat pesta roti bakar secara kecil-kecilan. Maggi? Ehem, kalau makan maggi setiap minggu selain daripada botakkan kepala, kau juga boleh muntah darah sebab terlampau muak.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti bakar-bakar ni memang terkenal dekat mana-mana asrama sejak dulu lagi.

Baiklah, antara bahan dan radas yang diperlukan untuk buat roti bakar ni adalah seperti di bawah :



1. Roti
2. Sebarang perisa untuk roti
3. Dua helai kertas (tiada dalam gambar)
4. Pisau
5. Iron
6. Arus elektrik

Ok, roti ni memang payah nak dapat. Kalau beli dari rumah... Alahai kau tau tau je lah expired date untuk roti ni memang tak sempat bulan nak purnama  Tak ada pilihan lain selain beli di Bagan semasa outing atau di kantin. Nasib baik harga roti ni fixed dekat mana-mana je. Kalau tak mesti kantin jual mahal jugak.

Iron dan arus elektrik adalah benda yang paling penting. Kalau tak kau akan makan roti kosong bersama nutella di mana tak ada fungsi entri ni dibaca. Kita nak buat roti bakar! Roti bakar! Come on bro setakat roti biasa tak cool kan. Kahkah.

Langkah1
Kita warm up dulu iron tu sampai lampu merah yang menyala terpadam. letakkan sekeping roti, atau dua atau seberapa banyak yang agak-agak kertas tu boleh tampung.


Langkah 2
tutup roti tu dengan satu lagi kertas dan tekapkan dengan iron. Hah masa tu kau iron lah kertas tu sampai rasa roti dah cukup rangup. Kalih-kalihkan kertas tu macam goreng ayam untuk pastikan kedua-dua belah permukaan rangup.


Langkah 3
Rasa dah rangup untuk dimakan, angkat kertas bahagian atas dan bersedia untuk fasa seterusnya.


Langkah 4
Sapukan roti bakar dengan apa-apa jem yang kau nak. Lagi sedap kalau kau campurkan perisa dia.



langkah 5
Potong roti bakar kepada beberapa bahagian. Ini bukan kau nak makan sorang. Hidup jangan nak sorang-sorang sangat. Lagi-lagi bila pesta makan macam ni. 



Bila kau makan, rasa dia cair dalam mulut. Sempurna betul roti bakar menggunakan iron ni. kerangupan roti dapat di-adjust secara manual. Iron adalah radas yang paling penting untuk sesebuah dorm. Iron ni sangat universal sifatnya. Selain untuk gosok baju dan buat roti bakar, kau boleh buat 'milo bar' dan masak telur guna iron. Hahhhhhh....!

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih :)


yang menurut perintah : Esok dah balik asrama. Boleh cuba-cuba.