Showing posts with label POV. Show all posts
Showing posts with label POV. Show all posts

Monday, May 13, 2024

Tidak Berada, Tapi Ada

Antara culture shock zauj masa awal-awal kahwin dulu adalah family kita tak selembut dan sesopan macam family dia.

Kitorang adik-beradik pun bahasakan kau-aku.

Which benda tu adalah sesuatu yang biasa dalam circle kawan-kawan rapat dan kejiranan kitorang.

Dia macam geli-geleman bila kau bersweet dengan adik-beradik sendiri. Hah gitu. Abang aku dulu pun dia tak bagi tegur kalau terserempak dengan dia masa otw balik dari sekolah.

Sejak dari tu memang aku sombong je dengan abang sendiri hahahaha

Pastu ada satu hari tu dia datang -- "weah kawan abang kata kakcik sombong sebab tak tegur abang sendiri."

Lahhhh dia hilang ingatan rupanya dulu dia pesan apa.

"takdelah aku nak jugak orang tahu adik aku pandai, femes, cantik."

ok belakang-belakang tu kita tambah sikit ayat hiasan.

****

ok jap so posting ni nak cerita ke mana?

****

Hah so begitulah ragam keluarga kita wakk.

Termasuklah dengan ibu abah, dari kecik berat mulut nak ucap sayang depan-depan. Dah besar baru boleh loving sikit-sikit haha

Walaupun kitonya suka menyakat ibu abah sendiri, macam suka kacau kata ibu dah gemuk atau gaduh-gaduh sikit sebab ibu asyik shopping manjang >> tapi tetaplah mereka soft spot di hati ini.

Dari zaman dekat SABDA lepas tu masuk KMB lepas tu pergi UK, setiap kali bersembang dengan kawan-kawan pasal ibu abah mesti menitis air mata ni.

Tiap kali teringat ibu abah, hati tisu ni akan menyebabkan air mata mengalir jua.

Selama ni kalau bersembang dengan zauj pasal ibu abah selalunya yang funny funny je. Tapi ada sekali tu tercerita pasal kenangan masa kecik pasal abah kumpul voucher Pizza banyak-banyak sebab nak bawak 1 family makan Pizza.

Masa tu aku lupa sebab dah lama tak cerita pasal struggle ibu abah besarkan kitorang. Aku lupa yang aku masih ada soft spot pada setiap kisah tu.

Kat situ jugak aku tak dapat habiskan cerita straight away. Aku ambik sesaat dua untuk hembus hingus dulu sebelum sambung cerita.

****

Semakin kita mendewasa, semakin kita akan faham betapa susahnya parents kita berjuang untuk membesarkan kita dengan baik.

Semakin kita mendewasa, semakin kita sedar untuk ada parents yang baik dan berjuang untuk kita itu adalah satu nikmat.

Nikmat yang tak semua orang ada.

Untuk ada sokongan ibu di saat kita baru sahaja bergelar ibu. Untuk ada abah yang masih melindungi di saat suami keluar kerja berjauhan. 

*nangis*

Sepertimana kita tak suka dibandingkan dengan anak orang lain, begitu juga parents kita akan sedih jika dibandingkan dengan parents lain. Walaupun hidup kami tidak semewah yang lain masa kecil, tetaplah kehidupan kecil aku terasa sempurna.

Sebab masa tu aku cuma tahu aku ada ibu dan abah yang terbaik.

Moga syurga tertinggi buat semua ibu dan abah di dunia ini yang sentiasa berikan hanya terbaik buat anak-anak mereka.

****

Ok ni ada 1 lagu yang kita akan nangis tiap kali menyanyi tiap bait lirik dia --





Sunday, March 14, 2021

Monthiversary

"Dah nak sebulan kahwin ni, so ada apa-apa feedback ke nak share?" - Soalan yang ditanya masa tengah brunch di mamak. 3 minggu selepas akad.

Mujurlah teh ais mamak tu sedap. Kena habiskan dulu sebelum angkat kaki. Kalau tak lama dah tinggalkan suami sorang-sorang dekat kedai tu. Nak mengelak dan larikan diri dari menjawab soalan dia.

We both agree that we've diff characters in terms of expressing our feelings especially (lol). Penat request kat dia boleh tak nak jawab soalan tu dalam bentuk surat atau tulisan hmmmm. Tapi cadangan ditolak. Dia tak tau ke kita bukan power macam dia yang boleh fikir dengan laju untuk terus bercakap cemtu je. Mintak jawapan on the spot pulak tu. So kita request jugak masa kecemasan untuk berfikir.

Alhamdulillah, request approved :p Dapat tambahan seminggu untuk bagi jawapan (so, cukuplah sebulan kan). Tu pun nak mengelat lagi sebenarnya haha.

Penat dia tunggu jawapan seminggu, end up kita bagi dekat dia jawapan berbunyi teknikal je kahkah kesiannya siapa yang kahwin dengan saya ni. Masih dalam proses untuk belajar untuk express feeling depan-depan. Bagi jawapan pun masa dalam kereta, muka pandang depan, pandang jalan je huhu. Moga Allah ganjarkan pahala yang besar kepada suami saya yang bersabar menghadapi diri ini hahaha.

Dan saya sangat bersyukur berkahwin dengan someone yang expressive ni. Bolehlah belajar and improve skill ni dari dia :p hehe

***********

Kalau ditanya dalam sebulan ni apa yang dirasa, tak tergambar sebenarnya rasa kesyukuran yang sangat tinggi tu. Kalaulah orang tahu ciri-ciri seorang suami yang saya cari, memang orang akan kata — "Shahizan ni forever takkan berkahwin". Terlalu ideal dan respect jugaklah siapa yang berani untuk proceed lepas baca semua ciri-ciri tu :')

I just can't thank you enough for choosing me despite of your (misleading) expectation yang kita ni garang :') What if kalau memang diri ni bebetul garang hahaha padan muka dia kena hadap kegarangan tu seumur hidup. 

Dia kata kita garang sebab waktu meeting tak senyum pun. Alhamdulillah dikurniakan satu kelebihan untuk buat poker face. Kelebihan yang digunakan bila meeting dengan para ikhwah ni. Patutlah selalu menang kalau main game werewolf. Eh tibber.

Bila tengok gambar ni, fahamlah kenapa dia kata garang :')

"Kalau saya 'pergi' dulu takpe. Tapi saya taknak awak 'pergi' dulu."

*breathing in, and out*

"Dekat luar sana ramai lagi orang macam saya, tapi untuk saya jumpa orang macam awak mungkin saya takkan jumpa dah."

I was once speaking out this dialogue to him. Walaupun dalam nada dan situasi yang main-main, I actually meant it. *moment of silence for 3 seconds*. Terus suasana jadi serius jap hahaha

Walaupun masa awal-awal kahwin pernah bagitahu dia yang I'm entering this marriage with the mindset "pasangan kita adalah pinjaman" dan boleh hilang dan pergi bila Allah takdirkan begitu — but still, I'll always pray to Allah may we can spend our time, living together for more years to come and till jannah InshaaAllah.

Disclaimer: Tajuk macam ni untuk sebulan pertama dalam perkahwinan je. Rajin sangat tu nak buat entri sambutan tiap bulan perkahwinan.


Sunday, February 14, 2021

Menjadi Purnama buat Mentari

Jika ditanya bagaimana anda di mata saya —

Ibaratnya si sang mentari;


yang mengeluarkan cahaya, memberi tenaga.

Cahayanya; menghidupkan dan menggerakkan.

Sang mentari yang tak henti dalam memberi dan mencurah manfaat.

Ya, begitulah anda di mata saya;

Sang mentari yang penuh dengan potensi.

***

Dan menjadi purnama;

yang berkongsi surianya dengan penuh rasa bahagia, rasa bangga.

tidak pula cemburu melihat cahayanya sang mentari meliputi makhluk di bumi.

Jika ditanya saya mahu menjadi apa,

Begitulah saya, ingin menjadi purnama buat anda.



Dan lihatlah,
purnama tetap cantik jua!


*********

Ppl are saying you're lucky to catch my heart. Lil did they know I'm luckier to have you by my side.

May Allah bless our decision and guide this sacred contract.

14th February 2021

p/s: and happy birthday too! :p


Wednesday, October 21, 2020

Rezeki

"Boleh tanya kita 3 soalan je kali ni."

"Saya nak tanya macam mana akak boleh kenal Kak Mira?" — ni soalan femes setakat ni. Jumpa mana-mana adik semua tak jumpa apa kaitannya kitorang dua ni sampai boleh rapat cenggini. Study course lain, Kolej persediaan lain, fly negara lain, sekolah pun tak sama. Memang diorang tak jumpa relation macam mana boleh terjumpa tu uhuhu.

Ntahlah dik, akak pun facepalm nak explain. Sebab tu, ikatan hati kerana Allah ni precious. Tak ada siapa boleh bagi melainkan Allah. Nak beli kat kedai dengan harga sejuta pun tak dapat.

Berjaya jugaklah goreng dengan jawapan fakta dan diselitkan kerana Allah. Kalau bagi jawapan direct "kerana Allah" nanti diorang 'block' terus kang akak-akak ni haha.

Ok soalan next —

"Apa 3 benda yang akak regret masa dekat UK?"

*tarik nafas*

TAK EXPECT AKAN DAPAT SOALAN NI

Neves sis sebab tak prepare jawapan. Dah lah nak kejar masa, tiba-tiba ambik masa nak fikir jap. Kita dah cuba jimat masa limitkan pada 3 soalan tapi boleh pulak dia expand dan minta "senaraikan 3 benda…"

Tough question (garu dagu). Sebab tak pernah ada list "things that I regret during my time in the UK"

Tapi takpe kita cuba jugak jawab walaupun ada minta talian hayat dari Mira waktu tu.

Salah satu jawapan yang berjaya dan konfiden sikit untuk dikatakan adalah,

"Kita harap dapat belajar betul-betul."

Bukanlah nak kata selama ni belajar main-main lol tapi I wish segala harapan dan azam yang nak buat nota lepas kelas, baca lecture slide dan fahamkan tiap satu, buat latihan pengukuhan for every topic berjaya dilakukan-- ya punyalah berazam untuk spend lebih masa dalam belajar. Standard lah kan buat azam macam ni tiap kali bukak sem baru. Tapi bila bukak sem tak (ter)buat pulak kikiki (Nota: saya bukanlah orang terbaik untuk tanya tips study huu). Know know dah grad. Eh.

"Seriuslah Jan, first class tu apa?" - Mira

"Tu rezeki hehehe kita akan discuss nanti dalam slot ni."


**********

Sebelum tu, kena clear dululah apa yang kita paling nak dalam hidup ni. Bila cakap 'hidup' ni jangan sempitkan kehidupan sampai mati masuk kubur. Alam barzakh tu tak sampai separuh pun daripada keseluruhan perjalanan nak ke syurga.

Dan tiket nak masuk ke syurga pula bukanlah syaratnya pada rezeki yang banyak. Siapa ada kereta besar, rumah besar boleh masuk syurga :( That's unfair aite.

Adakah sebab Ramli kaya maka dia dapat extra pahala? Tak kan?

Bukan macam tu ok.

Tapi apa yang Ramli akan buat dengan kekayaan dia tu yang Allah akan judge.

Regardless kita kaya atau tak, contohnya siapa yang ikhlas dan selalu bersedekah dia lah lebih mulia di sisi Allah. Jadi tak perlulah tunggu kaya dulu baru nak start sedekah.

Adil kan Allah (:

He's the One who gives it.

Why He must judge us on things we can't control?

Rezeki.

If it's meant for you, it's for you.

Allah will never judge you based on your rezeki.

"Tak boleh ke control rezeki dengan usaha?" - Adik I

Bukan nak bagi mindset jadi orang malas dan jangan berusaha (fahaman ni pun salah ok). Tapi jangan ada satu template yang kalau kita usaha "banyak ni" maka result dia "wajibulghunnah begini". Iyalah siapa tak suka benda efisyen. Injiniur lagilah sukakan dengan word "efficiency" ni. Output lagi tinggi dari Input.

Contohnya, kita selalu expect bila dah usaha bagai nak rak, kita patut dapat result yang setimpal. Tapi, ada je kes-kes yang akhirnya result tak mencapai jangkaan. Saat tu apa kita akan rasa? Kecewa dengan diri sendiri?

Lagi takut bila kita kecewa dengan Allah.

Mula salahkan Allah dan rasa Allah tak sayang kita.

"Jemah belajar main-main, siap pergi konsert lagi tiap minggu tapi dapat result kaw-kaw. Unfair lah Allah ni!" — bisik Senah.

Aik?

Itu lah antara kesan bila kita rasa kita patut dapat apa yang kita nak.

Sedangkan kita akan dapat apa yang Allah nak beri pada kita. Itulah yang sebenar-benarnya. Kita sebagai hamba kena sentiasa yakin yang Allah sentiasa nak yang terbaik untuk kita. Bukankah kasih sayang Allah lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya?

Kadang-kadang kita susah nak jadi rational sebab definition "kebaikan" kita adalah bila Allah bagi rezeki yang banyak. Sedangkan rezeki tu boleh jadi ujian atau musibah — Musibah bila kita makin jauh dari Allah.

"Allah tengok usaha kita. Rezeki tu rahsia Allah" — will always have this kind of mindset since 6 years ago.

Samalah -- pahala belajar tu bukanlah pada 1st class atau 2nd class atau apa-apa yang kita akan dapat kemudian. Pahala belajar tu Allah kurniakan pada usaha-usaha kita.

Dengan mindset beginilah kita akan ihsan dengan semua benda kita buat. dalam belajar atau kerja atau sekecil-kecil benda yang kita buat. Basuh pinggan dengan ihsan, kemas rumah dengan ihsan. Kalau output tak seperti yang kita nak, kita tak mudah melatah. Sebab kita mula faham rezeki adalah ketetapan Allah dan yang kita boleh kawal (iman dan amal), itu yang Allah akan judge.

So, I always remind myself — first class result didn't make me somebody in Allah's eye.

My effort (amal), my iman, how I really put pure intention in everything that I do just because of Allah — that's what actually matter.

How do I manage the rezeki and how it can strengthen my relationship with Allah are what concern me more. It's surely a test for me. Do pray for me to pass this test (: because your do'a matter.

p/s: Still, I feel I have lived to my fullest and use my time wisely in the UK! Kalau tak join usrah sepanjang 4 tahun dekat UK, itu lagilah saya menyesal :')

Friday, September 18, 2020

Sepintas Lalu Kecil Dahulu

Keluar kerja seawal pagi, balik pun dah malam. Dalam seminggu akan ada satu hari yang abah keluar sebelum 6.30 pagi. Selalunya hari Rabu lah kena jalan kaki pergi sekolah sendiri.

Alhamdulillah, masih tetap merasai sentuhan dan kehadiran seorang "Abah" dan tak mengalami sindrome father-hunger.

Kadang bila duduk sorang selalu terfikir apa yang abah selalu buat kecil dulu hinggakan dengan masa yang terhad tetap terasa kasihnya abah.

Kerana yang abah ada hanyalah malam, malam itu tidak dirugikan buat masa sendiri. Tapi dipenuhkan dengan urusan bersama anak.

Walau abah balik malam, selalunya abah pulang dengan bekalan-bekalan roti di tangan. Twiggies, satu jenama menjadi lambang kemewahan dalam rumah dulu. Tapi jaranglah dapat Twiggies tu. Selalunya roti coklet atau jagung Gardenia atau roti-roti jualan babu. Bahagia itu ada walau hanya pada roti 50sen satu.

Walau pulang malam, abah tetap bawa ke taman mainan. Nasiblah tak faham lagi konsep mistik dan paranormal waktu tu. Ingatkan normal orang pergi main dekat taman malam-malam. Patutlah seronok je tak payah berebut sebab tak ada orang lain dekat taman. Itulah abah, walau tidak banyak masa, sentuhannya tetap kami rasa.

Ada buku sekolah perlu dibalut? Abah pulang bersama plastik putih bermeter lebarnya. Dipotong-potong mengikut saiz buku, dikepilkan di setiap penjuru. Abah buatkan dan balutkan semua. Abah jarang berpesan tapi banyak berkata pada perlakuan — "tunjukkan syukurmu, jagalah elok-elok buku pinjaman."

Ada barang sekolah tertinggal? Belum habis perhimpunan aku dah nampak abah lambai-lambai belakang pagar dewan. Benar, abah patah balik semata nak bagi buku sekolah, alat tulis, baju persalinan atau watercolour yang mungkin aku terlupa.

Ada hari abah pulang bersama kotak-kotak di tangan. Kotak kosong dari pejabat yang dah tak digunakan. Abah DIY dari kotak biasa hingga menjadilah sebuah file. Supaya buku sekolah kami elok tersimpan. Walau coraknya kosong, tidaklah berbunga seperti di kedai tapi apa yang abah hasilkan tentulah bagi kami lebih bernilai.

