Monday, October 02, 2017

A Beautiful Soul

"Tadi saya on the phone dengan kak M."

Orang depan aku mula buka bicara. Situasi di meja makan yang hanya ada aku dan dia.

Yang lagi tiga khabarkan di ws group mereka baru sahaja makan burger malah kenyangnya masih lagi terasa. Aku yang pada awalnya juga kenyang terus bangun dan keluar dari bilik lepas membaca msg tersebut.

Dapur dijadikan sasaran, tidak lain tidak bukan kerana aku tahu ada orang yang sedang makan keseorangan.

"Hm tiba-tiba rasa nak makan" -- pinggan aku ambil, juga nasi dan lauk yang sudah dipanaskan. Terus ambil tempat duduk di hadapan dia.

***

"Awak tahu tak Kak M rupanya tak tahan sejuk.

And dia takut sangat nak turun masa yang last-last tu.

Yelah takut jadi apa-apa ke kan, dengan sejuk lagi." - sambung kawan aku

Dialog yang benar-benar menangkap perhatian aku. Tak sia-sia rasa nak makan. Sebab dapat tahu satu sisi cerita yang mungkin tiada siapa akan memberitahu.


31st September 2017 -- Cave Dale, Sheffield

***

Jangkaan cuaca yang baik untuk hiking Sabtu lepas meleset sama sekali. Sedang sebelum-sebelum itu hampir setiap hari melihat weather forecast di Sheffield. Setiap kali diperiksa, setiap kali juga diberitakan Sabtu di Sheffield tidak hujan. Nah! secanggih mana pun teknologi yang dicipta manusia masih tetap tidak dapat membaca bagaimana Tuhan itu bekerja. Sungguh.

Aku ringkaskan lagi cerita,

Selepas beberapa jam mendaki, lebih hujan dari sinarnya matahari. Hujan di sini tidaklah selebat di Malaysia. Rintik anak-anaknya menari dan masih mampu membasahkan bumi. Diiringi pula dengan angin kuat yang kadang menerjah tanpa salam, sememangnya menggetarkan lagi setiap rusuk tulang kami 22 orang.

Aku tak sedar pun bila masa diri ni nampak kesejukan sangat. Hingga terdengar suara yang bertanya dari belakang;

"Ijan ok tak? Awak sejuk eh? Nak jacket akak tak?" -berrrrtubi-tubi

"Eh, ok je. Saya pun ada sweater ni." - balas aku

"Yeke? Ambiklah jacket akak ni."

"Tapi akak, semua orang pun sejuk. Akak pun sejuk jugak." - dengan common sense yang ada aku menolak secara halus.

Jika awalnya hanya kesejukan yang menyelubungi, kini perasaan serba salah turut sertai.

"Tak apa, akak pakai double." - Kak M

Tidak sempat membalas apa, dia terus minta aku pegangkan begnya dan buka salah satu jacket untuk aku pakai. Jacket biru cair bertukar tangan dan aku sarung terus. Terasa kurang sejuknya dan kehangatan sedikit terasa.

Perjalanan diteruskan, sama seperti hujan yang turun berterusan. Aku pula masih lagi dengan perasaan, "tapi akak... semua orang pun sejuk juga"


Kak M's only son. He hiked like a champion. Left others far behind as if he's hiking alone.

***

"Awak tahu tak Kak M rupanya tak tahan sejuk. Dia takut sangat nak turun masa yang last-last tu. Yelah takut jadi apa-apa ke kan, dengan sejuk lagi." - housemate yang turut bersama ke Cave Dale

Terkejut. Ironi sungguh statement di atas dengan apa yang Kak M buat pada aku. Aku tanya kawan aku sekali lagi, mahukan kepastian.

"Drive balik dari Cave Dale tu Kak M berhenti sekejap tepi jalan. Nak tidur sebentar katanya. Penat sangat kot awak. Tambah dengan sejuk lagi masa hiking tu. End up kita dulu sampai Notts dari Kak M sampai rumah."

Masa ni aku tak mampu nak cakap apa dah. Air mata yang bergenang aku kesat cepat-cepat kalau tidak masin nasi aku nanti. Kerana hanya Tuhan dan mereka yang ada di situ sahaja tahu betapa sejuknya di atas itu.

Bergenang tiap kali membayangkan susuk yang menawarkan aku jacket Sabtu lepas adalah seseorang yang tidak tahan sejuk rupanya.

How can she be so selfless?

Mendahulukan orang lain lebih dari diri.

Dia boleh sahaja duduk berehat di rumah hujung minggu begini. Kerjaya Kak M yang bukan biasa-biasa sibuknya dan dia masih mahu menggunakan masa rehat yang ada untuk bersama-sama kami?

Bukan pula datang berseorangan, malah bersama komradnya yang masing-masing aku kira kecil juga. Gagahnya dia. Seorang ibu dan murabbi pada satu masa.

Banyak benar yang aku belajar dari satu susuk peribadi. Bukan sahaja dapat hiking dan tadabbur alam. Tetapi tadabbur sikap mulia manusia juga. Aku sedar dan aku tahu, ada sesuatu yang Tuhan mahu ajarkan pada aku.


"Dear you, I hope you are growing up well and knowing that your mom always gives out her best so that people only receive the best from her." - Holding her 2nd child's hand because I always have a soft spot for anak kedua :p




No comments: