Sedar tak sedar dah dua hari ambik trial, (muka terkejut). Percaya atau tak, siapa kisah - aku sendiri tak percaya. Zaman sekarang, masa dah pandai nak lari laju-laju. Dari saat ke minit. Ahad ke Sabtu. Januari ke Ogos. Muharram ke Ramadhan. Ramadhan ? Ya Ramadhan dah ni.

Betullah apa Ustazah cakap, bila nak dekat exam ni masa tu lah macam-macam dugaan datang. jawab exam tersengguk-sengguk sampai sakit leher. Tak boleh minum air untuk tambah oksigen, alahai dah Ramadhan ni. Hari pertama masuk dewan rasa teruja tak terhingga dapat meja dekat dengan kipas.
Rasa semangat campur konfiden je nak jawab semua soalan sampai tak check langsung kelengkapan dalam pencil case. Seminit lagi exam nak mula, tarik zip pencilcase perlahan-lahan lepas tu.. jap jap,
"Wargh ! Mana aku punya pensil pilot warna hitam ! Eh, pen hitam Faber Castell pun !",
toleh kanan - fuh Aidee dekat sebelah. Walaupun semua orang tau Aidee anak orang kaya yang dah tentu tentu ada banyak pensil, tapi sebab aku tak suka orang yang kulit putih aku toleh kiri pulak, meja Fatin Najwa ! Argh terdesak ni. terdesak !
"Pssttt ! Pssttt ! fatinnn oooo fatinn... Ada pensil lebih tak ?"
Penuh bergaya dia hulurkan pensil kayu 2B. Wah, betul-betul penyelamat keadaan dia ni.
Tak faham betul bulan ramadhan macam ni setahu aku pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Pintu neraka ditutup seketat-ketatnya. Iblis syaitan diikat sekuat-kuatnya. Macam mana toyol yang seekor ni boleh terlepas ? haih, toyol dekat dunia ni pun nak kena ikat jugak rasanya. nak curi pun pergilah curi duit atau yang bagi manfaat sikit. Ada ke patut sabotaj masa orang exam. Biadap sungguh !
Bulan puasa macam ni lah orang nak tambah amalan. Bukan tambah duit tabung pergi mencuri. tak sangka bulan puasa pun ada orang buat OT mencuri - -' sila doakan pencuri-pencuri ni dapat hidayah.

Orang macam ni tak berminat nak main saidina ke?
Hah, bulan puasa ni semua dah berani bukak cerita hantu. cakap-cakap pasal hantu. Mentang-mentang hantu semua kena ikat. Ada satu hari tu tengok movie KARAK dalam dorm ramai-ramai. Habis cerita tu sambung pulak tengok cerita hantu lain. Ahhh sudah ! Lepas tu muka semua saspen tak boleh blah. Bila hantu keluar main pause-play-pause-play. jeritan dia tak payah cakap lah. Mak datuk nampak muka hantu tu jelas gila. Ulang tayang movie 3-4 kali. Tak sedar diri dah nak trial.
Minggu ni student f1, f2, f4 boleh balik. Mentang-mentang dah habis exam. Kononnya sekolah nak bagi peluang cari barang raya (jeles). Cis, tak apa. Wahai hati, sabarlah minggu exam ni memang banyak dugaan.
Dah dah aku nak berhenti menaip lepas tu cakap dekat apek CC ni Thank You sebab bagi guna komputer dia secara berbayar. Nak cerita semua yang jadi masa bulan Ramadhan ni memang sampai malam baru habis baca. Bagan Datoh ada bazar. Fuyoooh :D (nak pergilah ni)
yang menurut perintah : Aiseh, kantoi Kak Molly dekat belakang nampak tengah update blog (segan)

hakhak. sape lah yg rembat pensil kau tuh. haishhh
ReplyDeleteehem, tengok movie? hurm. boleh menimbulkan kemusykilan ni. heh. btw, syaitan je kene ikat, jin tak kene pun. hoho.
ReplyDeleteWuuuu nama akak ada, habis lah dh masuk blog org famous nie :D
ReplyDelete@i am S!L4H.. Fuh, rasanya orang tu tengah menyesal - -' Haha
ReplyDelete@~unlimited love~ aih, anak buah je lah tu - sama je (:
ReplyDelete@Farhana Arriffin eh mana adaaaa
ReplyDelete