"Fri, 1 Dec
Nottingham to Dublin
Time to check-in"
Setelah redha dengan segala keputusan yang diambil, email dari RyanAir masuk pula dalam inbox pagi tadi. Seperti menyucuk-nyucuk kembali perasaan terkilan yang pernah hadir tu.
Satu kisah dalam tarbiyyah yang mungkin aku dan usrahmate tak akan lupa sampai bila-bila. Mungkin ini bukan rezeki kita dan Allah mahu ganjarkan dengan sesuatu yang lebih baik.
Berkorbanlah antunna. Walau kedua-duanya atas dasar DnT.
Tanpa menidakkan kehadiran kita ke Dublin, keberadaan kita di satu lagi tempat itu juga penting.
Tanpa menidakkan kehadiran kita ke Dublin, keberadaan kita di satu lagi tempat itu juga penting.
Tetapi jika kita ke sana (Dublin), lebih ramai jiwa yang tidak dapat menerima hak mereka.
Maka, berkorbanlah.
Moga keputusan atas neraca Allah ini lebih diredhaiNya, dan nanti dekat syurga sana sama-samalah kita request sesuatu yang paling kita sukai.
****
"Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu membuat keputusan?" (68:36)
Bila first time dapat ayat ni, terus simpan dalam hati supaya dijadikan satu neraca tiap kali ada keputusan yang perlu diambil. Moga kita sentiasa meletakkan neraca Allah yang paling hadapan atas apa jua pilihan yang diambil.
Dan tiada siapa kata ia akan menjadi mudah.
Biarlah ini menjadi salah satu kisah ketika berdiri di hadapan Allah, kita mampu katakan,
"Sungguh, aku lakukan ini keranaMu dan RasulMu."
Biarlah ini menjadi salah satu kisah ketika berdiri di hadapan Allah, kita mampu katakan,
"Sungguh, aku lakukan ini keranaMu dan RasulMu."
No comments:
Post a Comment