Monday, December 20, 2010

Maaf itu bermakna


Semalam aku mimpi Cikgu Yazid (guru sekolah rendah) mengajar dekat sekolah aku. Yang part lagi best dia jadi pengawas dewan peperiksaan aku. Dia pegang rotan. Dia buat muka kejam dia. Ada kilat sambung menyambung. Boleh jadi mimpi lawak juga mimpi ngeri. Bagi aku mimpi ni sangat ngeri. Aku ulang - SANGAT.






Lepas tu tiba tiba ada pertandingan larian pecut dekat dalam estate kelapa sawit. yang paling ajaib, sekejap je aku boleh sampai dekat Sungai Pergam (nama perkampungan dalam estate tu) Sekejap dia tak payah cakap lah. Kalau bukan mimpi maunya satu jam setengah jalan kaki non stop. kalau berhenti-henti lagi makan masa.


Pedulikan mimpi di atas. Tak sanggup untuk difikirkan Bila nak dekat bukak sekolah ni macam macam jenis mimpi pasal sekolah menghentam. gedik betul. Cuba bagi mimpi jadi kembar Sara Ali ke.


Dah hujung tahun macam ni lah aku rasa masa yang sesuai untuk aku bongkarkan lagi satu rahsia yang pernah aku buat masa tahun 2010 ni. hihihi Rahsia ni dianggap besar oleh aku dan budak dorm aku dan beberapa krew yang membantu menjayakan projek ni. Poyo kan statement ni.



PERMULAAN

ada sekali waktu riadah, aku teman kawan aku pergi main tennis. Teman je tak main. Ada lah dalam 3 orang yang main. Aku ni jadi tukang tengok. Bola pun aku tak kutip. Sendiri main, sendiri kutip. Bila aku bosan baru aku kutipkan.


Tiba tiba ada 3 budak laki sebaya nak match.Perempuan lawan lelaki. Main punya main tiba tiba aku rasa macam ada tamparan luar biasa dekat pipi kanan aku. bukan bunyi  "dush!" je. "gedebush !" k. Kritikal


Ini biadap namanya! Sakit dia tak payah cerita. Macam kena tampar dengan lelaki gagah perkasa. Masa tu aku tak perasan siapa yang serves bola tennis tu. Sekali pusing, okay aku dah tahu siapa. Masa tu dia angkat2 tangan tanda tak bersalah sambil buat muka cuak. Semua orang pun buat muka cuak.


Tapi mungkin berkat riak kesabaran pada wajah aku perasaan bersalah diorang bertahan dalam masa 15 saat je. lepas dari jangka masa tu tiba tiba tiga budak hitam tersebut gelak terbahak bahak tanpa rasa bersalah. Ini biadap melampau dik.


Perkataan maaf aku tak dengar langsung dari mulut diorang. Sekali dah kena muka aku, bukan main sengaja lagi diorang nak pukul bola ke arah aku berkali-kali (menaip dengan rasa geram)

Tak apa, kita balik dorm rangka rancangan untuk menginsafkan mereka.




ISI PENTING 1

dalam dorm, aku terus pegi dekat dormmate senior (akak-akak F5) lalu aku ceritakan kepada semua apa yang berlaku dari A sampai Z. Semua angguk dan tolong rangka misi. Salah seorang akak tampil dan berkata


"akak pandai buat lebam dekat muka",


maksud dia, dia ada bakat dalam tumbuk solekkan muka orang agar kesan lebam nampak real. Tapi dia kata ada pengerasnya,

  • Pen marker SHARPIE warna purple, maroon, hitam,
  • pensil kay
  • tisu
  • air


Waktu-waktu lepas riadah macam ni semua sibuk nak berebut bilik air. tapi dia ni sanggup ketepikan semua tu untuk tolong 'buat' lebam dekat muka aku. Tsk! terharu tiba-tiba. Bila dah siap. pergh! hasil lebam dia memang cool habis. Ni dah macam real one punyaa. tapi, takkan macam ni je.


Aku tanya kak Z ada plaster tak? Hehehe dia pun tolong aku. Murah hati sungguh beliau. Trimas trimas. Tapi plaster dia besar sampai lebam tu tertutup habis. Alahai. Tiba-tiba datang si L tawarkan plaster watsons yang dijual dalam pelbagai saiz. Wah, ini lagi best. Dia suggest ambik plaster saiz kecik. Tampal dekat tengah tengah lebam tuu. Kononnya itu part yang luka. 



ISI PENTING 2

Bila semua dah siap, aku mula melangkah keluar dorm. Baru je sampai dekat depan gate asrama, sorang akak ni tegur  


"eh, kenapa dengan pipi tu ?"