Kebanyakan malam abah turut serta bantu aku siapkan soalan-soalan latihan. Masih jelas 16 tahun lepas menangis nak siapkan arahan cikgu maths yang suruh terjemah perkataan english ke malay. Tak, sekarang ni kenapa kelas Maths kena buat latihan bahasa???

Tulah malam paling epik sebab satu rumah cuba solve soalan aku "apa 'the' dalam bahasa melayu?" T_T Penat semua explain "the" tak ada maksud, tapi aku tetap tak boleh terima. Takut kena marah dengan cikgu. Kesianlah diorang dapat adik sikit punya bendul macam tu. Ok kisah ni lari topik sikit. Tapi usaha semorang dalam membantu amatlah saya hargai hingga kini.

Hujung minggu? Kadang abah basuhkan kasut sekolah, dah kering abah ajar kapurkan. Ada ketika main catur bersama. Abah ajar cara bermain, strategi dan cara fikir. Punyalah seronok tengok akak dengan abang main sampai wakil negeri. Kita wakil sekolah pun ok dah hahaha.

Inilah kisah sepintas lalu kecil dulu. Fasa crucial seorang anak melihat dan merasai kehadiran figura seorang abah. Kemudian, bolehlah ibu abah tarik nafas lega melepaskan anak kemana-mana. Sebab pergilah jauh mana tak rasa teringin dan keperluan untuk bercinta haha.

Dah masuk asrama dan belajar jauh lain pulak pengorbanan abah ni. Misalnya, abah tak pernah miss basuh dan cuci bilik anak-anak tiap kali bukak sem baru. UiTM, INTEC, KMB, ICYM — habis habuk di tingkap bilik, almari dan lantai dicucinya :')

Pernah abah basuh dan cucikan bilik abang dekat UiTM dulu lepas tu abang kena buli tukar bilik lain pulak kakaka sabar je lah. Lemah betul abang aku ni ey geram.

Love language Act of Service abah ni kuat sangat tau. Banyak kali halang sampai boleh gaduh menangis lah sebab taknak bagi abah buat. Daripada jadi derhaka bergaduh nak halang abah, baiklah aku kemas sekali :') tak pepasal terpaksa jadi rajin jugak.

Nasib baik pergi UK abah hantar sampai KLIA je. Kalau abah jejak sampai ke UK tu mesti dia nak cuci satu rumah jugak hahaha.

Bila duduk sorang tu memang banyak sangatlah boleh terbukak cerita tentang abah ni. Sesekali bukak kisah lama memang bahaya. Boleh bawa penat. Tapi itulah, penat jari yang menaip, penat lagi bahu yang membawa watak "abah" tu sendiri. Ajaibnya, tak pernah sekali abah merungut depan anak-anak, melepas lelah, berkata "abah penat".

Selamat hari lahir abah!

Dari anak yang sentiasa memerhati walau sekecil dan sehalus bakti.

Macam biasa kena upload satu gambar yang Syahmina tak lahir lagi kakaka

*******

Nota kaki: Sebab terbaca these two posts terus terbayang-bayang apa abah selalu buat dulu.

1. Father-hunger syndrome

2. Penglibatan bapa dalam perkembangan anak-anak

Sifir abah mudah, menggunakan masa-masa yang ada dalam apa jua perkara — abah bukan sekadar buat semuanya untuk anak tetapi juga bersama anak.

Thursday, August 27, 2020

Postpone

Orang pesan bila nak menulis tu eloklah ketika perasaan yang paling kuat tu sampai.

Tapi masalahnya kan, the thoughts and feeling tu datang pukul 1-2 pagi. Terus pasang niat untuk tulis esok-esoknya je lah.

Esok-esoknya dah tak ingat apa benda tah yang nak diceritakan sangat malam sebelumnya tu.

:')

Fahamlah kenapa naqibah selalu pesan untuk bangun qiam. Siang-siang kita akan sibuk dengan urusan harian. Tinggal hanya malam waktu bertenang untuk kita reflect kehidupan. Waktu yang sunyi untuk kau duduk sendiri. Berfikir dan ceritakan suara hati.

*****

Jadi err macam mana ni?

Nanti esok-esok datang balik 'perasaan' tu, saya sambung apa yang nak diceritakan sangat tu haha rasa rugi tak mencatat perasaan dan fikiran yang terlintas sebab takut what if wana'uzubillah one day hilang ingatan atau yang lagi menakutkan menjadi manusia yang kufur nikmat.

Jadi, inilah medium untuk throwback betapa baiknya Allah yang sentiasa menjaga, memberi, melindungi kita dari zaman sekolah-kolej-uni dan sampailah sekarang :') Bukan semata melindungi dari bahaya luaran tetapi juga fikiran dan perasaan.

Dan kena rajin-rajin menulis selalu sebelum blog ni jadi blog cap ibu dan anak.

Eh.


p/s: Dah balik MY ni baru rasa lawa jugak gambar-gambar dekat UK dulu padahal gambar random lorong rumah je pun haha


Friday, June 12, 2020

How to deal with your parents 101 (for akhawat)

Entri ni dari 2018 sebenarnya save as draft. Lebih dari 10 kali fikir nak publish entry ni ke tak. Masa 2019 nak post pun terus bantutkan niat. Pejam celik, eh dah 2020!

Benda ni kalau dia makanan, buat jadi pekasam memang berbaloi. Tapi tulah, bukan makanan kan. Simpan sorang ntah manfaatnya pergi jauh mana je. Atleast kalau publish mungkin dalam 1000 ada sorang yang pernah lalui struggle yang sama, boleh relate dan manfaatkan.

So, here we go --




**********

Tiap kali balik cuti Summer akan sentiasa dengar kisah-kisah akhawat yang struggle untuk pergi program dan salah satu sebabnya susah nak dapat keizinan parents. Ya benar, susah jadi akhawat ni. Ada struggle tambahan; Nak memenangi hati parents untuk diorang yakin dengan kita.

Kadang program berderet. Lepas program hang terus sambung program adik-adik, lepas tu sambung program adik kepada adik-adik. Boleh mati kutu jugaklah nak susun ayat dan rancang perjalanan supaya taknaklah parents rasa kita buat rumah macam hotel pulak duk keluar masuk keluar masuk huhu

Dan kerana diri ni pun pernah lalui struggle yang sama awal-awal dulu (cewah sekarang macam senanglah jugak nak mintak pelepasan), maka ini adalah entri untuk kongsikan  how i deal with ibu abah during my early tarbiyah stage -- to have their support, and gaining their trust untuk terus berada dalam jalan DnT :') Maka harapnya sesuai jugalah buat kita pada bila-bila masa.

*DISCLAIMER:
1. Ini bukanlah tips dari orang lama, yang punya pengalaman berpuluh-puluhan. Bukan ya bukan. Malah masih lagi belajar bagaimana untuk terus menghadapi ujian-ujian dalam jalan ini (doakan plsss)

2. We might and might not have the same family background. You may apply if it fits your shoes. Tafadhol.


Background sikit:
Bukanlah lahir dari keluarga ikhwah akhawat. Perkataan "tarbiah" tu terasa sangat baru masa first time dengar dekat KMB dulu. Macam... eh tak pernah dengarlah. Tak pernah. Dulu-dulu selalu amazed bila dapat tahu keluarga si dia ni ikhwah akhawat. Rasa macam,

"Uwow ni mesti dari baby dah tau cerita pasal alat matlamat, hadis logam 😱

Tapi pastilah kita ini berbeza dan akan diuji dari sudut yang berbeza. Macam mana pun latar belakang keluarga kita, ujian-ujian itu tidak akan lari. Bagaimana istimewanya ujian itu buat kita, begitu jugalah istimewanya anugerah keluarga itu untuk kita.

Dan aku, alhamdulillah Allah kurniakan keluarga yang sangat supportive walaupun tak pernah didedahkan pun dengan term DnT sebelum ni. Antara perkara yang aku selalu mohon pada Allah adalah supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat ni dengan menjadi anak yang terbaik buat mereka.

Jadi untuk mereka yang punya latar keluarga yang sama pasti kita ada rasa untuk nak family kita tahu dan faham dengan jalan yang kita pilih ni. Jadi, ini adalah sedikit perkongsian antara kisah awal-awal aku dulu, sedikit praktikaliti dan tricks yang boleh kita cuba-cuba; Selamat mencuba!

