Monday, June 21, 2021

Ya Abati

Dah lama tak menulis sampai rasa tak tau macam mana nak menulis lagi.

Dan yang mendorong untuk tetap menulis buat kali ini sebab teringin sangat-sangat nak menyimpan perkara-perkara tentang abah dalam blog ni. Benda yang aku harap aku boleh cakap depan-depan abah tapi buat masa ni aku pilih untuk tuliskan je di sini.


Sebab,

Sebab aku bukanlah orang yang reti katakan sayang depan-depan. Walaupun semalam father’s day, hari yang sekurangnya akan kuranglah kejanggalan untuk ucapkan betapa sayangnya aku pada abah dan aku taknak ada abah lain selain abah yang aku ada sekarang ni.

Terima kasih abah atas segala yang abah dah korbankan sepanjang besarkan kakcik. Tolong balutkan buku sekolah, tolong kejut awal pagi, masakkan air panas untuk mandi, hantar pergi sekolah dan kemana-mana sahaja kakcik harus pergi.

Yang gigih bawa ke taman walau abah balik pun malam hari, bawa turun beli jajan bila babu sampai, selalu potongkan kuku kaki, potongkan buah mangga dan kupaskan rambutan.

Mungkin abah bukanlah yang terbaik dalam kata-kata, tapi sentiasa yang paling ketara dalam tiap lakunya.


Fahamlah —

Love language abah sangat jelas pada “Act of Service-nya”. Dan kerana love language kita sama, maka mudahlah kakcik memahami lagi. Jadi, sekecil-kecil peristiwa pun kakcik akan ingat dan simpan dalam hati.

Selama kakcik bersama abah, pernah 3 kali je nampak abah marah. Sebab abah pernah cakap one-to-one “abah tak boleh marah anak-anak, nanti abah nangis”

Fahamlah —

Mungkin sebab tu orang selalu kata kakcik cengeng. Sebab mengikut abah kot haha ni tulis pasal abah pun kakcik dah boleh menangis. Tengok gambar abah je dah boleh bergenang air mata.

Pernah sekali abah kena serang sawan sebab doktor tersalah bagi ubat. Masa tu ibu dengan abang cuba untuk sedarkan abah and call jiran untuk bawak pergi hospital. Kakcik paling clueless masa tu, terus masuk dapur nangis sorang-sorang. 

Masa tu kakcik sedar, kakcik sikit pun tak ready kalau abah pergi. Habis nangis, kakcik keluar dari dapur. Muka macam tak ada apa dan terus ikut ke hospital. Tak ada sorang pun tahu kakcik nangis sebab tengok keadaan abah waktu tu.

Betullah, orang kata kakcik ni cengeng sungguh. Sebab bila sebut je nama abah dalam doa boleh terus berhingus. 

Dan abah, dalam doa-doa tu kakcik selalu mintak Allah berkati hidup abah dan masukkan abah dalam syurga yang paaaaaaling tinggi. Kakcik cakap dekat Allah yang kakcik bersaksi abah jalankan tanggungjawab jaga kakcik dengan baik sekali. Abah tak pernah naikkan tangan, abah tak pernah abaikan keperluan, untuk anak-anak abah sentiasa pastikan yang terbaik dalam pendidikan. Dan yang lebih-lebih-lebih lagi abah tak pernah putus asa dalam besarkan kakcik.

************

ya tahu aku patut cakap benda ni depan abah. Cuma rasanya dah boleh agak aku tak sempat habis cakap nanti tapi aku dengan abah dah menangis sama-sama.

Ok cukuplah setakat ni. Aku tak jumpa tisu kat mana. Dah basah baju ni.

Happy father’s day abah. Kisah abah akan sentiasa kakcik ceritakan pada anak-anak nanti. Bahawa betapa lembut dan mulianya hati atuk mereka ini.

Seminggu lepas akad suami cakap "jangan expect kita macam abah tau" -- sebab abah punya level rajin dan melayan anak-anak memang mindblown 😂

"Eh haha tak pernah ada expectation untuk ada suami level macam abah. Awak janganlah risau. Even abang yang hidup membesar dengan abah pun tak sampai lagi level abah 😂"

Reason I rarely share things about abah sebab kang bakal suami takut nak kahwin dengan kita. Risau kalau ingatkan kita ada high expectation pada diri seorang suami eheh :')