Friday, December 23, 2011

Aku bukan katak zaman purba

Semalam pergi bercuti dekat Bagan Datoh. Ada satu sekolah ni perghhhh superb lah! Tengok signboard, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Rasa macam tertarik nak masuk dalam. So, before masuk tu bagi salam dekat pak guard sekolah tu "saya nak pusing-pusing sekolah ni boleh?" Dia angguk. Angguk tanda setuju.

Sampai dekat kantin. Ada sorang mak cik kantin cun. Ingat nak ayat satu dua. Mana tau dapat air milo free.


Ehem, mak cik kantin di tengah ya. Bukan senang nak bergambar dengan Cik Intan ni :p

Sedang-sedang mangayat. Tiba-tiba "Hachuuuummmm!" ya aku bersin. Mungkin udara persekitaran yang belum masuk dengan diri ini. Alhamdulillah, Syukur. keluar segala kuman. Alhamdulillah mata aku tertancap pada sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran. Saiznya lebih kurang 1/2 daripada kertas A4 biasa. Cantik! Aku tertarik! Aku ambil dan whoaaa! 

Apa ni? Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi, KHB-perdagangan, Pendidikan Islam. Ini slip keputusan peperiksaan ke apa? Tiba-tiba dalam hati ada taman. Ya, aku dan mak cik kantin tersebut apa lagi. Kalau bukan kerana kami pakai kain dah lama main lompat-lompat tali.

Ini bukan slip peperiksaan biasa. Aku agak hairan, mengapa slip ini lain daripada yang lain? 8A+? Gilalah! Benda serious mana boleh bawak main! Siapakah gerangan tuan punya slip ini? Aku agak tak ada orang tuntut. Jadi aku liquid nama dia dan letak nama aku. Sekian (:

Jangan ingat PMR tak ada + dan -

Ok semua sila kembali serious. Aku tengok semua buat status pasal result pmr. Budak f3 semua bantai cerita pasal result dekat blog diorang. Rasa macam katak yang hidup zaman purba pula kalau tak ikut perkembangan isu semasa.

Alhamdulillah, batch aku yang pertama ambil PMR di SABDA. Keputusan boleh kata membanggakan. Target yang disasarkan hanyalah 50%. Dan keputusan mencapai sasaran, 75% cemerlang 8A+. 106 out of 140 dapat straight. Yes I know, SBP suppose 100% straight. Tapi, ok apaaa! Ini sekolah baru. Menurut Cik Intan, ramai kantoi dekat Bahasa Melayu. Macam mana boleh jadi macam ni? Ini semua angkara Yahudi!


Kedudukan dalam daerah Hilir Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Bagan Datoh
3. Bla bla bla
4. Dot dot dot

kedudukan dalam negeri Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Tuanku Abdul Rahman (STAR)
3. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
4. Sains Bagan Datoh

Tiga yang atas tu semua sekolah zaman aku tak lahir lagi. Pergh! Pergh! Kenapalah Sains Teluk Intan satu daerah dengan sekolah aku? Kalau tak boleh rembat no.1 dalam daerah. Haha sudahlah Sains Teluk Intan no.1 dalam negeri! Kedudukan dalam SBP aku tak tahu pula. Ini rasa tergugat juga. Banyak sekolah otai yang hebat belaka.

Seingat aku, tahun ni 2 kali je ambil peperiksaan sebelum trial pmr dan pmr. Ujian Penilaian 1 dimana format pun mana ikut sangat. Soalan yang diberi sangat sikit. Aku ingat lagi Math salah 1 tolak 5 markah Dush! Peperiksaan Pertengahan Tahun. Lepas tu terus ambil Percubaan PMR peringkat SBP dan PMR satu Malaysia. Aku rasa sekolah lain sampai berbelas kali ambil ujian. Ehem, sekolah aku kan unik -,-

Aku rasa sekarang Cik Intan tengah susun menu untuk belanja seramai 106 orang pelajar tahun depan. Alah, apa yang susahnya sekolah kan ada bas. Cik Intan bawak kitorang belanja McD pun cukuplah. Haha aku yakin cik intan akan tunaikan janji beliau (': Oh pemurah sungguh cik tuan dan cik puan kantin sekolah ku ini.

Tahniah Battutah 2011. Ustazah pun seronok je bagi 30 slip semua straight 8A+ (: Aku pun seronok bila ustazah seronok.



yang menurut perintah :  Ketua Batch aku tak puas hati slip aku ada A+ HaHa

25 aduan rakyat:

  1. sekolah kita dalam ranking SBP no 23. rasanya lahhh :D

    ReplyDelete
  2. @Yana Mahmud: Ooo yeke? Mana tahu? haha akak pun target dalam 20 lebih jugak.

    ReplyDelete
  3. wah, terror larhhhh korang...memang terbaiklah

    btw, done follow u, follow me k

    ReplyDelete
  4. tahniah ahhh. kan aku dah ckap,ko mesti kena serpih daulat aku :D

    ReplyDelete
  5. @D-SIM: Toche toche :) hahaha itulah serpih daulat kau banyak membantu :p

    ReplyDelete
  6. keji nya A (+) kau -.-' apehal aku tader ??
    btw, hebat lahh sekolah kau, walaupun skolah baru :O tahniah tahniah :D

    ReplyDelete
  7. tahniah.korang memang superb.kitorang sentiasa doakan korang terus berjaya.satu jer pesanan-
    jangan jadikan f4 satu tahun untuk honeymoon.
    sebab? susah nak archieve tok SPM.buat persediaan awal. =)

    ReplyDelete
  8. Alahhh, kakak aku banyak tangkap gambar kau dengan farina. HAHAHA

    ReplyDelete
  9. @Ainaa Hasinah: Haha ini limited edition punya. Siapa sampai awal, dapat lah yang ada (+) :p

    ReplyDelete
  10. @aafifah: Hahaha biasalah, kementerian sayang aku lebih :D kena lebih usaha kalau nak ada (+) :p haha thank youu :) Itulah aku pun tak sangka :D

    ReplyDelete
  11. @Tuan Yang Di-pertua: Thank You :D Whoo siap bagi pesanan lagi. Haha itulah sekarang kena belajar untuk SPM pulak -,-

    ReplyDelete
  12. @Ahmad Kassim: HAHAHA deyy itulah kita beratur depan belakang. Dekat camera aku pun ada selit-selit lembaga jasad kau. Fuhhh, nak gambar tu - muka kau nanti aku crop ahhh Haha :p

    ReplyDelete
  13. Sains Tapah belum PMR lagi.
    2012 baru tahun first untuk PMR dgn SPM
    tehee,
    btw, congratz on your result, keep up for SPM :)

    ReplyDelete
  14. @nurulamelina.: ooo patutlah cari sains tapah dalam ranking sbp tak jumpa :) hehe thank youu :D

    ReplyDelete
  15. tahniah cijan!nnti bleh la blanje aku,,:)

    ReplyDelete
  16. @taib: Haha thank youu :D Eh aku pulak, kau lah belanja aku :p

    ReplyDelete
  17. hai cik adik manis, SMS Sains Bagan Datoh? Sekolah apa tu? tak pernah dengar. UUUUU.... 106 dapat 8A? eh tak tahu pun. eh eh cik ni tipu ye? Haahaha :D nanti kenalkan saya kat sekolah ni ye. apa? pinggir desa? oh yeah.

    ReplyDelete
  18. hahahha... ngok ngek giler.. kau edit crite nih.. angkare yahudi??? hahahha.. klakar klakar

    ReplyDelete

kutuk banyak banyak