Saturday, September 02, 2017

Infiru!

Tadi tanya ibu, "Senawang dekat mana eh?"

Okayyy tahu je jawapan dia. Saja nak double confirm dan bagi berbunyi sikit ruang tamu ni. Tapi soalan aku akhirnya dijawab dengan soalan kembali,

"Kenapa? Kena keluar lagi ke?" - ibu keriyes

"Eh tak. Saja je tanya hahaha" - aku

Dari pertanyaan ibu tu aku dapat bau ayat sebenar yang ingin dikatakan adalah, "Dah nak balik UK ni ada program lagi ke?". Lantas tersedarlah aku yang sebenarnya kurang 2 minggu lagi dah kena balik sana :') mmm rasa macam nak cuti lama lagi tapi nanti kena cop manusia tak bersyukur pulak sebab summer break UK cukup lama dah huhuhehuhe


No, this isn't my house. Rumah foster family sana.

Tetibe teringat pesanan murabbi satu ketika otw ke Birmingham. Beberapa bulan sebelum balik Malaysia;
"Waktu summer nanti mahu tidak mahu akan menuntut masa-masa awak untuk kerap keluar rumah. Daurah adik, daurah awak, uskab adik, uskab awak, program-program lain. Ujiannya pula tidak sama seperti di UK. Kita ada keluarga yang mereka juga ada hak atas masa-masa kita."
Dengan gaya tangan juga reaksi muka yang masih dalam ingatan. Setelah melalui summer break buat pertama kalinya, mahu tidak mahu aku perlu bersetuju dengan pesanan di atas *angguk angguk kepala*. Mujurlah ibu dengan abah tsiqah (percaya) dengan anak dia ni. Nak cerita pasal tsiqah dan bagaimana membina tsiqah ibu bapa ni mungkin entri lain kot huhu (especially buat akhawat)

Setiap dari kita pasti ada cabaran keluarga yang berbeza,

Cabaran diri sendiri lagi. -- mmm I mean, the mujahadah.

The struggle within ourselves.

The struggle to 'infiru'.

Bayangkan bila sedang berada dalam comfort zone (eg: rumah) tak mudah untuk kita keluar pergi ke wasilah-wasilah yang dihidangkan. Sebab tu setiap kali turun uskab nampak muka-muka yang ada rasa kagum dengan jiwa-jiwa ni. Sebab kita tahu tak mudah nak lawan syaitan dan nafsu ni.

Dua lawan satu, tapi yang satu itu menang!


KLS first USKAB -- sebab musim Syawal kan jadi meriah sikit dengan makanan ni


USKAB would be one of the wasilah(s) that I appreciate the most kot sepanjang this summer break. Kalaulah tidak ada yang sama-sama berusaha untuk menjaga biah solehah ini, apa pun boleh terjadi dalam masa cuti 3 bulan huhu. Sayanglah jika hamasah (semangat) yang kita peroleh sepanjang di UK tu tetibe hilang dek kerana rasa nak bermalas-malasan Y^Y takmo takmo



Kitorang memang suka tangkap gambar ala family photo sebab kita kan sedang ber-usrah (keluarga) hahaha ok hambarnya caption mmmm Ada je gambar peace-peace-love-panjat kerusi-golek-golek pe semua tapi sebab taknak semorang dapat heart attack so takpelah simpan dalam folder kemas-kemas je.

Tapi itu cerita awal-awal USKAB. Selalunya ujian kan datang dihujung-hujungnya. Cerita yang "the last one" ni yang mungkin paling aku mahu ingat;

Ehem, jadi... Selasa lepas adalah USKAB yang terakhir sebelum masing-masing pulang ke UKE (UK & Ireland). Seperti biasa tugasan untuk USKAB hari tu diagih-agihkan; siapa yang mahu membawa TnT, memberi bahan etc.

Tapi siapa sangka.... Yaaa aku sendiri tak sangka yang hari Selasa lepas mashaaAllah penat dia lain macam sikit. Mungkin sebab minggu lepas jumpa orang sana sini tak henti-henti and I was not having a proper rest huu padan muka dekat diri sendiri.

Masa tu rasa macam jahat sebab nak bagi alasan penat (MACAM ORANG LAIN TU TAK PENAT JE SHAHIZAN!!!) Masa tu nak je cakap kuat-kuat, "Eh syaitan, kau boleh pergi jauh-jauh tak???" Tapi sebab tetibe seram so cakap dalam hati je lol

Lepas tu kena keluar awal sikit sebab nak survey tempat yang sesuai untuk USKAB dan masa tu promo UBER tak start lagi (promo start pukul 10 pagi huwaaa) kalau tak memang nak pergi lrt naik UBER je sebab kalau guna promo dapat FOC hahaha mengada. 




Jadi tanpa pilihan yang ada, aku jalan kaki ke LRT. Kalau rasa tempat yang aku lalu tu selamat, aku pejam mata jap. Ya jalan sambil pejam mata. Sebab eyy kenapa tak bermaya sangat hari tu. Sepanjang perjalanan aku teruskan beristighfar sebab takut terganggu dengan emosi dan perasaan malas. Tak ke haru dan sia-sia amal ni nanti hah Y^Y

Sampai je tempat yang mahu dituju, aku terus cari port yang sesuai. Bertemankan teh ais secawan kedatangan yang lain aku nantikan.

Tak lama lepas tu, tibalah seorang ukht beserta payung hitam yang diayun-ayun tinggi di tangannya. Payung aku yang tertinggal berkurun lamanya sebab asyik terlupa je nak ambik hahaha padahal summer break ni ntah berapa kali asyik keluar je dengan dia ni 😂

"Mengantuknya hari ni Jannn" -- adalah dialog terawal yang diucapkan. Tak tak, bukan dia nak kata muka aku mengantuk. Tapi dia pun nampak lemau, penat dan mengantuk. Kalau dia tak beritahu pun aku boleh baca dari riak muka dia tu.

Waktu tu kitorang mampu gelak je lah sebab masing-masing pun lemau tapi akhirnya Allah kuatkan juga untuk sampai ke sini :'') Untuk melangkah keluar dari rumah has always been the hardest part but, ya kno the feeling is just temporary.

Selalunya bila nampak muka akhawat yang lain, the positive vibe is there! The energetic feeling datang entah dari mana. All of the sudden hilang terus 'the zombie' feeling tu huhu setiap kali pergi program selalu cemtu. At the end of it, you'll find that the moment you'd spent with these people always worth your time (p/s: I really love our discussion on this very last USKAB) ðŸ˜Š

Tetibe teringat nasib baik tak layan rasa penat pagi tadi. Kalau tak mesti menyesal tak sudah sebab orang lain pun penat tapi mampu je datang Y^Y Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu. Tapi kita terlupa kekuatan tu Allah yang hadirkan. Kekuatan yang juga boleh hadir hanya dengan melihat kekuatan akhawat lain. 

Jadi ku akhiri entri kali ini dengan pesanan dari Syed Qutb dan ayat 'infiru' dari surah at-Taubah sebagai peringatan buat diri sendiri;



"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah:41)

Moga sentiasa dikurniakan himmah yang tinggi untuk terus menggerakkan DnT ini.

2 comments:

Jeko said...

assalamualaikum sis!

nak tanya dua soalan, firstly what is USKAB eh?

another one, how to attract our friends towards usrah eh? since nowadays people tend to avoid to join usrah, lately orang siap post at social media suruh jauhkan diri dari usrah. how do you manage that? i'm a local student by the way.

Shahizan Azmi said...

Waalaikummusalam ^^

USKAB stands for Usrah Kabilah - usrah ikut negeri/tempat berdekatan kita :) USKAB ni salah satu usaha untuk support pentarbiyahan diri bila jauh dari usrahmates and murabbi sepanjang cuti pengajian (esp bila cuti yang sangat lama ni) Pelaksanaannya sama seperti USRAH (ada hadaf dan bahan etc) cuma mungkin usrahmates dan naqibah yang berbeza sebab ikut negeri kan hehe

Tapi bila ada USKAB ni tak bermakna para murabbi boleh lepas tangan dan berehat-rehat minum kopi masa cuti. Murabbi masih perlu keep updated dengan keadaan mutarabbinya. Plus, masa USKAB ni kita boleh luaskan horizon dan berkenalan dengan akhawat lain ^^,

*******

For the 2nd Qs, and how do i manage that mmm rasa tak layak pula nak menjawab soalan tu ^^" but i'll try to share my opinions and few points :) -- kita memang tiada kuasa untuk mengawal SOCMED dan tak boleh halang target mad'u dari baca post sadis macam ni huhu Tapi tak bermakna peluang para dai'e ini tertutup sepenuhnya. Perlu kembali kepada 7 tahapan DF, tak perlu rush untuk ajak dia join usrah tapi rapatilah dia hingga dia kenali kita as orang yang boleh dipercayai dan yang akan bawa dia lebih dekat dengan Allah.

If at the first place they don't have any idea pun yang kita ni sebenarnya budak usrah, bonus point lah kot eh esp untuk orang yang ada bad impression pasal usrah ni. Because I do aware post macam ni selalunya akan cerita "kalau ada orang buat baik dengan kita, jangan rapat-rapat sangat" hahaha idk lah this world is so funny, sebab takkan nak pergi dekat orang yang buat jahat dengan kita pulak kan mmm (ok lari topik pulak)

But, if they already know kita budak usrah dan taknak join usrah sebab post-post tak best tu teruskanlah berbuat baik dan jangan putus asa. Bukan sebab nak ajak dia masuk usrah tapi sebab Allah memang suruh kita buat baik :) Fitrahnya manusia ni memang sukakan kebaikan. Despite all of the infamous posts about usrah yang dia pernah baca, mungkin qudwah hasanah kita yang akan memenangi hatinya? Hingga akhirnya dia mengenali usrah melalui perlakuan kita bukan dari post-post tak best tu huhu

p/s: kena consider juga orang yang buat post suruh jauhkan diri dari usrah tu. Selalunya orang begini ada pengalaman tak best dengan usrah. Kalau mereka tu kenalan kita, mungkin boleh ambil peluang untuk muayyasyah dengan dia. Boleh jadi satu platform yang baik untuk kita sendiri muhasabah dan sejahterakan kembali perasaan dia kepada usrah ini :) Kadang-kadang naqibah tak sempat explain pun tapi adik-adik ni dah lari huu

Last but not least, doa selalu supaya Allah bina ikatan hati dan kuatkan hati kita untuk terima sebarang rejection :')