1. TUNJUKKAN PERUBAHAN
Tak tahu sebenarnya nak tulis sub-heading point ni macam mana. "Tunjukkan perubahan"? Macam pelik tau ayat dia huhu. Sebab hasil tarbiah ni seharusnya tanpa sedar akan menampakkan pada perilaku kita, baik percakapan dan tutur kata, pemikiran dan sebagainya. Tarbiah juga sepatutnya membuatkan orang sekeliling kita merasai tempiasnya. 

Jadi it shouldn't take much effort sepatutnya untuk kita 'tunjukkan perubahan' pada diri kita (still feels this term is not accurate haha). Benda ni patutnya natural je lah dan tak perlu pun "ditunjukkan". Kadang kita sendiri tak perasan macam "eh apa yang dah berlaku pada diri aku? eh?" hah cemtulah. End up, our parents yang akan nampak dulu -- anak dia ni lain macam je.

Lain macam in a good way lah harapnya, gitu. For this point hanya kita yang tahu dahulu kita bagaimana, maka sekarang ubahlah dan seharusnya ia mudah kerana tarbiah itu sememangnya mengubah.

Tapi,

Ya ada tapi di sini kawan-kawan.

Selalu rasa benda ni tak mudah untuk mereka yang sebelumnya memang anak yang baik :') Omg now i feel diri iolls ni tak baiknya dulu hahaha I've met lot of akhawat memang diorang ni baik sejak azali T^T Allahu, so this tips mungkin tak applicable sangat untuk akhawat yang memang anak yang baik dari kecil T^T


2. DO GOODS AS MUCH AS POSSIBLE


Sebenarnya ini lanjutan daripada point kat atas. Tapi sebab taknak nampak point atas tu panjang, maka aku pisahkan. Ok sekarang aku dah bazirkan perkataan dan buat point kedua ni jadi panjang.

Kerana kita mahu tarbiah itu terkena tempias pada orang sekeliling juga, maka berusahalah untuk offer sebanyak mungkin kebaikan esp kepada parents kita.

As I wanna make this entry as practical as possible, semakin kita membesar dalam tarbiah semakin banyaklah kebaikan yang harus kita berikan kepada kedua ibu-bapa kita. To another level banyak benda yang kita boleh offer pada parents kita, misalnya;

  • Ajak parents solat jemaah
  • If bapak gi masjid, let's be the imam dekat rumah untuk mak dengan adik-beradik kita
  • Akhawat kadang-kadang ikutlah bapak pergi jemaah dekat masjid. Kot lah ada bapak yang happy bila anak ikut sekali haha.
  • Know their love language (nah ambik test dekat sini)
  • Kalau nak masak atau bancuh air tu selawat dan doa banyak-banyak huhu
  • Sebelum diorang buat sesuatu, biar kita yang buat dulu. Eg: Lipat kain baju, basuh kuali pinggan mangkuk etc. 

Fuh point last tu penting ok. Kena buat especially kalau kita tahu akan keluar rumah lama. All out lah sebaik mungkin dalam kerja-kerja rumah. Walaupun kadang-kadang macam bahaya jugak sebab ibu pernah buat dialog, "nanti kakcik tak ada siapa nak buat etc etc" 😅 *lap peluh* takut makin susah pulak untuk keluar rumah nanti.

Tapi nasib baik ibu still benarkan sebab pada logik ibu tarbiah, pergi ke usrah/daurah, ke program-proram yang membuatkan anak dia ni dah 'jadi orang lain' haha maka ibu relakan je.

Tahun lepas siap bawak beg roda sebab kena keluar rumah lama. Pastu kebetulan ada makcik dekat rumah dan dia tanyalah, "Nak pergi mana tu?"

Bapak guwa dengan konpidennyaa tolong jawabkan;

"Dia nak pergi keluar berdakwah" - Ya bapak guwaaa gaiss 

Aku dah facepalm dah dekat depan pintu dengar abah boleh cakap cenggitu dekat makcik-makcik hahahaha habislah kang satu family ingat aku pergi tabligh. Mujurlah perempuan mana ada pergi tabligh. Sampai sekarang rasa nak gelak golek-golek sambil nanges bila ingat balik. Padahal waktu tu nak pergi pre-departure program je T______T ommo abah whyyy


3. JUAL NAMA-NAMA AKHAWAT


Sebenarnya sebelum ditarbiah lagi dah guna taktik ni hahaha kalau nak pergi mana-mana selalu jual nama kawan-kawan dekat ibu. Apatah lagi untuk hal-hal tarbiah takkan kita nak tinggalkan skills ni lol

Lagi-lagi kalau ada peristiwa yang buatkan ibu kenal mereka. Contohnya dekat KL/Selangor ni memang pusing nama sama je untuk dijual-jual hihu jzkkhair akhawat. Mohon halalkan.

Tapi bergantung juga parents kita macam mana. Ada yang kena jumpa kawan-kawan tu dulu depan mata. Ada yang sekadar mendengar nama dan cerita pun terus percaya (: Maka berusahalah yang mana-mana. Ajak je akak usrah datang rumah kenal dengan mak-mak. Kakak usrah pun happy kalau dapat offer macam tu dari adik-adik XD

Kita kena jual Unique Selling Point (USP) DnT ni dan antaranya, akhawat adalah orang yang baik-baik. InshaaAllah kalau point no 1 dan 2 tadi kita apply di rumah, mereka akan nampak akhawat dan kawan-kawan kita juga tentunya begitu. Maka, akan gembiralah hati mereka sebab anak-anak dia ni dikelilingi orang baik-baik. InshaaAllah akan hilanglah kerisauan mereka untuk melepaskan kita.

Juga, ceritakanlah kepada ibu bapa anda betapa baiknya akhawat ni. Betapa hebatnya kakak ini yang kerja hingga malam tapi commit dengan usrah. Bila ditanya dari mana dapat duit untuk buat program, maka ceritakanlah ia adalah infak dari poket kakak-kakak dan akhawat ini.

Selagi cerita itu mampu memenangi tsiqah kedua ibu bapa kita, maka ceritakanlah. Akhawat tu tak tahu pun kita cerita apa dekat parents kita :p InshaaAllah tidak menimbulkan riak dalam diri mereka hahaha


4. CERITA


Dari kecik lagi kalau balik dari tadika, mesti ibu tanya belajar apa tadi. Bila naik sekolah rendah pun sama lagi patternnya. Lama-lama dah jadi kebiasaan untuk aku cerita semua yang berlaku kat sekolah (tapi kisah tak best kat sekolah tak pernahlah cerita)

Bayangkan kalau sebulan duduk asrama tak balik rumah. Sekali dapat balik hujung minggu tu, rasa tak boleh berhenti cakap kadang sampai ibu pun malas nak layan dan aku lah yang merayu-rayu untuk ibu dengar bhahaha -- "ibu lepas tu... lepas tu... eh ibu dengar tak ni? Ibu dengarlahhhh"

Dari zaman KMB dan tak sangka sekarang pun ibu akan tanya tadi daurah buat apa. Cerita lah mana-mana bahagian yang boleh membuatkan ibu dan bapa anda lebih yakin bahawa sesuatu yang anda hadiri itu bukanlah keburukan. Malah menambah lagi satu nilai baru.

Bagaimana antunna memilih bahan yang sesuai untuk adik usrah, antunna juga pasti berkebolehan dalam memilih bahagian cerita mana yang sesuai untuk dikisahkan kepada parents antunna :p

Pernah sekali aku forward dekat ibu recording forum daurah (ofkos lah forum umum) dan masa tu still dekat luar lagi. Bila sampai je rumah ibu bagitau yang dia dengar sampai habis. Terkejut jugak sebab takdelah nak expect ibu dengar sampai habis hahaha forum tu lama tau sejam lebih. Tapi dari situ aku mula faham kegigihan ibu untuk tahu apa yang anak dia dengar dekat daurah-daurah.


5. SYUYUKH/QIYADAH
Selain menjual nama-nama akhawat, untuk aku dapat level tsiqah yang lebih jitu selalu jugak jual nama sepupu-sepapat yang join usrah. Kalaulah menjual nama orang ni dapat duit, mungkin dah kaya sekarang (--,)

Mujur Shafiqa pun join benda yang sama jugak. Jadi kalau apa-apa memang bawak naik nama Shafiqa dan sepupu-sepupu lah :p Misalnya, kalau ada konvensyen yang mengumpulkan ikhwah akhawat seluruh negara hah masa ni yakinkan lagi mereka dengan menceritakan

"Angah pun nanti ada dekat sana yadaa yadaa"
"Nanti gerak sekali dengan ayong pergi sana etc etc"

ok tak masuk point syuyukh/qiyadah lagi sebenarnya.

Ceritanya aku beria menjual nama akhawat dan sepupu-sepapat untuk memenangi tsiqah ibu tapi rupanya aku baru tahu ibu fan of Dr. X (doctor yang ibu follow kisahnya dari sebelum aku lahir lagi huhu)

Kalaulah dari awal aku tahu... -_-

Aku boleh sebut nama Dr.X je dari mula dan mungkin tak wujud point 1 hingga 4 dalam entri ni. Korang pun senang tak payah baca panjang-panjang hahaha

Banyak je lagi syuyukh dan qiyadah yang nama-nama mereka sebenarnya familiar untuk parents kita. Tinggal kita je lagi nak promote ke tak USP DnT ni.

One with Dr. Fauziah 😆

Ok tu je kot setakat ni. Kalau masih tak konfiden nak yakinkan parents boleh discuss dengan kakak usrah masing-masing. Percayalah kakak usrah antunna pun mesti pernah lalui struggle yang sama :p (kalau bukan dia lalui pun, mesti dia selalu dengar kisah dari akhawat lain)

Kalau kita betul-betul nak benda tu, kita mesti akan usaha sampai kita dapat. Till then! Moga Allah mudahkan urusan kita dan terima usaha kita dalam meyakinkan keluarga (: 

**********

Since lepas ni akan BFG (back for good) tentulah akan lebih banyak spend masa dengan family. Lepas dah berjaya menangi tsiqah ni kena pandai handle pulak hak masa dengan keluarga tanpa abaikan hak tarbiyah kita. Ni pun another struggle dan skill yang kena kuasai. Tapi sebab masih dalam proses try and error jadi tak dapatlah nak bagi tips lagi haha doakan plss cuak jugak nak adapt waqi' baru.


Sunday, May 17, 2020

The Infinite Reward

KMB, 2016
"Saya selalu sedih bila hilang sabar. Sebab Allah kan kata Dia bersama orang yang sabar.
"...Innallaha ma'assabirin"  
"Manusia ni... bukanlah selalu ada dengan kita. Bayangkan kalau kita hilang sabar, how can we afford kalau Allah tak bersama kita?"
*efek mata bergenang dan menahan hingus dari keluar*   

Will always take a moment whenever I went through any ayat in Al-Quran regarding Sabr. Mungkin sebab waktu sekolah dulu selalu geram bila orang tak ikut peraturan. Rasa sangat Allah selalu uji kesabaran waktu tu. Lagi, masa KMB berapa kali ntah rasa nak give up dengan study. Tapi sebab Allah kata Dia ada dengan orang yang sabar — terus tak jadi nak patah balik.

Itulah, bila hilang sabar selalu sedih dengan diri sendiri sebab takut Allah takde dengan kita.  IB tu dah lah susah. Kalau Allah pun takde dengan kita. Nak harapkan siapa lagi. Like, "Ya Allah, I'm so sorry janganlah tinggalkan aku." U_U Innocent jugak dulu. Ya, sekarang pun masih innocent.

(2:153) tu lah ayat motivasi untuk bawa DnT sambil nak menghabiskan IB dulu. Dan lepas tu apa-apa ayat dalam al-Quran tentang sabar rasa…. appreciated dan touching sangat. Ntahlah tak tau nak describe macam mana. Sebab al-Quran banyak bentuk cara fikir diri ni dalam memandang aspek "kesabaran".


Bila bergelumang dengan DnT, banyak membuka perspektif baru tentang sabar. Sabar yang bukan sahaja pada menahan marah. Tapi sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak bermaksiat. Susah rupanya sabar ni — Untuk kekal tsabat hingga akhir hayat. Untuk tak bermaksiat sedang kau sorang tapi perlu melawan dua; nafsu dan syaitan.

Kerana besarnya mujahadah untuk kekal sabar, jadi tak peliklah pahalanya juga besar; iaitu kesempurnaan pahala tanpa batasan.

"Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu." Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
"Katakanlah, "Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan agama)."  
(Az-Zumar:10-11)

Dalam banyak-banyak ayat dalam juz 23, tetap tertarik dengan ayat berkaitan sabar. Macam ada magnet tiap kali jumpa ayat tentang sabar. Dalam surah az-Zumar tu, lepas diceritakan tentang pahala sabar tanpa batas Allah terus ingatkan tentang ketaatan yang harus kita berikan pada Dia.

Rasanya pernah sekali buat entri tentang sabar. Tapi, dalam konteks tadabbur sabar kali ni nak ajak kita untuk sama-sama tetap sabar dalam ketaatan. Supaya dapat kekalkan momentum ibadah di hujung-hujung bulan Ramadhan ni.

Tetap sabar berpuasa. Sabar dalam terus berdoa. Sabar untuk bangun malam. Bayangkan, kita sabar taat beribadah dalam bulan Ramadhan dan lagi kekal sabar hingga penghujungnya. Yang dihujungnya itu kan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ya, sabar dalam menanti malam yang penuh kemuliaan.

Wadi Rum, Jordan

Sebab sekarang ni bulan Ramadhan, baru terfikir tentang satu perkara. Tentang kesabaran beribadah pada malam al-Qadr. Di saat mungkin ramai sedang sibuk fikirkan tentang raya, tapi bayangkan kita kekal fokus dengan Ramadhan dan dapat meraih pahala sabar beribadah (dan terkena pula) masa lailatul Qadr…. Pahala yang tanpa batas tu digandakan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dalam bahasa matematiknya sangatlah infinity! Ini logik infinity kita yaa. Tapi level infinity Allah tu macam manalah agaknya 😭 hebatkan sabar ni.

Apa-apa pun, moga Allah terus kurniakan kita kekuatan dan kesabaran dalam bersabar untuk tetap taat walau setelah Ramadhan. Supaya dapat buktikan pada Allah yang kita ni sememangnya hamba Dia. Bukanlah hamba Ramadhan.

اللهم يامقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Belajarlah dari kuda. Bila nak dekat dengan garisan penamat lagi dia pecut laju." - Murabbi 
— 7 days left before Ramadhan ends. 

Sunday, May 10, 2020

Untung mereka, Untung kita

Orang selalu kata untung siapa ada mak lagi. Masih ada peluang menyelit dalam doa mak-mak yang penuh berkah. Untung sekali!

Tapi untung aku bukan hanya sekali, malah berkali.

Untung bukan sahaja dapat berada di dalam doa ibu. Untung lagi dalam menumpang rezeki dan pulangan kebaikan yang ibu abah lakukan. Ada kebaikan yang aku kira sangatlah besar telah mereka laksanakan walau perasaan mereka ikut terkorban. Susah macam mana pun, hak-hak untuk semua ibu abah tetap tunaikan. Jadi dalam susahnya nak besarkan anak-anak, Allah telah mudahkan dalam beberapa perkara.

"Kita ni, belajar senang dari kecik siap pergi oversea mesti sebab Allah nak senangkan ibu dan abah."

Pernah aku ingatkan Shafiqa begitu. Segala kebaikan dan nikmat yang kita dapat ni, pandanglah juga pada perspektif rezeki ibu dan abah. -- Senang belajar, tak payah pergi tusyen, dapat masuk asrama. Dah masuk asrama dapat tusyen free pulak special untuk budak asrama. Lepas tu belajar luar Malaysia ada yang sponsor. Ibu abah tak perlu keluarkan banyak untuk harga pendidikan anak-anak. Kalaulah anak-anak itu adalah harta, maka inilah rezeki harta yang banyak buat ibu dan abah.


Dari tahun pertama lagi dah pasang cita-cita nak bawak ibu abah merasa datang sini. Duit bulan-bulan aku ketepikan. Selalunya orang ajak parents masa tahun akhir sebab alang-alang graduation day kan. Ntah kenapa tahun lepas beria ajak ibu datang UK waktu Spring. Abah macam biasa memang susah nak dapat cuti. Abah pulak jenis tak kisah sangat hal ehwal jalan begini asalkan ibu dapat merasai. Bila tahun ni datangnya COVID, terkilah jugalah tak dapat tunjuk pada abah itik-itik di Uni.
"Nasib baik dah sampai tahun lepas. Tak ada lah terkilan dah." — ibu  
"Iulah, rezeki ibu" 
"Rezeki anak-anak ni"

Nak nanges bila dengar ibu kata begitu. Kalau nak berbalas ini rezeki siapa memang takkan habis sampai esok. Tapi, untuk aku inilah balasan kebaikan mereka dan akulah orang yang mendapat untung sebab dipilih menjadi tempat rezeki tu disalurkan.

