Showing posts with label budak asrama. Show all posts
Showing posts with label budak asrama. Show all posts

Friday, March 13, 2020

1.0 Buku Catatan

My (2011-2013) diary is now officially inside the bin.

Konfiden masukkan dalam tong sampah lepas dah baca dari muka pertama hingga yang hujungnya. Terkejut baca diary sendiri. Terkejut jugak dengan kehidupan sekarang yang dilalui. Kalau ikut logik sendiri, rasa tak layak sangat dapat apa yang Allah dah bagi.


Zaman sekolah dan KMB tu macam dua dunia berbeza hahaha bersyukur sangat Allah selamatkan. Kekadang rasa ni mungkin barakah kebaikan ibu dengan abah, doa ibu dengan abah yang Allah angkat. Selalu rasa apa yang aku dapat selama ni Allah bagi untuk bahagiakan ibu dengan abah dan aku ni hanyalah menumpang kebaikan ibu dengan abah 😭 Nak cerita apa kebaikan yang ibu dan abah buat ni boleh jadi 1 post lain pulak nanti.

Banyaklah jugak konflik hidup dekat asrama dulu. Kalau nak pilih jalan kejahatan tu senang je. Ibu abah jauh. Nak buat hal pun takde hal. Tiap kali nak langgar peraturan je mesti kantoi dengan warden. Sampai member buat guraulah, "kalau nak buat jahat jangan ajak shahizan, nanti kantoi" Lolll.

Dorm yang digeruni awal-awalnya. Tapi lama-lama menjadi tempat singgahan semua.

Tiap kali nak escape dari 'aturan hidup asrama' nanti Allah bawak ke jalan yang lebih baik. Ada sekali nak excuse dari riadah. Guna alasan nak pergi rumah warden. Tau-tau warden tu buat usrah hahaha ingat lagi dapat sharing Tauhid Zindani bab Air yang Terapung. Kita pun innocent dan happy je sebab warden siap baking something ;P

Bila balik rumah selalu cerita dekat Shafiqa apa aku buat dekat asrama dan pengakhirannya memang kisah ditangkap warden lah hahaha sampailah satu masa aku cerita pada dia kisah tangkapan yang paling epik dan Shafiqa kata;

"Allah nak jaga kau ni."

Masa tu tengah dalam kereta. Tersentak dan terdiam. Dialog pendek tapi makan dalam.

Naik form 3 dah slow down sikit. Lepas tu cikgu offer jadi pengawas. Apakahhh????

Again, rasa Allah nak jaga aku ni. Aku terima offer tu dan lalui interview. Menjawablah soalan cliche dari cikgu "kalau awak nampak kawan mencuri, apa awak akan buat."

Punyalah cliche kan. Tapi mengenali shahizan yang memang poyo dan suka bagi jawapan luar kotak sikit aku kongsikan jawapan yang aku rasa rare. Padahal tak aim pun untuk lepas haha

berbulan kemudian, mula rasa bersyukur sebab title pengawas tu more or less berjayalah jugak mengikat kaki dan hati bila nak rebel :')

Kawan-kawan yang jatuh bangun sama-sama dekat asrama dulu pun ramai dah berjaya Alhamdulillah dah fly merata, dah mula kerja, ada yang join usrah lagi :p

Menariklah kisah asrama ni sampaikan dulu pernah bercita-cita nak buat buku kisah hidup dekat asrama. Sayang jugak nak buang diary tu sebab banyak momen yang seronok untuk diingatkan balik. Tapi sebab banyaknya lagi yang tak bermanfaat, eloklah dibuang sebelum aibku tersebar hahahahaha.

Page terakhir dan tiada lagi catatan setelahnya. Buruknya tulisan aihh :')

P/s: Maigadd bbnu sangat habis spm pergi tengok wayang. Tapi rasanya tak jadi pun sebab kena terus balik KL hahaha

P/s/s: Sebenarnya semalam ter-reflect something dan nak share dalam post ni. Ni intro je sebenarnya. Tapi intro pun dah panjang, so tangguh reflection tu dalam post lain je lah 😅😂

Friday, December 28, 2018

Me before you

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Taa Haa. (1)  
Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. (2)  
Tapi sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah). (3)  
Iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Iaitu) Tuhan yang bersemayam di atas Arasy. (4) 
KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah. (5) 
Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (6)  
Dialah Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al-Asma'ul Husna. (7)
[Taha:1-7] 

Wales, 2018

Bila google surah yang melembutkan hati, sheikh google memang akan keluarkan result surah Taha ayat 1-5. Tak terkecuali ceramah ostad-ostad yang suggest pada ibu dan bapa kalau ada anak degil sangat, hah bacalah ayat begitu begini. Dan hikmah disebalik surah ni, wallahu'alam.

Indeed, surah Taha brings a very dear story to me.

Or even Umar al-Khattab r.a. reverting story was also being associated with surah Taha.

