Monday, December 13, 2010

kenapa perempuan suka pandang cermin bila jalan

Tiba tiba rindu suasana kelas. Pulak daaa, Shahizan ini cuti ! Cuti, bukan sekolah ! Jangan fikir benda benda macam ni masa cuti. tak elok nanti kesihatan terganggu.

Takpelah, aku nak lepaskan gian dekat sini. Rindu nak tgk timetable cartoon yg setiausaha lukis. Rindu nak tengok tarikh dengan hari dekat whiteboard. Ok 
students readers, today is  MOURNDAY  MONDAY.

Teringat masa awal tahun masuk SABDA. Cikgu science masuk, belajar chapter Density.

______________________________________________________________

Nota

Cikgu masuk kelas terus ambik marker tulis nota dekat depan, tak sampai seminit,

teacher : Ok, awak nampak depan ni (nota atas tu).
students : angguk angguk
teacher : Baik, pembelajaran tamat. Itu sahaja untuk hari ni. Sekarang kita dah 1/3 dari chapter density
students : Biar betul cikgu !


______________________________________________________________

Memanglah, density form 1 apa je. Nota ni dah memadai. Masa tuu mana tau laa kawan. Aku pun form 1 lagi. Aku pon join laa budak budak buat muka terperanjat diorg.

Cikgu guna space whiteboard gila kecik. Macam ni dakwat marker cikgu memang boleh save. Tamatlah pembelajaran untuk hari tersebut. Masa banyak lagi. Nak buat apa ?

Sabar sabar, jangan gopoh. Aku nak cerita laa ni. 

Masa selebihnya beliau suka bercerita pasal pengalaman dia. Alah, sembang sembang pagi dengan student. Mengeratkan syaitonnirrjim silaturrahim. Mula laa dia bukak cerita pasal Guangzhou, laut, lelaki, perempuan.



Cikgu : "kenapa perempuan ni bila jalan nampak cermin je stop. Nampak cermin je stop. Lepas tu betul betulkan tudung/rambut. Saya rasa mereka ni tak ada konfidensi diri tentang penampilan luaran", (nada perli)

ambik kau sekali keluar penyataan ni.

______________________________________________________________

Ada betul jugak apa yang cikgu cakap. Aku pun perasan perempuan ni bila nampak cermin mesti akan berhenti betulkan apa yang tak betul. Jujur lah weah semua perempuan macam tu. baik yang muda dan tua. Nenek aku mungkin. Aku pun kadang kadang berhenti depan cermin jugak sebab kawan aku tarik aku temankan dia betulkan tudung.

Masa tuu aku pun ambik kesempatan tengok rupa dalam cermin. Tiup tiup tudung, tak betul betul jugak. Aku mengalah malas nak betulkan. Malas nak ambik kisah. Yeah, sebab tuu tudung aku selalu ok 10 minit selepas aku keluar dari pintu dorm/rumah. 10 minit kemudian selekeh malas nak layan.


cermin ni pun jadi ye kak

Nak cakap pasal konfiden ni, (pendapat aku) aku rasa perempuan ni berhenti betulkan tudung sebab nak tingkatkan konfiden dia lah. Bukannya dia tak ada konfiden sampai kene hadap cermin tuu. Bila dia dah puas dengan penampilan dia, baru ada keyakinan untuk mengatur langkah. Kau tengok, ayat aku pun dah mula komsas -.-'

Aku rasa point konfiden yg cikgu bagi dah betul. Cuma penerangan cikgu sangat BERAT SEBELAH. (tak puas hati) Cis, takpe kita sambung dengan situasi tadi,



Cikgu : Berbanding dengan lelaki. Segelintir sahaja yang akan berhenti depan cermin betulkan rambut.

berat sebelah !

**************************************************

Oh, mereka ini nak cover macho je cikgu. habis lah aku lepas ni kaum adam cakap aku menabur fitnah laa apa lah. Eh ampuuunn, tapi betulkan ? Haha lagi lagi bila nak lalu depan awek tengah berborak.

Lepas tuu satu kelas cuba bangkang penyataan yang cikgu keluarkan. Budak laki semua tersenyum bangga. Kelas mula huru hara. Macam ni nanti aku bukak satu forum. Ada pihak kerajaan dan pembakang. Ok, boleh debat. 

Masa bising bising tuu aku menyampuk dengan suara agak kuat,




Aku : cikgu, no wonder lah banyak kemalangan kan. Sebab pemandu lelaki ni memang tak suka pandang CERMIN pandang belakang sebelum memotong. Yang pandang pun segelintir.

Nah, senyap sekejap. Semua tengah fikir ayat aku. 2 saat kemudian semua kaum hawa sorak sokong ayat tersebut. Aiseh, cikgu pulak tersengih sengih surrender. Nak nak pulak masa dah habis masa tuu. Tak sempat nak bangkang ayat aku.

Sebelum bagi salam keluar kelas cikgu siap pesan, "Haha tunggu awak. Hari lain saya balas."

esoknya topik lain pulak. Cikgu dah lupa.

Pak cik ni dah menyalahgunakan sidemirror


yang menurut perintah : sejak hari tuu aku elakkan diri dari memandang cermin.





12 aduan rakyat:

  1. setiausaha ?
    fatieha ?

    ReplyDelete
  2. @aina

    eh, shhh ! Jangan mention nama dia. nanti dia bising ;D HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. aku tak suka pandang cermin,
    cermin je sebok usha aku -.-'

    ReplyDelete
  4. haha.....betul ke tu kau yang cakap? tah-tah orang lain cakap..

    p/s:pandai jugak adik aku ni..mst ikut aku! *muka bangga punye

    ReplyDelete
  5. @miera

    eh, SHHHH ! jangan mention nama laaaa -.-' aiseh

    ReplyDelete
  6. haha...cijan punya bidas terbaik lah!

    ReplyDelete
  7. Haha masa tuu tiba tiba terfikir ayat tuu :) Eh sampai sekarang cikgu tak balas balas lagi x) HAHAHA

    ReplyDelete
  8. erm,,tp slalunyer pompuan la punce kmlngan la,,coz lme sngat tgk cermin,,llki jeling je,,huhuhuhuhu,,

    ReplyDelete

kutuk banyak banyak