Aku balas, "terlanggar tiang je ni."


Jalan setapak lagi tiba tiba nampak PK HEM dengan kain pelikat atas motor tengah parking dekat depan gate aspuri dengan bergayanya.

Halangan lagi. Ni kalau dia nampak 'lebam' dekat pipi ni tak pasal-pasal jadi masalah besar pula. Nasib baik ada kawan aku tolong coverkan. Dia suruh aku jalan terbalik supaya bahagian pipi yang ada 'lebam' tu tak menghadap dia. Sambil sambil tu kawan aku senyum sambil bagi salam dekat PK HEM.


Dekat surau pulak, ada sorang lagi akak F5 tegur 'lebam' di pipi,
aku jawab "oh, terjatuh masa mandi tadi".

Habis sembahyang nak lipat telekung ada lagi yang tanya.
Aku jawab, "main kejar kejar sampai terjatuh". 

Nak keluar surau, ada lagi yang tanya dan lagi dan lagi dan lagi.


Gila, aku nak keluar dari surau cepat. Lagi lama dekat situ. Lagi banyak pembohongan aku. Dalam surau pulak tu. Tak sopan betul. Dah laa lain orang lain jawapan aku bagi. Silap silap boleh kantoi.




ISI PENTING 3


malam prep di mana misi bermula. kawan-kawan aku yang sekelas dengan budak lelaki tadi ditugaskan berlakon untuk bercakap,


"weah kau tau lebam dekat pipi shahizan teruk gila. Sampai warden boleh perasan. kau tau warden nak hantar dia pergi klinik tapi dia cakap dia tak nak. nasib baik dia tak cerita korang yang wujudkan lebam tu. Dia cuma cakap dia terjatuh."

Skrip ini dicipta untuk menimbulkan rasa serba salah - berjaya atau tak, scroll bawah lagi

ehem ehem, macam ni lah skrip dia. tapi aku tak tau lah kawan aku buat ayat macam mana pulak. Sebab sebelum tu diorang dah siap hafal skrip dalam dorm. Bila aku suruh ulang, macam macam ayat yang keluar


Lepas diorang dah cakap skrip ni, diorang datang lapor dekat aku. Cuma dua orang je yang buat muka cuak. Lagi sorang macam takde effect. Kawan aku tambah plan kedua.


Dia bawak aku pergi library. Suruh jalan dekat dengan manusia yang 'bagi' aku bola tennis petang tadi. Aku jalan je lah. Kawan aku pergi perati reaksi muka beliau. Seperti yang diharapkan dia dah nampak kesan 'lebam' tu.

(Hahahaha ok aku taip sambil gelak ni ahhhahahahaha)



PENUTUP

Dekat kelas, kawan aku datang cakap diorang nak jumpa lepas prep nak minta maaf. Mission accomplish! tahniah semua! Terima kasih atas kerjasama anda semua.


Lepas diorang mintak maaf tu, aku tak bocorkan lagi pasal lebam palsu dekat 3 manusia tu. Dengan post ini maka terbongkar lah segalanya hihihi

Misi ni dibuat bukan untuk suka-suka kenakan diorang balik. Ini hanyalah untuk timbulkan rasa kemanusiaan dalam diri mereka dan belajar untuk meminta maaf kalau dah buat kesilapan.


Dan tahniah, mereka mintak maaf.



Pagi esoknya aku kena berlakon dengan lebam tu lagi. Kalau hilangkan tiba tiba nampak sangat lah aku menipu kahkah. Nasib baik cikgu tak perasan lebam tu. Mati tak tau nak jawab apa dah.

8 comments:

  1. tiang tiang tiang. hahahaha

    stiap penipuan, perlu ada lagi satu penipuan :)

    ReplyDelete
  2. @khairul anwar
    haha cis kau, eh tapi skrg penipuan tu dah berakhir.

    agaklah, esoknya aku kena tipu lagi -.-'

    ReplyDelete
  3. siapa aja kau meipu ni hah??-.-
    aku bagi tau ibu..
    hahhaha
    gedik gile!!!

    ReplyDelete
  4. @Shafiqa's
    haha kau pernah dengar tak selalunya budak baru belajar ni , belajar dari orang atas dia.

    ReplyDelete
  5. k fafa tolong makeup kau ! HAHA
    weah lawak bila ingt balik -.-'

    ReplyDelete
  6. HAHAH sumpah jadi kenangan bende ni ;D Yeah dia memang pandai bab bab seni macam ni xD HAHA

    ReplyDelete
  7. HAHAHHA watak kau memang ada x))

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?