Thursday, February 16, 2017

BULI


"KAU MENGAKU SEKARANG! KAU YANG CURI KANNN?!"


Dah lama tak bercerita kisah asrama. Pernah orang tanya, kalau diberi peluang untuk patah balik masa kebelakang apa yang kau nak ubah. Aku geleng dan aku kata pada dia, Allah susun hidup aku ni dah terlalu cantik.

Tapi diam-diam ada satu benda yang sampai sekarang aku kesalkan.

Betul masa tak boleh kebelakang. Tapi andai diberi peluang, aku nak perbaiki satu kesilapan ni yang sampai sekarang buat aku rasa keji betul dengan diri sendiri.

***

Untuk sesiapa yang pernah follow kisah aku dari asrama, mungkin mereka tahu batch aku adalah Pioneer di sekolah pinggir desa itu. Kalau terlupa meh aku ingatkan -- ya kami batch pioneer, sekolah dibuka tahun 2009 dan waktu tu hanya ada dua batch je. F1 dan F5. Aku lah yang F1 tu.

Hingga tahun tahun akan datangnya tetap rasa batch kitorang ni senior. Batch F4 yang masuk kemudiannya pun malas nak bersuara apa. Kadang benda kecil pun nak digaduhkan. Biasalah kisah sekolah menengah memang banyak peristiwa 'budak baru nak up'. Masing-masing nak tunjuk power.

Bila tahu ada batch yang berlagak senior membuli junior, batch kami lah yang lagak hero-nya. Serang balik si pembuli. Katanya mereka bukan senior. Siapa mereka untuk wujudkan budaya buli. Tapi sebenarnya, belakang-belakang batch kami juga ada yang membuli dalam diam. Ironi bukan.

Dan dalam banyak-banyak kes buli, ada satu yang tak pernah lupa hingga kini. Kerana berlakunya di dorm sendiri hmm 

*tarik nafas dalam-dalam*



"Kita kena selesaikan benda ni cepat. Mula-mula dia buat hal dekat tingkat atas sekali. Sekarang dah merebak ke tingkat 3. Taknaklah nanti dorm kau (ground floor) pun terkena." -- antara dialog belakang surau yang aku dengar dan masih ingat.

Bila sekolah dikejutkan dengan kes kecurian yang berpanjangan, mula si hero-hero ini menjadi panas. Maka calon-calon pencuri terus disenaraikan. Mungkin si adik ini dijadikan target sebab dia pernah ada rekod mencuri sebelum ni.

Aku yakin, peristiwa besar ni aku catat hari dan tarikhnya dalam diary. Tapi sebab malas nak selak balik. Yang pasti benda ni berlaku waktu malam 2011.

Dipanggil targetnya ke dorm aku, tapi yang terlibat bukan budak dorm aku sangat. Mungkin dorm kitorang dah jadi tempat berkumpul si hero-hero ini.

"KAU MENGAKU SEKARANG! KAU YANG CURI KANNN?!"

Antara benda yang diulang-ulang. Aku yang malas terlibat sama terus ke bahagian dorm yang lagi satu (side A). Aku tak rasa perlu untuk cerita secara detail, tapi cukup buat aku rasa serabut bila fikir balik dialog-dialog yang kawan sebaya aku katakan, kalau bukan ada yang menahan yang paling lantang itu tentu dah lunyai junior aku dibantai.

nota: Jangan simpan alat sukan dalam dorm

Tak tahu apa aku fikirkan waktu tu, kenapa aku tak pertahankan dia. Mungkin aku pun sama fikir ini pencurinya. Aku malas masuk campur dan dalam masa yang sama hati ni tergaru-garu je rasa approach ni tak betul. Rasa macam ekstrem jugaklah. Bukan taknak utarakan pendapat tapi aku kenal mereka ni, macam mana dikatakan pun tiada apa boleh halang bila hati dah panas (baca: jiwa remaja)

Ada lagi yang mereka lakukan. Bukan permainan psikologi biasa-biasa tapi.... (aku sendiri sedih nak taip)

Tak lama kemudian, 'si pencuri' tu keluar dari sekolah. Disertakan sekali surat, diberi melalui kaunselor sekolah. Aku tak baca kandungan penuh sebab bukan untuk aku surat tu, tapi aku tahu sedikit isi dalamnya dari apa yang kawan aku ceritakan.

Kes ni didiamkan begitu sahaja. Tak ada siapa tahu kisah ni. Tak ada siapa tahu kenapa dia pindah. Tak ada siapa tahu-- kecuali orang-orang yang ada dalam dorm ketika itu.




Dan aku?

Banyak kali terfikir pasal kes ni. Setiap kali teringat, setiap kali tu juga aku menyesal.

Kadang kita nampak remeh benda ni. Mungkin sebab kita tak ada pada tempat dia. Dari segi mentalnya, tak mudah dia lupakan apa dah berlaku. (Aku yang jadi saksi ni pun tak boleh lupakan....)

Kita rasa masalah kita selesai lepas dia keluar dari sekolah. Tapi tak fikirkan pun kesan-kesan dalam hidup dia. Apa perasaan mak ayah dia. Dah banyak habiskan duit daftarkan dia ke sekolah asrama. Masa depan dia? Mungkin lebih banyak peluang yang dia dapat bila ada background sekolah asrama (mungkin).

Kita boleh sedapkan hati kita dengan berkata, "ahh rezeki masing-masing kan Allah dah tetapkan."

Tapi, fikirkanlah. Apa yang kita buat kadang bawa kesan yang besar dalam masa depan orang lain.

Yang paling aku sedih bila dapat tau yang mak dia tengah sakit waktu tu. Yang lagi sedih, "betul ke dia pencurinya? Kalau bukan?"

***

Dan sekarang aku berharap untuk berjumpa si dia kembali nak minta maaf sebab diri ni berdiam diri. Tidak membela tidak berbuat apa. Sedang waktu tu aku punya kuasa. Diri ni sendiri tak boleh cerna dengan apa yang dah berlaku. Sebab benda boleh settle baik-baik, kenapa perlu melayan emosi.

Hingga kini masih berharap dipertemukan kembali bukan sahaja dengan dia tapi mana-mana juniors yang pernah dibuli depan mata. Maaf sebab tak menjadi senior yang baik.

Untuk junior yang terbaca entry ni dan rasa, "takpelah akak, akak baik je dengan saya." -- still sorry sebab tak menjadi senior yang lebih baik.

Untuk kawan-kawan yang mungkin tahu, mungkin tak tahu, mungkin yang terasa ini kisah dia -- entry ni tak bermaksud untuk ungkit kisah lama. Cuma nak sama-sama fikir balik apa yang pernah dilakukan dan berusahalah mencari kembali adik itu. Kita tak tahu apa yang dia sedang lalui sekarang.

Untuk budak sekolah aku dan orang awam yang masih membaca/terbukak/dsb blog ni eloklah kita fikirkan sama. Budaya buli ni mana sihat. Kalaulah yang dibuli itu sifatnya pendendam dan dia membalas pada junior yang akan datang, tak pepasal tercalit saham dosanya pada si pelaku asal. Hentikanlah fikiran "duduk asrama jiwa kena kental, buli-buli ni biasa". 

No, dalam Islam buli-buli ni bukan satu kebiasaan. Tak pernah kita dengar cerita Bilal buli Umar sebab dia masuk Islam lewat dari Bilal. Tak pernah dikisahkan Ansar menyambut kehadiran muhajirin dengan pukulan dan cacian.

Tak pernah.



- Awak, akak minta maaf




No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?