Dan tempias kebaikan dari mereka yang paling besar aku rasai saat ni adalah kefahaman Islam yang Allah telah beri. Tak tahu doa ibu yang mana satu, tapi tentu doa itu yang membawa kehidupan aku ke arah ni. Sebab tu mungkin ibu abah tak ada isu anak-anak dia pergi usrah sebab ntah ntah diorang yang doakan dalam diam supaya anak dia behave sikit :p haha Alhamdulillah

Tiap kali ibu dengan abah izinkan pergi usrah, pergi program selalu sangat minta supaya Allah bagi ganjaran yang sama malah lebih lagi pada ibu dan abah. Kita mungkin rasa kita dah berkorban banyak hal sebab pergi sana-sini. Tapi janganlah lupa pengorbanan ibu abah dalam memberi kita pelepasan dan sokongan untuk terus bertumbuh.

Amal yang boleh dibawa mati itu ada tiga dan salah satunya adalah doa dari anak yang soleh. Mungkinlah kita tak berpeluang untuk ada anak yang soleh sebab tak tahu mati bila, tapi kita kan sedang diberi peluang untuk menjadi anak yang soleh. Jadi bekerjalah ke arah peluang yang telah ada.

Moga terus dapat menjadi penyejuk hati ibu abah dan anak yang baik supaya doa kita untuk mereka tak tersangkut di langit. Banyak mana pun hadiah yang diberi, sampai kesudah tak dapat balas apa yang ibu abah bagi. Hanya doa-doa jualah dapat dilantunkan kembali. Moga hidup mereka terus diberkati dan dirahmati sebab Allah je lah sebaik-baik pemberi. 

Sementara ibu abah masih ada, banyak-banyaklah minta didoakan mereka dan banyakkanlah berdoa tentang mereka. Kerana untung mereka, untung kita. Senang kita, senanglah hati mereka.


I miss wearing the same pattern baju kurung sewed by ibu. Zaman berjimat. Baju raya sekarang kemain ratus ratus tapi takdelah cantik mana :( Maybe kena start belajar jahit baju kurung sendiri je lepas ni. Kembali ke zaman dulu-dulu huhu and sorry Syahmina, you're not in this photo. Again.

Selamat hari ibu, ibu!

Taknak throwback in detail sangat kisah-kisah dengan ibu abah sebab nanti homesick sengsorang dekat sini. Tenung gambar ibu abah yang dah beruban lama-lama pun boleh bawak bergenang. Kritikal betul diri ni ish. Dahlah masuk tahun ni dah 2 kali tak dapat kumpul raya sekali mmm mm.

Friday, May 24, 2019

Begitulah Kasihnya Ibu

Pendam je rasa nak menulis selama ni sebab nak settlekan prioriti lain. Banyak betul benda nak sembang. Ramadhan, Exam, Hari Guru, Hari ibu, Hari-hari dalam hidupku (eh).

Kalau perasan sejak dua menjak ni kerap betul perbincangan tentang surirumah vs. wanita berkerjaya. Satu topik yang tak ada siapa peduli pun untuk beberapa tahun kebelakang. Zaman teknologi kot eh, bila masing-masing ada peluang untuk meluah rasa. Wanita bekerjaya pun penat, menjadi surirumah sepenuh masa pun penat. Masing-masing mahu justify yang kerja mereka lebih memenatkan.

Belajar pun penat (eh tiberr.)

Bukan isu penat je. Dekat socmed pula ramai yang kongsikan kisah-kisah surirumah yang depressed. Isu insecurity pun ada juga. Mungkin makin besar ni kekadang bila duduk sembang dengan kakak-kakak yang dah berkeluarga dan ada anak, kita makin terdedah dengan luahan hati mereka. Baru tahu ada antara mereka disebulungi insecurities. Belum cerita lagi soalan-soalan dari makcik bawang yang menambahkan lagi kesan pada insecurities tu huhu 

Tapi, dalam post ni bukanlah nak justify siapa lagi penat atau pilihan mana lagi bagus -- Sebab diri sendiri bukanlah seorang ibu lagi haha so tak berada di kasut mana-mana pihak pun.

Cuma dari kaca mata seorang anak yang hidupnya dibesarkan oleh seorang surirumah sepenuh masa -- adanya kisah-kisah tersembunyi. Kisah betapa anak-anak para ibu suri sangat menghargai keberadaan mereka di sisi.

Dan ini adalah kisah aku dan ibu, kisah dari lensa seorang anak yang memerhati.

*macam biasalah, sila tekan play*

Setiap kali balik dari sekolah, aku tahu sosok ibu sentiasa menunggu. Ibu tahu jadual sekolah tiap seorang dari kami lima orang. Ibu juga tahu untuk pulang berjalan kaki dari sekolah hanya mengambil masa 30 minit lebih kurang. Ibu akan resah bila tiba waktu sepatutnya tapi anak ibu masih tak pulang-pulang. 
Kalau aku balik lewat petang, jauh 200m dari atas padang aku sudah nampak bayang ibu di tingkap. Itulah tingkap singgahan ibu dalam menghantar anak ke sekolah hingga hilang dari pandangan, juga menjemput anak pulang hingga terlihat bayangan.
Begitulah kasihnya ibu, setia benar menunggu.  
"Kenapa balik lambat? Ada apa-apa ke dekat sekolah?" 
Itulah soalan yang akan aku dapat. Dulu tak reti hargai, tapi bila besar kini terasa nikmatnya ada yang sentiasa peduli dengan keselamatan diri.  
"Hari ni belajar apa?" 
Tanya ibu lagi seperti hari-hari biasa. Mulalah aku pilih cerita-cerita sekolah yang seronok untuk dikisahkan. Cikgu-cikgu yang sangat baik, yang garang, cikgu yang best hah semualah (tapi kisah gaduh-gaduh semua aku simpan rapi kahkah)
Seperti hari-hari biasa ibu akan buka beg dan selak buku latihan satu per satu. 
"Hah, ni ada kerja sekolah karangan ni." 
"Bagusnya, banyak yang betul."  
"Macam mana boleh salah kira? Ni tambah ni sama dengan..." 
"Boleh tambah isi karangan lagi ni...." 
Ibu yang minatnya pada sastera sekian lama, memang suka benar baca karangan anak-anaknya. Tapi karangan aku selalunya biasa-biasa (tak suka buat karangan haha). Shafiqa je yang selalu perform buat karangan (sampai sekarang dia poyo). 
Begitulah kasihnya ibu, sentiasa teliti dalam memerhati.
Aku ingat bila masuk asrama ibu takkan buat rutin ni lagi. Iyalah, pulang bermalam pun sebulan hanya sekali (sobs sedihnya bila fikir balik asrama jauh-jauh ni). Tapi, setiap kali balik ibu tetap akan buka beg sekolah dan periksa kerja-kerja aku.
"Eh, kenapa ni banyak cikgu tanda bulat?" - ibu 
"Sebab tu style tanda orang Jepunlah hahaha" 
Mesti ibu terkejut bila aku 'salah' semua. Sebab semua soalan cikgu tanda bulat, dengan pen merah pula tu. Yaa, itu kerja sekolah Bahasa Jepun. Menjadi budaya Jepun yang betul dibulatkan, yang salah mereka 'tick'. Kalau dulu mungkin ang naik heran awatnya Nobita asyik dapat '0' jaa padahal kertas dia penuh dengan tanda 'tick', hah sekarang ang tau dah sebab apa (eh lari topik pulak). 
Kecil dahulu, ibu akan ambil buku latihan kosong dan buatkan soalan matematik untuk aku jawab. Ibu akan buat kotak warna-warna untuk aku belajar jenis-jenisnya. Juga ada silang kata untuk aku meneka peribahasa. 
Ibu tahu aku suka mewarna, jadi ada beberapa gambar ibu abah photostats banyak benar buat stock aku mewarna. Banyak lagi latihan dan kuiz comel yang ibu akan reka. Maka, jimatlah di situ tidak perlu ke kedai mencari buku-buku. Bukanlah datang dari keluarga yang ada-ada, tapi ibu akan pastikan aku dapat belajar dengan apa yang ada. 
Pernah ketika, manila kad merah ibu guna dan dipotong mengikut bentuk anak panah. Habis setiap perabot di rumah ibu tandakan dengan perkataan-perkataan inggeris. Ditampalnya label anak panah itu di pintu (door), almari baju (cupboard), lampu (lamp), dan banyak lagi jika mahu aku senaraikan satu per satu. 
Begitulah kasihnya ibu, bukan sekadar ibu tetapi juga guru. 
Ibu tak pernah ambil mudah dengan apa jua program sekolah. Walau sukan tahunan yang aku hanya masuk satu acara. Walau hanya solat hajat untuk tujuan peperiksaan. Juga, untuk setiap kali aku menerima anugerah, ibu tidak pernah gagal untuk ada. Mesyuarat PIBG yang kadang abah sedang bekerja boleh sahaja ibu tak perlu bersusah payah ke sekolah. Tapi ibu akan tetap hadir walau berjalan kaki panas-panas lagi. 
Sudah berpuluh tahun ibu hidapi Rheumatoid Athritis (sejenis radang di sendi, sakit-sakit di sendi). Aku tahu ibu sakit bila berjalan jauh, tapi ibu masih memilih untuk datang. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi ganjaran atas sakit-sakitnya kaki ibu berjalan. 
Begitulah kasihnya ibu, mahu sentiasa ada di hari besar anak-anaknya. 
Ruang kerja ibu bukan sekadar itu, malah ibu adalah accountant yang membuat kira-kira, mencatat dan memastikan keluar masuk duit bulanan cukup buat semua. Juga engineer yang membaik pulih barangan rosak di rumah. Ibu jualah mu'alimah yang mengajar aku alif ba ta hingga habis khatamnya al-Quran. Itulah ibu, serba serbi semuanya.   
Tentunya, aku adalah antara manusia yang sangat bersyukur dibesarkan bersama ibu yang sentiasa ada di depan mata. Sentiasa ada menyambut aku pulang dari sekolah. Sentiasa menyediakan juadah untuk satu keluarga.

Seperti yang lain, sebelum-sebelum ni aku sendiri tak pernah ada kesedaran menjadi seorang ibu yang menjaga rumah sepanjang masa penat sebenarnya. Mana tidaknya, ibu hebat benar menyorokkan kepenatan dirinya. Juga dahulu tiada platform seperti facebook untuk para suri kongsikan struggle mereka.

Buat ibu-ibu yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa -- mungkin tiada siapa fahami atau hargai apa yang anda lalui dan lakukan kini kerana mungkin anak masih kecil, masih tidak petah berkata atau mengerti apa. Tapi, menjelang dewasa tentu-tentu merekalah antara manusia yang sangat bersyukur kerana anda sentiasa ada di depan mata! 

Buat wanita bekerjaya, anda juga adalah sumber inspirasi semua kerana sungguh setiap ibu adalah kebanggaan anak-anak mereka. Cuma kalau mahu tahu kisah dari kaca mata seorang anak yang membesar dengan ibu bekerjaya kena tunggu orang lain lah yang buat post hihi sebab mak saya surirumah so saya kongsikan kebanggaan saya menjadi anak kepada seorang surirumah :p

p/s: Ini hanya kisah yang sempat recap dalam satu malam. Entri macam ni kalau simpan lagi lama, lagi banyak memori terkeluar. Tak habis menaip nanti. Eloklah publish terus bila dah habis menaip tu.


Sebab hari hari adalah hari ibu, jadi tiada istilah terlambat untuk ucapan selamat hari ibu kepada ibu-ibu yang ohsem di luar sana! (fuh punyalah tipikal alasan dia)

Semoga Allah kurniakan syurga buat ibu-ibu kita 😊

Tuesday, February 26, 2019

02. Nikmat Kauthar

Setiap kali birthday mesti akan teringat surah al-Kauthar.

Dan baru-baru ni ada kupas tafsir al-Kauthar dengan adik-adik.

Antara surah yang sangatlah membersihkan bilamana Allah menceritakan nikmat-nikmat Dia pada Rasulullah. Kurniaan al-Kauthar -- nikmat yang tak terbatas, tak tersekat, tak putus-putus.

Atas segala nikmat ni Allah suruh kita bersyukur dengan dirikan solat, berkorban dengan ikhlas. Inilah kewajipan yang akan membawa hati manusia menuju Allah kembali. Menuju hanya kepada Dia, dan tiada ilah selain Dia.

***

Surah ni sangatlah membersihkan dan mengingatkan. Mengingatkan betapa banyaknya juga nikmat Allah pada diri ni. 

Sebab tu tiap kali birthday akan teringat surah ni -- yang membawa diri untuk reflect segala nikmat yang tak putus-putus sejak dari lahir hingga kini.

Antaranya, dulu waktu kecik ingatkan semorang ada a functional family. Ibu bapa yang baik, yang menjaga kita dengan penuh amanah. Abang dan kakak yang protective, yang menjadi pengganti kepada ibu dan abah lagi-lagi kalau abah tak dapat ambil/hantar ke sesuatu tempat.


Tapi, bila makin besar (lagi-lagi dalam dunia digital ni) makin banyak pula didedahkan dengan kisah-kisah yang tak enak. Ibu bapa tak endahkan anak. Survive sendiri selama dia hidup, urus makan pakai sendiri. Didera dan dipukul. Dibuang. Tak dapat hak pendidikan. Yang lebih menyedihkan, tak dapat hak mengenali Tuhan T___T

Teringat ada seorang kakak ni cakap,

"Allah jua lah yang alirkan perasaan kasih sayang tu dalam diri parents kita."

Sebelum ni rasa pelik je dengan statement ni sebab, "eh common sense lah untuk parents sayang anak dia", tapi rupanya tak :(

Benarlah, perasaan kasih dan sayang tu bukanlah common sense tapi satu perasaan yang Allah jua lah mengizinkan ia untuk mengalir dalam diri parents kita.

Nikmat yang sangat besar untuk sesiapa sahaja yang menerimanya.

***

Dan aku--

Nikmat kasih sayang dari orang sekeliling adalah antara al-Kauthar yang aku tetap rasai hingga kini. Baik dari kecil, membesar masuk ke sekolah, ke kolej persediaan, malah untuk ke-23 tahun, aku masih merasakan nikmat ini.

Atas kasih sayang yang sangat banyak dari orang sekeliling, maka menjadi '23' bermakna semakin banyaklah harta, masa dan jiwa yang perlu aku korbankan dalam usaha menyebarluas pula kasih sayang dari Tuhan.

Membawa manusia pulang kepada Tuhan.

Mengenalkan mereka kepada hakikat kehidupan.

Kerana kita tersangatlah mahu mereka merasai kebahagiaan yang kita rasai.

Dan kebahagian sebenar adalah pada saat manusia mengenali Tuhannya.

14 Feb '19
"Kalau rasa susah nak berkorban, kita kena rasa yang semua kita ada sekarang ni bukan milik kita pun. Semuanya kan Allah punya. Hope mindset ni akan mudahkan kita untuk berkorban dan berinfak." -- one of the mutarabbi(s)
"Indeed" :) 


Sangatlah terasa diri ni hanya menumpang kebaikan yang Allah mahu berikan pada ibu dan abah. Such a huge blessing 23 tahun hidup di dalam doa ibu dan abah yang penuh berkat, penuh rahmat 😊💕 


*Favourite*

"Ya Allah, sungguh aku minta kepadaMu rasa cinta kepadaMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, dan amal yang menyampaikan kami kepada cintaMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu, lebih dari diriku sendiri, keluargaku, dan dari air yang dingin." [HR at-Tirmizi]
^ Antara doa yang boleh kita amalkan selalu :)

Saturday, February 02, 2019

10 Years Challenge

Can I actually say my 2019 starts February onwards. Since January is an exam month so fefeeling 2019 tu tak sampai lagi haha 

Sepanjang exam tu perati je lah post #10yearschallenge bagaikan air yang mengalir di timeline FB mahupun tuitter juga insta. Eh eh ramai pulak yang buat. Mujur tak berjaya trigger untuk buat (physical) comparison #10yearschallenge jugak. Sebab,

1. MashaaAllah gambar rempit sangat sebab sis baru form1 seploh tahun yang lalu. Terbayang gambar zaman-zaman myspace sambil menangis kenapa gambar merapu sangat dulu.

2. Sebab tak ada lagi gambar sendiri untuk 2019, Alhamdulillah tak cukup syarat untuk buat pun xP

3. seploh tahun ke doploh tahun ke, masih lagi hensem seperti dahulu wahahaha konfiden memang maintain. Tak berubah walau sedikit.

Manchester, 2019

Bila nampak orang buat #10yearschallenge bak cendawan tumbuh lepas hujan terus teringat conversation dengan someone bulan lepas,

"alah nakal awak dulu macam mana je pun. Mesti nakal-nakal pun baik." - Kata seseorang yang background dia dulu sekolah agama T_T wuuuwu

Tak tahu nak ambik ayat ni sebagai pujian ke apa. Ni kalau member yang sama-sama masuk air dulu atau bebudak SABDA tahu mesti dah terbahak-bahak dengar. Hmmm mmm.

