Thursday, January 05, 2017

01. Cahaya di Spain



26th December 2016

Alhamdulillah, jaulah ke Spain bersama 19 orang bukanlah benda yang mudah. Tak mudah kalau tak dirancang dengan rapi. Syura pertama pun dah dibuat dari pertengahan bulan 10 lagi. Tu pun rasanya dah lewat hahaha sebab berapa kali je syura sebelum ke Spain tu. Sebab kekangan masa, dan masing-masing pun ada banyak academic matters nak kena settle (lagi-lagi bila nak habis term ni).

InshaaAllah, sebenarnya nak berkongsi jaulah kami ni. Baik dari segi teknikal, hinggalah ke peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 6 hari di Spain. Kalau rasa tak cukup teknikal lagi, nanti bolehlah email untuk tanya soalan-soalan yang lebih detail huuu.

Asalnya jaulah ni dibuat oleh Londoners. Pastu saja nak join diorang jugak, sekati je kan. Bertambahlah ahli jaulah yang asalnya hanya Londoners sahaja dengan orang-orang dari Nottingham, Leeds, Dublin. Tak pasal-pasal jaulah ni jadi 19 orang hahaha sorry korang.

Bila ahli dah ramai, kitorang pun bincanglah siapa nak volunteer untuk ajk sekian-sekian (Mas'ulah untuk jaulah ni memang dah ada dari awal). Ajk yang diperlukan waktu tu ajk makanan, bendahari, accommodation, pengangkutan dekat Spain, kebajikan, aktiviti, PIC (person in charge) setiap tempat.

PIC tempat bukanlah ambil alih tugas ajk accommodation. Tak eh, tak. Tapi skop tugasan PIC tempat adalah untuk (1)rancang perjalanan dekat tempat tu, (2)cari tempat solat, dan (3)belikan tiket untuk tempat yang berbayar.

Tempat-tempat yang kitorang pergi kalau mengikut perancangan ialah Seville - Cordoba - Granada - Malaga - Gibraltar. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kitorang sewa minibus sepanjang 6 hari tu. Bermula dari saat kitorang turun dekat Airport Seville sampailah balik, 31th December di Airport Malaga.

Dekat Spain memang akan wujud je language barrier tu. Mujur kak Abin ada download 1 translation apps ni. Communicate dengan pakcik bas untuk benda yang simple ok je. Macam, 

"Here (jari tunjuk tanah) Nineeee (angkat 9 jari)"

Sebenarnya nak kata, esok pagi pukul 9 nak gerak dari tempat yang dia turunkan kitorang ni. Ok je nak cakap benda simple. Tapi akan jadi masalah bila kita nak explain benda yang penting dan waktu tu body language memang tak dapek eh nak nolongnya huhu.




Untuk tidak membebankan ajk makanan (beban dari segi berat beg diorang), setiap ahli jaulah perlu bawa lebih kurang 5 cup beras, 1 packet spaghetti, 3 bawang besar, bawang putih. Benda-benda asas gitu. Dan selebihnya ajk makanan akan settlekan.

Kitorang plan untuk masak sendiri (sebab tu perenggan atas tu beria cerita bahan-bahan asas yang kitorang bawak haha). Setiap orang perlu bawak 2 bekas makanan. 1 untuk lunch, 1 untuk dinner. So, setiap pagi sebelum bergerak semua orang kena hantar bekas makanan ke bilik yang ditugaskan untuk masak (ada giliran).

Bukanlah setiap hari ajk masak je yang kena masak huhu pengsan kakak-kakak kesayangan saya nanti. Diorang yang tetapkan menu dan akan pantau semua bahan cukup ke, semua dah hantar bekas ke and semua dah dapat makanan before naik bas, etc.

Dan dalam banyak-banyak benda, kitorang terlupa bawak minyak masak hahahahaha tapi malam kedua berjaya je singgah supermarket beli minyak masak hihu menu pun bukanlah yang power-power punya. Gilir-gilir menu -- spaghetti tuna, nasi goreng, Aglio olio. Kalau ada menu menarik dan mudah boleh tambah di ruangan komen eh hihihu

Akan ada 1 luggage yang di khaskan untuk barang masakan. So, beg tu yang akan di pass-pass mengikut giliran kumpulan yang memasak.

Accommodation yang Aida carikan memang terbaiklah sobs. Sebab Aida fikir bila semua orang dah berjalan mesti akan penat. Kalau boleh dia nak semua orang berehat dekat tempat yang selesa. Walaupun ada kongsi-kongsi katil. Huhu ketahuilah tak mudah nak cari apartment murah. Bajet besar memang telah di-allocate untuk accommodation dengan minibus tu.

