Wednesday, December 31, 2025

2025 in a summary

Dah lama tak buat any post.

Last entri pasal anak ke-2.

Dia macam life update yang tetibe kan.

Lepas tu tetiba dah hujung tahun.

Dapat buat 2 post dalam masa setahun untuk fasa sekarang ni pun dah dianggap sebagai big achievement ok. *tiup tudung*

Kalau tengah menaip dan terkenang kisah kelakar pun kena gelak laju-laju sebab nak siapkan post sebelum anak terbangun.

Tak pernah pulak tahun sebelum ni aku nak buat recap atau entri muhasabah. Tapi 2025 ni lain sedikit turun naiknya.

Tahun yang kadang rasa aku adalah mak dan isteri paling lembut di dunia.

Juga, masa yang sama aku lah mak dan isteri yang menjadi naga.

Banyak perubahan besar yang berlaku dalam 2025 --

Bermula dengan kelahiran Yusra di bulan Januari. Anugerah yang tersangat manis dan sampai sekarang bila tengok Yusra, sentiasa sejuk hati. Anak yang sangat mudah dijaga macam abang dia. Mesra program dan mesra akhawat. Seawal 3 bulan dah kena angkut ke mabit :') neves pada awalnya. Tapi alhamdulillah, Yusra being 'Yusra' kalau dia berjaga 2-3 pagi pun dia tak pernah menangis/merengek. Cuma mata kita je lah koyak nak kena perati je dia sampai dia nak tidur balik huhu.

Menjadi ibu anak dua dengan pengalaman yang masih mentah sebagai "ibu muda", otak dan badan pun terkejut dengan emosi sendiri. Ya, bukan zauj kita je wak yang rasa isteri dia macam orang gila. Kita sendiri pun lost tak jumpa mana diri kita yang tenang tu.

Maternity Leave 5 bulan pun masih belum dapat kembalikan diri kita yang tenang tu.

Tiap hari melalui rush morning.

Seawal 6 pagi dah kena keluar rumah. Angkut anak-anak yang tengah tidur sekali. Balik petang. Kalau bertuah, waktu malam yang tak ada usrah/program boleh spend masa dengan anak-anak. Ada masa petang dah kena bersiap untuk program malam. Kadang jumpa anak dalam kereta je, drop dia kat rumah dan terus gerak ke program.

Ibu-ibu bekerja yang tinggalkan anak di waktu siang pun terperangkap dengan rasa serba-salah (read: mom-guilt). Apatah lagi yang tinggalkan anak di waktu siang untuk bekerja, lepas tu malam keluar lagi untuk ke usrah.

Memang pernah pergi ke usrah rasa rindu nak bersama dengan anak SEBAB KAU TAK JUMPA DIA SEHARIAN TAU.

Jadi, macam mana struggle sekali pun nak kena handle 2 orang anak sambil usrah kitonyo tetaplah angkut dedua pergi sekali. Walaupun diorang akan main dekat tepi-tepi je.

Masa murabbi acknowledge perasaan seorang ibu bekerja dan sangat mengalu-alukan untuk bawak anak sekali ke usrah >> RASA NAK NANGIS TERHARU!

"Macam mana makcik boleh baca isi hati saya? T___T Ya, naqibah sebelum ni pun tak pernah marah pun bila bawak anak. Tapi tak pernah ada sesiapa pun verbally acknowledge yang kita bawak anak ni bukan sebab takde siapa boleh jaga diorang dekat rumah. Tapi sebab kita rindu nak duduk bersama mereka."

begitulah bisikan hati saya ketika itu.

Jzkkhair akhawat yang memahami, yang tolong pegang, tolong jaga, tolong segala-galanya :') yang menyayangi dan melayani anak-anak saya sebaiknya.

Ni kita belum cerita pasal pengurusan rumah lagi ya.

Jadi, memang layaklah untuk aku jadi wanita gila di fasa ini.

At one point, aku rasa kerja shift pagi, mode kerja yang tak flexible, tak boleh hybrid >> sangat tak sihat untuk jangka masa panjang sebagai seorang daie, isteri, dan ibu.

Datanglah satu lagi keputusan yang gila iaitu job hunting.

Rezeki Allah hadiahkan kerja baru yang flexible :')

Masa dapat iv tu memang berdoa sepanjang masa.

Moga Allah kurniakan yang terbaik. Kerja yang lebih memudahkan urusan dakwah dan urusan rumahtangga.

3 bulan di company baru, Alhamdulillah dipermudahkan semua. Lebih banyak masa dengan keluarga dan dakwah. Terharu sangat tiap pagi dapat siapkan anak-anak dengan zauj. Dapat sembang dengan Ya'qub sebelum dia pergi sekolah. Kalau rajin sikit, dapat masakkan breakfast untuk semua :')

Tahun 2025 jugak tahun bermulanya my affiliate journey. Mula-mula cakap dekat zauj nak try buat eksperimen je. Alhamdulillah dah 6 bulan, dan setakat ni berjaya capai 4 angka :') hehe bolehlah jadi duit kopi.

Alhamdulillah untuk turun naik tahun 2025.

Banyak hal yang tak terjangkakan. Azam kali ini bukanlah yang besar-besar. Kembali kepada asas -- menjadi abid yang lebih baik, isteri dan ibu yang penyayang juga penyabar. Tentu juga anak yang lebih taat dan berlemah lembut dengan orang tuanya :')


No comments: