Tuesday, January 02, 2018

Lucky me (?)

I still remember the night when I had my last Physics revision with Nani and Dalila dekat surau Blok F untuk paper 2 physics esok harinya. I even said to 'em,

"Best gilaaa lepas ni dah tak payah belajar pasal circuit, electrical apa benda ni semua." 

Rasa nak tergelak masa taip dialog ni balik sambil menangis dalam hati hahaha

Because I expected myself pursuing my degree in Chemical Engineering in which less electrical and electronic things (I guess so). Sebab kalau kena belajar pun maybe minor subject je lah en. Dari zaman sekolah lagi benda-benda electrical ni tak masuk betul dengan diri. Like, dalam lab tu literally tangan ni kalau pegang mentol mesti terbakor. Apa bendalah? Kalau computer rosak dekat rumah, aku lah orang pertama yang dipersalahkan walau yang paling last guna adalah adik aku :') whyyyy

And right after the university gave out the result, I received this kind of reactions a lot;
"Jan seriuslah kau ambik EE Engineering?"
"Are you ok with that?"
"Jan dah terlambat ke untuk kau tukar?" 
"Hahahahahaha kau betul ke ni, sampai sekarang aku tak percaya lagi" - from a friend  of mine after 3 months aku bergelumang dengan EE engineering ni
"Jan, kau jangan bercinta Jan. Fokus study. Aku dengar ramai syahid dalam EE." (omg since when aku bercinta ntah -_-)
And all the 'why(s)' Qs were keep being asked, dah setahun baru reda sikit hahaha



My KMB classmates knew me well on how loser I am to understand the circuit things as how they knew I wasn't really into English since day one we became classmates (lol, hari pertama lagi aku dah jujur dengan mengangkat tangan bila cikgu english tanya siapa tak suka english) hahahaha - Konfiden teruk. Ok tak apa lah, ini bukan entri nak cerita yang aku tak suka English. Sebab entri cuak dengan english ni pernah buat dah masa zaman dekat SABDA lagi

Biarlah entri ini fokusnya tentang course yang aku tengah ambik sekarang, satu penentuan yang memang di luar jangkauan. Tak pernah dijangka-jangka dan terbayang walau sedikit pun.

Dalam banyak-banyak dialog di atas, pernah jugak dapat statement;

"Mesti best kan dapat semua benda yang kau nak."

Hmm *garu dagu*. This type of Qs/statement comes from this one person yang leads me to write this entry.

Pertama-tama sekali,

*Tarik nafas dalam*

No, I rarely get what I want.

Plus, I always get something that I didn't want expect that I will get.

*****

I didn't wanna go to any boarding school and I still remember masa tu baru je balik sekolah dan ibu terus bagi sampul ceklet besar. Lepas baca je surat dalam sampul tu aku terus masuk bilik dan nangis hahaha dan sampai sekarang sebenarnya aku tak ingat bila masa aku apply SBP dekat Perak niiii? Rasa macam ada orang pranked isikan borang SBP tu hahaha Homesick teruk pulak tu sebab pergi SBP yang kosong tak ada apa. Setahun yang pertama rasa macam zombie je sebab sunyi habis kawasan tu.

I am 100% believe that I wouldn't take IB but nah Alhamdulillah habis dah pun (silalah baca entri meroyan IB sebelum-sebelum ni haha). I think I've drafted the entry on how I expected myself to take an A-Level but ended up with IB (: That entry would have all the plot twist in detail macam mana setiap hari punyalah doa dengan penuh pengharapan supaya "dapat A-Level tapi taknak dekat INTEC" (lol sangat) Alhamdulillah Allah makbulkan doa the 'taknak dekat INTEC' part. But didn't expect Allah hantar ke KMB yang ada IB sahaja dekat situ. Bila baca je (online) announcement JPA "Tahniah!... International Baccalaureate" -- terus masuk bilik nangis sorang-sorang. Konfius nak happy (sebab Allah makbulkan doa) atau sedih (sebab buat IB) hahaha

Electrical and electronics would be the VERY LAST engineering course that I would take. < ayat yang di bold dekat tepi ni ntah dah berapa kali member aku dengar. Mesti dia rasa aku ni radio rosak sebab asyik ulang banyak kali huhu. Sendu betul kisah dapat EE Engineering ni. Boleh pulak ATAS certificate problem. Nak apply ATAS Certificate tu dah lah makan masa dekat 3 bulan. Nak apply baru Allahu memang tak sempat dah :')

Eh baru perasan tak pernah cerita pun dekat sini the plot twist on how I ended up with EEE ni :') Kalau member tanya kenapa EEE pun aku bagi jawapan mudah je lah sebab kalau terangkan pasal ATAS Certificate ni diorang angguk je sebab nak ambik hati tapi sebenarnya tak faham kan? Hahaha unless kalau member tu course engineering, yes I'll share with them the full story of this ATAS Certificate problem huhu

Belum apa-apa lagi fius dah terbakar mmmmm

*****

Pada setiap peristiwa di atas, awal-awalnya pasti ada momen yang aku menangis sebab tersentak dan terkejut bila baca surat/email yang aku harapkan supaya aku tak baca hahaha kalau tak menangis depan ibu maksudnya ada lah waktu yang aku nangis sengsorang haih aku pun tak sangka ramai kata aku emotionless dan hati batu padahal banyak kali je menangis hahaha hati tisu je sebenarnya.

Atas beberapa contoh yang aku pilih untuk dikisahkan di atas, walau tak suka dan ntah sudah berapa kali pun aku menangis pada permulaannya itulah momen-momen yang mengajar aku tiada seorang pun dalam dunia ni yang akan dapat semua yang dia nak. Lagi kita nak benda tu, lagi kita akan diuji. Lagi kita tak favour, lagi dia akan terjadi.

Kalau dapat semua yang kita mahu, maka akan hilanglah kenikmatan menjadi hamba itu. Hakikat seorang hamba bukankah untuk menyedari diri ni lemah agar sentiasa mengharapkan pergantungan dan pertolongan dari tuannya?

Canola Field, Nottingham 2017

And for that "Mesti bestkan dapat semua yang kau nak" assumption, I didn't blame that person for seeing it thay way (:

Mungkin sebab dia nampak hidup aku ni smooth dan menarik je kot lol

Kuncinya adalah untuk sentiasa merasa cukup dan bersyukur atas apa yang Allah beri. Setiap perkara itu boleh menjadi nikmat atau musibah. Menjadi satu nikmat jika kita mensyukuri apa yang kita dapat dan menjalaninya dalam keadaan yang Allah redhai.

Untuk course yang aku masih struggle ni, aku hanya mengharapkan yang terbaik dan terus bersangka baik kepada Allah. Sepertimana seorang ibu itu sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya, apatah lagi Allah ar-Rahim yang berganda-ganda kasih terhadap hambaNya (: 

Mind that, bukanlah terbaik pada kaca mata dunia, tapi terbaik pada neraca Allah.

As how this entry is titled, I'm not lucky to have the chances belajar di overseas and stuff. But yes, I'm lucky enough to be tested with the things that I hate the most yang di hujungnya aku sentiasa menemui kebaikan yang tersimpan. Kerana seperti kisah-kisah sebelum ini, yang paling aku tidak mahu dan paling tidak suka itulah akhirnya yang menjadikan aku seperti sekarang -- Seorang hamba yang lebih mengenali TuhanNya.


"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk terus tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh" (an-Naml:19)

Looking forward for a better me at the end of this 2018 (:

Biiznillah.

p/s: Mohon doa pls, nak exam lagi 2 minggu ni hehe

No comments: