Sunday, March 10, 2019

The Essence of Tarbiyah

When to be realistic and when is not will always be my biggest dilemma in DnT.
"Akak, what's the borderline?" -- Tanya aku pada murabbi baru-baru ni. 
"Sebab menjadi realistik atau praktikal ni in a way akan mengurangkan any risks dan ujian pengorbanan tu tak hardcore sangatlah. The essence of tarbiyah tu kurang sikit hehe."  

Biasalah kalau dah bawak cara fikir engineer tu memang nak yang paling less risk, less time consuming, yet super efficient!

"Susah nak jawab soalan ni sebab tak ada jawapan yang betul atau salah." - murabbi

Nottingham, 050319

Sejak dua menjak ni selalu muhasabah apa yang dah buat dengan adik-adik usrah sendiri haha

Risau jika terlalu memanjakan.

Risau jika tak pernah tunjukkan jalan bagaimana untuk berkorban.

Hanya kerap mentadabbur ayat-ayat yang menuntut pengorbanan, 

hanya banyak menceritakan kisah-kisah pengorbanan di dalam liqa'.

Tapi bila di medan yang sebenar, aku cepat kasihankan mereka. Bila muncul 2 pilihan, aku akan bentangkan pilihan yang lebih mudah.

Aku tahu mereka sanggup je untuk berkorban. Tapi diri ni yang mudah kasihan.

*sigh*

Sebab aku merasakan menjadi praktikal itu lebih efisyen.

Tanpa aku sedar, ada masa menjadi realistik itu tidak perlu.

"Kadang kita tak bina mindset untuk tadhiyah (berkorban) dalam diri mutarabbi. Adik-adik yang biasa duduk dalam comfort zone sendiri, usrah dan daurah di tempat sendiri je dan susah nak travel selalunya akan ada masalah nanti." - murabbi

Sedarlah aku, masa-masa untuk tidak perlu menjadi terlalu realistik itu adalah bila kita mahu menguji mutarabbi. Untuk menguji sejauh mana dia mahu beramal dengan ayat-ayat tadabbur berkisar pengorbanan. 

Dan bila berkata tentang pengorbanan, tiada apa yang mudah dalam berkorban :')

Itulah ujian tarbiyah di UK. Untuk merasa susah di saat kita boleh memilih menjadi senang. 

Maka, ini juga adalah ujian dan latihan buat para murabbi yang membawa liqa' di UK huu. Latihan dalam memberi kefahaman kepada adik usrah mengapa ada masa mereka perlu memilih jalan yang sukar. 

Ada masa murabbi perlu memberi pilihan yang sukar. Agar tarbiyah yang mereka dapat ini akan lebih dihargai. Walau pilihan itu kelihatan sukar, tapi percayalah bahawa tarbiyah ini tidak mungkin didapati dengan jalan mudah. 

Jika tarbiyah diperoleh dengan mudah, maka mudahlah juga untuk melepaskannya.

Percayalah antunna, tiada murabbi yang tidak sayangkan mutarabbinya. Kerana sayanglah mereka mahu antunna berkorban supaya antunna lebih kuat dan berada lama dalam jalan ini :) Supaya antunna merasai manisnya jalan DnT yang sukar ini.

Cuma itulah -- atas kelemahan diri yang hati tisu ni, aku selalu tak sampai hati. Tsk.

Apa yang antunna dah korbankan sekarang pun dah boleh buat your naqibah menangis terharu. Kalau ada anugerah murabbi paling banyak nangis mungkin boleh menang huhu.

***


8th March 2019, 
Setiap kali antunna yang keluar kawasan dan datang sini untuk usrah, tiap kali tu jugaklah me wanna kerai. Your kakak usrah is soo hati tisu sobs T__T Moga Allah terus menjaga antunna untuk dakwah ni.
Didn't expecting any present pun for my birthday. Tiap kali mutarabbi datang ke wasilah tarbiyah itulah kegembiraan dan hadiah terbesar seorang murabbi sentiasa harapkan -- Jazakillahkhair for that ^^,


No comments: