Wednesday, December 31, 2025

2025 in a summary

Dah lama tak buat any post.

Last entri pasal anak ke-2.

Dia macam life update yang tetibe kan.

Lepas tu tetiba dah hujung tahun.

Dapat buat 2 post dalam masa setahun untuk fasa sekarang ni pun dah dianggap sebagai big achievement ok. *tiup tudung*

Kalau tengah menaip dan terkenang kisah kelakar pun kena gelak laju-laju sebab nak siapkan post sebelum anak terbangun.

Tak pernah pulak tahun sebelum ni aku nak buat recap atau entri muhasabah. Tapi 2025 ni lain sedikit turun naiknya.

Tahun yang kadang rasa aku adalah mak dan isteri paling lembut di dunia.

Juga, masa yang sama aku lah mak dan isteri yang menjadi naga.

Banyak perubahan besar yang berlaku dalam 2025 --

Bermula dengan kelahiran Yusra di bulan Januari. Anugerah yang tersangat manis dan sampai sekarang bila tengok Yusra, sentiasa sejuk hati. Anak yang sangat mudah dijaga macam abang dia. Mesra program dan mesra akhawat. Seawal 3 bulan dah kena angkut ke mabit :') neves pada awalnya. Tapi alhamdulillah, Yusra being 'Yusra' kalau dia berjaga 2-3 pagi pun dia tak pernah menangis/merengek. Cuma mata kita je lah koyak nak kena perati je dia sampai dia nak tidur balik huhu.

Menjadi ibu anak dua dengan pengalaman yang masih mentah sebagai "ibu muda", otak dan badan pun terkejut dengan emosi sendiri. Ya, bukan zauj kita je wak yang rasa isteri dia macam orang gila. Kita sendiri pun lost tak jumpa mana diri kita yang tenang tu.

Maternity Leave 5 bulan pun masih belum dapat kembalikan diri kita yang tenang tu.

Tiap hari melalui rush morning.

Seawal 6 pagi dah kena keluar rumah. Angkut anak-anak yang tengah tidur sekali. Balik petang. Kalau bertuah, waktu malam yang tak ada usrah/program boleh spend masa dengan anak-anak. Ada masa petang dah kena bersiap untuk program malam. Kadang jumpa anak dalam kereta je, drop dia kat rumah dan terus gerak ke program.

Ibu-ibu bekerja yang tinggalkan anak di waktu siang pun terperangkap dengan rasa serba-salah (read: mom-guilt). Apatah lagi yang tinggalkan anak di waktu siang untuk bekerja, lepas tu malam keluar lagi untuk ke usrah.

Memang pernah pergi ke usrah rasa rindu nak bersama dengan anak SEBAB KAU TAK JUMPA DIA SEHARIAN TAU.

Jadi, macam mana struggle sekali pun nak kena handle 2 orang anak sambil usrah kitonyo tetaplah angkut dedua pergi sekali. Walaupun diorang akan main dekat tepi-tepi je.

Masa murabbi acknowledge perasaan seorang ibu bekerja dan sangat mengalu-alukan untuk bawak anak sekali ke usrah >> RASA NAK NANGIS TERHARU!

"Macam mana makcik boleh baca isi hati saya? T___T Ya, naqibah sebelum ni pun tak pernah marah pun bila bawak anak. Tapi tak pernah ada sesiapa pun verbally acknowledge yang kita bawak anak ni bukan sebab takde siapa boleh jaga diorang dekat rumah. Tapi sebab kita rindu nak duduk bersama mereka."

begitulah bisikan hati saya ketika itu.

Jzkkhair akhawat yang memahami, yang tolong pegang, tolong jaga, tolong segala-galanya :') yang menyayangi dan melayani anak-anak saya sebaiknya.

Ni kita belum cerita pasal pengurusan rumah lagi ya.

Jadi, memang layaklah untuk aku jadi wanita gila di fasa ini.

At one point, aku rasa kerja shift pagi, mode kerja yang tak flexible, tak boleh hybrid >> sangat tak sihat untuk jangka masa panjang sebagai seorang daie, isteri, dan ibu.

Datanglah satu lagi keputusan yang gila iaitu job hunting.

Rezeki Allah hadiahkan kerja baru yang flexible :')

Masa dapat iv tu memang berdoa sepanjang masa.

Moga Allah kurniakan yang terbaik. Kerja yang lebih memudahkan urusan dakwah dan urusan rumahtangga.

3 bulan di company baru, Alhamdulillah dipermudahkan semua. Lebih banyak masa dengan keluarga dan dakwah. Terharu sangat tiap pagi dapat siapkan anak-anak dengan zauj. Dapat sembang dengan Ya'qub sebelum dia pergi sekolah. Kalau rajin sikit, dapat masakkan breakfast untuk semua :')

Tahun 2025 jugak tahun bermulanya my affiliate journey. Mula-mula cakap dekat zauj nak try buat eksperimen je. Alhamdulillah dah 6 bulan, dan setakat ni berjaya capai 4 angka :') hehe bolehlah jadi duit kopi.

Alhamdulillah untuk turun naik tahun 2025.

Banyak hal yang tak terjangkakan. Azam kali ini bukanlah yang besar-besar. Kembali kepada asas -- menjadi abid yang lebih baik, isteri dan ibu yang penyayang juga penyabar. Tentu juga anak yang lebih taat dan berlemah lembut dengan orang tuanya :')


Monday, April 14, 2025

My Yusra

 "Semuanya susah. Tapi bersusah untuk yang mana satu adalah pilihan kita."

Tak akan lupa; dan sentiasa teringat pesanan usrahmate yang satu ni. Waktu tu rasa macam wow sangat dengan dia yang tengah siapkan FYP untuk habiskan Law Degree. Bacaan demi bacaan dia buat untuk siapkan kajian yang menjadi antara penentu akhir sebagai student.

Membaca buku dari kulit ke kulit adalah hal di luar norma seorang student yang ambil Engineering course. Sebab tu rasa macam 'wow' nya orang yang kena banyak membaca ni :p

"semuanya susah" -- betul lah tu. Walaupun dalam bidang engineering tak memerlukan kau membaca dari kulit ke kulit, tetaplah susah juga dan menangis nak menghabiskan 4 tahun tu.

Bukanlah kehidupan yang nyata kalau tiada yang susah dalam hidup kita. Cuma kita sudah memilih kesusahan yang mana satu. Maka, kita hadap sahaja dan hidup dengan dia hingga terasa senang.

Kemudian, akan didatangkan ujian lain pula. Because life, it's a constant struggle:

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ

"Indeed, We have created humankind in constant struggle." [Al-Balad: 4]


**************************

Itu adalah kisah di zaman belajar, dan ini pula kisah aku sepanjang kandungan kedua;

Sept 2024
Paling mencabar masa masuk awal trimester ketiga, zauj outstation ke Turki untuk 9 hari. Mencabar sebab tengah mengandung dengan nak uruskan toddler yang tengah aktif melompat-lompat. Mujur ada keluarga tempat berteduh dan mohon bantuan.

Lepas dia balik dari Turki ingat bolehlah tarik nafas sikit. Sebab kebanyakan hal berkaitan Ya'qub memang zauj yang selalu uruskan. Tapi, beberapa hari lepas tu zauj buat minor operation dekat bahagian kaki. Pergerakan dia jadi sangat terhad. Ye lah bahagian ankle kaki kan :'D

Jadi, semua hal yang selama ni di bawah department zauj (read: semua berkaitan Ya'qub kecuali masak) kita take over selagi kaki dia tak pulih sepenuhnya. Hantar-ambik dari taska, mandikan, basuh berak dia :') kena layan tantrum dia lagi yihhh

Masa tu penat sangat dan rasa patah sebelah sayap. Dengan dah saratnya, kena masuk office dan keluar seawal 6am, uruskan Ya'qub ke taska pagi-pagi. 7 bulan pregnant tapi kena dukung Ya'qub (~10kg) ke parking sebab 6am tu dia tengah tidur lagi. Sendu keh dengan kesunyian pagi tetibe ada ibu mengandung yang sorang ni tengah dukung anak ke tempat parking mmm.

Tak sampai hati nak merungut atau nangis depan zauj sebab sepanjang dia uruskan Ya'qub dan tolong buat kerja rumah tak pernah sikit pun dengar dia merungut. Dan keadaan kaki dia tu pun bukanlah something yang dia minta jugak. So, kita tahan je lah air mata depan dia sebab tak nak dia rasa serba salah. Bila tengah sorang-sorang atau berdua dengan Ya'qub mesti menangis jap nak lepaskan rasa penat tu.

Bila menaip momen ni pun boleh menitis air mata balik *cari tisu jap* rasa bersyukur sangat Allah hadirkan kekuatan fizikal dalam waktu-waktu kita rasa boleh je memilih jadi lemah.

Waktu tu selalu remind diri, ni semua sementara. This thing shall pass eventually. Kecik sangatlah ujian yang Allah bagi. Bukannya kena PJJ dengan zauj pun kan :p

Alhamdulillah 'ala kulli hal,

Hampir sebulan lalui fasa tu dan zauj dah cuba untuk drive balik perlahan-lahan. Tugas-tugas hakiki beliau di rumah pun mula diambil kembali sikit demi sikit. Dia dah fully recover baru kita cerita yang selama ni kita nangis je masa kena uruskan ya'qub sorang-sorang. Penat eh jadi perempuan ni. Masa tu terbayang macam mana lah orang boleh buat single-parenting ek T____T

Sepanjang fasa patah sebelah sayap tu bersyukur sangat kandungan tak ada masalah. Walaupun badan terasa penat dan kena angkut anak berat 10kg tu.

Hidup di dunia sifatnya memang menjanjikan manusia untuk bersusah payah. Kalau senang pada semua hal, cubit-cubit pipi sikit. Tah tah sebenarnya kita dah mati dan alhamdulillah berjaya masuk ke syurga. Allahu :')

Tapi, yang best pada setiap kesusahan tu Allah telah menjanjikan ada kesenangan yang hadir bersama. Antara kita sedar atau tidak saja.

Dan aku; sangat merasai bayi dalam kandungan ni adalah "Yusra" aku ketika tu. Tidak sedikit pun meragam. Seperti tahu ibu dia dalam keadaan serabut. Terima kasih sayang :')

Dan untuk 9 bulan yang lepas, segalanya terasa mudah sepanjang waktu mengandung. Sama seperti mengandungkan Ya'qub dulu; Alhamdulillah tiada morning sickness, tiada sakit-sakit, BP normal, HB normal, tiada GDM, takde ngidam pelik-pelik. Cuma yang berbeza untuk kandungan kali ni kena masuk office setiap hari :')

Alhamdulillah, sungguh ujian itu satu proses pembersihan.

Juga mengembalikan.

**************************

Lemme introduce you to my Yusra --


May you always be the 'Yusra' to anyone’s ’Usr—

A light in their darkness,
A calm and comfort in their storm,
A living sign of hope and grace in times of trial,
A gentle reminder that there's ease in every hardship; as promised (94:5-6)



Monday, May 13, 2024

Tidak Berada, Tapi Ada

Antara culture shock zauj masa awal-awal kahwin dulu adalah family kita tak selembut dan sesopan macam family dia.

Kitorang adik-beradik pun bahasakan kau-aku.

Which benda tu adalah sesuatu yang biasa dalam circle kawan-kawan rapat dan kejiranan kitorang.

Dia macam geli-geleman bila kau bersweet dengan adik-beradik sendiri. Hah gitu. Abang aku dulu pun dia tak bagi tegur kalau terserempak dengan dia masa otw balik dari sekolah.

Sejak dari tu memang aku sombong je dengan abang sendiri hahahaha

Pastu ada satu hari tu dia datang -- "weah kawan abang kata kakcik sombong sebab tak tegur abang sendiri."

Lahhhh dia hilang ingatan rupanya dulu dia pesan apa.

"takdelah aku nak jugak orang tahu adik aku pandai, femes, cantik."

ok belakang-belakang tu kita tambah sikit ayat hiasan.

****

ok jap so posting ni nak cerita ke mana?

****

Hah so begitulah ragam keluarga kita wakk.

Termasuklah dengan ibu abah, dari kecik berat mulut nak ucap sayang depan-depan. Dah besar baru boleh loving sikit-sikit haha

Walaupun kitonya suka menyakat ibu abah sendiri, macam suka kacau kata ibu dah gemuk atau gaduh-gaduh sikit sebab ibu asyik shopping manjang >> tapi tetaplah mereka soft spot di hati ini.

Dari zaman dekat SABDA lepas tu masuk KMB lepas tu pergi UK, setiap kali bersembang dengan kawan-kawan pasal ibu abah mesti menitis air mata ni.

Tiap kali teringat ibu abah, hati tisu ni akan menyebabkan air mata mengalir jua.

Selama ni kalau bersembang dengan zauj pasal ibu abah selalunya yang funny funny je. Tapi ada sekali tu tercerita pasal kenangan masa kecik pasal abah kumpul voucher Pizza banyak-banyak sebab nak bawak 1 family makan Pizza.

Masa tu aku lupa sebab dah lama tak cerita pasal struggle ibu abah besarkan kitorang. Aku lupa yang aku masih ada soft spot pada setiap kisah tu.

Kat situ jugak aku tak dapat habiskan cerita straight away. Aku ambik sesaat dua untuk hembus hingus dulu sebelum sambung cerita.

****

Semakin kita mendewasa, semakin kita akan faham betapa susahnya parents kita berjuang untuk membesarkan kita dengan baik.

Semakin kita mendewasa, semakin kita sedar untuk ada parents yang baik dan berjuang untuk kita itu adalah satu nikmat.

Nikmat yang tak semua orang ada.

Untuk ada sokongan ibu di saat kita baru sahaja bergelar ibu. Untuk ada abah yang masih melindungi di saat suami keluar kerja berjauhan. 

*nangis*

Sepertimana kita tak suka dibandingkan dengan anak orang lain, begitu juga parents kita akan sedih jika dibandingkan dengan parents lain. Walaupun hidup kami tidak semewah yang lain masa kecil, tetaplah kehidupan kecil aku terasa sempurna.

Sebab masa tu aku cuma tahu aku ada ibu dan abah yang terbaik.

Moga syurga tertinggi buat semua ibu dan abah di dunia ini yang sentiasa berikan hanya terbaik buat anak-anak mereka.

****

Ok ni ada 1 lagu yang kita akan nangis tiap kali menyanyi tiap bait lirik dia --





Tuesday, February 14, 2023

Just at the right time

 Antara perbualan yang terawal masa mula kahwin dulu —


“Awak ada approach kita ek” - him


Excuseeee me?


“Sebab borang awak sampai dekat kita 3 kali.”


Nampaknya unit BM yang sama-sama kami komit ni pernah cuba nak jodohkan kami. Bukan sekali. Malah berkali. Setiap kali dia tukar naqib, naqib baru akan bagi borang BM aku pada dia.


“Oh ni ana pernah dapat dah dulu. Tapi ana takut nak proceed lepas baca borang dia.”


Aku gelak je masa dia ceritakan kembali. Aku pun takut baca borang sendiri. Takut tak akan kahwin haha.


Aku isi borang BM tu masa fasa awal-awal tarbiyah. Kriteria yang diletakkan sangat syadid ya.


Lepas dah kahwin mesti dia rasa aku ni tah hape hape je haha.


“Pastu macam mana yang last ni borang kita boleh sampai pada awak?”


“Lepas fikir-fikir hidup kita ni akhirnya untuk apa. Memang itulah yang kita kena buat. Untuk lebih serius dengan tarbiyah. Bukan lari dari tarbiyah. Dan saya nak embrace segala kekuatan awak.


Masa tu, kita sendiri yang mintak borang awak.” — Him

 

:’)


*******


Bila orang tanya macam mana aku tahu “he’s the one”?


Mungkin kerana doa-doa yang aku lazimkan dari dulu.


Dan dari kriteria yang aku senaraikan, dia ada kebanyakannya. Atau tak terlampau untuk aku katakan dia ada semuanya.


Dan aku, suatu masa dulu juga pernah berdoa — kalau dia bukan jodoh aku, moga Allah temukan aku dengan jodoh yang lebih baik dari dia.


*******


“Borang awak ada pada sorang akh ni. Awak ok ke untuk tengok borang dia?” - Kak S


Setelah seberapa lama, aku dapat msg seperti di atas dari naqibah. Masa tu sedikit pun aku tak sangkakan dia. Sebab setakat yang aku pernah dengar, dia dah dalam proses taaruf dengan orang lain.


Aduh, siapa je lagi ikhwah yang ada dekat UK ni.


“Saya khayr je akak inshaaAllah.”


Received — *YusufZamani.pdf*


Nak menulis apa yang aku rasa pada ketika nama dia yang aku baca — sungguh tidak tergambarkan.


Pada saat aku fikir tak mungkin untuk aku terima borang dia, Allah tunjuk sebaliknya.


Usaha dan doa menemukan kita.


Sentiasa, aturan Allah lah yang terbaik.


*******

“Kalau tahu awak jodoh kita, masa awal-awal lagi kita dah proceed dengan borang awak.”


well,


Jodoh tu, bukan sahaja soalnya siapa. Tapi juga soalnya masa.


Indeed, we met at the best of time.


Moga Allah sentiasa ada dalam perjalanan rumahtangga kita.

Thursday, January 19, 2023

Ujian


وَاعْلَمُوْٓا اَنَّمَآ اَمْوَالُكُمْ وَاَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۙوَّاَنَّ اللّٰهَ عِنْدَهٗٓ اَجْرٌ عَظِيْمٌ ࣖ


"Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al-Anfal:28)


Tak pernah rasa ayat ni sangat berat hingga bila Ya’qub dah lahir.


“Esok kita meeting sekejap dekat pejabat KL boleh? Kita buat resolusi yang tertangguh masa retreat hari tu” — akhi A


Dan, tak pernah sebelum ni pergi program sambil menangis sebab nak duduk rumah je.


Sebelum ni menangis nak pergi program. Kalau ada halangan tu menangislah cari jugak jalan supaya dapat pergi. Macam-macam alasan bagi dekat ibu abah. Sampai tahap ibu abah dah percaya nak lepaskan kita kemana-mana untuk bermalam ke program.


Tapi sekarang,


tak tahu mana hilang diri yang dulu,


“Awak, kita nak duduk dengan Ya’qub je boleh?”


Dilemma ibu yang bekerja.


Lagi-lagi yang kerja weekend.


“Kita ada hari Ahad je wak nak spend masa dengan dia.”


Dan hari Ahad jugaklah nak buat syura. Ujian betul nak bawa dakwah bila masing-masing dah masuk fasa bekeluarga dan bekerja. Weekend yang nak diluangkan dengan keluarga, digunakan juga untuk kerja-kerja dakwah.


Waktu tu sangat berharap zauj kata ok. Haha.


Padahal baitulmuslim itu seharusnya menguatkan.


Nasib baik zauj tak bagi grenlight.


“Takpe, awak pergi sekejap je.”


Hm drive lah sorang-sorang dengan hati yang berat masa tu. 


Sambil menangis. 


Nasib baik ada nasi lemak percuma pagi tu untuk ubat hati haha



**********

“akhi Y minta berehat sekejap sebab dah nak deadline submit thesis PhD”


“akhi AL akan join online je pagi ni. Dia kena jaga anak dekat ward sekarang.”


“Eh anak dia bukan baru masuk ward ke hari tu?” — Akhi S


“Itulah, anak dia kerap ke ward sebab xxxx. Ni dah kali ke-X jugak masuk ward”


**********


Pagi tu baru dapat tahu struggle ahli yang lain.


Malah lagi berat.


Allahu Allah. Malunya pagi tu.


Rasa kecil sangat.


Dan pada akhirnya setiap seorang ada ujiannya.


Tapi tetaplah mereka juga yang laju dalam dakwahnya.


Dan tak pernah rasa terharu sangat bila akhi yang kendalikan syura mulakan perbincangan dengan menghargai kehadiran setiap satu jiwa di situ :’) 


Allah, kenapalah sensitif sangat pagi tu.


اللهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ وَعَلى طَاعَتِكَ


Friday, July 29, 2022

The 9months journey with you

Sedang menaip sambil menatap wajah anak yang sedang tidur nyenyak di depan mata. Baru ada masa bertenang sikit untuk bercerita bila baby dah pandai tidur sendiri. 

Alhamdulillah. Benarlah rezeki itu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Rezeki juga boleh jadi bila kau letak je anak atas tilam, dia lena sendiri.

Jauh pulak aku nak imbas kembali pengalaman masa baby masih dalam perut. Tapi aku cuba perah jugak ingatan ni sebab kalau bukan sekarang ntah bila aku nak arkibkan semua kenangan yang ada. Kenangan yang aku rasa precious untuk diingati supaya tak lupa diri.

Sedar diri tu kerdil dan bagaimana Allah mentarbiah dan menghadirkan rezeki-rezeki dari pelbagai arah sepanjang 9 bulan mengandungkan si kecil ini.

Nikmat yang paling besar dirasai adalah keberadaan suami yang setia di sisi.

Kadang aku macam jem jugak bila orang asyik post kisah-kisah suami tak bertanggungjawab. Dekat mana hampa jumpa spesies laguni? Dah jadi satu hal bila wanita-wanita bujang dekat luar sana takut nak berumahtangga sebab risau berlakikan sejenis pe'el begini.

Di tengah-tengah kebejatan dunia ni janganlah sampai menidakkan keberadaan lelaki soleh yang ada atas muka bumi. Kesian mereka yang soleh disamaratakan perangai depa dengan lelaki taguna yang hampa jumpa di luar sana.

Melihatkan kawan-kawan terdekat yang juga dijaga oleh tangan-tangan yang baik cukup buat aku yakin circle lelaki soleh itu masih wujud.

Tak, sekarang ni aku nak cerita pasal perjalanan mengandung aku. Tapi dah macam bagi tazkirah BM pulak.

**************

Mengandung ni bukan je tarbiah untuk golongan isteri. Tapi turut menguji EQ kaum suami. Kesian betul bila fikir balik macam mana suami aku melayan mental isteri dia ni. 1st trimester paling gila sebab aku sendiri tak faham apa aku nak lepas tu expect suami aku faham apa aku nak. Jem.

1st trimester ni memang tak boleh buat main. Suami aku tak tanya aku lapar ke tak pun dah boleh jadi modal merajuk. Itu antara peristiwa yang buat aku malu sendiri bila fikirkan balik. Kesian dia dari nak belanja roti canai pagi tu, terpaksa bawak aku round kampung sampai 2x pusingan tunggu aku bertenang sikit hahahaha.

Kadang aku rasa macam dah penyabar dah. Rupanya suami aku tahap kesabaran dia lagi tinggi.

2nd trimester berjalan dengan lancar sebab dah faham emosi sendiri dan suami pun dah kerap tanya aku lapar atau tak (gara-gara guwa merajuk dulu). Konsep happy wife, happy life itu sesungguhnya benar.

Cuma masa ni cabarannya adalah berhadapan dengan sistem KK yang selalu buat aku tak keruan. Sampai tak boleh kira ntah berapa kali air mata tumpah bila keluar dari KK. Kalau nak uji tahap kesabaran korang, bolehlah cuba-cuba checkup di KK.

Mujur suami jenis menerima je semua tangisan isteri dia hahaha masuk kereta je mesti membebel nak lepaskan geram. Kalau ada isu kat KK tu mesti 1 hari moody. Again, happy wife happy life kakaka.

Hujung-hujung 3rd trimester tu aku diuji pulak dengan baju, kasut dan seluar yang tak muat dah. Tiap kali nak keluar kemana-mana akan mental breakdown. Rasa macam tahpape pulak bila suami tanya, "eh kenapa nangis ni?"

dan jawapan dia adalah "KITA TAK MUAT DAH NAK PAKAI BAJU DENGAN SELUAR TU. KASUT PUN TAK MUAT DAH."

oklah lepas tu suami aku pujuk macam biasa tanpa dia sedari sebenarnya aku harapkan dia bagilah hadiah baju baru ke, kasut baru ke -_- aku penaddd kasi hint sampai kena bagitau sendiri nak kasut baru. Alih-alih dia suruh aku beli je nanti masuk splitwise.

Tips rumahtangga: nak apa-apa bagitau direct je. Tak payah bagi hint sebab nanti sendiri makan hati.

Begitulah lelaki, tak semudah itu mereka nak faham benda-benda indirect.

**************

Itulah serba sedikit peristiwa dan kisah yang aku nak diingatkan untuk next pregnancy. Antara motif aku menulis sekarang supaya tak ada drama-drama nonsense yang tak menguntungkan hahaha

Juga untuk aku nukilkan setiap satu pengorbanan suami dari awal-awal kehamilan sampailah sekarang. Kerana kisah-kisah pengorbanan seorang bapa jarang sekali didendangkan sepanjang 9 bulan kehamilan.

Kalaulah blogspot ni masih wujud 10 tahun lagi, moga Ya'qub baca dan hargai betapa ayahnya sangat menjaga dia sejak bulan pertama dia menginap dalam rahim ibunya.

30th May 2022

Thankyou sayang sebab selalu belanja makan sedap-sedap, validate perasaan saya dan selalu pujuk bila nangis, belanja masuk kelas pre-natal and dengar sama-sama, selalu drive ulang-alik ke KK, sentiasa ada setiap kali checkup, bayarkan semua perkara-perkara yang berkaitan tanpa sedikit pun berkira :') moga syurga buat awak dan dimurahkan rezeki sentiasa <3


Sunday, May 22, 2022

Kain Putih

Hampir 2 tahun pandemik rasanya boleh kira dengan jari berapa kali je turun daurah/program secara darat. Rindu betul ruh dan suasana tarbiah program-program yang tak dapat dirasai hanya secara maya. Hiruk-pikuk suara anak-anak dekat belakang, waktu tidur malam yang berselang-seli dengan tangisan bayi. Hah begitulah sedikit sebanyak gambaran di kawasan akhawat. Sentiasa timbul rasa kasihan pada akhawat yang berjaga malam sebab nak tidurkan anak.

Major respect kepada para ummahat yang tetap bersama tarbiah walau anak dah bertambah. Dari tiada kepada ada. Dari seorang kepada dua orang. Menjadi AJK dan ibu dalam satu masa. Waktu rehat program terkejar-kejar mahu uruskan anak pula. Antara pemandangan yang tak akan aku lupakan sepanjang berdaurah di UK.

Ada satu masa di masjid Birmingham, aku datang dan duduk tepi seorang kakak yang tengah uruskan anak dia yang baru lepas mandi. Masih kecil dalam linkungan 2-3 tahun rasanya.


"Kita ni kena sangatlah clear kenapa nak ada anak."

Kata kakak tu, sambil-sambil menyapu bedak dan pakaikan lampin pada anaknya.

"Penat jaga anak ni. Kalau tak faham kenapa nak ada anak sia-sia penat kita."


Aku yang masih dalam 2nd year degree waktu tu ditambah bayang calon suami pun masih tiada, masih tetap setia mahu mendengar. Makin kuat rasa ingin tahu kefahaman yang kakak ni pegang, kefahaman yang membuatkan dia mahu menjadi seorang ibu. Walaupun penat dan payah.


"Kalau kita orang yang mencintai tarbiah, kita mesti nak ada anak sendiri. Anak ni ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang akan mencorakkan anak tu."

Dia sambung lagi,

"Kerja kita selama ni mentarbiah orang-orang yang dah dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Jadi, sedikit berbeza pendekatan yang kita akan ambil.

Setiap dari mad'u kita itu unik sebab latar belakang mereka pelbagai. Tapi dengan anak kita ni... 

lahir-lahir dah bersama kita."

 

Aku mula dapat tangkap apa yang kakak ni mahu sampaikan. Maka, bertambahlah lagi satu kriteria yang aku akan cari bila mencari calon suami nanti.


Jadi masa taaruf hari tu belum sempat untuk aku bertanya pendapat berkaitan soal anak, dia (kini zauj) dahulu tanpa sedar mengutarakan 'point' yang aku cari pada seorang suami dan peranan yang harus dimainkan oleh seorang ayah — 


"Ana tengok ada dalam circle ana yang mencari jodoh tanpa memikirkan consequences kepada anak-anak nanti. Sebab yang akan mencorakkan anak-anak adalah ibu bapa tu nanti. 
Jadi ana bukanlah hanya mencari seorang isteri, tetapi isteri yang ada kefahaman sama, yang akan menjadi ibu kepada anak-anak nanti. Supaya fikrah Islam tu dapat diwariskan kepada anak-anak." - Him (April, 2020)

 

Indeed, tanggungjawab seorang ibu-bapa kepada anak-anak yang paling terawal adalah mencari ibu/ayah yang baik buat mereka.

From that time, I know he's the one.

Moga Allah kurniakan kita hidayah dan sentiasa bersama kita dalam mencorakkan anak-anak hingga tercelupnya mereka dengan sibghatullah.


Monday, February 14, 2022

Teruntuk Kamu,

 

Teruntuk kamu orang yang akan menemani tuaku -- 

Aku ingin berbicara denganmu, dengan bahasa sederhana kita, dengan cerita kita, dengan semua kenangan yang terjadi. 

Aku ingin berbicara denganmu, tentang lelucon yang selalu kita tertawakan, tentang anak kita yang akan beranjak dewasa, dan tentang penyakit-penyakit tua kita nanti. 

Aku ingin berbicara denganmu, menghabiskan waktu setiap hari, makan sesuatu yang masih bisa kita gigit, dan duduk didepan teras rumah sambil berayunkan kursi yang juga sudah renta. 

Aku mencintai rupamu, dari saat kau tampan sampai kau semakin tampan kelak dihari tua. 

Aku selalu mencintai orang yang sama, mencintainya berkali-kali setiap hari sampai Allah mengatakan salah satu dari kita harus pulang. -- dan aku masih tetap mencintaimu.

 


Happy 365 days of living together and happy birthday sayang 💕

 


Tuesday, December 28, 2021

Berdamai dengan perbezaan

 Perkahwinan benar-benar satu keajaiban dan antara kekuasaan Allah yang teragung kan?

"Kalau untuk ana pulak, ana nampak kita berdua ni ada personaliti yang berbeza. Bukanlah perbezaan yang sampai tak boleh go tu" - him, a month after entering this sacred contract.

 

Aku angguk dan diam di tepi sebab nak tunggu dia habiskan lagi penerangan tu. Tanpa dia terangkan pun aku dah boleh faham apa yang dia cuba sampaikan.

Memang banyak betul favorism kitorang yang bercanggah.

Bila pergi mamak dia akan order milo ais, dan aku tanpa was-was akan order teh ais.

Aku suka makan ikan, tapi dia akan pilih ayam.

Aku akan pilih ayam isi, dan dia sentiasa cari bahagian tulang pastu makan bersih macam kucing makan ayam 😂

Aku makan pedas, tapi dia tak. Kesian kadang menahan pedas yang naik sampai ke kepala sampai tergaru-garu dia nak habiskan makanan. 

Sekarang ni kalau aku nak teka dia suka atau tak makanan tu, aku akan fikir dulu "aku minat tak benda ni?". Kalau aku tak berapa sangat, ya itulah makanan kegemaran dia 😂 kalau kitorang jumpa makanan yang dua-dua memang minat, kitorang akan teruja betul haha. Rare occasion!


"Contohnya, awak lagi pengemas dari kita hehehe." - dia habiskan point di atas tadi.


aku gelak lepas dia habiskan ayat tu. Sebab bagi aku fitrah perempuan nak semua benda kemas terus adalah satu benda biasa. Ya, aku sangat suka organize barang dan dia suka organize manusia -- Satu benda yang paling aku seram nak buat. Nak bagi arahan dan uruskan manusia. Kalau nak kerja efisyen bahagi-bahagikanlah tugas, hah itu memang cara dia.

So, kalau ada hal-hal yang perlu keluarkan arahan aku akan mintak tolong dia hahaha.

Aku pulak sejenis lebih suka buat benda sorang-sorang sebab tak nak menyusahkan orang dan nak siapkan cepat dengan cara aku. Mudah dan tak banyak hal. Tapi kau akan penat. Dan lagi, sebab aku seram nak bagi arahan.

Ajaibkan bagaimana manusia yang datang dari 2 keluarga berbeza, punya personaliti berbeza, disatukan dalam satu ikatan yang berat amanahnya.

Sedang kita dan adik-beradik yang lain dibesarkan dari ibu bapa yang sama pun sudah cukup berbeza perangainya.

Benarkan, alangkah ajaibnya Tuhan berkerja!


"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir." (Ar-Rum:21)


Hampir setahun hidup bersama, perbezaan-perbezaan ni lah yang mencorak dan menghadirkan aku bahagia. Dan kerana perbezaan personaliti antara kami jugalah yang buatkan aku pilih dia.

Saling melengkapi, saling menguatkan, saling menyokong.

Dia ada kekuatan yang selama ni aku harap ada pada diri aku. Hampir setahun hidup bersama, aku masih bersyukur dan moga sentiasa bersyukur atas peluang yang Allah beri untuk banyak belajar dari dia melalui perkahwinan ni.


"As long as our differences didn't bring any great friction, that's not a big deal aite?"


Berdamailah dengan perbezaan -- Toleransi.

Lagi-lagi atas perkara kecil contohnya, "kali ni kita nak beli milo ais ke teh ais?". Sejak nak menuju gaya hidup sihat kitorang akan order 1 gelas air manis + 1 gelas ais kosong je and kongsi haha 😝 

Perbezaan pada hal-hal manusiawi begini kita teruslah bertoleransi.

Pernah sekali sebelum berkahwin dia ingatkan aku mengenai toleransi ni;

10 Jun 2020 💜

disclaimer: msg dihantar dalam ws group yang ada orang ketiga ya 😬

Hah jadi anda tetapkan sendiri dari awal, sebelum mencari calon apa yang anda cari dalam sebuah perkahwinan? Apa hal-hal yang anda tak boleh bertoleransi?

Supaya memudahkan proses penapisan calon dari awal (:


Sunday, October 31, 2021

Life's Journey

Ada lagi ke orang datang blog ni? Yang recorded visitor dekat Live Traffic Feed tu aku pun tak tau boleh percaya ke tidak. Memang manusia ke yang datang nak membaca atau hanya robot yang randomly terjah mana-mana website? (lol)

Bukan apa, kalau memang masih ada yang datang untuk luangkan masa di sini memang terharu sangat. Sebab tuan blog ni pun dah berbulan sebenarnya tak datang sini :')

Macam biasa, blogspot masih menjadi platform untuk aku menulis panjang tanpa perasaan di jaj oleh netizen haha dan tak ada istilah "eleh benda tu pun nak cerita ke". Sebab engkorang yang volunteer masuk sini kiranya any harm is at your own risk lah kan haha

Alhamdulillah 'ala kulli hal,

life has been amazing for the past months ^^ I'm still thinking it's worth to record every moment down in here. Supaya setiap kali baca balik kisah-kisah tu akan jadikan aku manusia yang lebih bersyukur atas nikmat-nikmat yang Allah turunkan.

Dulu tinggi betul azam nak tulis semua kisah-kisah asrama sepanjang dekat SABDA. Same goes dengan kisah-kisah IB di KMB. Tapi akhirnya semua kecundang. Nan hadooo. Dah sampai UK memang kisahnya banyak di UK je lah. 

Mujurlah masa dekat UK dulu rajin jugak menulis. Bila baca balik rasa macam "wow am i really doing that thing?". Tak tahu dari mana datangnya kekuatan-kekuatan tu. Bersyukur sebab berjaya rekod kebanyakan momen dekat UK dulu. Lagi-lagi masatu dah berhenti tulis diari. Paling best bila kisah-kisah lepas tu menjadi penguat untuk diri yang sekarang T_T like "dulu kau boleh buat, sekarang mesti boleh buat lebih lagi."

So I guess, it's best to just record the moment while you're living it. Berdasarkan pengalaman, memang tak banyak kisah di asrama/kmb yang aktif ditulis bila aku dah berjaya melepasinya haha.

Jadi, salah satu topik yang akan diceritakan lepas ni is my BaitulMuslim journey. For the memory and to educate ppl too inshaaAllah (: Sebelum berubah fasa nanti tetibe dah ada anak, kang cerita pasal anak je kang haaa. Jadi, eloklah kita simpan kemas memori sekarang.

Dan sekurangnya nanti bila ada lagi orang tanya aku "why him?" aku boleh baca balik dekat blog ni "why him?" -- sejenis template jawapan gitu hahaha manalah nak tau one day kita pun terlupa 😂 bagus juga agar sentiasa diingatkan pada niat asal dan mentajdidnya berulang kali.

BM kitorang nampak ceritanya macam simple. Pass pass borang, less than a year tetibe dah kahwin lol. Tapi benarkah ia semudah itu? 

**************

Ok dah bagitau awal-awal lepas ni akan sentuh niche apa. Jadi kalau nak kurang-kurangkan datang blog ni boleh fikirkan dari sekarang haha

p/s: saya sebenarnya seram kalau ramai baca. Kalau tak ada visitor langsung kat sini lagi best sebab boleh syok sendiri 😂


Monday, June 21, 2021

Ya Abati

Dah lama tak menulis sampai rasa tak tau macam mana nak menulis lagi.

Dan yang mendorong untuk tetap menulis buat kali ini sebab teringin sangat-sangat nak menyimpan perkara-perkara tentang abah dalam blog ni. Benda yang aku harap aku boleh cakap depan-depan abah tapi buat masa ni aku pilih untuk tuliskan je di sini.


Sebab,

Sebab aku bukanlah orang yang reti katakan sayang depan-depan. Walaupun semalam father’s day, hari yang sekurangnya akan kuranglah kejanggalan untuk ucapkan betapa sayangnya aku pada abah dan aku taknak ada abah lain selain abah yang aku ada sekarang ni.

Terima kasih abah atas segala yang abah dah korbankan sepanjang besarkan kakcik. Tolong balutkan buku sekolah, tolong kejut awal pagi, masakkan air panas untuk mandi, hantar pergi sekolah dan kemana-mana sahaja kakcik harus pergi.

Yang gigih bawa ke taman walau abah balik pun malam hari, bawa turun beli jajan bila babu sampai, selalu potongkan kuku kaki, potongkan buah mangga dan kupaskan rambutan.

Mungkin abah bukanlah yang terbaik dalam kata-kata, tapi sentiasa yang paling ketara dalam tiap lakunya.


Fahamlah —

Love language abah sangat jelas pada “Act of Service-nya”. Dan kerana love language kita sama, maka mudahlah kakcik memahami lagi. Jadi, sekecil-kecil peristiwa pun kakcik akan ingat dan simpan dalam hati.

Selama kakcik bersama abah, pernah 3 kali je nampak abah marah. Sebab abah pernah cakap one-to-one “abah tak boleh marah anak-anak, nanti abah nangis”

Fahamlah —

Mungkin sebab tu orang selalu kata kakcik cengeng. Sebab mengikut abah kot haha ni tulis pasal abah pun kakcik dah boleh menangis. Tengok gambar abah je dah boleh bergenang air mata.

Pernah sekali abah kena serang sawan sebab doktor tersalah bagi ubat. Masa tu ibu dengan abang cuba untuk sedarkan abah and call jiran untuk bawak pergi hospital. Kakcik paling clueless masa tu, terus masuk dapur nangis sorang-sorang. 

Masa tu kakcik sedar, kakcik sikit pun tak ready kalau abah pergi. Habis nangis, kakcik keluar dari dapur. Muka macam tak ada apa dan terus ikut ke hospital. Tak ada sorang pun tahu kakcik nangis sebab tengok keadaan abah waktu tu.

Betullah, orang kata kakcik ni cengeng sungguh. Sebab bila sebut je nama abah dalam doa boleh terus berhingus. 

Dan abah, dalam doa-doa tu kakcik selalu mintak Allah berkati hidup abah dan masukkan abah dalam syurga yang paaaaaaling tinggi. Kakcik cakap dekat Allah yang kakcik bersaksi abah jalankan tanggungjawab jaga kakcik dengan baik sekali. Abah tak pernah naikkan tangan, abah tak pernah abaikan keperluan, untuk anak-anak abah sentiasa pastikan yang terbaik dalam pendidikan. Dan yang lebih-lebih-lebih lagi abah tak pernah putus asa dalam besarkan kakcik.

************

ya tahu aku patut cakap benda ni depan abah. Cuma rasanya dah boleh agak aku tak sempat habis cakap nanti tapi aku dengan abah dah menangis sama-sama.

Ok cukuplah setakat ni. Aku tak jumpa tisu kat mana. Dah basah baju ni.

Happy father’s day abah. Kisah abah akan sentiasa kakcik ceritakan pada anak-anak nanti. Bahawa betapa lembut dan mulianya hati atuk mereka ini.

Seminggu lepas akad suami cakap "jangan expect kita macam abah tau" -- sebab abah punya level rajin dan melayan anak-anak memang mindblown 😂

"Eh haha tak pernah ada expectation untuk ada suami level macam abah. Awak janganlah risau. Even abang yang hidup membesar dengan abah pun tak sampai lagi level abah 😂"

Reason I rarely share things about abah sebab kang bakal suami takut nak kahwin dengan kita. Risau kalau ingatkan kita ada high expectation pada diri seorang suami eheh :')

Sunday, March 14, 2021

Monthiversary

"Dah nak sebulan kahwin ni, so ada apa-apa feedback ke nak share?" - Soalan yang ditanya masa tengah brunch di mamak. 3 minggu selepas akad.

Mujurlah teh ais mamak tu sedap. Kena habiskan dulu sebelum angkat kaki. Kalau tak lama dah tinggalkan suami sorang-sorang dekat kedai tu. Nak mengelak dan larikan diri dari menjawab soalan dia.

We both agree that we've diff characters in terms of expressing our feelings especially (lol). Penat request kat dia boleh tak nak jawab soalan tu dalam bentuk surat atau tulisan hmmmm. Tapi cadangan ditolak. Dia tak tau ke kita bukan power macam dia yang boleh fikir dengan laju untuk terus bercakap cemtu je. Mintak jawapan on the spot pulak tu. So kita request jugak masa kecemasan untuk berfikir.

Alhamdulillah, request approved :p Dapat tambahan seminggu untuk bagi jawapan (so, cukuplah sebulan kan). Tu pun nak mengelat lagi sebenarnya haha.

Penat dia tunggu jawapan seminggu, end up kita bagi dekat dia jawapan berbunyi teknikal je kahkah kesiannya siapa yang kahwin dengan saya ni. Masih dalam proses untuk belajar untuk express feeling depan-depan. Bagi jawapan pun masa dalam kereta, muka pandang depan, pandang jalan je huhu. Moga Allah ganjarkan pahala yang besar kepada suami saya yang bersabar menghadapi diri ini hahaha.

Dan saya sangat bersyukur berkahwin dengan someone yang expressive ni. Bolehlah belajar and improve skill ni dari dia :p hehe

***********

Kalau ditanya dalam sebulan ni apa yang dirasa, tak tergambar sebenarnya rasa kesyukuran yang sangat tinggi tu. Kalaulah orang tahu ciri-ciri seorang suami yang saya cari, memang orang akan kata — "Shahizan ni forever takkan berkahwin". Terlalu ideal dan respect jugaklah siapa yang berani untuk proceed lepas baca semua ciri-ciri tu :')

I just can't thank you enough for choosing me despite of your (misleading) expectation yang kita ni garang :') What if kalau memang diri ni bebetul garang hahaha padan muka dia kena hadap kegarangan tu seumur hidup. 

Dia kata kita garang sebab waktu meeting tak senyum pun. Alhamdulillah dikurniakan satu kelebihan untuk buat poker face. Kelebihan yang digunakan bila meeting dengan para ikhwah ni. Patutlah selalu menang kalau main game werewolf. Eh tibber.

Bila tengok gambar ni, fahamlah kenapa dia kata garang :')

"Kalau saya 'pergi' dulu takpe. Tapi saya taknak awak 'pergi' dulu."

*breathing in, and out*

"Dekat luar sana ramai lagi orang macam saya, tapi untuk saya jumpa orang macam awak mungkin saya takkan jumpa dah."

I was once speaking out this dialogue to him. Walaupun dalam nada dan situasi yang main-main, I actually meant it. *moment of silence for 3 seconds*. Terus suasana jadi serius jap hahaha

Walaupun masa awal-awal kahwin pernah bagitahu dia yang I'm entering this marriage with the mindset "pasangan kita adalah pinjaman" dan boleh hilang dan pergi bila Allah takdirkan begitu — but still, I'll always pray to Allah may we can spend our time, living together for more years to come and till jannah InshaaAllah.

Disclaimer: Tajuk macam ni untuk sebulan pertama dalam perkahwinan je. Rajin sangat tu nak buat entri sambutan tiap bulan perkahwinan.


Monday, February 15, 2021

I'm Married

Yes, you're reading it right!

Tak tahu mahu bermula dari mana.

Walaupun persetujuan dicapai 10 bulan yang lepas, tapi ada kisah disebaliknya yang lebih panjang dan lama.

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah

*******

"Jan kau taknak kahwin ke? Tak suka sesiapa ke? Takkan nak jadi macam apa tu… yang orang kata andartu tu?" — X, 2017

Tak salahkan dia untuk ada aggapan begitu. Sebab dari dulu segan nak bukak topik cinta, rasa macam tak cool dan terlalu mainstream haha poyonya. Tapi memang susahnya nak jatuh hati dengan mana-mana lelaki. Alhamdulillah. Rasa tu Allah pelihara sehingga bertemu dia (:

Alhamdulillah, my husband gonna be my first and only kekasih hati.

Memang pernah rasa tak realistiknya ciri-ciri yang diletakkan. Tapi tak pernah berhenti berdoa dari dulu (read: bertahun-tahun) untuk seorang peneman yang terbaik dari sisi Allah, dan menepati apa yang ada dalam senarai. Tak pernah. Till I met him and received his BM (baitulmuslim) form.

I'm not putting any high expectation, but he fits my bare minimum atleast. 

"Saya pun khair akak untuk proceed to the next step inshaaAllah sebab tak nampak any contradiction dengan borang saya so far." - 10th Feb 2020

Idk about him but I do feel like Allah has custom us for each other. Our form matched, sampai terfikir dia ni pernah curi-curi baca borang BM kita ke? I don't even have a reason to say 'no' to not proceed with the ta'aruf. 


050420 — mmm nak exam pun tak pernah tampal sticky note formula kat laptop cenggini

5th April 2020,

I'm still in the UK and he already reached Malaysia so it's an online taaruf (covid lagipun kan) haha bersyukur tak perlu taaruf depan-depan. Nasib baik pro buat muka macam tak ada perasaan sebab tak tau nak sorok segan dekat mana.

Cukuplah selama ni dah selalu jumpa dan deal sekali untuk program-program dekat UK.

"Tu lain awak. Organise program dengan taaruf ni tak sama." — kak S

"Awak jangan serius sangat. Ni bukan meeting EMAN tau." — kak S

Haha awal-awal sesi lagi naqibah dah pm tepi pesan macam-macam.

We're taking turn to ask questions, alternately. The 2hrs session went well alhamdulillah. Two hours? Yes dear, the session was that long and we didn't realise the clock's ticking. It's a life decision btw and we've to make everything clear. Takkan kau nak kahwin dengan flat earther kan? Flat-earther ok lah jugak tak membahayakan nyawa. Tapi kalau berkahwin dengan anti-vaksin dan kau pro-vaksin, tak ke ribut taufan rumah tangga tu nanti.

Most importantly, what's the life principle that he wanna live by and does it align with yours? I'm not giving any guarantee the marriage gonna be easy but atleast easier to create the path together since you have the same goal and idea.

There's always risks in any decisions made but we have the control to minimise it at this early stage aite? So, let's use the chance wisely.

Fast forward: Post-taaruf — when ppl asked "how do you know if he's the one?"

To be honest, I'll never know if he's the one till the day we're tied.

But, sure enough I believe I'm the one for him. Firm.

Give more and expect less.

With that in mind, I'll just focus on things that I can control, to improve myself, to support him, to be the best life partner for him — by Allah wills. 

16th August 2020 - officially engaged. First meet up after the taaruf (note: we only met 3 times before getting married. Tu pun 10 saat je sebab nak pass barang haha)

**********

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum:21)


Dan sekarang,
setiap kali saya melihat awak moga-moga keimanan saya akan sentiasa bertambah. Mengingatkan saya pada kebesaran Allah yang mempertemukan saya dengan awak.

Hanya Allah yang tahu apa saya doakan dan mintakan selama ni. Dan selepas beberapa tahun, Allah hantarkan awak pada saya. How could I not put Him first above everything else? — as He's the one who led me to you. He's the one who destined you for me. He's the one who opened our heart to proceed with this sacred contract.

As much as how I will love you, I always pray may Allah always be my first.

Atas nikmat yang sangatlah besar ni, semoga kita lebih banyak beramal dan berbakti. Kerana jika bukan pada jalan ni, mungkin takkan pernah kita saling mengenali apatah lagi untuk disatukan begini.

Thank you for choosing me to be your partner in takwa (:


p/s: ada orang tu ingatkan kita ni macam taknak kahwin :p ntahlah sebab kita punya conversation strict sangat kot. Yelah, dah kahwin nanti barulah boleh nak hantar text sweet-sweet (or maybe he just don't know my love language yet).


Sunday, February 14, 2021

Menjadi Purnama buat Mentari

Jika ditanya bagaimana anda di mata saya —

Ibaratnya si sang mentari;


yang mengeluarkan cahaya, memberi tenaga.

Cahayanya; menghidupkan dan menggerakkan.

Sang mentari yang tak henti dalam memberi dan mencurah manfaat.

Ya, begitulah anda di mata saya;

Sang mentari yang penuh dengan potensi.

***

Dan menjadi purnama;

yang berkongsi surianya dengan penuh rasa bahagia, rasa bangga.

tidak pula cemburu melihat cahayanya sang mentari meliputi makhluk di bumi.

Jika ditanya saya mahu menjadi apa,

Begitulah saya, ingin menjadi purnama buat anda.



Dan lihatlah,
purnama tetap cantik jua!


*********

Ppl are saying you're lucky to catch my heart. Lil did they know I'm luckier to have you by my side.

May Allah bless our decision and guide this sacred contract.

14th February 2021

p/s: and happy birthday too! :p