Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Monday, April 14, 2025

My Yusra

 "Semuanya susah. Tapi bersusah untuk yang mana satu adalah pilihan kita."

Tak akan lupa; dan sentiasa teringat pesanan usrahmate yang satu ni. Waktu tu rasa macam wow sangat dengan dia yang tengah siapkan FYP untuk habiskan Law Degree. Bacaan demi bacaan dia buat untuk siapkan kajian yang menjadi antara penentu akhir sebagai student.

Membaca buku dari kulit ke kulit adalah hal di luar norma seorang student yang ambil Engineering course. Sebab tu rasa macam 'wow' nya orang yang kena banyak membaca ni :p

"semuanya susah" -- betul lah tu. Walaupun dalam bidang engineering tak memerlukan kau membaca dari kulit ke kulit, tetaplah susah juga dan menangis nak menghabiskan 4 tahun tu.

Bukanlah kehidupan yang nyata kalau tiada yang susah dalam hidup kita. Cuma kita sudah memilih kesusahan yang mana satu. Maka, kita hadap sahaja dan hidup dengan dia hingga terasa senang.

Kemudian, akan didatangkan ujian lain pula. Because life, it's a constant struggle:

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ

"Indeed, We have created humankind in constant struggle." [Al-Balad: 4]


**************************

Itu adalah kisah di zaman belajar, dan ini pula kisah aku sepanjang kandungan kedua;

Sept 2024
Paling mencabar masa masuk awal trimester ketiga, zauj outstation ke Turki untuk 9 hari. Mencabar sebab tengah mengandung dengan nak uruskan toddler yang tengah aktif melompat-lompat. Mujur ada keluarga tempat berteduh dan mohon bantuan.

Lepas dia balik dari Turki ingat bolehlah tarik nafas sikit. Sebab kebanyakan hal berkaitan Ya'qub memang zauj yang selalu uruskan. Tapi, beberapa hari lepas tu zauj buat minor operation dekat bahagian kaki. Pergerakan dia jadi sangat terhad. Ye lah bahagian ankle kaki kan :'D

Jadi, semua hal yang selama ni di bawah department zauj (read: semua berkaitan Ya'qub kecuali masak) kita take over selagi kaki dia tak pulih sepenuhnya. Hantar-ambik dari taska, mandikan, basuh berak dia :') kena layan tantrum dia lagi yihhh

Masa tu penat sangat dan rasa patah sebelah sayap. Dengan dah saratnya, kena masuk office dan keluar seawal 6am, uruskan Ya'qub ke taska pagi-pagi. 7 bulan pregnant tapi kena dukung Ya'qub (~10kg) ke parking sebab 6am tu dia tengah tidur lagi. Sendu keh dengan kesunyian pagi tetibe ada ibu mengandung yang sorang ni tengah dukung anak ke tempat parking mmm.

Tak sampai hati nak merungut atau nangis depan zauj sebab sepanjang dia uruskan Ya'qub dan tolong buat kerja rumah tak pernah sikit pun dengar dia merungut. Dan keadaan kaki dia tu pun bukanlah something yang dia minta jugak. So, kita tahan je lah air mata depan dia sebab tak nak dia rasa serba salah. Bila tengah sorang-sorang atau berdua dengan Ya'qub mesti menangis jap nak lepaskan rasa penat tu.

Bila menaip momen ni pun boleh menitis air mata balik *cari tisu jap* rasa bersyukur sangat Allah hadirkan kekuatan fizikal dalam waktu-waktu kita rasa boleh je memilih jadi lemah.

Waktu tu selalu remind diri, ni semua sementara. This thing shall pass eventually. Kecik sangatlah ujian yang Allah bagi. Bukannya kena PJJ dengan zauj pun kan :p

Alhamdulillah 'ala kulli hal,

Hampir sebulan lalui fasa tu dan zauj dah cuba untuk drive balik perlahan-lahan. Tugas-tugas hakiki beliau di rumah pun mula diambil kembali sikit demi sikit. Dia dah fully recover baru kita cerita yang selama ni kita nangis je masa kena uruskan ya'qub sorang-sorang. Penat eh jadi perempuan ni. Masa tu terbayang macam mana lah orang boleh buat single-parenting ek T____T

Sepanjang fasa patah sebelah sayap tu bersyukur sangat kandungan tak ada masalah. Walaupun badan terasa penat dan kena angkut anak berat 10kg tu.

Hidup di dunia sifatnya memang menjanjikan manusia untuk bersusah payah. Kalau senang pada semua hal, cubit-cubit pipi sikit. Tah tah sebenarnya kita dah mati dan alhamdulillah berjaya masuk ke syurga. Allahu :')

Tapi, yang best pada setiap kesusahan tu Allah telah menjanjikan ada kesenangan yang hadir bersama. Antara kita sedar atau tidak saja.

Dan aku; sangat merasai bayi dalam kandungan ni adalah "Yusra" aku ketika tu. Tidak sedikit pun meragam. Seperti tahu ibu dia dalam keadaan serabut. Terima kasih sayang :')

Dan untuk 9 bulan yang lepas, segalanya terasa mudah sepanjang waktu mengandung. Sama seperti mengandungkan Ya'qub dulu; Alhamdulillah tiada morning sickness, tiada sakit-sakit, BP normal, HB normal, tiada GDM, takde ngidam pelik-pelik. Cuma yang berbeza untuk kandungan kali ni kena masuk office setiap hari :')

Alhamdulillah, sungguh ujian itu satu proses pembersihan.

Juga mengembalikan.

**************************

Lemme introduce you to my Yusra --


May you always be the 'Yusra' to anyone’s ’Usr—

A light in their darkness,
A calm and comfort in their storm,
A living sign of hope and grace in times of trial,
A gentle reminder that there's ease in every hardship; as promised (94:5-6)



Friday, July 29, 2022

The 9months journey with you

Sedang menaip sambil menatap wajah anak yang sedang tidur nyenyak di depan mata. Baru ada masa bertenang sikit untuk bercerita bila baby dah pandai tidur sendiri. 

Alhamdulillah. Benarlah rezeki itu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Rezeki juga boleh jadi bila kau letak je anak atas tilam, dia lena sendiri.

Jauh pulak aku nak imbas kembali pengalaman masa baby masih dalam perut. Tapi aku cuba perah jugak ingatan ni sebab kalau bukan sekarang ntah bila aku nak arkibkan semua kenangan yang ada. Kenangan yang aku rasa precious untuk diingati supaya tak lupa diri.

Sedar diri tu kerdil dan bagaimana Allah mentarbiah dan menghadirkan rezeki-rezeki dari pelbagai arah sepanjang 9 bulan mengandungkan si kecil ini.

Nikmat yang paling besar dirasai adalah keberadaan suami yang setia di sisi.

Kadang aku macam jem jugak bila orang asyik post kisah-kisah suami tak bertanggungjawab. Dekat mana hampa jumpa spesies laguni? Dah jadi satu hal bila wanita-wanita bujang dekat luar sana takut nak berumahtangga sebab risau berlakikan sejenis pe'el begini.

Di tengah-tengah kebejatan dunia ni janganlah sampai menidakkan keberadaan lelaki soleh yang ada atas muka bumi. Kesian mereka yang soleh disamaratakan perangai depa dengan lelaki taguna yang hampa jumpa di luar sana.

Melihatkan kawan-kawan terdekat yang juga dijaga oleh tangan-tangan yang baik cukup buat aku yakin circle lelaki soleh itu masih wujud.

Tak, sekarang ni aku nak cerita pasal perjalanan mengandung aku. Tapi dah macam bagi tazkirah BM pulak.

**************

Mengandung ni bukan je tarbiah untuk golongan isteri. Tapi turut menguji EQ kaum suami. Kesian betul bila fikir balik macam mana suami aku melayan mental isteri dia ni. 1st trimester paling gila sebab aku sendiri tak faham apa aku nak lepas tu expect suami aku faham apa aku nak. Jem.

1st trimester ni memang tak boleh buat main. Suami aku tak tanya aku lapar ke tak pun dah boleh jadi modal merajuk. Itu antara peristiwa yang buat aku malu sendiri bila fikirkan balik. Kesian dia dari nak belanja roti canai pagi tu, terpaksa bawak aku round kampung sampai 2x pusingan tunggu aku bertenang sikit hahahaha.

Kadang aku rasa macam dah penyabar dah. Rupanya suami aku tahap kesabaran dia lagi tinggi.

2nd trimester berjalan dengan lancar sebab dah faham emosi sendiri dan suami pun dah kerap tanya aku lapar atau tak (gara-gara guwa merajuk dulu). Konsep happy wife, happy life itu sesungguhnya benar.

Cuma masa ni cabarannya adalah berhadapan dengan sistem KK yang selalu buat aku tak keruan. Sampai tak boleh kira ntah berapa kali air mata tumpah bila keluar dari KK. Kalau nak uji tahap kesabaran korang, bolehlah cuba-cuba checkup di KK.

Mujur suami jenis menerima je semua tangisan isteri dia hahaha masuk kereta je mesti membebel nak lepaskan geram. Kalau ada isu kat KK tu mesti 1 hari moody. Again, happy wife happy life kakaka.

Hujung-hujung 3rd trimester tu aku diuji pulak dengan baju, kasut dan seluar yang tak muat dah. Tiap kali nak keluar kemana-mana akan mental breakdown. Rasa macam tahpape pulak bila suami tanya, "eh kenapa nangis ni?"

dan jawapan dia adalah "KITA TAK MUAT DAH NAK PAKAI BAJU DENGAN SELUAR TU. KASUT PUN TAK MUAT DAH."

oklah lepas tu suami aku pujuk macam biasa tanpa dia sedari sebenarnya aku harapkan dia bagilah hadiah baju baru ke, kasut baru ke -_- aku penaddd kasi hint sampai kena bagitau sendiri nak kasut baru. Alih-alih dia suruh aku beli je nanti masuk splitwise.

Tips rumahtangga: nak apa-apa bagitau direct je. Tak payah bagi hint sebab nanti sendiri makan hati.

Begitulah lelaki, tak semudah itu mereka nak faham benda-benda indirect.

**************

Itulah serba sedikit peristiwa dan kisah yang aku nak diingatkan untuk next pregnancy. Antara motif aku menulis sekarang supaya tak ada drama-drama nonsense yang tak menguntungkan hahaha

Juga untuk aku nukilkan setiap satu pengorbanan suami dari awal-awal kehamilan sampailah sekarang. Kerana kisah-kisah pengorbanan seorang bapa jarang sekali didendangkan sepanjang 9 bulan kehamilan.

Kalaulah blogspot ni masih wujud 10 tahun lagi, moga Ya'qub baca dan hargai betapa ayahnya sangat menjaga dia sejak bulan pertama dia menginap dalam rahim ibunya.

30th May 2022

Thankyou sayang sebab selalu belanja makan sedap-sedap, validate perasaan saya dan selalu pujuk bila nangis, belanja masuk kelas pre-natal and dengar sama-sama, selalu drive ulang-alik ke KK, sentiasa ada setiap kali checkup, bayarkan semua perkara-perkara yang berkaitan tanpa sedikit pun berkira :') moga syurga buat awak dan dimurahkan rezeki sentiasa <3