Wednesday, January 24, 2018

Student UK memang rajin

Blogging while waiting for my almost-tak-jadi-japanese cotton cheesecake di dalam oven

Tetibe rajin ni semua sebab impromptu plan nak melawat akhawat kesayangan nun di Leeds. Beli train ticket pun last minute. Nak buat benda-benda high level (untuk orang yang baru nak belajar seperti aku) cemni memang selalunya untuk usrah atau melawat akhawat je. Nak buat saja-saja tu sekali dua je rasanya hahaha tak rajin sorry. K sebenarnya tak pakar sangat. Kalau power memang tiap hari nak buat.

Teringat baru-baru ni Shafiqa cakap lagi;

"Student UK ni banyak sangat masa eh sampai boleh hias-hias bilik, baking, masak-masak untuk usrah" - Shafiqa

Itulah antara dialog yang bukan sekali dua Shafiqa sebut-sebutkan kalau video call dengan dia *Eyes-rolling* sebab kelmarin adjust perabot bilik sikit nak bagi nampak luas. Tolak-tolak almari dan meja je pun aduh dia ni.

Tak ada lah banyak sangat masa, tapi sebab pandai susun masa :p tapi yelah mungkin sebab dia nak compare dengan kehidupan dia dekat Keriya sana yang huhu i kennot say a thing lah sebab tak ada di tempat dia. Tapi tengok lifestyle orang korea ni pun kita tahu dah gg dia macam mana dalam studies. 

So Asian hiks.

Sebenarnya tak perasan pun hal ni sampai Shafiqa sebut. Perasan jugalah ada dua benda yang student UK ni rajin buat. Common things kot.

1. Hias bilik
2. Baking

Tolak tepi jap hal hias bilik ni.

Yang nombor 2 tu, ya baking.

Perati jugaklah (tak perati jauh pun -- tengok diri sendiri sudah), dekat sini kerap pulak baking. In which, kalau dekat rumah dulu bila ada orang cakap dia nak baking atau ibu nak buat kuih rasa macam akan ada kenduri. Semua berkumpul dekat ruang tamu dan feeling teruja dia en sampailah tengah menaip ni pun masih lagi terbayang. Begitulah keadaannya bila sesuatu tu terasa sangat WOW untuk berlaku di rumah.

Biasalah, kita ni orang biasa-biasa je haha

Bahan baking dekat Malaysia tidaklah semurah sini huhu balik summer last year pun rasa nak menangis je bila tengok harga cream cheese, double cream, etc. Faham je lah kalau bukan produk tempatan tak bolehlah nak expect harga seringgit dua. Samalah seperti kalau nak buat kuih-muih malaysia dekat sini, nak dapatkan bahan-bahan dia tu tidaklah semurah kalau setakat nak buat brownies. Gitu.

Jadi bila Shafiqa cakap, "budak UK ni rajin betul baking" -- Pertama, ya memang mereka rajin (haha), kedua mereka opportunist. Pernah cakap dekat member;

"Dekat sini kalau nak baking selalu dan belajar sampai power bolehlah. Kalau tak jadi tak adalah down sangat sebab barang murah. So, boleh beli bahan dan cuba lagi." 😆

Ingat lagi masa awal-awal sampai Notts, usrahmates selalu bawak makanan gempak-gempak. Tangan kitorang lah yang paling kosong paling-paling pun digestive biscuit Poundland tu. Sebelum ni tak pernah usrah fancy sangat dengan makanan.

Dekat KMB dolu-dolu dapat teh ais masa usrah pun dah rasa wow. Bila sampai Notts, "eh ini betul-betul taman syorga ni" hahaha sampailah dah 3 kali liqa' rasa lain macam betul lagi-lagi bila se-usrah dengan Kak Wawa dengan Kak Aishah Naser yang tiap minggu mesti bawak resepi baru cheesekut, tiramisu, brownies, pavlova etc aihhh kita nak bawak cucur bilis pun rasa insekyo :')

Teringat before fly Kak Izzy pernah pesan, "nanti dekat sana kena belajar masak sedap-sedap. Nak bawak makanan untuk usrah adik mana boleh beli pisang goreng ke apa tepi jalan. Semua kena masak."

Haih rindu betul usrah kat KMB nak makan apa semua boleh beli. Maka, datanglah sebab yang ketiga untuk sentiasa belajar/cuba resepi baru --

hanya kerana DnT

Dan benarlah, lain betul feeling dia kalau makanan yang kita bawa untuk adik tu kita sendiri yang buat. Walaupun sentiasa berdebar bagi tiap yang pertama kali, tapi mampu berdoa je lah Allah menyedapkan rasa ni.

Tiba-tiba teringat this one ukht masa dekat KMB dulu-- Tengah beli teh ais dekat KFC (KMB Food Court) untuk iftar jamai'e dengan adik-adik satgi. kebetulan dia beratur dekat tepi dan ssembang-sembang pastu cakaplah dekat dia;

"Tapi nanti tak sedap sangat dah sebab ais dah cair sementara tunggu waktu berbuka :("

"Jan, yang buatkan lidah mereka rasa sedap tu kan Allah."

*Heartshot* *heartshot* *heartshot* tertembus sampai kebelakang and kalau orang belakang dengar  pun mesti tersentap hahaha


*******

Tengah-tengah menaip ni berbunyi dah oven

and as how it was expected,

kek ni tak menjadi hahahaha :')

Sebenarnya kena guna api atas bawah. Tapi oven rumah ni dia ada api atas je huuu so ni bukan tahap redha Allah menyedapkan rasa itu tapi tengok pun macam tak edible je.

Duhai akhawat tak ada rezekilah antunna nak makan cheese cake. Mujur ada stok dadih banyak lagi hahaha ya Allah penyelamat keadaan betul dadih ni.

Merajuk jugaklah, sudahlah habis telur sepapan T^T Lepas ni taknak buat benda yang bakar-bakar dah. Mungkin aku akan teruskan dengan non-bake cheesecake yang masuk peti ais tu je. Bahan pun tak banyak guna :')


Paling sendu rumah ni tak ada hand mixer, jadi kalau nak pukul telur putih tu memang kena guna tangan. Lama gila beat sampai boleh berhenti jap pergi dinner sebab tangan dah lenguh, dan sambung balik beat.

dan alih-alih tak jadi hahaha hmm k nak move on buat benda lain

Tahap kek tak jadi tu sampai mampu share gambar sebelum je.

No comments: