Wednesday, November 30, 2011

Erti blogging sebenar, perlu ada passion

___________________________________________________________________
1#
PERMULAAN

Feel untuk aku blogging masih merah  Biasalah darah muda. Ahhh, siapa peduli itu. Aku ingat lagi masa aku mula-mula blogging sepatah haram aku tak tahu. Tak ada siapa nak ajar  Merangkak-rangkak macam mana nak letak lagu ni. Pecah kepala otak. Tapi lama-lama aku tahu sendiri. Ya, sebab itu aku suka diri aku. Pandai survive cari makan, kau apa tahu?  Rasa macam cemburu bila kakak aku blogging, beliau boleh tanya aku sebab aku kan ehem hidup lebih lama dari beliau. Ha Ha aku tengah bajet matang ni siapa nak kutuk, cepat!  Dan bila kawan-kawan aku tanya, "weah, macam mana nak buat dot dot dot." Tanpa segan silu aku ajar mereka. Seriously, mestilah aku rasa cemburu.  


___________________________________________________________________
2#
PLAYLIST

Rasa macam bodoh bila dapat discover blog abang sendiri tapi tak tutup sound laptop. Permulaannya nampak menarik apabila si abang menyanyi seirama dengan lagu yang didendangkan.  Tiba-tiba, 


"Cilaka! Kau buka blog aku ya? Aku dah agak mesti kantoi punya. Alaaa... Ingatkan bila blog aku dah top baru nak bagitau kau."- Saiful Azmi


Dalam hati aku,


"ARGHH! Apahal kau letak lagu dekat blog ni? Kan best kalau kau tak tahu yang aku jumpa blog kau. Jadi dua-dua akan berlakun macam tak tahu apa-apa. Dan dalam senyap aku boleh baca blog kau." - Shahizan Azmi


Kerana itulah aku tak suka sebarang bunyi dalam blog  Dan muzik dalam blog juga hanya menyesakkan minda walau setenang mana pun ia. Dulu aku letak lagu memang nak sesakkan minda korang pun  Haha Tapi, aku sendiri dah tak sanggup letak playlist dalam blog ni. Sesak otak lah weahhh. Aku perlukan ketenangan. Blogging perlukan ketenangan.  Aku suka baca banyak entry dalam satu masa. Bayangkan aku nak baca 20 entry, aku buka 20 new tab dalam satu masa untuk blog tu. Dan kalau blog tu ada lagu, terkinja-kinja aku nak cari button pause untuk 20 playlist. Bayangkan yang tak ada button ni,
 
Mana kau?! Manaa?! What the ABCDEFG man?!  

Disebabkan aku tak mahu readers aku jadi bodoh dan terkinja-kinja macam aku, jadi aku tidak meletakkan sebarang playlist dalam blog ni. Unless, it's not in the autoplay mode.

___________________________________________________________________
3#
FOLLOWERS
Awal-awal blogging memang lah aku nak followers. Kenapa followers aku sikit? Kenapa? Kenapa? Hentak-hentak kaki. Eh, tapi aku tak pernah capai tahap pergi chatbox orang buat ayat,

"I dah follow you. Follow me back keyh!"
            "Kalau kau follow aku, aku follow kau balik"

No! Seriously no! Tak pernah sebab benda ni tak coooool OK! Apa jadah aku nak buat ayat so eww eww ni? Aku nak followers, jadi aku buat entry best. Best ke?  Ok tak lah aku tunggu dan beristiqamah dalam blogging. Lama-lama naik juga bilangan followers Walaupun tak sehebat The Other Khairul atau Blog Arc atau Kura-kura atau Bayyinat atau atau err. . memang kau nak bacalah semua blog yang aku admire kan. Haha Ehem, tapi aku puas sebab semua ni atas usaha aku.

___________________________________________________________________
4#
SEKARANG?

Sekarang aku dah tak ada rasa untuk mengumpul followers itu semua. Macam aku cakap pada awal post, Feel untuk aku blogging baru naik. Aku baru faham tentang blogging. Ia bukan hanya untuk menjana duit atau dikenali ramai. Ia tentang kepuasan kau dapat apabila berjaya menyuarakan pendapat.

Satu hari nanti kau akan sedar kenapa aku cakap blogging lebih seronok daripada buka facebook. Aku ada cakap ke sebelum ni? Ok, belum pernah. Ini kali pertama aku cakap. Kau patut rasa blogging itu menyeronokkan.

Bagi aku bestlah. Sebab benda ni dapat mempercepatkan penyambungan neuron-neuron dalam otak aku. Senang lah aku nak score straight A's untuk SPM nanti fuuyooohhh macam result PMR dah dapat. Ceh, jangan ingatkan aku tentang itu.

Bagi aku best sebab kadang-kadang blogger ni akan dapat tahu info dan sesuatu isu itu lebih pantas. Lagi-lagi kalau dia rajin untuk bergaul dengan blogger lain, pergi usha blog sana-sini. Tambah pengetahuan angguk-angguk bebola mata depan laptop lepas tu cakap, "oooo, baru tahuuu."

Bagi seorang blogger macam aku, followers bukanlah pengukur. Yang hebat bila ada comment daripada readers bagi entry beliau. Itu baru betul-betul menunjukkan yang entry dia dibaca dan dikongsi bersama oleh orang lain. Itu menunjukkan pembaca tersebut faham apa yang admin cuba sampaikan. Got the point?

Aku cuba cakap yang aku lebih suka readers aku bertindak balas dengan comment di bawah setiap entry daripada like atau follow (:

___________________________________________________________________
5#
BLOG SAMPINGAN

Apa-apa pun aku ada blog sampingan. Kenapa blog sampingan? Dah aku pun penulis sampingan. Ha Ha Ya, blog ini ada seramai 5 orang penulis. Tak tahulah kalau bertambah pada masa akan datang. Boleh lah melawat, 


Yeayyy, aku dah ada 3 blog. Tapi mestilah aku paling sayang blog ni. Dari aku bodoh blogspot sampailah aku yang sekarang. Aku belajar menaip dengan blog ini, ya sebab itu aku sayang lebih blog Dua Singgit. nak tukar nama blog ni pun tak sanggup. Kenapa buruk sangat nama blog ini Dua Singgit sampai Shafiqa kutuk? Nanti aku buat satu entry khas tentang asal-usul nama blog ini.

 

DuaSinggit dan Kucar-Kacir. Eh, kata ada 3 blog ni baru 2. Mana lagi satu blog? Ahhh, biasalah aku juga perlukan blog peribadi. Haha ewww pergi maati. gediknya budak ni 

Apa-apa pun blogging perlukan passion 

yang menurut perintah: Eh,  follow lah blog ni 
#promote HAHAHA


Monday, November 28, 2011

Rindu SABDA? - Kerana Kehebatan Kehidupan

Pertama sekali aku rasa kau patut tutup mulut yang dah terbuka 15cm ke bawah. Duduk diam tak perlu ambil cermin mata dan jatuhkan tangan berhenti gosok mata. Jangan jadi jakun bila aku buat post macam tu. Tak nampak tanda soal dihujung? Aku bukan membuat penyataan bahawa aku rindu Sabda. Itu adalah soalan, "anda rindu sabda?" Lebih kurang begitulah mesej tajuk aku kali ini. So, rindu Sabda ke junior dan senior yang dihormati sekalian? (angkat-angkat kening) HA HA


Aku pernah keluarkan amaran dahulu. Masa sampai rumah pada 18 November "Lepas ni jangan nak mengada-ngada buat post rindu Sabda. Ini berbaur amaran bukan arahan." Seperti yang dijangkakan mestilah ada yang cakap rindu Sabda. Macam mana benci itu ini bla bla peraturan macam jahanam. Tak suka pengawas sebab diorang cantik sangat. Tapi anak-anak bertuah bumi Bagan ini masih rindukan Sabda. Haishhhh, Budak Sabda ni memanglah. 


Aku memang tak terfikir untuk buat post tentang rindukan sekolah pada cuti kali ini. *Eleh ego. Ya ya mana korang tahu ni? Ehem tengah buang ego lah ni. DAMN! Ahhh senyap tak perlu ketawa mengejek atau tersenyum sinis. Aku pasrah bila baca blog schoolmates rasa lemah sendi lutut, jiwa bergetar hebat, hati berbisik "wow! aku dah agak mesti diorang rindu aku" eh tersasul! "... mesti diorang rindu sekolah aku"

Jadi apa yang hebat sangat sabda sampai boleh rindu?

Mesti ni soalan korang kan? Ini bukan tentang kehebatan sekolah tetapi tentang kehebatan kehidupan yang ada di sekolah. Faham? Bukan senang untuk mendapat pengalaman bergaul dengan rakan berlainan negeri. Dorm aku ada budak Terengganu. Setiap hari aku ada kelas bahasa Terengganu dengan dia. Kau ada?

Kehebatan kehidupan terasa bila dapat buat maglamilami Makanan segera yang terdiri daripada Maggi, Pama, Ruski, Bubur. Apa itu maglamilami? Ya, itu adalah upacara makan beramai-ramai buka buku teks Sejarah tingkatan 1 Bab Sabah. Dekat rumah, makan spaghetti sorang-sorang memang tak boleh lawan saat makan maggi beramai-ramai (air mata mengalir laju) Ok, berhenti drama. Tahu apa, maggi itu rasanya lebih sedap daripada spaghetti. Magic? Ya ini maksud aku hebatnya kehidupan asrama.

Mee segera adalah makanan paling laku di SABDA. Inilah kehebatan kehidupan di asrama.


Aku suka semangat yang ada di sekolah ni. Walaupun semangat rumah memang dah tak ada langsung. Aku betul-betul maksudkan LANGSUNG. Tapi aku masih ada kelas dan batch yang yang err yang... OHSEMM Haha aku tak kisah apa orang nak cakap tapi susah senang batch semua ahli akan rasa. Semangat yang ada sungguh lain daripada yang lain. Aku suka bila sorang kena marah dekat depan dengan cikgu JKLMN you-know-who, nanti semua turun backup. Gaduh-gaduh manja antara batch ceh gedik. Kerjasama untuk menjayakan persembahan tiba-tiba boleh batal - cabaran. Banyak sangat benda kena lalui bersama. Tak apa, kita kan err... OHSEM HA HA Inilah kehebatan kehidupan


ditangkap dari tingkat 2, floor Amber

Ya ya, aku tahu malam terakhir tu aspuri bising tahap retak konkrit. Masa ni perangai macam cilaka jap padahal minggu SPM. Semuanya bermula apabila tingkatan 3 dapat arahan daripada warden kemas bilik misteri yang bersebelahan dengan bilik TV. 

Whattt? Kitorang kena kemas? Ok pasrah.


Kenapa aku katakan misteri? Yalah cuba tengok isi dalam dia. Kain 40 meter panjang berapa lembar aku tak boleh kira. Tak pernah perasan kehadiran kain tu punya kegunaan sejak sekolah ni dibuka. Misteri? ya aku tahu itu.

Idea siapa untuk buat huruf ni pun aku tak tahu. Semuanyakan misteri takkan nak bagi tahu juga. Masa nilah peluh jantan err peluh-peluh membasahi satu badan. Muka semua serious untuk menjayakan misi ini. Orang lain kemas locker untuk pulang esok tapi budak tingkatan 3 susun kain untuk kenangan hari esok. 