*****

Oh ya, dan cerita aku begini,

2011, Bagan Datoh

Tak tahulah kenapa tahun tu dilantik jadi pengawas. Kadang rasa cikgu sengaja suruh jadi pengawas sebab ingat aku boleh tone down kawan-kawan satu batch yang nakal kot. Biasalah nakal-nakal student. Tapi diorang tak tahu yang sebenarnya aku tak mampu pun hahahaha eh atau sebenarnya cikgu ni nak tone down aku hmmm *garu dagu*

Sebenarnya dengan member sendiri lagilah susah untuk keluarkan arahan. Dapat pulak orang macam aku yang mana reti bagi-bagi arahan ni (halllp). Berpeluh tiap kali nak tegur kawan. Sangat tricky dan perlu berseni, perlu guna ayat member-member lagi.

Ada satu masa aku buntu dan tak tahu. Cara terbaik apa lagi lah untuk tone down kenakalan batch sendiri. Terasa objektif cikgu menjadikan aku seorang pengawas tak tercapai huhu. Biasalah langgar-langgar peraturan. Lagi ada peraturan, lagi nak rebel gituu. Sebab diri ni pengawas je lah tak dapat dah nak join sekaki. Salah satu hikmah ni, terasa sangat Allah ikat tangan, kaki dan hati supaya jangan nakal-nakal lagi.

"Ustazah!", masih jelas dalam ingatan di tingkat 3 blok akademik aku menahan ustazah di pintu hadapan -- sebelum ustazah melangkah lebih jauh lagi.

Terasa ada perkara untuk ditanyakan:

"Ustazah, macam mana nak lembutkan hati kawan-kawan saya ni?" - fuh punyalah poyo soalan ni! Muka macam biasa, memang hensem innocent
"Awak bacalah surah Taha ayat 1-5, niatkan dalam hati." - Ustazah M reply sambil senyum pada aku

Aku angguk dan setuju. Tangan ustazah terus disalam, biasalah salam dah habis kelas. Cadangan ustazah diamalkan dan bermula saat tu makin kerap berdoa dan surah Taha dibacakan -- moga hati kawan-kawan yang kita rapat ni Allah lembutkan.

Ya, kisah di atas memang poyo untuk dihadamkan.

But, please bear with me.

Because the plot twist happened here; 

Cokargh Park, Dublin
"Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi." (Taha: 6)  

Aku berharap Allah lembutkan hati mereka, agar mudah untuk aku sampaikan kata-kata, mudah mereka menerima teguran, mudah untuk apa-apa sahaja.

Itulah manusia, sentiasa harapkan dan mahu yang mudah-mudahan sahaja.

Tapi benda terbesar yang aku rasai dan melihat hingga kini. Pertama-tama sekali hati akulah yang dilembutkan sebenarnya. Allah hadirkan kesabaran yang aku tak capai sebelum ni. Ketenangan yang belum pernah aku rasai. 

Lebih tenang untuk berhadapan dengan kawan sendiri. Kerana sebelumnya aku mudah terasa hati, tapi lama-kelamaan bila nampak kesalahan tak cepat sakit hati. Dan bila Allah melembutkan hati -- Walau pening-pening, kita tegur kerana sayang, bukan semata ‘title 'pengawas' itu lagi.

Malu dengan Allah sebab perasan diri ni baik sangat. Mungkin ego memakan diri. Tak sedar sebenarnya diri sendiri pun perlu didoakan agar dilembutkan hati. Ahhh, banyak betul tarbiyah Allah pada diri.

Bukan setakat itu sahaja, malah Allah al-Latif melembutkan hati aku pada perkara yang tak diduga. Separa sedar aku mula tertarik pada kebaikan. Perubahan-perubahan kecil mula aku lakukan, mula commit dengan handsocks dan stokin tanpa sedikitpun keterpaksaan.

Perlahan-lahan hati aku tertarik makin rapat kepada Tuhan.

Ahh baik benar Allah -- aku minta sedikit, tapi Dia beri berbukit.

*****

Cliff of Moher, Dublin

"KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah." (Taha: 5) 

Dan pada ayat ini, aku jatuh hati berkali-kali bilamana Allah menceritakan semua ruang yang wujud di dunia ini -- semua di langit, di atas bumi, di antara keduanya, juga di bawah tanah adalah milik Dia yang hakiki.

Bukankah hati manusia juga berada di dalam ruang lingkup langit dan bumi? 

Bukan sahaja pada surah Taha ini, malah pada mana-mana ayat yang menyentuh tentang penguasaan Allah pada langit dan bumi pasti membuatkan aku lebih memaknai dan menghayati bahawa Allah itulah pemilik hati -- yang mampu melembutkan dan menguasai hati-hati.

Maka tidak hairanlah setiap kali memandang betapa besarnya bumi, dan betapa luasnya langit aku akan tersenyum teringatkan kisah bagaimana Allah melembutkan hati aku yang degil ini (:


Aku belajar dari sini, bilamana mahu membaca surah Taha nanti bukanlah kerana si fulan itu yang keras hati. Rendahkanlah ego mungkin hati kita dahulu yang perlu dilembutkan oleh yang Maha Melembutkan hati.

Juga untuk melembutkan hati janganlah terhadkan pada ayat Taha ini sahaja, malah pada mana-mana ayat sekalipun – kerana akhirnya kita akan dapat dari al-Quran atas apa yang kita niatkan!

*****

"Me before You" title is kinda cringe.

Or maybe should I change to, "the Dai'e before the Mad'u" :p

P/s:
Best sangat surah Taha ni sebab dekat ayat 25 hingga 35 ada kisah tentang akhlak nabi Musa yang memohon kepada Allah untuk equipped diri dia instead of request Allah untuk ubah mad'u tu terus.

Ok, tapi nak share part ni boleh panjang entri ni nanti. Sebab best sangat haha.

Till next time inshaaAllah! ;)




Monday, December 02, 2013

Family - studyroommates

Bila hidup berasrama ni kau kena pandai bergaul. Bagi aku hidup asrama ni ibarat satu family besar. Dalam aspuri tu semua family kau, kakak kau, adik kau. Sangat sesuai untuk orang yang tak ada kakak atau adik perempuan. Dengan syarat asrama kau tak mengamalkan seniority. Syarat ni penting. Kalau tak semua yang aku cakap ni automatic invalid.

Family aku banyak. boleh bahagikan kepada schoolmates, batchmates, dormmates, classmates, studyroommates. Dan sekarang aku dalam mood untuk bercerita tentang studyroommates. Ni semua sebab Ecah bukak cerita dekat WeChat.


Bersepah. Tapi yang guna 8 orang je.

Ini family paling baru yang aku jumpa. Tak sedar ukhuwah yang terbina. Semua kerana bilik study. Mula-mula belajar meja jauh. Lama-lama makin dekat. Bincang soalan, jawapan semua. Share nesvita campur milo. serbuk coco tesco mahupun wet tissue tesco. Ada toto, bantal, selimut. sikat rambut pun ada. kau nak apa semua ada. Iron baju pun dalam tu. Setail kan. Kitorang iktiraf itu macam bungalow lah. kahkah.

Ada laaa dalam 8 orang gitu. Sebab bilik study atas tak ada siapa berani nak naik. Floor kosong kan sebab semua budak balik, F5 pulak kena turun ground floor. Kalau bukan sebab takut pun, sebab malas panjat 60 anak tangga. bilik study kitorang floor 3. So, muka sama je yang ada dalam bilik tu. Lagi lah rasa macam family.


credits : Fatieha

Bila tiba masa yang semua budak dah balik, nak naik turun bilik study sesama. Bab naik tak cuak sangat, tapi nak turun pukul 2 pagi tu memang gentar laaaa sorang-sorang lalu floor gelap memang sakit jantung mak aihhhh. Siapa nak selamatkan nadia dengan farina kalau tiba-tiba ada lipas dekat dinding? Yaaaa, sebab tu kena turun ramai-ramai! Lipas tu boleh buat diorang menggelupur. Serious talk, serious.

Tapi part paling aku suka bila semua saling ingat-mengingati bab solat. selagi tak solat, ada yang tak berhenti menjerit. Bukan takat yang wajib, yang sunat-sunat sekali. Belajar pagi-pagi lepas tu Dhuha dalam studyroom. Kalau nak pahala lebih pergi lah surau. Pagi tuu tengah fresh lagi. best wooo!

Tapi jadi masalah untuk kiblat. Kena usha surau dekat luar tingkap betulkan kiblat. 

"ok korang, upin ipin ni jadi penanda kiblat tau"

"gila kau, kalau aku alihkan karpet tu rasa-rasa kiblat dia sama lagi ke"

"aaaaaaaaaaaa"

Waktu akhir sekolah memang banyak spent masa dengan studyroommates. Semua buat sesama. Belajar sesama. Masuk aspura sesama. Tidur surau sesama. Tengok video Ahmad Ammar sesama. Tak nak balik sekolah hari rabu pun sesama. kahkah. lepas tu gelabah cari tempat menginap. Hal penginapan takpa, boleh pejam mata. paling sadis pun tidur tangki lah. Ada jugak yang percaya bila aku kata tidur hotel bajet. Mohon ampun kepada pihak tersebut.

kalau tak boleh stay sekolah, kitorang dah buat plan B. tidur rumah Nana! Dalam pukul 7 waktu senja seramai 7 orang rushing pergi pagar utama, takut tak ada bas dah. Matilah nak, nak pergi rumah Nana naik apa nanti?