Sebab kitorang memasak sendiri, sangat pentinglah untuk cari apartment yang ada dapur yang lengkap dengan periuk, senduk etc.

Memandangkan kitorang hopping dari satu tempat ke satu tempat, contohnya pagi pertama kitorang terus checkout dari accomm di Seville pastu terus jalan-jalan dekat tempat tu. Beg semua tinggal dalam minibus. Bajet timing dalam pukul 5-6 petang akan naik minibus balik dan bergerak ke accomm seterusnya (Cordoba). Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat ada laa dalam 2 jam. Selalunya pukul 8 malam dah sampai, check-in dan rehat-rehat. Esok pagi buat cara yang sama lagi.

Ada juga yang buat trip ke spain stay di satu hotel je, contohnya Malaga. Sebab dari Malaga nak ke setiap tempat dalam 2 jam. Digalakkan untuk buat pros dan cons list dan pilihlah cara mana yang lebih praktikal.

Kalau zoom belah kiri gambar, nampaklah 19 orang je dah penuh kaki lima tu huuu

Sepanjang 6 hari jaulah kitorang ada pen pal memasing ^^ yang bestnya kita tak tau pun siapa pen pal kita sepanjang 6 hari tu. Seronoklah bila dapat tahu apa perasaan orang lain bila berada di Spain. Tugas tambahan, kitorang kena belikan pen pal hadiah dari Spain gitu.

So, malam terakhir ada buat gathering and makan-makan yang mewah sikit dekat bilik utama, waktu tu baru dibongkarkan partner pen pal semua orang dan tukar-tukar hadiah. Suprisingly, got the same notebook I bought for my pen pal hahahaha beli hadiah dekat kedai yang sama. Nasib baik corak notebook tak sama.

Thanks Kak As, kalau saya tahu kak As bagi saya buku tu saya tak borong buku nota banyak-banyak dekat kedai tu :'''''')

Cabaran menjadi ajk aktiviti, dia lah yang akan menjadi posmen untuk pen pal ni. Jadi posmen ok je. Yang tak ok bahagian nak mintak surat dari semua orang tu hahaha faham je semua pun kadang terlupa nak tulis. Biasanya kitorang akan tulis surat waktu malam, esok pagi dalam bas kena bagi surat tu dekat Kak Pia. Biasanyalah. Tapi kadang-kadang tak terbiasa macam tu. Banyak betul surat yang bertangguh (cakap pasal diri sendiri)

Sorry Kak As, semalam saya baru perasan ada surat yang terlupa nak bagi kat posmen sebab terselit dalam buku. Saya ingatkan dah bagi huhuhu maafin guwe

Ada lagi satu aktiviti through out the jaulah, which was "secret admire". Kitorang akan cabut nama dari Kak Pia. Nama yang dicabut tu kita kena concern dengan keadaan dia sepanjang jaulah. Dia ok ke tak, penat ke, dah makan belum, tersesat ke apa.

Yang payahnya, semua ni kena buat ikut kreativiti masing-masing. Tak boleh obvious sangat yang kita admire dia. Then, kena come out dengan 3 benda yang kita belajar dari diri dia sepanjang jaulah. Masa malam terakhir tu seronoklah bila main teka-teka siapa yang admire kita. Semua teka Kak Hazirah secret admire diorang hahaha sebab kak Hazirah ni concern betul dengan semua orang. Sifat semulajadi gitu.



Untuk entri pertama ni memang cadang nak bagi overview dulu macam mana jaulah 19 orang ni dilaksanakan. InshaaAllah, next entry akan dikisahkan peristiwa untuk setiap tempat secara detail supaya sesiapa yang akan ke Spain nanti lebih mudah untuk mereka merancang perjalanan -- cara pembelian tiket, nama-nama accommodation yang kitorang tinggal, perlu atau tidak tour guide, etc. 

InshaaAllah, akan berkongsi apa yang kitorang dapat sepanjang jaulah ni juga. Moga diberi kelapangan masa untuk teruskan perkongsian jaulah ni (:

Sangat terbuka untuk menerima apa-apa pertanyaan
-- boleh terus email, shahizanazmi@gmail.com (Y)


1 comment:

Anonymous said...

A good write up! Boleh jadi panduan masa hadapan :) Paling best sbb 2 kali nama sy di mentioned, hehehe. Jaulah spain ni mmg byk mengajar kita kan :') -kak As