Nah, terima kasih kepada yang menangkap gambar. "Sama-sama" jawab aku. Warden tak marah ke buat bising? Aku bertanya. "Lepas cikgu bagi arahan, cikgu terus keluar pergi jalan-jalan" Hah? Patutlah semua suka sakan.


Zealot Boes berhenti buat masalah ya

Apa yang aku suka tentang Sabda? Aku suka sabda sebab budak-budak junior suka puji aku. HA HA ewww ok boleh pergi muntah.

1#


2#


Budak ni memang kaki ampu

Tak apalah. Tak hilang macho pun buat post rindu Sabda. Tengok aku macho je buat post ni, eh? Haha ini sedikit sebanyak adalah blog yang aku jumpa, Nana Liyana + Nur Aqilah M Ramli (sedap music dekat blog haha) Dan 'wow! Mereka rindu sekolah?' secara tidak sengaja mencetuskan idea untuk aku buat post ni. Terima kasih wahai kakak-kakak dan anda memang patut rindu sekolah itu kerana kehebatan kehidupannya! (: 



yang menurut perintah : Lepas ni siapa pulak nak buat post rindu sekolah?


Sunday, November 27, 2011

Hakikat dan ketentuan

  • Shin Chan tidak akan membesar dan kekal berumur 5 tahun. Paling kurang pun naik setahun je.
  • Kebanyakan lelaki suka berambut panjang dan kebanyakan perempuan lebih gemar berambut pendek.
  • Orang Asia lebih cantik daripada orang barat.
  • Ego adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan lelaki.
  • Dalam fikiran semua orang, "Alah, budak KL semua sama".
  • Sekolah aku dikelilingi estate kelapa sawit.
  • Ultraman dan raksasa tidak akan datang ke Malaysia
  • Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.
  • Umur aku sering disalah takrifkan.

Ok ok kita berhenti pada isi yang terakhir. Ingatkan benda macam ni dah tak akan berlaku. Tak apalah, aku terima ketentuan ni. Mungkin aku memang tak boleh lari dari hakikat dan ketentuan yang telah ditetapkan.


good luck SPM? SPM? What theee.... 

(suara mencarut)

Haram jadahnya! Aku baru habis jawab PMR sebulan yang lepas. SPM 2011 pun tak habis lagi. Ehem, be positive people. Tak apalah mungkin niat dia nak jadi yang pertama bagi kata-kata semangat dekat aku untuk SPM 2013 #positivethinker

Apa-apa pun, Terima kasih daun keladi, ada masa bolehlah wish lagi.

Tajuk paling sesuai untuk post kali ni,
"Budak 15 tahun ambik SPM"


Dah lah Shin Chan, kau tak akan membesar.

Layanlah lagu ni, KETENTUAN by Ramlah Ram
apa kena mengena?



yang menurut perintah : Tahun depan ada orang wish aku, 
"tahniah dah kahwin"

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal 1433H


Salam Maal Hijrah buat umat Islam seantero dunia

Tak ada apa untuk dikhabarkan. Melainkan ayat aku boleh menjadikan kau lebih baik. Bersyukurlah kerana berada di bumi Malaysia dan dengan senang hati dapat makan daging, ayam dan ikan. Masih ingatkah anda pada warga Afghanistan? Bukan apa, tapi tidaklah menjadi satu kesalahan jika mengingati muslim muslimah yang sedang merana di rantau sana. Kalau rasa nak buang ayam yang dimakan kerana tidak merasa keenakannya, bayangkan betapa gembiranya mereka di sana jika dapat menjamah ayam itu. Malas nak cakap panjang, harap setiap tindakan yang kita lakukan fikirkanlah masih ada lagi umat Islam yang sedang ditindas.



Ok semua, pergi baca doa awal tahun cepat (; Insyaallah tahun baru segalanya akan menjadi lebih baik. Minta Allah permudahkan segala.


yang menurut perintah : Daging, ayam dan ikan. Eh, aku tak sebut sayur :p

post khas - tentang CINTA




Kata Polis, cinta itu sukar ditangkap
Kata Ustaz, cinta itu anugerah
Kata Doktor, cinta itu sukar diubati
Kata Hakim, cinta tak boleh dihukum
Kata cikgu, cinta tak boleh dipelajari
Kata Orang, cinta itu indah
Kata Rangga, ada apa dengan cinta
Kata Radja, benci bilang cinta
Kata Agnes Monica, cinta tak ada logika
Kata Tuan Besar, cinta itu banyak cabang


Ada budak cabar aku, "aku dare kau buat post pasal cinta". Ehem, aku nak print screen tapi bagi menjaga air muka si debab tersebut, aku batalkan saja niat tu. So, bila dia cakap macam tu aku terus kodek-kodek blog aku. Bagus betul si debab ni kerana telah menyedarkan aku bahawa aku tak ada post tentang cinta. Soookayyy aku nak bukak cerita pasal cinta bagi menyahut cabaran beliau.


Erm.... Erm... Aaaaaa... Macam ni.... Sebenarnyaaa...


Oh, ok aku tak tau nak mula dengan apa. Bagi aku daripada bercakap pasal cinta, baik buka topik tentang kahwin. yelaaa yelaaa... aku budak bawah umur tak ada pengalaman pasal perkahwinan. Eh, memanglah  - -' tapi aku pun tak ada pengalaman pasal percintaan. Walaupun tak ada pengalaman aku yakin aku mampu buat post ni bagi menyahut cabaran si debab.


aku tak jadilah bukak topik pasal kahwin


Apa-apa pun aku nak mintak sorry dulu sebab post ni mugkin panjang. Yelah pasal cinta lah katakan banyak benda menarik untuk dikisahkan. Lagi-lagi ni post khas tentang cinta.


Rasanya tak payah cakap pun semua orang dah tahu. Masa tadika tak kan cikgu tak pernah story kot pasal ranking dan medium kasih sayang kita. Yang tak tahu tu memang aku kesian dengan parents diorang sebab salah hantar anak masuk tadika. So cinta kita yang pertama untuk siapa wahai anak-anak yang pintar?


1# yang Maha Pencipta
Semua orang ada kepercayaan masing-masing. Except for the freethinkers of course.  Bagi orang Islam Allah Maha Esa merupakan kedudukan pertama yang mereka harus letakkan. Tak ada cinta yang lebih agung selain cinta akan Allah. Yalah, kalau Allah tak anugerahkan rasa suka, rasa cinta how could you boleh suka dan jatuh cinta sesama manusia? Jadi cintailah Allah di tempat yang pertama sebab Dia yang menjadikan manusia berperasaan.


Perasaan sayang itu anugerah dari Allah


2# Rasulullah, kekasih Allah
Cintakan Allah kerana Dia pemberi rasa sayang. Cintakan Rasulullah kerana baginda memberi panduan untuk berkasih sayang. Dan tahu tak macam mana betapa sayangnya Rasulullah dekat umat-umatnya? Sampaikan Rasulullah wafat pun baginda masih menyebut, "ummati... ummati... ummati". Yeah, everyone knows that story. Tapi malangnya, ramai pura-pura lupa. Cuba bayangkan agaklah masa malaikat Izrail datang nak cabut nyawa sempat ke kita fikir pasal benda lain? Nak bayangkan blogspot, Mario Maurer, facebook, Mark Zuckerberg(eh?) pun tak sempat. Seterusnya, Rasulullah sayangkan wanita tahuu. Bermati-matian dulu baginda mempertahankan wanita daripada ditindas. Selamatkan wanita daripada kaum bernafsu biawak. Tapi wanita zaman sekarang macam dah lupakan semua pengorbanan Rasulullah. Macam senang-senang jual maruah. Ok ok, aku tak nak lari topik.


3# Ibu dan bapa
Aku taip ibu dan bapa ya. Bukan ibu sahaja mahupun bapa sahaja. Aku maksudkan kedua-duanya. Ustazah Maisarah cakap salah satu tanda-tanda kecil kiamat, anak-anak melebihkan kaum ibu dan tidak sayangkan bapanya. Atau sebaliknya. Maksudnya kedua-duanya memang kita kena sayang. Susah-susah jaga kau dari kecik. Kencing berak diorang basuh. Sanggup jadi pembunuh kerana nyamuk yang telah menghisap darah korang. Tak kan kau tak nak hargai semua ni. Pernah dengar tak kisah seorang pemuda yang membela babi sampai Rasulullah naik hairan? bila ditanya rupanya babi-babi tersebut adalah ibu bapa beliau yang telah disumpah oleh Allah (sebab apa lupa pulak). Lihat, betapa sayangnya beliau dengan ibu-bapanya. Boleh ambil teladan daripada kisah tadi. Aku tak menghalang.

err, aku rasa terharu tengok gambar ni. Kau tak rasa macam tu ke?


4# Suami
Wahai para wanita yang sudah berumahtangga, taatilah suami kamu selagi dia berada di jalan Allah. Ok lah, aku tak rasa lagi. Suami pun tak ada. Tak reti aku nak huraikan isi ni. Perempuan ni perlu tahu bila dah kahwin syurga kita dah bertukar tapak. 


ini suami dan isteri yaaa

Ada satu kisah tentang seorang perempuan yang dipuji Rasulullah dan dikagumi FatimahEhem, kalau larat bacalah kisah yang aku nak cerita ni. Tak nak baca skip bawah terus ok 


*********


Aku rasa kau pernah dengar kisah Fatimah, puteri Rasulullah pergi ke rumah seorang wanita, Mutiah namanya untuk melihat mengapa Rasulullah begitu memuji beliau.



Tiba di muka rumah Mutiah, fatimah mengetuk pintu dan memberi salam. "Assalamualaikum...!"


"Waalaikummussalam! Siapa di luar?" Terdengar jawapan yang lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.


"Saya Fatimah, puteri Rasulullah."


"Alhamdulillah, alangkah bahagia saya hari ini. fatimah sudi berkunjung ke pondok saya." terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi, dan makin dekat dengan pintu, "Anda bersendirian?"


"Aku ditemani Hasan (anak lelaki Fatimah)"


"Aduh, maaf ya." Suara itu berbunyi kesal. "Saya belum mendapat izin untuk menemui tamu lelaki."


"Tapi Hasan masih kecil."


"Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya akan minta izin suami saya." sahut Mutiah tak kurang kecewanya.


Sambil menggelengkan kepala Fatimah minta izin. Esoknya, Fatimah datang lagi . Kali ini Husein dibawa juga. Maka bertiga dengan anak-anak masih kecil itu Fatimah mendatangi rumah Mutiah. Malangnya, kerana tidak mengetahui kedatangan Husein Mutiah tidak meminta kebenaran suaminya lagi. Hari itu Fatimah gagal bertemu pula. Hanya esok harinya baru Fatimah disambut baik baik oleh Mutiah di rumahnya.


*********


Ok sebenarnya ada lagi kisah yang terjadi dalam rumah tu. Tapi yang ni pun dah cukup untuk aku jadikan contoh betapa taatnya Mutiah pada suaminya. Kita boleh nampak walaupun Fatimah itu anak Rasulullah yang pastinya dihormati ramai, tapi beliau masih meminta izin suaminya bagi membawa tetamu masuk ke dalam rumah. Kisah dalam rumah tu lagi menarik tapi kalau aku taip panjang-panjang korang nak ke baca? So, macam tak payah je lah HA HA





Di atas merupakan susunan utama kalau nak berkasih sayang dan bercinta. Bawah-bawah tu pandai-pandai lah susun sendiri. Boyfriend, skandal, perempuan simpanan, anak ayam atau apa-apa sahaja. Eh jap, taat pada suami lepas tu pasang skandal? Damn! apa aku cakap ni macam harremmm Haha 

Anyway tak payah lah nak buat cinta monyet lepas tu guna alasan nak cari pengalaman. Apa kejadahnya pengalaman-pengalaman ni. Dear girls, tak payah laa sedih-sedih tengok orang lain ada boyfriend sebab balak baru je tadi lari. Lelaki tu pun tengah gelak tengok kau sedih. Alahai, perempuan tolonglah jangan percaya lelaki sangat. Tak nampak ke muka biawak diorang tu?

 
Ok, jangan percaya yang muka macam ini

Err aku muaklah. Muak tengok korang buat status,

'bilalah nak ada boyfiee ni. Foinee I tak lawa macam diorang'
'bahagianya dapat boyfriend macam you ni. Aww sukanya I'
'awak, cepatlah lamar kita jadi awek awak'

Bosan kot baca status macam ni. Cuba buat ayat status patriotisme sikit. Kata anak Malaysia. Lagi tak boleh blah bila status macam ni dapat 87 likes dekat facebook. DAMN! Aku buat ayat punya sedap, 7-8 orang je like

haram jadah, bila aku jatuh tangga semua orang nak like!

Aku tak pernah kisah 100 orang like status relationship ni. Tapi benda ni nampak macam trend. Tak ada relationship tak cool. Bila ada couple baru orang pandang tinggi. Alahai, sayang sayangku perlu ke benda-benda macam ni untuk nampak hebat? Lengkapkan iman di dada baru pergi bercinta.


Oh dan aku suka lagu ni, nostalgia


yang menurut perintah : Daripada bercinta baik kahwin je terus kan.


Friday, November 25, 2011

01. Sembang kosong - filem/drama/sinetron

Kalau tengok movie setiap negara semua ada keunikan tersendiri. 

Bollywood tak sah kalau tak ada tarian. Ada yang cakap mat saleh yang buat cerita-cerita musical tu semua tiru style movie hindustan. Hah betul ke? Paling hebat dalam cerita hindustan tengah-tengah menari boleh pulak tukar-tukar tempat. Siap baju bertukar warna. Tabik habis lah.


Takkan tak pernah tengok sinetron Indonesia. Paling tak faham mesti ada monolog dalaman. Lepas tu zoom-zoom-zoom untuk focus dari 10 muka jadi 1 muka je. Yang tak tahan, watak jahat tu, jahat sangat. Yang watak baik, suci sangat. Damn! Aku rasa dekat dunia sebenar mana ada macam ni. Paling hebat  masa monolog dalaman, mukaaa diaaaaa... fuh tak payah cakaplah. Kalau first time tengok sinetron tu pun tau perempuan ni jahat. Watak baik tu je yang bodoh sangat tak reti tafsir muka orang jahat tu. Deyyy! Ketara kot reaksi muka dia. 

Susah nak google gambar yang cantik untuk sinetron ni

Dan kebanyakan sinetron mesti sikit-sikit harta. Oh ya, sampai sekarang sinetron Anakku Bukan Anakku bagi aku ending cerita dia macam... macam... You-Know-What sebab director dia dah tak tau macam mana nak buat ending sinetron tu. Eyy, jangan cakap hang tak tau cerita Anakku Bukan Anakku. Pheww, dah macam jenama lampin bayi.

Thailand memang terbaik kalau buat cerita hantu. masa aku kecik ada satu cerita tentang hantu penanggal sampai sekarang bagi kesan dekat aku. Dekat asrama siapa sebut pasal penanggal, nanti menangis-nangis masa tidur takut 'dia' datang. Bila cikgu dot dot cakap dekat tangki air sekolah ada penanggal, aku dah macam, 

"WHATTTTT! Cikgu biar betul?!!" 

Seminggu aku berwaspada. So, good job Thailand! Sekarang aku percaya yang budak kecik memang mudah terpengaruh. Dan siapa tahu Thailand punya movie cinta tak kurang hebat. Boleh cakap fenomena baru dekat sekolah untuk budak F3. Siapa F3 tak tengok kira macam ketinggalan lah. Semua dialog, tarian, gaya lakonan diorang hafal. Pergi sekolah buat trademark. Cis, hebat gila penangan dia!

Tiap malam ada je ketuk pintu dorm siap bawak makanan, "hehe, nak tengok cerita Thailand tu.". Fuh, tak nak ketinggalan punya pasal. Yeah, siapa tak tahu cerita A Little Thing Called Love. Kalau aku bukak panggung dalam dorm boleh buat dana tolong Afghanistan. Nasib baik bukan aku yang bayar bil (ops!)

a Little Thing Called Love

Selalu dengar orang cakap kalau cerita hindustan 17 kali tengok, 16 kali menangis. Yang lagi satu tu tak menangis sebab tak faham cerita dia. Tengok kali kedua, dah faham, baru mengalir air mata. Dan begitu juga drama korea. Sumpah tak tipu, kalau tengok yang berlakon tu menangis kau pun akan... ehem tau je lah. Oh ok, aku bukan fanatic k-pop. But I do watch their movies and dramas. Ok apa. Tak payah pandang rendah laaaa nanti kau jatuh dalan kancah(link) ni baru tau. 

Kenapa korea? Sebab banyak mamat handsome dan awek cun. Hmphhh, mungkin... mungkin... Jalan cerita korea sangat menarik dan tak seperti cerita melayu - kahwin paksa, cinta terhalang, wasiat and bla bla bla. Kebanyakan cerita korea mesti kisah percintaan remaja di alam persekolahan. How sweeeett - -' No wonder ramai yang suka tengok.


Aku bukan lesbian nak letak semua muka pelakon perempuan. Oh, to-Ho-looong lah. Ada sesetengah pihak cakap, "korea banyak mamat hensem tapi muka heroin tak cun pun." Siapa kata? Sila lihat gambar. Cun apa. Oh ok aku suka lelaki bukan perempuan ya. Dan berdasarkan gambar kita boleh faham kenapa korea banyak gay. Mungkin, mungkinnnn.... diorang sendiri dah confuse mana satu perempuan mana satu lelaki. Tengoklah Muka perempuan dengan lelaki pun dah tak banyak beza.


cantikkan perempuan-perempuan ni (: err... maksud aku lelaki

Movie tempatan? Huish, tak kurang hebatnya. Tengok Cicakman? Merong Mahawangsa? Stem? Papadom? Coooool kannnn :D Tak nak cakap banyak. Mestilah aku akan puji filem tempatan. Kalau kutuk memang tak matilah aku.


Semalam aku tengok cerita Misteri Jalan Lama. Best tak? Oh aku tak nak cakap apa-apa nanti jatuh tangga lagi. Sakit dia masih terasa - -' tapi apa yang jadi dalam panggung? meh aku habaq mai kih kih kih. Bila sampai part yang merepek gila, satu panggung no.9 buat reaksi, "Ya Allah! Apa jadah ni?" semua buat muka sedih nak duit balik. Dah laa aku bayar tiket dia lagi mahal daripada tiket Breaking Dawn. Masa 20 minit pertama, tak apalah baru starting, boleh terimalah kalau bosan. Tapi bila dah sampai penghujung cerita tu tetap macam macam... WARGH! AKU NAK DUIT AKU BALIK. Fuh, trailer je gempak habis. Banyak watak yang tergantung macam tu tak tahu apa jadi.



Jadi macam mana dengan drama melayu pulak? Tanya Mat Luthfi je lah (;




yang menurut perintah : Moral, jangan kutuk Filem Melayu, 
nanti jatuh tangga.