"Jan macam mana ni. Kalau tak sempat solat macam mana"

"Boleh boleh. sempat punya. Makcik guard kata pukul 7 bas ada lagi kan"

Rasa macam adventure gila sebab tiba2 pukul 7 tu kena cari bas. kalau takda bas jugak jalan kaki balik rumah Nana. HAHAHA k memain je. Apa-apa pun ada jugak bas. Semua macam overfeeling masa tu sebab dapat bas. paling best dalam bas tu ada kitorang je. Bas tu pun dah macam hak sendiri punya. Uncle driver pun fokus memandu. Tak kisah bunyi bising belakang dia.

Sepanjang perjalanan tu lah bercerita betapa sadisnya hari tersebut kepada kitorang. Dah laaa baru habis spm, tapi kena lalui benda2 leceh macam ni pulak. Lepas tu semua gelak, takpa kenangan! Selamat sampai Hutan Melintang, singgah masjid dulu baru pergi rumah Nana. Dapat pulak makanan sedap. Rezeki! Rumah Nana best ada kucing nama Isha tapi kitorang panggil Pishang. eh?

Memanglah last day kita macam sadis, tapi sekurang-kurangnya kita dapat jugak spent masa satu malam sesama sebelum balik rumah masing-masing. Dan aku dapat tengok sunset yang mungkin kali terakhir dekat Bagan. Sepanjang perjalanan tu pun langit lawa je, sikit pun aku tak menyesal pasal benda ni ^^ Sebab langit lawa sangat haha

credits : Ayshah dan Fatieha

Terima kasih untuk ilmu korang. 
Halalkan makan minum. 
Doakan aku setiap kali habis solat. 
Terima kasih untuk kenangan. 
Jaga diri, jaga iman, jaga hati. 
InshaaAllah panjang umur, kita kumpul balik belajar sesama :')

"nanti mesti aku rindu studygroup ni" - nadia, orang pertama yang confessed

Sunday, December 01, 2013

Selepas SPM


Aku tak ingat paper apa aku ambik hari tu. Tapi Diyanna tepuk belakang aku dan berkata,

"Jan! okay? Setakat ni kita tak dengar lagi orang merungut hang tidoq"

aku senyum. angkat ibu jari, "semua selamat. tak ada lagi jumpa aku maki-maki"

Masa percubaan, ramai bising sebab aku tidur dalam dewan. Lepas tu diorang pun terdorong untuk tidur. Ahhh tu semua mengada jadikan aku punca. Korang kalau nak tidur tu hal jati diri memasing. Jangan tuding jari dekat aku. Tapi... yelah foineee time spm memang aku tak tidur. Kalau tidur pun TER lah kot. tertidur. Nasib meja aku 4 dari belakang. Kalau betul yang terpengaruh untuk tidur pun tak ada laaa ramai mana. Ye dak?

Jadi untuk mengisi masa lapang aku, sementara tunggu waktu exam habis aku akan menyanyi dalam hati. Kadang-kadang malas dalam hati aku nyanyi je kuat-kuat. Tapi muka Dibah cool je. Tak dengar lah kot. Bila ada masa lagi aku bina plan after spm. aku rasa ni benda biasa. benda yang semua orang buat. Masa lebih semua berangan kunun nak cari idea. kononnn. eleh eleh, tak nak mengaku lettew.

Jadi ini antara beberapa plans selepas spm aku

ASRAMA
aku memang tekad tak nak koyak pembalut dia sampai aku habis SPM. aku tekad tak nak baca sampai aku dah keluar dari asrama. So deal or no deal? aku berjaya akhirnya kahkah. bukan seram, bukan takut terpengaruh macam tak nak pergi tandas memalam. no no no. sebab aku memang sengaja nak baca lepas keluar dari asrama. saja nak mengados. Rasa macam cool buat macam ni padahal tak cool langsung.

Image result for asrama fixi


MASAK
aku selalu rasa bahawa budak2 asrama tak patut ambik perdagangan dalam subjek KH masa menengah rendah. Lagi-lagi budak perempuan patutnya WAJIB ambik Ekonomi Rumah Tangga. Yelah, bila lagi kau nak spend masa untuk bebenda macam ni. balik rumah 2 bulan sekali pun belum tentu. Tu hahhh pinggan makan dekat DM pun abang DM yang basuhkan. Kita cuma basuh bekas maggi je dekat asrama. Kalau budak laki, basuh bekas maggi pun aku tak berani nak confirmkan. Budak laki basuh baju pun aku tak percaya. Semua berharap air hujan. Eh? lari topik. ok next!


LESEN
 ini impian aku sejak sekolah rendah. Entahlah, eager betul untuk ada lesen. Senang nak bawak ibu pergi memana. Dari kecik memang suka abah bawak kereta laju-laju. Kalau ada kereta dekat depan aku jerit je "langgar! langgar!" kalau dekat kampung lagi best, banyak lembu. semua benda aku suruh langgar. nanti Shafiqa poyos je jerit-jerit ketakutan wahahaha. Aku rasa shafiqa mesti tak nak jadi penumpang aku satu hari nanti.

kalau JPJ baca benda ni mesti dia tak luluskan lesen aku T.T

eh? kepada kengkawan semua tolonglah daftar awal. Sebab katanya tahun depan mula sistem baru. Lagi payah prosesnya nanti.