Takkanlah nak cerita jahiliah lama yang kita pun dah lama tinggal. Percakapan, perbuatan, pakaian. Merapu sangat. Kalau boleh tak nak toleh belakang pun untuk fikir balik jahiliah-jahiliah lama.

Ibu pun mampu geleng-geleng kepala je kot dulu hahaha

Punyalah teruk diri yang dulu sampai tak pernah terfikir pun 10 years later aku akan buat apa yang aku buat sekarang. Read: join usrah dan bergelumang dengan tarbiah. So anak-anak, meh lah pm akak tepi kalau nak join usrah hahahaha

But yeah, I'll just take that "Mesti nakal-nakal pun baik" as a compliment sebab "eh baik sangat ke sekarang ni sampai dia ingat kita ni kalau nakal pun baik" kahkah astaghfirullahalazim, mana boleh rasa diri ni baik btw. Perangai syaitan je perasan diri baik ni.

Diri ni, sangatlah banyak lopong-lopong yang perlu dibaiki, ruang-ruang kebaikan yang perlu diisi. Afterall, Allah lah yang menutupi aib-aib lama dan aib yang sekarang. Bukti Allah ni sangatlah baik pada hamba-hambaNya dan satu nikmat yang tersangatlah besar untuk sesiapun!

So hah, Allah dah tutup aib takkan syok pulak nak cerita apa kita buat dulu. Melainkan cerita-cerita jahiliah lama tu boleh dijadikan pengajaran, pedoman, harapan yang sesiapa pun boleh berubah.

The John Rylands Library, Manchester

Tak salah untuk merasai ada improvement pada diri. Sebab muslim tu memang perlu muhasabah pencapaian diri untuk improve diri mereka setiap hari, lagi dan lagi. Bukan hanya pada 10 tahun sekali ehehe.

Macam mana dengan tilawah? Hubungan dengan al-Quran? Hafazan dah sampai mana? Kualiti solat jaga tak? Hubungan dengan Allah? Hubungan dengan manusia? Bahan bacaan? Dah besar-besar ni takkan nak baca Gempak Star dengan novel alaf 21 lagi uhukhuk. Ya saya dah start jual sedikit demi sedikit :')

Eheh, banyak betul benda kena reflect.

Lepas dah reflect semua ni, bolehlah fikir agak-agak ada improvement tak. 10 tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap. Kalau rasa stagnant je, dah boleh pelan-pelan untuk rasa takut.

Tapi jangan takut lama-lama sangat, capailah planner dan mula merancang. Set-up resolutions untuk tahun ni. Kalau kita tak merancang, syaitan dan nafsu akan merancang untuk diri kita (hahhh takut takkk 👻)

"Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr:18)
Selamat melalui 2019 dengan penuh jayanya ;)

Jika masih panjang umur, moga 10 tahun akan datang kita akan tersenyum melihat perubahan diri sepanjang 10 tahun ke hadapan ni ^^


Monday, January 28, 2019

Tak Layak

"Awak...", tangan aku dipegang dan ditarik ke tepi jauh sedikit dari manusia yang lain.

"...kita ada benda nak cakap."

Dari riak muka dia macam boleh agak pasal apa. Sebab bila ramai membuka topik tu, mata dia pandang ke bawah, ada sesuatu yang dimenungkan. Elok sahaja kami duduk, dia terus mulakan bicara.

"Lepas dengar pengisian semalam, saya rasa saya tak pernah buat macam tu." -- mata dia mula berkaca-kaca. Alamak, cuak jugak bila tengok mata orang berair ni. 
"Sebab tak pernah ada orang buat dekat saya dulu. Jadi saya tak tahu." -- habis kepalanya ditundukkan ke bawah. Telapak tangan dibawa rapat menutupi muka. Terlepaslah tangisan yang tak lagi tertahankan.

Bab pujuk-memujuk ni memang tak pernah excellent, tapi waktu tu tanpa ragu-ragu aku terus peluk dia. Beserta monolog dalaman, "alamak alamak cepat susun ayat nak pujuk macam mana niiii". Rasa nak marah diri sendiri sebab lemah skill ni huwaaa.

Diluahkan semua apa yang disimpan selama ni, apa yang dirasa dari hati, struggle yang dia lalui untuk jalankan DnT. untuk 10 minit pertama aku dengarkan sahaja semua. The early phase ni eloklah jangan interrupt lagi. 

"Sorry kotorkan tudung awak. Eheh" - dia 
"Hahaha tak kisahlahhh" - Bahu akhawat memang untuk 'dibasahkan' pun :p

Walau pelukan dah terlerai, aku ambil genggam tangan dia. Harap dapat beri sedikit semangat. Dia sambung lagi menceritakan all the insecurities,

"...rasa tak cukup buat." 
"...dah buat tapi tak ada hasil. Saya gagal ke?"

Rasa tak cukup, tak mampu atau gagal -- semua ni bisikan syaitan. Perasaan-perasaan ni sebenarnya boleh menjadi motivasi kalau dimanipulasi. Kalaulah datang perasan tak cukup berbuat, tak layak atau tak mampu, lagilah kita perlu lebih berbuat.

Tapi tentulah tu bukan ayat yang sesuai untuk aku sampaikan dalam situasi ni.

Semua persoalan dia aku cuba counter satu persatu. Rahmat, kasih sayang Allah dan kisah-kisah sahabat mungkin yang terbaik dalam meyakinkan seseorang dalam keadaan begini. The reason why kena banyak membaca supaya bila kecemasan macam ni bolehlah jugak petik mana-mana kisah sahabat atau ikhwan huu.

Awal-awal tu rasa macam macho lagi, dapat kawal diri supaya tak menangis sekali. Menangis ni contagious ok. Tapi bila dia mula sebutkan satu perkara,
"Saya rasa saya tak layak...." 
Eh. Aku pula mula sebak. 
"Awak, kan ada bagitahu malam tu..." -- seperti sebelumnya, aku cuba untuk counter insecurities dia. Genggaman tangan makin kuat, dapat rasa mata aku makin panas.


Kalau bercerita tentang layak tak layak ni, mungkin aku pun antara orang yang tak layak. Jauh sekali nak menjadi orang yang layak tu. Kalau menjadi 'akhawat' perlu ada requirement begitu begini, banyak lagi unchecked 'akhawat list' untuk aku fulfill.

Kalaulah juga membawa DnT perlu lengkap ilmu di dada, banyak lagi yang aku belum ada. Nak menunggu hingga cukup ilmunya, parameter apa yang mahu kita gunakan? Bukankah ilmu itu seluas lautan?

Justifikasi atas justifikasi hingga kontanglah dakwah tidak dibawa orang jika 'kelayakan' menjadi harganya. Kerana sesiapa pun boleh kemukakan 1001 kelemahan yang tidak 'melayakkan' dia membawa dakwah ni.

"DnT ni... Allah tak pernah tengok siapa yang layak. (tarik-hembus nafas) Awak pun tahukan, buat DnT bukan soal layak-tak layak, tapi soal siapa nak atau tak nak." -- aku lepaskan genggaman untuk lap air mata sendiri.

Kan dah kata 'air mata' ni contagious. Dia mengangguk seperti masih teringat aku pernah bercakap akan hal yang sama 2 hari lepas. Kebetulan dia juga ada waktu tu. -- Tentang pemilihan Allah.


Aku sangat percaya dan yakin Allah al-Latif tak pernah salah dalam memilih.

Bayangkanlah di sebuah kedai bagaimana manusia akan menjadi sangat teliti dalam membeli baju. Sudah tahu mahu membeli saiz 10 berwarna biru. Walau ada 5 helai baju begitu, kita tetap akan check satu-persatu --

Takut ada jahitan yang tidak kemas,

Butang tak cukup, atau ada yang tertanggal,

lengan ok atau tidak, ke senget sebelah.

Ya, bahkan kita manusia ni pun sangat teliti dalam memilih.

Ukhti,

bayangkanlah pemilihan Allah bagaimana? Tentulah lebih halus dan teliti.

"...Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (telah) menamakan kamu orang Muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia..."
(Al-Hajj:78)

Allah memilih kerana Dia tahu kita mampu, dan Allah takkan pernah buat random sample. Bukankah itu amat bertentangan dengan sifatNya al-Latif.

Mungkin Allah tidak pernah pun menapis kita.

Takut-takut kita lah yang menapis diri sendiri.

p/s: pesanan untuk diri yang menaip

Birmingham, 270119

Moga Allah terus mengurniakan kita keajaiban-keajaiban dari langit.