PLKN
Oh sorry, kerajaan tak panggil aku untuk PLKN. Aaaaa next!


ISTIKHARAH
bila aku cakap ni semua fikir lain. Dah gua nak solat istikharah mohon petunjuk nak ambik bidang apa lepas ni. Banyak juga benda yang aku minat ni. Tak tau nak fokus mana dulu. Mungkin ada yang terbaik dari Allah. InshaaAllah doakan asal jadi manusia berguna. Sekurang-kurangnya wujudnya aku dekat dunia ni ada bawak kebaikan untuk masyarakat. Jom amin ramai-ramai! haha.

pssttt, nak bisik.

oh tau tak jubah-jubah yang Nisa Jailani jual? please laaa belanja aku satu. Please please Tahun depan punya hadiah birthday pun jadilah. Wakakaka.


Tuesday, December 04, 2012

IlmuStudio, Ali Maju dan Televisyen

Aku keluar pagi tadi dengan harapan dapat jumpa dengan Mr.Ven. Aku naik LRT labur 1.30 duit malaysia gerak Setiawangsa, tak apa demi Mr.Ven. Aku terus cari Ilmu Studio. Tempat yang sangat ohsem sebab ada Mr.Ven Kahkah adore betul dengan Mr.Ven ni. Sambil belajar sambil gelak sambil ilmu terkeluar balik. Eh.

So, aku jalan jalan jalan jalan... jalan jalan jalan... jalan lagi sampai depan Restoran Ali Maju. Kedai ni boleh tahan buruk jugak perangai. Harga taraf Secret Recipe. Kalau nak duduk situ beli air suam pun cukuplah dan duduklah kau lama-lama.


Bila nampak Ali Maju, maksudnya aku dah dekat dah dengan Ilmu Studio tu. Senyum senyum, lepas ni nak belajar Math - Add Math dengan Mr.Ven

Kelas mula pukul 12, jadi dah ramai yang mula naik tangga nak masuk kelas. Dalam tu aku jumpa lagi budak MRSM Pengkalan Chepa yang aku baru jumpa hari-hari yang lepas. Oh ya! Budak SESERI tu duduk depan aku lagi. Budak MTD budak St.John, dari Ampang dari Gombak semua ada. Tapi aku tak peduli dengan semua tu. Yang aku peduli bila budak-budak dalam tu mula bising;

"Sekarang apa? Eh, BM? Bukan sekarang Maths ke?"

Bila dah ada bunyi yg macam psss psss

"Orang dekat kaunter kata BM... Ada jadual..."

psss

"Aku yakin maths..."

psss
psss
psss
psss

Aku dengan kawan aku dah "HAIH APA BENDA NI!" *campak kerusi*

So kitorang pun keluarkan jadual jugak.

"MATHS!"



Maka tampillah Kamil yang aku kira budak sini macam dah kenal dia lama. Sebab bila Kamil ni cakap "Aaa..." je, terus dapat respond "Go Kamil! Kamil! We love Kamil! Kamil artis!" 

Tapi Kamil muka tebal persis tiada perasaan. Dia ni kiranya pekerja dekat IlmuStudio, merangkap orang kanan Mr.Ven hahaha. Disebabkan Mr.Ven tak ada, jadi kelas digantikan dengan kelas BM. Maka Kamil minta siapa yang rasa-rasa tak nak belajar BM boleh balik. Dewan yang penuh mula tinggal separuh daripada setengah atau dalam bahasa matematiknya hanya 1/4 yang tinggal.

Kamil mula kerek,

"kalau korang nak belajar BM lah. BM korang bukannya A+ pun kan."

"boooo kamil booo", aku dah kata dia ni artis. cakap sikit budak laki dah boooo, nasib tak ada epal nak baling je. "Cepat lah balik! Nak kira berapa ramai yang tinggal ni."sambung Kamil si hati tegar.

Mr.Ven mesti ada hal. Sebab aku tahu dia bukan jenis orang nak datang tak nak datang ikut suka hati. Aku dapat rasa passion mengajar dia. Siapa je yang tak suka belajar dengan dia. Addmaths yang asalnya macam novel sedih pun boleh jadi addicted lepas belajar dengan Mr.Ven.

Dan betul lah Mr.Ven kena pergi hospital *bapak dia tak sihat sekarang* :(

Aku memang tak ada plan pun nak masuk kelas BM, tapi bila dah jadi macam ni... dan penat aku berjalan pun tak hilang lagi - aku putuskan untuk sambung duduk dan belajar BM. Lagi, aku tak nak sia-siakan 15minit yang dah digunakan untuk ke sana. Lagipun ini bukannya kelas berbayar. Kau duduk lepas tu belajar. Percuma kan, angkatlah tangan dan terus bersyukur pada Tuhan.



Kelas BM pun bermula,

Cikgu comel nampak keibuan. Cikgu minta buat rumusan dan cari isi tersurat. Aduh, mula rasa ralat. Ini benda kedua yang aku akan mengelat dalam kelas Cikgu Meme. Yang paling mengelat, buat karangan.

Tak apa aku layan je arahan ni. Bila lagi nak masuk kelas BM kan haha. Bersyukurlah bukan buat karangan. Nasib baik.

Aku cari isi tersurat tu... aku cari... Aku baca tajuk,


Gulp!

Tajuk ni... Tajuk ni... Tak apa, aku tahan dulu apa dalam fikiran. Aku baca petikan sampai habis cari ada tulis tahun tak.

Ok, tak ada.
.
.
.
.
.
.
.


Aku teruskan dengan rasa hairan. Hairan dalam hati. Dah lama tak jumpa tajuk macam ni. Zaman sekarang ni jarang jumpa soalan pesyen ni. Paling cikai "Sebab-sebab ibu bapa wajar mengawasi anak-anak menonton televisyen  melayari internet."

Aku senyum sorang2 sebab aku teringat dulu ada orang (yang aku dah lupa nama dia) bagitau

"zaman saya dulu kalau karangan je keburukan televisyen bla bla bla televisyen televisyen, tapi zaman kamu ni keburukan internet... gajet..."

Coulnd't agree more!

Masa sekolah rendah dulu zaman tak berapa nak up sangat so karangan UPSR semua standard pasal televisyen je. Keburukan internet ni memang tak akan masuk soalan spot lah. Eheh dulu internet ni bagi aku orang besar yang pergi kerja je guna. Tapi sekarang internet tu ibarat talian nyawa (cakap pasal diri sendiri) -_- alahai manusia

Maka, sekarang aku nak balik ke zaman televisyen. Ohoi, tv tak ada lah teruk sangat. Sekarang aku tengah bukak TVIQ hihihi

p/s: Alaaa tak ada gambar dengan Mr.Ven. Kalau tak aku dah edit letak love sana sini kahkah


Saturday, August 25, 2012

01. Oh My English

"Hang ni nak jalan-jalan tapi baju tak kemas lagi"

PANGGG! rasa dilempang-lempang dengar ayat ni.

Assalamualaikum adik, abang, kakak. Rasa cuti kali ni sekejap? alah alah dah biasa sangat dengar ayat tu. cukuplah. Nak taip ayat macam tu pun rasa bosan. Semua orang dapat 24 jam sehari. Hah, pandai-pandai lah hidup uruskan masa tu.


Esok dah balik asrama. Dan aku masih berkira-kira nak seludup barang apa nak bawak balik sana. Setiap kali balik mesti akan ada barang yang aku bawak senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun. Sesiapa pun... Tak kisah sama ada tshirt abang, anak patung syahmina, tuala kecik shafiqa, bekas makanan, pen hitam basah, novel dan dan... ok rasa banyak pulak aku seludup barang ni. 

Ahak, raya tahun depan minta maaf balik.


Hah! ini barang seludup lah ni. Sampai adik aku tak tidur malam. Eh, tiba-tiba rasa lighting dorm aku romantik.


Cuti kali ni mana ada keluar berjalan. mana ada. Tak ada langsung! Setakat ni tempat yang aku pergi cuma kedai buku je. Kedai buku. Tak ada masa aku nak duduk depan pavilion hisap-hisap rokok semua. not cool... not cool... Aku rasa kalau nak lepak, pergi kedai buku tempat paling sesuai. Rasa macam rendah diri je. Rasa macam tak cukup ilmu. Rasa macam kena baca semua buku ni. Maka, beratus-ratus labur di situ sahaja. Haaa nampak permainannya di situ?


Semalam tiba-tiba gerak kinokuniya. Bukan dalam perancangan bukan dalam jangkaan. Semua Shafiqa punya pasal. eh?! Ehem tapi tak banyak buku menarik. Maka, hari ni cadangnya nak pergi kedai buku popular. Memandangkan saifullah ada kad ahli fofular jadi aku rasa apa-apa dekat situ sangat murah. sangat fofular.


Terima kasih fofular. Tadi saya dapat voucher 5 ringgit.

Baiklah, kita gerak ke topik lain


1# Pernah nampak aku buat entry bahasa inggeris? Tak pernah. Hahhh! Baru perasan lettew. Tahu tak bahasa inggeris aku teruk. mesti lah tak tahu, sebab aku tak pernah cerita kehkeh. Nak capai gred A tu sama tahap macam study fizik. kalau exam week tu, BI je yang aku stay up sampai pagi (mak aihh) Bila dah ambik paper BI rasa macam dah merdeka sampai keluar bunga api dan suara Katy Perry. Amboi. Rasa macam nak nyanyi lagu Saya Anak Merdeka. padahal Bio, Kimia, Fizik tak ambik lagi. Tapi, tidur malam aku dah mula lena. *senyum sambil pejam mata*

Kalau boleh drop english tu dah lama aku buat. Dulu elok-elok bahasa melayu jadi lingua franca ini apahal boleh tukar bahasa mat saleh jadi lingua franca! ini yang nak marah ni! kalau parameswara hidup lagi mesti dia sedih.

tahu tak cikgu english sk taman melati dulu garang! Aku ingat lagi nama dia jacqueline fernandez. ok tak tak. jacqueline je. Bila dia nak panggil nama suruh buat ayat aku dah berdebar sambil berzikir, 'tolonglah jangan aku. tolonglah. tolonglah tolonglahhhh!'. Bila dia sebut "Shaaaaa...." aku dah dup dap dup dap! 

"Shaaa...HIRAH!" 

YES! aku bertepuk tampar dah masa ni gelakkan shahirah. nasib bukan shahizan.




2# Ma'am Shida pernah kata "you can hate me, but... but don't hate my subject!"

GULP! GULP!


Rasa berdosa dan serba salah sangat dengan ma'am shida plus ma'am harfidah sebab aku... aku... ahh faham kan kenapa? Alahai, cikgu english aku sekarang ni dah laa cantik. baik. lemah-lembut. memahami. Lagi tak sampai hati nak benci BI :'(


Aku tak ada darah sastera. Bahasa bukan kepakaran aku. Trial dulu pun BM dengan BI dapat gred B. Rosak result! Bila pak mak menakan tanya result trial, nak menjawab pun nak tak nak je.


"kau ni kata je rakyat malaysia, BM dapat B jugak." 
"pergi tukar warganegara sekarang." 
"ni mesti kecik-kecik lahir dekat india"


Foinee! kami tak layak tinggal dekat Malaysia.


Dan sekarang entah hantu raya mana yang sampuk sampai aku rasa nak gerak fofular cari Chicken Soup. Haha aku rasa nak gelak pulak. Ok bye, doa doa lah aku jatuh hati pada dunia bahasa ni. Lagi-lagi bahasa inggeris.


Oh ya, bulan depan exam Jepun. hah! Ini lagi satu bahasa yang kena belajar -.-' Dah lah ada 3 paper. Target nak lulus je jepun ni. Hihi.


Saturday, May 26, 2012

Perubahan

Assalamualaikum adik-adik hensem. Yang tak hensem nak jawab salam pun tak apa. Gila lama ahh tak balik. Terperap dekat asrama rasa macam hilang separuh kehidupan. Apa dunia luar buat langsung tak tahu. Tup tup anak Rogayah dah nak kahwin. Si Rubiah dah mula bertunang. Anak Rokiah dah berjinak-jinak melepak di hadapan JayJay? Kenapa tak ada siapa nak hapdate kisah-kisah persekitaran dekat aku.




Ini lama bukan tipu-tipu punya lama. Gila lama tak balik. Sampai pokok bunga depan rumah dah mula meninggi. Ingat lagi, dulu pokok tu tak lebih tak kurang dengan ketinggian aku. Gila lama tak balik sampai aku pun sempat meninggi 1cm. Tempoh masa yang begitu lama membuatkan macam-macam perubahan berlaku dekat sekolah.


1# TANDAS
Kalau dulu (2009) tandas boleh buat port tidur. Baring golek-golek dalam tu sementara cikgu sibuk di kantin dan rakan kelas mula buka halaqah pong-pang-pong-pang bertepuk tampar. Tapi, sejak bilangan warga sekolah bertambah (2010-2012), tandas mula berlumut. Mula keluarkan bau kurang menyenangkan. Paip mula putus-putus. Sampaikan kalau nak membuang, sanggup tahan tunggu sampai masuk dorm pukul 5 petang. Nak jenguk tandas dekat blok akademik tu pun tak sanggup.


jangan main gila

Tapi sejak akhir-akhir ni (May 2012) tandas semakin ceria. Siap bunga-bunga semua. Lagi-lagi tandas dekat kawasan blok makmal. Pheww, kalau letak tabung dekat situ dan kutip 20 sen setiap kali ada budak nak masuk tandas, rasanya dah boleh bantu baik pulih rumah anak yatim. Semua berebut nak masuk. Cantik sungguh tandas! Dah macam tandas awam dekat Taman Tasik Titiwangsa. Harap lepas ni ada yang sponsor pewangi sembur-sembur. Kasi wangi tandas 24 jam.
                                                   
   

2# KUCING
Paling ketara perubahan populasi kucing dalam kawasan sekolah makin bertambah dengan galaknya. Sarang dia tak payah cakap lah. Kalau cakap rasanya susah nak bayangkan. Kalau bayangkan boleh gila sebab melampaui had akal.

Mana ada kotak kosong, situ ada ibu kucing situ ada anak kucing. Anaknya bukan seekor. Berekor-ekor. Itu untuk seekor ibu kucing. Ibu kucing pun dah berekor-ekor. Baru-baru ni ada lagi kucing lalu dekat belakang surau dengan perut membunting.


Kuncing betina baru bunting 
credit to Nia Erry and Icha Rais

Aku ada perasan dekat sana ada sekor kucing hensem dan tough, jalan gaya bongkak. Memang catwalk habis ahh. Bongkak.


3# TAGNAMA
Punya lama dekat sekolah, saat-saat yang paling aku tunggu datang jugak. Ingat tahun depan baru dapat. Kalau menengah rendah pakai nametag biru, menengah atas nametag merah. Hiew hiew baru rasa macam F4. Baru rasa macam kena ambik exam Bio, Kimia dengan Matematik Tambahan. Baru ada kesedaran dah F4 rupanya.



Tapi geram betul kenapa 1 nametag 1 ringgit. Apalah dosanya kalau jual 2 seringgit. Masa F2, bayar 10 ringgit dapat sampai 12 ketul nametag. Tapi... nasib nama aku nampak hensem. Bayar mahal pun sanggup.

Oh ya, mungkin ini tak ada kena-mengena dengan tajuk. Tapi kisah apa. Aku cuma nak kata yang aku suka cuti sekolah kali ni. Beg rasa ringan tak banyak homework. Kahkah saja nak riak dengan orang yang banyak homework.

Kbye.

Hidup ini ana yang punya.


Friday, January 28, 2011

kelas aku lain macam

Masa hari pertama masuk sekolah bagi sesi 2011, benda pertama yang aku nampak tangki air. lepas tu aku bersorak dengan penuh kegirangan, "yeay ! yeay ! Dah sampai sekolah". Sikit tak kisah kalau engkorang tak percaya dengan apa yang aku buat ni. Sebab sememangnya 2 ayat pertama adalah satu penipuan.

Masa hari pendaftaran tu aku terus cari nama sendiri dekat kelas apa. Dah tahu nama kelas baru boleh masuk dewan nak daftar. Sekilas pandang nama sendiri, tangan aku automatik tepuk dahi. Alamak, guru kelas aku ustazah ni! Lagi lagi masa tahun lepas ramai cakap ustazah aku ni garang.

Tapi bila dah lama-lama jadi anak murid ustazah ni, dia takdelah garang mana. Cis, propaganda je lebih. 

Ustazah siap sediakan kismis satu bekas untuk makan hari hari. Surat khabar UTUSAN untuk dibaca hari hari. Walaupun sebenarnya kitorang nak berita harian tapi ustazah tetap nak bagi UTUSAN. Katanya baca UTUSAN dapat meningkatkan bahasa malaysia kita. Betul ke? UTUSAN macam banyak politik mmm. 

Kau tau tak budak lelaki kelas aku ada 2 orang je? Mestilah tak tau. Sebab aku tak pernah cerita lagi. Memang dah ditakdirkan aku ni asyik masuk kelas yang paling ramai perempuan dan paling sikit lelaki. Lepas tu hampir semua cikgu keluarkan dialog yang sama,

"dah macam kelas perempuan saya rasa"

"awak semua jangan buli 2 orang budak laki ni ye"

"kenapa dua laki tu duduk belakang ? Lagilah tak perasan kehadiran diorang"

Yang dialog ke tiga tu paling membunuh. Aku dah laa duduk depan sekali. Mana lagi cikgu nak alihkan diorang kalau tak ke depan sekali. Elok elok duduk depan, aku kena berhijrah ke belakang sekali bawah kipas lagi tuuu. Pagi pagi dah menggigil kesejukan. Tiap pagi dah macam anak yang lari dari rumah masa hujan.

Yang dua orang lelaki kena duduk depan tu dah keluarkan keluh kesah berpanjangan. Duduk berdekatan dengan pintu masuk dihiasi dengan tirai bunga dan rama-rama memang satu penyeksaan bagi diorang. Kalau budak pinky boy masuk kelas aku mesti dia suka.

Dan lagi, bila cakap kelas ni ramai perempuan, hiasan pun mesti nak ada sentuhan perempuan. Kata kata hikmat yang tampal kat dinding semua pasal perempuan,

"perempuan solehah adalah perempuan...."

"perempuan yang menerima sesuatu...."

"perempuan ibarat hiasan dunia, sebaik-baik...."

"perempuan adalah seorang...."


Tak kisahlah rasa lain macam ke tak kelas ni, tapi still tak puas hati sebab kena duduk belakang sekali. Bukan apa, belakang-belakang ni tak berapa dengar sangat apa cikgu cakap. Aiseh, ni tak suka ni.